Anda di halaman 1dari 23

KENALI SUKAN : HOKI

http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&title=kenali-sukanhoki&more=1&c=1&tb=1&pb=1

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di sesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu hoquet yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa inggeris menjadi hockey. Sejarah Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Follow up: Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan permainan ini. Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan

dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya. Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi hockey. Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undangundang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan. Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Permainan Antarabangsa Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung. Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuanHoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan

Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa. Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India dan malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand. Hoki Di malaysia Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan s\Singapura. Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat. Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala

Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan. Penekanan Permainan Hoki Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek :i. penguasaan kemahiran ii. pengembangan pengetahuan iii. pembentukan moral Bilangan Pemain Dan Cara Permainan Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu. Kawasan Permainan Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahirankemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh. Mengikut undang-undang dan peraturanperaturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk

segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainanhoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang. Kayu Hoki Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undangundang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalampermainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya. Jangkamasa Permainan Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 1. AM Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Hoki 2. PENGANJUR / PENGELOLA Pertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh ________________________ 3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari lapan belas (18) orang pemain yang terdiri dari pegawai/anggota/kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan. 3.2 Pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya di sepanjang pertandingan ini. 3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN 4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di lokasi yang akan ditentukan kemudian. 4.2 Perlawanan akan bermula pada __________ dan akan berakhir pada ________________. Setiap

perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur. 4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 20 + 5 + 20. 4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. 5. FORMAT PERTANDINGAN 5.1 Perlawanan akan dijalankan secara sebelas (11) sebelah. 5.2 Sekiranya lima (5) atau kurang pasukan mengambil bahagian, perlawanan pusingan awal akan akan dijalankan secara liga satu kumpulan. Pada pusingan seterusnya, pasukan di kedudukan pertama dan kedua akan bertemu untuk menentukan johan dan naib johan manakala pasukan di kedudukan ke tiga dan keempat akan bertemu untuk menentukan kedudukan tempat ketiga. 5.3 Sekiranya enam (6) atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukanpasukan yang bertanding akan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian. 5.4 Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib

Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati. 5.5 Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah. 5.6 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir. 5.6.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak. 5.6.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak 5.6.3 Jika masih seri juga, pasukan yang menang dalam perlawanan sebelumnya. 5.6.4 Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan, 5.6.5 Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagi menentukan pemenang. 5.6.6 Di peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, perlawanan akan diteruskan dengan masa tambahan 15 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit untuk pertukaran padang. Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akan

diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan, 5.6.7 Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagi menentukan pemenang. 6. PERTUKARAN PEMAIN. 6.1 Tiada had dikenakan untuk pertukaran pemain pada sesuatu perlawanan. Pemain yang diganti dibenarkan mengambil bahagian semula dalam perlawanan. 6.2 Pemain yang digantung permainan tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian. 7. KEMENANGAN PERCUMA 7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut : 7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.3 7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4. 7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan. 7.1.4 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0. 7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan. 8. PERATURAN AM 8.1 Jika seseorang pemain telah menerima tiga (3) amaran (kad hijau) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) temporary suspensions (kad kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 8.3 Jika seseorang pemain menerima dua (2) amaran (kad hijau) dan satu (1) temporary suspensions (kad kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 8.4 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dalam suatu perlawanan, pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain dua (2) perlawanan berikutnya. 8.5 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang

berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain. 8.6 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan. 8.7 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Hoki Malaysia (MHF) hendaklah digunapakai. 8.8 Sekiranya Pengurus Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan daripada pertandingan. 9. PENGADILAN Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah dari Persatuan Hoki Kuala Lumpur. Keputusan pengadil adalah muktamad. 7 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUkKAN 10.1 Mana-mana perkara yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa Pertandingan dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola. 10.2 Jawatankuasa Pertandingan/Pengelola berhak membuat sebarang pindaan pada peraturan pertandingan ini bila-bila masa diperlukan. 11. BANTAHAN

