Anda di halaman 1dari 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

KDPM KDC SABK SR AMB NOV 07


PERINGKAT 5

ILMU PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
KEMAHIRAN PROFESSIONAL GURU

Di sediakan untuk:
ENCIK MOHD ROSE DZIDAN B MOHD DARDAN

Disediakan oleh :
KARTINI BINTI ABDUL MANAN
NO K/P :850716-03-5710
KDPM SABK 120073162

Tarikh serahan :
APRIL 2011
PENGENALAN

Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan guru menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi malah guru juga perlu sentiasa meningkatkan tahap keprofesionalisme
mereka seiring dengan perubahan zaman yang sentiasa maju ke hadapan terutama dalam
dunia ledakan teknologi maklumat.
Kemahiran profesional keguruan harus dikuasai oleh seseorang yang bergelar pendidik.
Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar,
pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

KONSEP ROFESIONAL

Konsep Kemahiran Profesional


Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam
bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional,
dia bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan
dalam bidang-bidang lain.

Tiga ciri kemahiran profesional guru :-

1. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga
perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek,
bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
2. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
3. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan mental :-

1. Bidang kognitif
2. Bidang afektif
3. Bidang psikomotor
Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir
1. Dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.
2. Mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea.
3. Berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam pengajaran.

Peranan guru sebagai pemudahcara


1. Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar
menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran.
2. Memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan
bahan belajar.

Ciri – ciri profesional perguruan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri
guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi
tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

A. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU

1. Kemahiran belajar

Proses pembelajaran merupakan proses berterusan semenjak kita lahir sehingga ke


akhir hayat. Manusia menggunakan organ deria untuk memperolehi pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Dalam kemahiran belajar ia banyak
melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang
kognitif, psikomotor ataupun afektif. Ia merangkumi segala kemahiran seperti memerhati,
membaca, menulis, meniru, menghafal, mengandai, memahami, menganalisis,
mensintesis, menilai dan mengingat.
Kemahiran belajar adalah kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses
maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan dapat mengaplikasikan
yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang berkaitan. Oleh itu dalam
proses pembelajaran berkesan ia memerlukan kemahiran memerhati, mengandai,
memahami, mengingat, memikir dan menaakul. R.M Gagne membahagikan hasil
pembelajaran berdasarkan tiga jenis kemahiran belajar iaitu kemahiran kognitif, kemahiran
menerima dan memahami isyarat, serta kemahiran mengaturkan strategi belajar.
Seorang guru harus menguasai kemahiran belajar. Sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab , ia hendaklah mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya
usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang
canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang
kian mencabar. Latihan perguruan yang diterima dahulu dianggap kurang sesuai untuk
mencapai matlamat pendidikan dalam alaf baru. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hendaklah
sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

 Kemahiran membaca, memerhati, menulis, menghafal, mengingati, berfikir,


menganalisis, mensintesis dan menilai.
 Cara-cara guru menerima dan memahami isyarat serta merancang strategi-strategi
belajar.
 Kemahiran belajar yang penting yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri daripada:
(a) cara-cara bagaimana guru menganalisis pelbagai jenis maklumat daripada sumber-
sumber pengajaran dan pembelajaran.
(b) cara bagaimana guru membuat penilaian terhadap pelbagai sumber pembelajaran
dan pengajaran.
(c) cara-cara guru mengoptimumkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
tersebut.

2. Kemahiran berfikir

Guru hendakah menguasai ciri-ciri kemahiran berfikir bagi menghadapi cabaran


perguruan dan melaksanakan tugasnya secara profesional.Pemikiran merupakan proses
yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-
aktiviti menyusun idea, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran
baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah. Ringkasnya, kemahiran berfikir
ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang itu cekap
menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan sistematik dan wajar.
Guru yang berinovatif akan memberi peluang kepada murid-muridnya
memperkembangkan daya intelek dan kemahiran berfikir. Dalam hal ini guru harus ada
teknik menyoal dalam aktiviti p&p. Teknik- teknik yang menggalakkan perkembangan
kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking
Programme yang disediakan oleh yang disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Menurut
beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik
seperti mengadakan perbincangan diantara pelajar dengan mempertimbangkan sesuatu
idea atau isu dari segi kebaikan atau kelemahan, menggunakan teknik penyelesaian
masalah yang sesuai,mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau
keputusan, meneliti segala akibat yang mungkin berlaku, meninjau idea atau pandangan
dari sudut pandangan orang lain dan memahami dan menentukan tujuan dan objektif
sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

 Interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:


(a) pengetahuan
(b) kemahiran kognitif
(c) sikap dan nilai
 Empat cabang utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara
kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir.
 Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik
dan munasabah. Justeru itu, kemahiran berfikir ini mungkin berbeza daripada seorang
guru dengan guru yang lain.
 Dalam kemahiran berfikir secara kritis, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang
berikut:
-- menganalisis sesuatu masalah secara terperinci.
-- menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruh
mengenai sesuatu konsep.
-- kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza.
-- menyusun isi dalam bentuk menaik ataupun menurun.
-- membuat keputusan rasional.
-- membuat penilaian secara menyeluruh.
 Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:
-- menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah.
-- membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru
perlu memutuskan satu tindakan wajar.
-- membuat hubungkait antara konsep-konsep yang berbeza.
-- meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat
membayangkan apa yang akan berlaku dalam satu situasi bermasalah.
-- membuat hipotesis iaitu membuat penyataan masalah yang boleh diuji
kesahannya.
-- mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang
berasingan untuk mengahsilkan satu gambaran yang menyeluruh.
-- mengitlak iaitu untuk membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat
pernyataan-pernyataan umum.
-- menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara
konsep-konsep yang berlainan.
-- membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang
abstrak di dalam pemikirannya.
-- merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat
pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya.
 Guru harus mengaplikasikan kemahiran berfikir menaakul kerana ia dapat membantu
guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan
yang dihadapi olehnya.
 Guru juga harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran
berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.

3. Kemahiran Merancang

Kejayaan seseorang guru sebagai pengajar bergantung kepada perancangan


mengajarnya. Di sini guru mesti pandai merancang untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Untuk itu guru mesti bijak merancang dalam menentukan objektif
pelajaran, memilih isi pengajaran , memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan- bahan pelajaran
serta menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti pembelajaran.
Sekiranya perancangan guru adalah baik, ia akan melicinkan pelaksanaannya dan
seterusnya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.
 Guru perlu membuat penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran di mana beliau perlu
membuat rancangan kerja (tahunan, semester, mingguan dan harian).
 Guru perlu ada kemahiran merancang persediaan mengajar yang terdiri daripada isi
kandungan dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
pengajarannya. Persediaan mengajar membolehkan guru bersedia untuk mengajar
murid-muridnya dengan terancang dan teratur.
 Seorang guru mesti juga pandai merancang cara-cara untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran.
 Kemahiran-kemahiran lain yang termaktub dalam kemahiran merancang persediaan
mengajar ialah:
(a) memilih isi pengajaran
(b) memilih strategi dan kaedah
(c) merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(d) menyediakan bahan pengajaran
 Guru juga perlu ada kemahiran merancang seperti berikut:
(a) set induksi yang dapat menarik perhatian murid.
(b) objektif eksplisit yang realistik berdasarkan kebolehan murid dan perbezaan individu.
(c) alat bantuan mengajar yang pelbagai dalam pengajarannya.
(d) aktiviti pengukuhan dan penutup yang sesuai.
(e) penggunaan pemeringkatan isi daripada yang senang kepada yang susah dan daripada
konkrit kepada abstrak.
 Selain daripada itu, guru juga mesti ada kemahiran merancang untuk mencapai yang
berikut:
(a) Interaksi dan komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah pada kadar yang tinggi.
(b) Disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja di kalangan murid dapat diperlihatkan
dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran.
(c) Aktiviti peneguhan untuk memotivasikan murid-murid.
(d) Aktiviti pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang lemah manakala aktiviti
pengayaaan dijalankan untuk murid-murid yang pandai.

