Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS PERINGKAT 3 PROGRAM KDPM SABK SR AMBILAN NOVEMBER 2007

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


NOTA BOLA BALING

Disediakan oleh :

KARTINI BINTI ABDUL MANAN NO.K/P : 850716-03-5710 KDPM SABK 120073162

Di sediakan untuk :

Tarikh hantar :

MAC 2010

NOTA BOLA BALING


UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING y Masa Permainan, Isyarat Tamat dan Masa Rehat 1. Pengadil tidak semestinya memberikan masa rehat apabila memberikan balingan tujuh meter. 2. Apabila penjaga masa meniup wisel untuk masa rehat (team time-out) atau lain-lain situasi kesalahan, jam rasmi pertandingan perlu dihentikan serentak tanpa menunggu isyarat daripada pengadil. Pasukan, Penggantian dan Peralatan 1. Bilangan maksima pemain berdaftar sepasukan ditambah daripada 12 orang kepada 14 orang. 2. Jika ada pemain yang tidak berdaftar memasuki gelanggang, pegawaipegawai pasukan tersebut dianggap bertanggungjawab dan perlu menerima hukuman progresif mengikut peraturan tiada semangat kesukanan. 3. Sebarangan tindikan pada bahagian badan adalah dibenarkan dengan syarat tindikan tersebut hendaklah dibalut (taped) sebagaimana cincin atau subang telinga yang kecil. Penjaga Gol 1. Selepas balingan penjaga gol yang terkena palang atau tiang gol pihak lawan, bola yang melantun balik boleh diambil semula oleh penjaga gol tersebut. Kawasan Gol 1. Memasuki kawasan gol atau menyentuh bola dalam kawasan gol oleh pemain pasukan lawan, permainan akan dimulakan dengan balingan penjaga gol yang boleh dilakukan oleh penjaga gol dari mana-mana dalam kawasan gol. Balingan Percuma 1. Balingan percuma pada penghujung separuh masa atau penghujung permainan atau dalam masa tambahan, tiada pemain gantian dibenarkan kecuali seorang pemain dari pasukan yang mendapat balingan percuma. Pemain-pemain lain dari pasukan yang mendapat balingan percuma juga perlu berada 3 meter dari tempat balingan percuma. 2. Jika bola terkena siling atau sebarang objek lain pada siling, permainan perlu dimulakan dengan balingan ke dalam kepada pasukan lawan yang kali terakhir menyentuh bola. Balingan ini perlu diambil pada bahagian paling dekat dengan tempat kejadian

Hukuman 1. Hukuman gantung 2 minit (termasuk penyingkiran) boleh dikenakan semasa rehat, separuh masa atau lain-lain masa rehat seperti sebelum atau antara masa tambahan termasuk semasa balingan tujuh meter selepas masa tambahan. 2. Hukuman pembatalan biasanya difokuskan kepada aksi berbahaya. Hukuman pembatalan juga dikenakan pada aksi-aksi yang secara relatifnya memberikan impak kecil tetapi merbahaya terutamanya semasa pemain dalam situasi tidak dapat mempertahankan diri. 3. Pasukan yang seorang pemainnya dibatalkan pada saat-saat akhir permainan cuba menghalang pihak lawan mendapat peluang menjaring (peraturan 14) atau setidak-tidaknya posisi yang baik untuk membuat jaringan dan potensi gol tersebut boleh menjadi penentu kemenangan perlu dilaporkan kepada pihak bertanggungjawab agar pemain yang terlibat boleh diambil tindakan.

KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN TAKTIKAL INDIVIDU

1. Kualiti Motor

Kekuatan  Balingan  Lompatan Kepantasan  Memulakan pecutan  Memulakan pergerakan untuk sesuatu tindakan

Daya Tahan  Pergerakan turun naik (piston)  Untuk berundur dan bertahan serta mara dan  Menyerang secara berulang (kerap) Kelenturan  Membaling  Menerima  Menjaring Koordinasi- pergerakan semasa bertahan  Menghadang  Membuat jaringan

2. Kemahiran Teknikal y Kemahiran Am i. Membuat hantaran  Terus/langsung  Tidak terus  Tanpa melihat ii. Menerima bola  Menangkap  Menampan  Memungut

iii.

Jaringan  Jaringan pantas/mengejut  Jaringan melompat  Jaringan menjunam  Jaringan belakang (reverse shot)  Jaringan dua tangan

iv.

Mengelecek  Satu lantunan  Lantunan berterusan Mengacah (gerakan mengeliru)  Tanpa bola dan dengan bola

v.

Kemahiran Spesifik i. Kemahiran penjaga gol ii. Kemahiran pemain gelanggang

3. Kebolehan dan Keupayaan Taktikal y Membaca pergerakan lawan penjaga gol y Gerakbalas (responsiveness) - Pertahanan back court player y Kesedaran ruang pemain pivot y Kesedaran masa (timing) pemain sayap

y y

Kesedaran formasi gerakan serangan berpasukan Keupayaan menyesuaikan diri bertahan dalam pasukan

Latihan Untuk Kepantasan Latihan 1

i. ii. iii.

Pemain membuat hantaran bersama dalam kumpulan (4 sepasukan ). Apabila wisel ditiup, kedua-dua pasukan akan membuat serang balas ( counter attack ) dengan meletakkan bola di atas execise mat. Pasukan pertama yang meletakkan bola di atas exercise mat dikira pemenang.

FUNGSI PEMAIN MENGIKUT POSISI Pemain sayap (wing)


1. Pemain sayap mempunyai kawasan bermain dan menyerang terhad,maka pemain ini mesti mempunyai kemahiran khusus bertahap tinggi. a) Perlu bertindak dengan cepat dan mampu mengacah serta berkebolehan bermain satu lawan satu. b) Mempunyai kepantasan dan ketangkasan menangkap dan menghantar bola sambil berlari. c) Mempunyai kebolehan sambil melompat atau menjunam.

Pemain Pivot Pemain ini biasanya bermain di antara ruang pemain pertahanan.Dengan itu pemain ini mestilah bersabar serta berdisiplin agar membolehkannya menumpu perhatian penuh walaupun diganggu secara fizikal oleh pihak lawan.Mesti mempunyai kemahiran menangkap bola dengan kemas serta mempunyai ketangkasan badan.Pemain ini mesti juga mempunyai ketinggian serta saiz.

Pemain Pertahanan Biasanya pemain pertahanan akan memulakan serangan berkomunikasi.Corak pemain pertahanan akan menentukan keupayaan serangan pasukannya.Dengan itu pemain pertahanan mestilah ; a) Mempunyai merancang dan menangkap bola dengan kemas. b) Mempunyai kebolehan membaca pergerakan pemain-pemain pasukannya dan boleh membuat keputusan terbaik untuk melakukan jaringan. c) Mempunyai kemahiran yang kuat dan tepat serta dapat menguasai kemahiran menjaring dengan cara melompat di luar kawasan 9 meter. d) Dapat memaksa pemain pertahanan keluar dari kawasannya dan memperolehi ruangan untuk pemain sayap dan pemain pivotnya bertindak. e) Mempunyai ketinggian serta saiz.

Penjaga

A. Kedudukan penjaga gol Fasa persediaan i. ii. iii. Mata hendaklah sentiasa memerhatikan pergerakan bola. Berdiri tegak,lutut bengkok sedikit,berat badan di atas hujung jari kaki. Tangan separas bahu,tapak tangan dihalakan kea rah bola.

Fasa lakuan i. ii. iii. Bergerak selangkah ke hadapan mengikut kesesuaian. Bergerak ke sisi mengikut arah bola dengan pantas. Kecilkan ruang/sudut jaringan.

B. Menghadang Bola Tinggi Fasa persediaan i. ii. iii. Mata hendaklah sentiasa memerhatikan pergerakan bola. Berdiri tegak,lutut bengkok sedikit,berat badan dia atas hujung jari kaki. Tangan separas bahu,tapak tangan dihalakan kea rah bola.

Fasa Lakuan i. ii. iii. Beregrak selangkah dan melompat kea rah bola. Luruskan tanagn untuk menahan bola. Tepis bola.

C. Menghadang Bola Rendah

Fasa persediaan i. ii. Bergerak ke arah bola. Hulurkan kaki ke arah bola.

Fasa Lakuan i. ii. Angkat lutut dan lunjurkan kaki. Luruskan tangan dan tepis bola.

D. Menghadang Bola Paras Sederhana Fasa persediaan i. ii. iii. Mata memerhatikan pergerakan bola. Berdiri tegak ,lutut bengkok sedikit,berat badan di atas hujung jari kaki. Tangan separas bahu,tapak tangan dihalakan kea rah bola.