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

1. PERATURAN PERMAINAN HOKI Pertandingan Hoki MSSS akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh RULES OF THE GAME OF HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD dan Peratuan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1. Pertandingan Hoki MSSS ini terbuka kepada pasukan dari tiap-tiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dalam peringkat umur berikut. Sila rujuk Peraturan Am MSSM ( 4 ). 2.1.1. Lelaki 12 tahun dan ke bawah. 2.1.2. Lelaki 18 tahun dan ke bawah. 2.1.3. Perempuan 12 tahun dan ke bawah. 2.1.4. Perempuan 18 tahun dan ke bawah. 3. KELAYAKAN PEMAIN 3.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 3 ). 3.2. Pemain hendaklah berumur 18 dan 12 tahun ke bawah bagi kategori masing-masing pada 1 Januari tahun pertandingan tersebut. Selain daripada itu, ia juga tertakluk kepada Peraturan Am

MSSM Bil.3 iaitu had umur peserta (Rujuk Peraturan Am MSSM Bil 3 - 3.1 hingga 3.7). 3.3. Kelayakan tambahan mengenai status pelajar / peserta adalah seperti dalam Peraturan Am Pertandingan MSSM 3.1 dan 3.2. 4. PENDAFTARAN 4.1. Setiap MSS daerah dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta seperti Lampiran A yang disediakan oleh MSSM (Sila rujuk Lampiran A). 5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1. Sistem Pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSSM Bil 10. 5.2. PENANGGUHAN 5.2.1. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah pertandingan keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. Keputusan Pengarah Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad. 5.2.2. Jika selepas bermain separuh masa iaitu 25 minit bagi kategori B18 tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke bawah, permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang 2 tidak dapat dielakkan ( padang yang tidak sesuai ) maka permainan itu di anggap telah tamat

tempoh permainannya dan kedudukan jaringan pada masa itu akan diambil kira. 5.2.3. Jika permainan diberhentikan sebelum 25 minit bagi kategori B18 tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke bawah, maka permainan itu akan disambung dari masa ia diberhentikan dengan kedudukan yang kekal sebelum permainan ditangguhkan, di suatu tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. 5.2.4. Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. Tindakan berikut boleh diambil semasa pertandingan dijalankan. 5.3. TATATERTIB PEMAIN 5.3.1. Sistem mata demerit yang berikut akan dikuatkuasakan untuk tindakan tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan:KAD HIJAU - 2 MATA KAD KUNING 4 MATA

KAD MERAH - 8 MATA 5.3.2. Tindakan-tindakan tatatertib yang berikut adalah dijalankan mengikut sistem mata demerit 08 mata demerit: PENGGANTUNGAN 1 PERLAWANAN 12 mata demerit: PENGGANTUNGAN 2 PERLAWANAN 16 mata demerit: PENGGANTUNGAN 3 PERLAWANAN 20 mata demerit: PENGGANTUNGAN UNTUK BAKI PERTANDINGAN.

Interpretasi: Jika seseorang pemain, setelah mengumpul 8 mata demerit, menerima satu kad Kuning dalam satu perlawanan, pemain itu akan digantung untuk 1 perlawanan. Walaupun jadual di atas menentukan penggantungan 2 perlawanan untuk 12 mata demerit, sebab pemain itu digantung 1 perlawanan sahaja adalah kerana pemain itu sudahpun menjalani penggantungan 1 perlawanan setelah mengumpul 8 mata demerit. 5.4. PEGAWAI 5.4.1. Mana-mana wakil yang bertanggunjawab mengenai pasukannya yang mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan didapati mengganggu perjalanan pertandingan, akan diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib. 6. CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 6.1. Pemberian mata bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut: 6.1.1. Menang - 3 mata 6.1.2. Seri - 1 mata 6.1.3. Kalah - 0 mata 6.2. Kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan jumlah mata yang dikumpulkan oleh setiap pasukan. 3 6.3. Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan, lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang sama,