4. Kemahiran Mengajar
Tugas guru adalah mengajar. Untuk itu guru hendaklah menguasai kemahiran
mengajar. Mengajar meliputi aktiviti memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar,
menyampaikan isi pelajaran, membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran,
mengurus murid-murid supaya mereka berdisiplin, menggerakkan murid-murid dengan
aktiviti soal jawab supaya mendapat gerakbalas mereka dan interaksi yang positif,
membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan, memberi peneguhan dan menutup
pelajaran dengan teknik yang sesuai supaya mendapat pengulangan tingkahlaku yang
positif pada masa kelak..Kemahiran mengajar amat penting untuk guru kerana murid-murid
hanya dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran jika proses
pelaksanaan rancangan mengajar guru itu sistematik dan teratur. Oleh itu pencapaian
objektif pelajaran amat bergantung kepada kecekapan guru mengendalikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

5. Kemahiran Pemudahcaraan
 Guru sebagai fasilitator yang membmbing, memotivasikan serta menggerakkan murid.
 Guru membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menujukan soalan-soalan untuk
menggalakkan murid berfikir dan mewujudkan satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang positif.
 Guru mengawal disiplin dan memastikan kerja kumpulan dijalankan dengan sistematik.

6. Kemahiran Berkomunikasi
 Guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan sistematik serta bertutur dan menulis
dengan jelas.
 Guru bertutur dengan pelbagai nada, suara yang lancar dan tatabahasa yang betul.

7. Kemahiran Mengurus
 Guru meransangkan suasana pembelajaran dalam kelas dan mewujudkan situasi-
situasi pembelajaran yang berkesan.
 Guru perlu mengurus keadaan fizikal dan disiplin bilik darjah.
 Guru mengurus sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
B. PENINGKATAN TAHAP PROFESIONALISME GURU

Peningkatan profesionalisme dalam keguruan adalah penting untuk mencapai


kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti pendidikan. Justeru itu, untuk mewujud
dan mengekalkan sistem pendidikan yang berkualiti, penekanan harus diberi kepada
perkembangan profesionalisme keguruan secara berterusan. Antara strategi yang
membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalam
perkhidmatan, amalan refleksi dan penulisan reflektif, dan portfolio pengajaran, penyelidikan
tindakan,amalan konsep “belajar seumur hidup”, perkembangan professional melalui
networking dan program secara “on-line” , sistem pementoran dan aktiviti diskusi di Pusat
Kegiatan Guru.

1. Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih
semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan
memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang
diingini. Sebagai guru, mereka semestinya memperbaiki pembelajaran pelajar dengan
melanjutkan pengetahuan profesional dan menguasai dan mengembangkan kemahiran-
kemahiran .
.
Guru yang berpandangan progresif mampu memperkasakan diri dengan pengetahuan,
kemahiran dan cara pengajaran-pembelajaran baru melalui kursus-kursus pendidikan
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah ataupun dari pihak swasta.
Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan
latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru
seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan
meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.

2. Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif

Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia


bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang
konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi asas dalam
mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan
seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan.
Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan
kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses
pembelajaran mereka dengan efektif.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme
mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu
strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian
kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner &
Liston, 1987).
Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada
refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan
yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru
merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang
tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat
membantu guru memperkasakan diri dalam bidang profesionalnya.
Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan
perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan
dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan
dipertikai dan diperkembangkan. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh
pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran
yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain.

3. Portfolio Pengajaran Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan
portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan
dan perubahan pelajarnya sepanjang masa. Apabila seseorang guru meneliti amalan
pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri
terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan
diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio
pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan
tindakan mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi
tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran &
Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas
dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau
mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi
membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi
memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber-sumber lain. Proses membina portfolio
merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi
pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang.
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk
menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui,
mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak,
mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu
disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu
mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.
4.Penyelidikan Tindakan

Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk
meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional. Idea-
idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai.
Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang
memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “what’s going on”, “why things are happening that
way” dan “how are we going to resolve the problem”. Kesedaran tentang keputusan pedagogi
dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif,
dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan
proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan
profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan
amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.

5.Amalan Konsep “Belajar Seumur Hidup”

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”.
Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan
pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan
serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan
pengajaran . Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur
hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era
globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus
mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan
guru-guru lain yang lebih berpengalaman.

6.Perkembangan profesional melalui networking dan program secara “on-line”

Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat
jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej
pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan mereka.
Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh
mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”.
7.Sistem Pementoran

Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di
sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih
berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam
penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan
mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat,
dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Dalam sistem pementoran ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di
mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan
kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti
yang akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya.

8. Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan


perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan
membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping
mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-
guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-
rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-
strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka merefleksi dan membincang sesama
rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi “more thoughtful teachers”.
Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman
bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Peningkatan Profesional Kendiri

a) Peningkatan Kendiri
 Guru profesional akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan imej, status dan
pengetahuan kendirinya.
 Boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:
(a) Penyelidikan tindakan
- satu bidang kajian berbentik refleksi kendiri yang perlu diamalkan oleh setiap guru.
- untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan
amalan-amalan pendidikan atau amalan-amalan sosial.
- melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi:
(i) Merancang – menganalisis masalah dan membuat perancangan yang strategik.
(ii)Memerhati – membuat penilaian terhadap tingkah laku yang diperhatikan dengan
kaedah-kaedah yang sesuai.
(iii)Membuat refleksi – untuk menganalisis dan mengintepretasi dapatan
penyelidikan tindakan secara keseluruhan.
- ciri-ciri penyelidikan tindakan:
(i) lebih kepada proses renuangan kendiri.
(ii)mengaitkan teori-teori dan amalan-amalan pedidikan.
(iii)penggunaan dan penyimpanan data dibuat secara sistematik.
(iv) tertumpu kepada penyelesaian masalah-masalah yang wujud dalam bilik darjah.
(v) para penyelidik tidak perlu membuktikan sesuatu hipotesis.
- tujuan penyelidikan tindakan:
(i) untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
(ii) untuk mencuba kaedah pengajaran yang baru.
- prinsip prinsip dalam penyelidikan:
(i) Prinsip reflektif – menggunakan banyak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
untuk menyelesaikan masalah kajian.

(ii) Prinsip kolaboratif – para penyelidik mesti cuba mencari jalan penyelesaian secara
kolaboratif.
(iii) Unsur kerjasama dan perkongsian serta perbincangan intelektual yang berlaku dalam
penyelidikan tindakan juga adalah tinggi.
- Kaedah-kaedah penyelidikan tindakan:
 Kajian Kes dan Pemerhatian:
- kaedah yang paling sesuai dalam penyelidikan tindakan.
- dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah berikut:
(i) Pernyataan masalah
(ii) Cadangan hipotesis
(iii)Rancangan pengumpulan data
(iv) Menganalisis dan mengintepretasi data
(v) Membuat refleksi dan penilaian

(b) Muhasabah Diri / Refleksi


 Refleksi : - satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme
keguruan.
- satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali serta
memikirkan cara-cara untuk meningkatka strategi pengajaran supaya ia lebih berkesan
pada masa hadapan.
 Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat:
(i) Kefahaman – mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah
pedagogi.
(ii) Transformasi – merancang tindakan-tindakan pedagogi.
(iii)Pelaksanaan – melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-tindakan pedagogi
yang dirancang.
(iv) Penilaian – menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan.
(v) Refleksi – membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil.
 Guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya dalam sebuah
jurnal reflektif.
 Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri, menilai serta
menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan.

(c) Budaya Ilmu


o Budaya ilmu ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap
anggota dalam masyarakat dan yang diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan
hidup.

Budaya Bermusyarah Budaya Membaca


Komponen-
komponen
budaya ilmu
Budaya Berkarya

Budaya Berfikir

Budaya Belajar

Rajah 1: Komponen budaya ilmu

o Guru mesti menjadi “role model” (mengamalkan segala aspek nilai budaya ilmu dahulu)
kepada murid-murid supaya mereka dapat mengikutinya dalam amalan budaya ini.
o Kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar dengan salah satu
cita-citanya yang terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu
melahirkan generasi yang mencinta ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras
dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
o Budaya ilmu boleh beroperasi di bawah enam bidang utama seperti berikut:
1) Budaya membaca: sentiasa menyemai minat dan suka membaca dengan
matlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mengembangkan
kebolehan berfikir sendiri.
2) Budaya berfikir: sentiasa cuba meningkatkan dan memperkayakan amalan
berfikir sendiri melalui proses analisis, sintesis dan penilaian.
3) Budaya belajar: sentiasa cuba meningkatkan dan mengembangkan tahap
pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses pembelajaran.
4) Budaya kreatif: sentiasa cuba berkongsi ilmu pengetahuan/kemahiran secara
lisan/bertulis sebagai sumbangan yang dapat memberi manfaat kepada
masyarakat.
5) Budaya bermuafakat: pengurusan dan proses membuat keputusan mengenai
hal-hal pendidikan yang boleh dilaksanakan secara persetujuan
bersama/semangat berpasukan yang kolaboratif.
6) Budaya refleksi: proses penilaian kendiri yang berterusan berdasarkan dapatan
kajian kes pendidikan dengan tujuan untuk sedar dan memahami kekuatan dan
kelemahan, dan seterusnya cuba nencari strategi yang sesuai untuk mengatasi
kesemua kelemahan melalui tindakan susulan.