Fasa Lakuan i. ii. Bergerak kea rah bola dan angkat kaki dengan bengkokkan lutut sedikit,serentak dengan gerakan tapak tangan ke lutut. Kekalkan keseimbangan dan tepis bola.

E. Menghadang Bola Di Jaringan Sudut Fasa persediaan i. ii. iii. Mata memerhatikan pergerakan bola. Berdiri hamper pada tiang gol,sebelah lengan menyentuh tiang gold an seeblah lagi di atas kepala. Berat badan di atas kaki yang hamper dengan tiang.

Fasa Lakuan i. ii. Bergerak selangkah bila bola dijaringkan dan tutup ruang jaringan. Hulurkan kaki ke arah laluan bola dan tepis bola.

LATIHAN
Nota Encik Mohd Salwa KHAMIS/10 DISEMBER 2009

1. Warm up / regangan i. Berjalan sambil tangan megang bola di atas kepala hingga ke penanda 3. ii. Kemudian,bang bola balik ke penanda 1. iii. Kemudian,tukar tangan kanan bawa bola di atas kepala ke penanda 3. iv. Golek bola ke penanda 2 menggunakan tangan kiri,kemudian tukar tangan kanan.golek bola hingga ke penanda 1.

2. Dalam kumpulan bulatan/warm up. i. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. ii. Pegang bola dengan lutut. iii. Buat warm up/regangan. - Mulakan dengan donggakan kepala.tolakkan k etas menggunakan kedua-dua belah tangan.tolakkan ke kiri,dan seterusnya tolakkan ke kanan.setiap pergerakan kira sampai 8. - Kemudian halakan kedua-dua belah tangan ke depan dan terikan tangan,kira sampai 8.kemudian halakan kedua-dua belah tagan ke belakang,ke atas dan ke bawah.Setiap pergerakan kira hingga 8. - Kemudian,terikan kaki kanan ke depan,kiri,kanan dan belakang.kira sampai 8.kemudian tukar kaki kiri. - Setelah selesai,tarik nafas dan hembus.buat 3 kali.

3. Kemahiran a) Latihan 1 i. Berdiri berdua dalam keadaan mengadap. ii. Kemudian salah seorang akan mulakan dengan melambung bola ke arah kawan dan kawan yang mengadap akan menyambut bola tersebut. iii. Ulang dengan membuat jarak yang berlainan.

b) Latihan 2 i. Masih dalam keadaan mengadap kawan . ii. Jarakkan kedudukan dengan kawan. iii. Bang bola sebanyak 2 kali,kemudian terus bang kepada kawan sambil berlari.

c) Latihan 3 i. Masih keadaan berdua mengadap. ii. Jarakkan kedudukan. iii. Bang bola kepada kawan sambil berlari.saling bergilir bang bola tersebut.

d) Latihan 4 Kemahiran melambung bola. i. Masih dalam keadaan berdua mengadap. ii. Lambung bola kepada kawan dari paras bawah ke atas.kawan akan menyambut bola itu.

e) Latihan 5 Permainan dalam kumpulan. i. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang. ii. Berdiri mengadap dalam kumpulan. iii. Salah seorang akan bang bola kea rah tengah.dan kawan yang lain akan cuba menangkap bola tersebut. iv. Sesiapa yang mendapat bola tersebut akan bang bola ke tengah balik.

f) Latihan 6 i. Masih dalam kumpulan tadi lagi. ii. Kedudukan antara murid dijarakkan. iii. Murid yang pertama akang bang bola kepada murid 2.kemudian,murid 2 akan bang bola kepada murid 3 dan murid 3 akan bang bola kepada murid 4. iv. Permainan diteruskan hingga 5 pusingan.

g) Latihan 7 i. Secara individu, berdiri dengan keadaan kaki buka(kangkang). ii. Bang bola menggunakan tanagn kiri dan tanagn kanan akan menyambutnya. iii. Buat dalam keadaan manghayung.(kaki terangkat).

h) Latihan 8 Perrmaian kecil. i. Buat satu kumpulan.2 orang satu pasukan. ii. Permainan dimulakan dengan satu pasukan akan melambung bola kepada kawan sepasukan dan pasukan lain akan cuba merebut bola tersebut. iii. Sesiaap yang mendapat bola tersebut akan menghantar bola tersebut kepada kawan sepasukannya. iv. Bola tidak dibenarkan pegang denagn lama.

Anda mungkin juga menyukai