maka kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan BILANGAN KEMENANGAN. 6.4. Jika kedudukan masih sama maka kedudukan akan ditentukan berpandukan PERBEZAAN GOL (GOAL DIFFERENCE) bilangan gol yang dijaringkan tolak bilangan gol diterima. 6.5. Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan Gol Terbanyak akan dikira menang. 6.6. Jika kedudukan masih sama, maka pasukan yang telah MENGALAHKAN LAWANNYA di peringkat kumpulan akan dikira pemenang. 6.7. Jika masih sama, kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan pukulan penalti strok. 6.8. Jika lebih dari 2 pasukan terlibat, maka pertandingan pukulan penalti strok melibatkan pasukanpasukan yang berkenaan dijalankan secara liga. 6.9. Kedudukan akan diputuskan berpandukan pemberian mata seperti berikut: 6.9.1 Menang - 3 mata 6.9.2. Seri - 1 mata 6.9.3. Kalah - 0 mata 6.10. Jika kedudukan masih sama, keputusan akan dibuat berpandukan peraturan 6.3, 6.4, 6.5 dan 6.6. 7. SISTEM PUKULAN PENALTI STROK 7.1. Pengadil akan menentukan pintu gol mana pukulan penalti hendak dijalankan. 7.2. Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang akan membuat pilihan sama ada

memulakan pukulan penalti atau bertahan dahulu. 7.3. Lima (5) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan penalti berselang-seli terhadap Penjaga Gol pasukan lawan. 7.4. Jika jaringan penalti strok masih sama, permainan akan dilanjutkan degan cara tamat serta-merta (Sudden Death). 7.5. Pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian dalam pertandingan pukulan penalti strok kecuali pemain-pemain yang telah digantung (Players on Permanent or Temporary Suspension). 7.6. Pengurus Pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan mengambil pukulan penalti strok bagi pasukan masing-masing. 7.7. Penjaga Gol tidak boleh ditukarkan kecuali jika ianya cedera. 7.8. Penjaga gol simpanan boleh menggantikan Penjaga Gol yang cedera itu semasa pukulan penalti strok dijalankan. 4 8. PAKAIAN 8.1. Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftarkan 2 pasang Jersi yang berlainan warna dan bernombor 1 hingga 18 tiap-tiap satu set. Jersi semua pemain hendaklah bernombor di hadapan dan belakang.

8.2. Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya di sepanjang pertandingan ini tanpa mengira apa jua kedudukan pemain tersebut akan bermain. Nombor baju hendaklah dinyatakan di sebelah nama pemain di dalam senarai pendaftaran. 8.3. Jika kedua-dua pasukan memakai jersi berwarna yang sama, maka satu pasukan mestilah menukar jersinya. Pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam Jadual Pertandingan dikehendaki menukar jersinya. 8.4. Pemain-pemain bagi semua peringkat umur (lelaki dan perempuan) diwajibkan memakai shin guard. 8.5. Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknik 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 8.6. Jika ada pemain yang memakai / menggunakan leotards warnanya mestilah sama dengan seluar atau stokin yang dipakai. 8.7. Jika ada pemain perempuan memakai skaf, ia mestilah sama dengan warna jersi atau berwarna hitam tanpa mempunyai corak iaitu plain colour sahaja. 8.8. Pemakaian topi, pengikat kepala (headband) dan skaf tidak dibenarkan untuk pemain lelaki. 9. GELANGGANG PERMAINAN 9.1. Gelanggang permainan pertandingan hoki MSSS akan mengikuti peraturan yang ditetapkan