(d) E-Pembelajaran
 Satu cara guru boleh membuat peningkatan kendiri.
 Ia didefinisikan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web
yang dapat meningkatkan mutu P&P guru.
 Gabungan internet dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran keupayaan-internet.
 Ia harus boleh merentasi segala sempadan fizikal dan kekangan untuk sampai kepada
murid.
 Penyampaian isi pembelajaran yang dinamik, menyeluruh dan secara individu pada
masa sebenar membantu pembentukan komuniti yang berilmu serta menjalinkan murid
dan pengamal dengan pakar.
 kelebihan-kelebihan pembelajaran berasaskan web ditunjukkan seperti di bawah:
a) boleh digunakan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila masa dan ke
mana-mana sahaja
b) memberi peluang kepda pelajar untuk bekerja secara kolaboratif dari jauh
c) guru dan murid mengajar dan belajar secara kolaboratif
d) sumber yang kaya daripada jurnal, on-line, e-perpustakaan, kedai e-buku dan
laman web yang berkaitan
e) menggunakan banyak elemen pembelajaran berasaskan CD-ROM
f) bahan pembelajaran secara relatifnya mudah dikemaskini
g) boleh meningkatkan bilangan interaksi di antara murid dengan fasilitator aktiviti
h) membolehkan pelajar membentuk komponen pembelajaran berasaskan web
formal dan informal
i) membolehkan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah /tugasan
j) boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam internet
k) boleh memaparkan kandungan masa sebenar menggunakan konferens video,
pemilihan video/ruang perbincangan
l) boleh menyertakan pelbagai media seperti teks, grafik, audia, video dan animasi
dalam bahan pembelajaran.
 Berikut merupakan sebahagian daripada sebab-sebab kita harus melibatkan diri
dengan e-pembelajaran:
a) meningkatkan produktiviti dan kecekapan
b) melibatkan bilangan murid yang lebih ramai
c) bertindak sebagai kaedah pengajaran/alat pendidikan yang alternatif
d) satu kaedah yang diperoleh oleh ‘pekerja berpengetahuan’ (knowledge worker)
umtuk mempertingkatkan pengethuan dan kemhiran melalui pembelajaran
sepanjang hayat
e) alat untuk menggalakkan murid dalam pembelajaran interaktif dan kritis.
 E-pembelajaran memperkenalkan beberapa jenis pendidikan:
a) Internet
 sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer
berkomunikasi secara global dengan pengguna-pengguna lain, membekal
dan pertukaran maklumat, membekalkan gambar/filem dan sebagainya.
 Melaui Perkhidmatan Pembekal Internet , sebuah organisasi yang
membekalkan jaringan perantaraan untuk pengguna-pengguna internet,
orang-orang yang terlibat akan dapat berkomunikasi secara global melalui
e-mail/mencari maklumat melalui www.
 Kegunaan internet adalah dikenal pasti dalam empat kategori yang utama,
sebagaimana yang dihuraikan secara ringkas dalam jadual berikut:

Jadual 1: Kegunaan internet dalam Pendidikan


Kegunaan Am Kegunaan Pendidikan
- Carian dan penerimaan -Urusan maklumat pendidikan,
maklumat penyelidikan,pembelajaran
interaktif.
- Menerbit dan membekal - Menerbit hasil kajian,
maklumat berkongsi dapatan
penyelidikan
- Menulis dan menjawab - Mengemukakan soalan,
menjawab soal
selidik.
- Kolaboratif - Pembelajaran kelaboratif,
penyelesaian
masalah pendidikan secara
usahasama.

b) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


 PJJ juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan
Komunikasi/Pendidikan Melalui Siaran.
 PJJ ini biasanya dikendalikan dengan dua cara:
i. Dengan penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran seperti
radio, televisyen tempatan/televisyan satelit, guru dapat
menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajar.
ii. Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk bercetak,
rakaman pita, rakaman video/menyediakan program dalam disket
komputer ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajar-
pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin
canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program CAL (Computer
Assisted Learning) di rumah.

c) Pendidikan Terbuka
 Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan
masyarakat/aktiviti pendidikan di luar sekolah.
 Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan dan segala aktiviti
dijalankan di tempat-tempat bekerja/di rumah.
 Antara Pendidikan Terbuka yang dikelolakan termasuklah PJJ,
Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.

d) Pendidikan Radio dan Televisyen


 Radio dan televisyan merupakan alat Bantu mengajar yang berkesan
untuk aktiviti P&P, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran
bahasa.
 Program ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini disediakan mengikut
Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM.
e) Penggunaan Komputer dalam Pendidikan
 Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta
perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam
teknoogi pendidikan, teori pendidikan, teori P&P, pengurusan sekolah,
sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.
 Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan
kepada beberapa bidang, seperti:
i. Komputer Membantu Pendidikan – menggunakan teknologi dan
sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta
mencapai objektif pelajarannya.
ii. Komputer Membantu Pengajaran – penggunaan teknologi dan
sistem komputer dalam proses pengajaran. Pelajar mengikut
pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru.
iii. Komputer Mengurus Pengajaran – teknologi digunakan untuk
mengumpul data dan membuat analisis serta nilai keberkesanan
pengajaran, penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi P&P dan
interaksi murid-murid dalam bilik darjah.
iv. Komputer Membantu Pengujian – pengujian ini biasanya
dikendalikan dengan dua cara, iaitu:
 Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam
borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi
markah oleh komputer.
 Komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item
bank dan menayangkan soalan dalam skrin monitor komputer.
Murid jawab soalan, kemudin diperiksa dan diberi markah oleh
komputer.

11.3.1 Latihan Dalam Perkhidmatan


- Guru boleh membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri latihan dalam
perkhidmatan.
- Kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan yang boleh diikuti ialah kursus dalam
perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.
11.3.2 Kolaborasi
 Guru harus membuat kerja secara kolaboratif dan koperatif untuk mejayakan
projek,seminar atau rancangan-rancangan dengan sekolah yang lain.
 Sikap kesejawatan penting untuk menggalakkan sikap bekerjasama yang positif dan
semangat kekitaan.
 Contoh kolaborasi professional yang bolehdijalankan oleh guru ialah :
(a) Lembaga Disiplin
(b) Panitia Mata Pelajaran
(c) Penilaian Sebaya
(d) Penggubalan dan moderasi soalan-soalan peperiksaan
(e) Menjalankan penyelidikan tindakan
(f) Mengikuti latihan dalaman
(g) Mengendalikan program latihan dalaman
(h) Membuat kolaborasi dengan sekolah-sekolah lain
(i) Membuat kolaborasi dengan guru-guru daripada negara lain melalui
internet dan e-mel.
11.4.1 Cabaran Profesion Keguruan

11.4.2 Sekolah berkualiti


1. Setiap sekolah mempunyai visi dan misi.

2. Visi sekolah berkualiti adalah memastikan setiap murid mendapat tempat belajar dan
menerima pendidikan seimbang daripada guru yang cekap, berketrampilan dan penyayang
pada setiap masa.

3. Misi sebuah sekolah berkualiti menentukan bahawa setiap murid mendapat manfaat
sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, ko-kurikulum, program-program
kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa persekolahan mereka.

4. Misi sekolah berkualiti adalah menjaga kebajikan serta meningkatkan profesionalisme guru
pada setiap masa.
5. Peranan sebuah sekolah yang berkualiti ialah mempertingkatkan budaya ilmu murid ke arah
kecermerlangan.

6. Sekolah yang berkualiti harus meningkatkan kecemerlangan etika kerja kakitangan


sekolahnya dan mencapai matlamat mengurangkan kes displin dan salah laku dan
memperluaskan khidmat kaunseling kerjaya dan bimbingan untuk murid-murid bagi
meningkatkan kesejahteraan diri murid.

7. Langkah-langkah pihak sekolah untuk menjamin sebuah sekolah berkualiti:


a) meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah.
b) meningkatkan tahap kebajikan guru-guru.
c) meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan
suasana pengajaran dean pembelajaran yang kondusif.
d) menyediakan garis panduan serta kerjaya mewujudkan sekolah berkualiti masa
hadapan selaras dengan matlamat wawasan 2020.
8. Reformasi pendidikan penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan
untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.
9. Di antara intisari-intisari Wawasan Pendidikan ini ialah:
a) Pepaduan
b) Pengurusan dan kepimpinan
c) Perkhidmatan penyayang
d) Empowerment
e) Budaya ilmu
f) Skolah penyayang
g) Budaya cemerlang
10. Instisari Wawasan pendidikan yang dinyatakan di atas merupakan panduan bagi pihak
sekolah untuk merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect
dalam semua jurusan pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada
masalah displin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, tiada masalah keceriaan dan
sebagainya.
11. Untuk mencapai Wawasan 2020, pengajaran yang efektif adalah amat penting.
12. Definisi pengajaran efektif adalah:
a) J. M. Cooper : hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya.
b) David Ryans : guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat-sifat adil,
demokratik, responsive, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik,
bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.
13. Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah
adalah sebuah institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat.
14. Budaya sekolah atau iklim sekolah mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal,
aspek social, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

15. Ciri-ciri sekolah berkualiti:


a) perhubungan yang saling hormat-menghormati
b) kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh
pihak pentadbir sekolah.
c) memupuk perasaan kekitaan di sekolah
d) Mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan
dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan
sesuai.
e) kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur, dan tenteram
f) Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan.

11.4.3 Pengurusan perubahan


1. Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlu menghasilkan murid-murid seperti
berikut:
a) cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik
b) bernilai di pasaran kerja tempatan dan antarabangsa
c) peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara
d) serba boleh, berdaya maju, kreatif dan cekap berkomunikasi

2. Dalam pengurusan perubahan terkini, sekolah juga harus mengamalkan strategi pengajaran
dan pembentukan kurikulum berasaskan Pembelajaran Berasakan Masalah (PBM).
3. Dalam PBM, masalah dalam kehidupan sebenar mendorong murid-murid untuk mengenal
pasti dan mengkaji konsep dan prinsip yang mereka perlu ketahui dalam proses
penyelesaian masalah.

4. Kaedah pembelajaran PBM menggabungkan teknik-teknik pembelajaran aktif, pembelajaran


kerjasama, pembelajaran berasakan pengalaman, pembelajaran berasakan konteks,
pembelajaran konstruktif dan pembelajaran inkuiri.
5. Dalam pengurusan perubahan, aspek-aspek yang harus ditekankan oleh guru ialah
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan bukannya
berpusatkan guru, berasakan perkembangan teknologi, berpandukan hasil penyelidikan
terkini dan berlandaskan psikologi pertumbuhan dan perkembangan murid.

11.4.4 Perubahan dalam pendidikan


1. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi
maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru harus
memahami fenomena ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan
kreativiti kea rah melahirkan satu corak penyampaian pengajaran yang berkesan dan
bermakna di dalam bilik darjah.
2. Perubahan dalam pendidikan terdiri daripada konsep pembestarian dan globalisasi
pendidikan.
3. Terdapat sembilan cabaran Wawasan 2020 ialah
a) membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
b) melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk
jiwanya akan dirinya tersendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala yakin
sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala
macam rintangan.
c) membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi
d) membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika
e) membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi toleran
dengan setiap warga bangsa Malaysia.
f) membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka.
g) membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
h) menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
i) membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu
menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

(a) Pembestarian pendidikan


1. Asas utama pembesarian pendidikan di Negara kita adalah untuk menubuhkan sistem
persekolahan yang berubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi-
teknologi terkini.
2. Konsep pembestarian pendidikan ialah senario baru dalam sistem pendidikan di
Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini.
3. Dalam proses pembestarian pendidikan, sekolah-sekolah diharap mencapai matlamat
yang berikut:
a. penerapan budaya berfikir
b. pengajaran yang bercorak pemusatan murid.
c. penggunaan pelbagai jenis media secara efektif
d. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
e. pengurusan persekolahan yang efektif

4. Matlamat-matlamat lain yang penting dalam pembestarian pendidikan ialah:


a. guru menyediakan rancangan mengajar yang berkonsepkan pengajaran dan
pembelajaran bestari.
b. guru membina sumber bahan-bahan yang diperlukan dalam rancangan
pengajaran dan pembelajaran.
c. guru membina pakej pengajaran dan pembelajaran bestari
d. murid-murid belajar secara akses kendiri, kadar kendiri dan terarah
kendiri/pasukan terarah kendiri.
e. guru perlu memgemukakan soalan-soalan yang mengkehendaki murid-murid
untuk banyak mengaplikasikan kemahiran berfikir.
f. guru mesti dapat menjanakan minda murid serta menggunakan banyak bahan
daripada sumber-sumber hasil perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan
mencapai hasilan pembelajaran.

5. Pengajaran guru adalah bersifat “pembimbing di sisi” dan berciri seperti berikut:
a. berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan murid berkembang secara
menyeluruhn dan seimbang.
b. mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa
yang tepat merentasi kurikulum.
c. pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara
eksplisit bagi membolehkan murid memperolehi akses kepada pembelajaran
berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi kurikulum
sekolah.
d. teknologi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era teknologi
maklumat.
6. Hala tuju yang utama dalam sekolah bestari ialah ke arah mengoptimumkan potensi
murid dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat:
 Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
 Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
 Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)

(b) Globalisasi pendidikan


1. Pembestarian pendidikan membekalkan peluang kepada Kementerian Pendidikan
untuk melaksanakan inovasi bagi mencapai piawaian tertinggi dalam pendidikan dan
menjadi pemimpin global dalam bidang pendidikan.
2. Kedatangan era digital dalam globalisasi pendidikan mengubah akspek pengumpulan
dan penyebaran ilmu daripada seorang kepada suatu tempat yang boleh dikunjungi
ramai melalui pendidikan jarak jauh dan sistem pendidikan terbuka.
3. Teknologi binari membolehkan maklumat fizikal diubah ke bentuk elektronik dan
dihantar/disebar ke tempat tujuan dengan pantas dan meluas.
4. Dengan adanya penciptaan internet, murid dapat membuat pengembaraan maklumat
mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul bahan. Murid-murid juga dapat
mencari bahan sumber tempatan, kebangsaan dan global melalui internet.
5. Internet juga membolehkan interaksi murid dengan guru dan orang ramai dari seluruh
pelusuk dunia. Ia membenarkan perbincangan berterusan antara murid dan guru atau
di antara guru-guru di luar waktu persekolahan.
6. Oleh itu, murid-murid perlu mempelajari strategi-strategi untuk menerajui maklumat
dengan cekap dan selektif.
7. Murid-murid perlu membuat keputusan dengan berkesan, menilai kebaikan dan
keburukan teknologi serta memahami perkembangan teknologi semasa supaya mereka
dapat menandingi secara global.
8. Selain itu, murid juga harus diajar memanfaatkan penggunaan alatan teknologi untuk
membantu mereka menyelesaikan masalah dan menbuat kolaborasi secara global.
9. Tindakan inisiatif kaum guru dengan melengkapkan diri mereka dalam pelaksanaan
Misi Kementerian Pendidkan adalah amat penting.
10. Tindakan dan langkah perkembangan kaum guru adalah seperti berikut:
a) Peka terhadap persekitaran sekolah
b) Meningkatkan pengetahuan kerja/ ntugas
c) Meningkatkan hubungan interpersonal
d) Membuat refeksi melalui penyelidikan tindakan
e) Merebut peluang pendidikan terbuka (Open Education)

(c) Pekerja Ilmu


1. Sistem pendidikan kea arah kecemerlangan telah membawa kepada penubuhan sekolah
bestari menjelang tahun 2020 bagi semua skolah di Malaysia.

2. Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu menginterasikan teknologi maklumat ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Menginterasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sistem


pendidikan untuk meningkatkan penggunaan TMK d kalangan murid-murid sekolah dan
seterusnya menghasilkan pekerja ilmu bagi menjamin perkembangan negara maju.

KESIMPULAN

Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan
tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam
tentang diri sendiri dan amalan pengajaran – pembelajaran. Selain mempunyai kemahiran-
kemahiran profesional guru yang sedia ada, mereka juga harus meningkatkan profesionalisme
diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak
mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi
dan globalisasi.

RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/41359173/Kemahiran-Profesional-Guru-dan-Peningkatan-
Profesionalisme-Perguruan

http://www.slideshare.net/arthurjeo/5-kemahiran-profesional-guru

http://www.scribd.com/doc/14587544/Kemahiran-Profesional-Guru-Peningkatan-Profesional-
Kendiri-Cabaran-Profesion-Keguruan

http://www.scribd.com/doc/51856598/KONSEP-BUKAN-PROFESIONAL

Anda mungkin juga menyukai