oleh RULES OF THE GAME OF HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD. 9.2. Pertandingan hoki bawah 18 tahun lelaki dan perempuan serta pertandingan hoki bawah 12 tahun lelaki dan perempuan akan diadakan di padang turf. 9.3. Tempoh masa bagi satu perlawanan adalah seperti berikut: Peringkat Umur Jumlah Masa Perlawanan Pecahan Perlawanan B 18 tkb Lelaki & 25 min. setiap separuh Perempuan masa dan rehat 5 min. B 12 tkb Lelaki & 20 minit setiap separuh Perempuan masa dan rehat 5 minit 9.4. Dalam perlawanan klasifikasi, penentuan pemenang dalam perlawanan akhir akan dibuat dengan menambah tempoh masa perlawanan sebagaimana di bawah setelah berehat lima (5) minit. 5 Pengadil perlawanan akan mengadakan undian bersama kedua-dua ketua pasukan untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan perlawanan:Peringkat Umur Masa Tambahan Pecahan B 18 tkb Lelaki & 15 minit (7-1- 7) Perempuan B 12 tkb Lelaki & 10 minit (5 5) 20 : 5 : 20 25 : 5: 25

Perempuan 9.5. Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa tambahan, perlawanan akan tamat apabila salah satu pasukan menjaringkan gol. Pasukan yang menjaringkan gol itu akan digelar pemenang dalam perlawanan tersebut (Golden Goal Rule). 9.6. Sekiranya keputusan masih seri selepas tempoh masa tambahan, satu pertandingan pukulan penalti strok akan diadakan (Lihat Peraturan 5.11) bagi mendapatkan pemenang perlawanan tersebut. 10. PERALATAN (BOLA) 10.1. Bola seperti yang ditetapkan dalam RULES OF THE GAME OF HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD akan digunakan dalam pertandingan hoki MSSM. Walau bagaimanapun dicadangkan menggunakan bola dimple jenis kookaburra. 11. KELEWATAN 11.1. Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit sebelum masa yang telah ditetapkan bagi sesuatu perlawanan. 11.2. Pasukan yang terlewat diberi tempoh 10 minit selepas masa yang ditetapkan untuk turun ke padang. Jika pasukan itu masih tidak hadir, kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan

yang hadir. 11.3. Kelewatan ini hanya dilayan sekali sepanjang pertandingan. 12. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 12.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 11 ). 12.2. Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. 13. BANTAHAN 13.1. Rujuk Peraturan Am MSSM (12 ) . 6 14. LEMBAGA JURI RAYUAN 14.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 13 ) 15. LEMBAGA TATATERTIB 15.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 14 ). 16. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 16.1. Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad. STATUS PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA 1. Pelajar-pelajar sekolah sukan dibenarkan mewakili daerah semasa Kejohanan MSSS dengan syarat daerah memohon dengan sendiri secara rasmi dari sekolah sukan.

2. Pelajar-pelajar tersebut dibenarkan menghadiri pemilihan dan latihan pusat peringkat MSSM tidak melebihi 10 hari. 3. Surat permohonan pelepasan jabatan untuk pelajar-pelajar tersebut perlu disediakan. STATUS PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM

Hanya dua pemain lelaki dan dua pemain perempuan dibenarkan bermain dalam Kejohanan MSSS dan MSSM. DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERAH BERSAMA BORANG R 01 DAN M 01 Pelajar Sekolah Rendah ( Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah ) Salinan sijil kelahiran yang telah di sahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan sekolah berkenaan. Pelajar Sekolah Menengah ( Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah ) Kad pengenalan asal, atau Dokumen JPN KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (bagi pelajar yang kehilangan kad pengenalan asal). DAN Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah yang telah disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan (untuk pelajar yang terbabit sahaja)7

Pelajar Sekolah Menengah ( Pemain berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun Pemain jemputan ) Kad pengenalan asal, atau Dokumen JPN KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (bagi pelajar yang kehilangan kad pengenalan asal). DAN Sekiranya pelajar Tingkatan Enam : Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah serta Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Tingkatan Enam Bawah (untuk pelajar Tingkatan Enam Atas sahaja) yang telah disahkan oleh Pengetua/ Penolong Kanan sekolah berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai