Anda di halaman 1dari 89

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT

( D20101039366 )

FAKULTI SAINS SUKAN


DAN
KEJURULATIHAN
Buku log

ikhtisas bola jaring


Mohd Isyamuddin Bin Jumaat
D20101039366

PROGRAM : PENDIDIKAN JASMANI DAN JASMANI (AT59)


NAMA PENSYARAH : PN.NUR AKMAL BINTI ISHAK
: NURUL UYUN BINTI ABDUL
AZIZ

0
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Biodata

Penghargaan

m/s 3

Pengenalan

m/s 4

Sejarah dan perkembangan bola jaring.

Undang-undang

m/s 8

Peralatan

m/s 12

Pengenalan bola jaring

Padang/gelanggang
Tiang
Bola
Pakaian

Posisi pemain

m/s 17

Kemahiran-kemahiran asas

m/s 22

Gerak kaki
Hantaran
Menjaring
Strategi

Diari mingguan

m/s 78

1
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

NAMA :
MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT
NAMA PANGGILAN : SYAM
TARIKH LAHIR :
12 .OGOS .1990
UMUR :
21 TAHUN
LEPASAN :
STPM
PROGRAM :
PENDIDIKAN JASMANI ( AT 59 )
SEMESTER :
SEMESTER 2
NO. MATRIK :
D20101039366
TINGGI :
168 CM
BERAT :
72 KG
ALAMAT TETAP :
NO18,KG.PARIT.PUTERI MENANGIS, 82200, BENUT,
PONTIAN, JOHOR
ALAMAT UPSI :
BLOK E 102/2, KOLEJ ZABA, KAMPUS SULTAN
AZLAN SHAH, 35900 TANJuNG MALIM, PERAK
DARUL RIDZUAN.
NO TELEFON :
013-7423197
E- MAIL :
isyamuddin.upsi@gmail.com
SUKAN DICEBURI : HOKI, RAGBI, BOLA SEPAK DAN BOLA JARING
MOTTO :
believe yourself

2
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah


dan kurnianya saya diberi kekuatan untuk menyiapkan buku log
ikhtisas bola jaring ini.
Terima kasih kepada tenaga pengajar, Pn Nur
Akmal Binti Ishak kerana memberi tunjuk ajar serta penerangan
tentang sukan bola jaring.
Terima kasih juga kepada ahli keluarga yang banyak memberikan
dorongan dan bantuan bagi menyempurnakan buku log ini.
Tidak dilupakan jasa sahabat-sahabat yang berkongsi ilmu dan
semangat yang amat penting dalam proses menyiapkan buku log
ikhtisas bola jaring ini.
Segala kebaikan itu datangnya daripada ALLAH, dan segala
kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri.
Semoga buku log ini dapat membantu dan memberikan informasi
tentang sukan bola jaring.
Sekian, terima kasih.
Yang benar :

3
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

( Mohd Isyamuddin Bin


Jumaat )

4
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
PENGENALAN
PENGENALAN
Sejarah Dan Perkembangan Bola Jaring
( A) Peringkat Dunia
Bola Jaring merupakan sukan yang dimainkan oleh ramai kalangan wanita.
Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu
sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel.
Permaianan Bola Jaring bermula apabila Dr. James Naismith, berbangsa Kanada,
mencipta sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Beliau menggunakan bola yang cukup
besar untuk mudah diterima dan dihantar serta tidak boleh berlari dengan bola. Gol yang
digunakan diperbuat daripada bakul yang diletak di tempat yang tinggi sebagai satu cabaran
yang dapat memberi tumpuan kepada kemahiran. Selain daripada kekuatan, Dr. James
Naismith menetapkan tiga belas (13) undang-undang bagi permaian ini. Permainan ini
bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undang-undang serta aspek kemudahan
dimurnikan dan Bola Jaring tercipta.
Bola Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul / basket ball) dibawa ke
England dari Amerika Syarikat oleh Dr. Toles semasa beliau melawat Kolej P.T. Osterberg
dalam tahun 1895. Beliau memperkenalkan permainan di mana bola dijaringkan ke dalam
bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi antarabangsa melalui Kolej
Dartford.
Pada tahun 1897, Bola Jaring dimainkan di atas padang rumput di seluruh United
Kingdom. Setelah permainan bertambah canggih, kawasan/zon permaianan baru yang
menggambarkan gelanggang terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan.
Perang dunia pertama mengganggu pembangunan Bola Jaring di England tetapi dalam
tahun 1926, satu mesyuarat rasmi pertama di London telah menghasilkan penubuhan
Persatuan Bola Jaring Seluruh England (AENA).

5
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Dalam tahun 1957, di suatu mesyuarat yang diadakan di London, persetujuan
mengenai penggunaan undang-undang telah dipersetujui bersama oleh England, Australia,
New Zealand, Northern Ireland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.
Pengakuan antarabangsa telah ditubuhkan di suatu mesyuarat yang diadakan di
Ceylon pada Ogos 1960. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil dari England, Australia,
New Zealand, Afrika Selatan, Ceylon dan India Barat. Perlembagaan dan etika undangundang permainan antarabangsa telah dipersetujui bersama semasa mesyuarat.
Dalam tahun 1990 semasa Sukan Komanwel ke 14 diadakan di Auckland, New
Zealand, Sukan Bola Jaring telah dimasukkan sebagai salah satu sukan domentrasi. Bertitik
tolak dari perlawanan itulah maka Sukan Bola Jaring menjadi salah satu sukan berpasukan
yang dipertandingkan di Sukan Komanwel ke XVI di Kuala Lumpur. Ianya tidak terhenti di
sini kerana sukan Bola Jaring turut dipertandingkan di Sukan Komanwel ke XVII di
Manchester dalam tahun 2002. Pada tahun 1995, jawatankuasa Olimpik antarabangsa telah
mengiktiraf Sukan Bola Jaring. Ini merupakan langkah pertama hasrat IFNA untuk
merealisasikan kemasukan Bola Jaring dalam Sukan Olimpik.
(B) Peringkat Asia
Pada tahun 1983, semasa kejohanan Bola Jaring Dunia keenam diadakan di
Singapura, beberapa perwakilan dari Asia telah mengadakan perbincangan bagi menubuhkan
Persatuan Bola Jaring Asia. Akhirnya, Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia telah berjaya
ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur bersempena dengan Kejohanan Bola Jaring
Asia Pertama. Pada ketika itu, ahli gabungan badan ini terdiri daripada lima buah negara iaitu
Malaysia, Singapura, Sri Lanka, India dan Hong Kong.

Menganjurkan kejohanan di kalangan ahli gabungan merupakan aktiviti berterusan.


Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Jaring Asia adalah empat tahun sekali.
Kejohanan Bola Jaring Asia yang telah dianjurkan adalah seperti berikut:

6
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Kejohanan
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat

Tahun
1985
1989
1993
1997

Tuan Rumah
Malaysia
India
Hong Kong
Singapura

Johan
Malaysia
Sri Lanka
Hong Kong
Sri Lanka

Persekutuan Bola Jaring Asia telah menambahkan aktivitinya dengan mengadakan


Kejohanan bagi Atlit Remaja pada tahun 1994, di Hong Kong. Juaranya ialah Singapura.
Kejohanan kali kedua diadakan di India dalam tahun 1988 dan dimenangi oleh Sri Lanka.
Selain daripada mengadakan kejohanan, PPBJ Asia juga memberikan penekanan kepada
pembangunan jurulatih dan pengadil.
(C) Malaysia
Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah
naungan Almarhumah Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990 bila
Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan menjadikannya Ahli
Gabungan negeri yang terakhir ditubuhkan, PBJM mempunyai 16 ahli gabungan yang terdiri
daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan negeri iaitu
Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Lembaga Letrik Negara. Kini PBJM
mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada semua 14 buah negeri di seluruh negeri
di seluruh Malaysia dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri.
PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980
dan dengan Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun
1982. Apabila Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun 1985,
Malaysia merupakan salah satu ahli pengasas.
Salah satu daripada aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan kejohanan bola jaring di
peringkat kebangsaan. Dua kejohanan tahunan yang diadakan di peringkat kebangsaan ialah
Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun. Kejohanan
Bola Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Ia terbuka kepada semua
Ahli Gabungan. Sehingga kini, (KBJK) telah diadakan sebanyak 21 kali. Kejohanan Bola
Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984 dan sehingga kini masih diadakan.

7
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Malaysia pernah mengelolakan kejohanan di peringkat antarabangsa apabila
Kejohanan Bola Jaring Asia yang pertama diadakan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur. Pada
tahun 1990, pasukan Malaysia telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Jaring Asia Ke2 di New Delhi, India dan Kejohanan Bola Jaring Asia ke 3 telah diadakan di Hong Kong dan
Malaysia turut serta. Perkembangan permainan bola jaring bertambah meluas dan meningkat
apabila permainan ini dimasukkan sebagai salah satu acara bagi sukan Komanwel 1998.
Selaku

tuan

rumah

bagi

temasya

sukan

yang

berprestij

ini,

PBJM

telah

dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pasukan serta mengelolakan pertandingan. Ini


merupakan satu penghormatan dan cabaran kepada Malaysia khasnya PBJM yang telah
menyambut ulangtahunnya yang ke 20 pada tahun 1998.
PBJM berharap melalui pelbagai program yang disediakan ia bukan sahaja dapat
memperkembangkan

dan

mempertingkatkan

permainan

bola

jaring

tetapi

juga

menyumbangkan ke arah mengeratkan silaturahim, perpaduan dan keharmonian di kalangan


wanita Malaysia serta penyertaan dan penglibatan lebih ramai wanita di bidang sukan
khasnya bola jaring.

8
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANGPERMAINAN
PERMAINAN
Undang-Undang Rasmi Permainan (IFNA)
Setiap permainan mempunyai undang-undang rasmi tersendiri dan undang-undang
rasmi permainan bola jaring digubal oleh Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa
(IFNA). Undang-undang permainan ini sentiasa diteliti dan dikaji oleh ahli-ahli gabungan dan
dikemukakan kepada IFNA. Biasanya pindaan kepada undang-undang dibuat dalam tempoh
lapan hingga sepuluh tahun sekali.
Bola jaring merupakan sukan antarabangsa yang popular di seluruh dunia dan
dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain dengan menggunakan cara
menghantar dan menerima bola serta kemahiran asas seperti berlari dan melompat. Objektif
permainan ini ialah untuk menjaringkan seberapa banyak gol dengan menghantar bola ke
dalam gegelang yang dipasang pada tiang gol berukuran 3.05m (10 kaki) tinggi. Pemain
tertentu ialah Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan
gol bagi setiap pasukan dari dalam bulatan gol.
Gelanggang permainan berukuran 30.5m (100 kaki) panjang dan 15.25m (50 kaki)
lebar dan hendaklah mempunyai permukaan yang padat. Gelanggang dibahagikan kepada
tiga kawasan yang sama besar dan dua bulatan gol. Seorang pemain dihadkan bermain dalam
sesuatu kawasan yang ditetapkan untuk posisi masing-masing. Pemain dianggap keluar
kawasan offside sekiranya memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan
bermainnya, dengan atau tanpa bola. Gelanggang dan kawasan bermain adalah seperti di
gambarajah.

9
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Gambar Rajah Gelanggang Bola Jaring dan Kawasan Permainan

Posisi Pemain
GS
GA
WA
C
WD
GD
GK

Penjaring Gol
Penyerang Gol
Penyerang Tepi
Pemain Tengah
Pertahanan Tepi
Pertahanan Gol
Penjaga Gol

Kawasan bermain(seperti rajah di atas)


1, 2
1, 2, 3
2, 3
2, 3, 4
3, 4
3, 4, 5
4, 5

Jadual Kawasan Bermain Bagi Setiap Pemain Mengikut Posisi

Penggantian dan pertukaran posisi pemain dalam gelanggang boleh dibuat semasa
rehat atau apabila permainan diberhentikan kerana pemain mengalami kecederaan atau
kesakitan. Tidak ada had bilangan penggantian bagi sesebuah pasukan, walaubagaimanapun
pendaftaran pemain hanya terhad kepada 12 orang pemain sahaja.
Perlawanan akan dimainkan sebanyak empat suku di mana setiap suku permainan
dimainkan selama 15 minit. Waktu rehat yang diberikan pada setiap suku pertama dan suku
kedua serta suku ketiga dan suku keempat permainan adalah 3 minit, manakala waktu rehat
bagi setiap separuh masa permainan pula adalah selama 5 minit. Pasukan akan bertukar
kawasan gol akhir setiap suku masa.
Apabila ia melibatkan sesebuah pasukan perlu bermain lebih dari satu perlawanan
dalam sehari, maka permainan dimainkan dalam dua bahagian iaitu selama 20 minit bagi
setiap separuh masa dengan masa rehat selama 5 minit. Perlawanan akan di kawal oleh dua
orang pengadil yang mana setiap pengadil akan mengawal separuh gelanggang di sebelah
kanan serta sepanjang garisan tepi dan garisan gol. Permainan hendaklah dimulakan semula
selepas setiap jaringan gol dilakukan dengan wisel pengadil. Hantaran tengah diambil
10
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
bergilir-gilir oleh pemain tengah (C) kedua-dua pasukan disepanjang masa permainan.
Hantaran tengah hendaklah diterima atau disentuh oleh mana-mana pemain di kawasan
tengah.
Permainan boleh diberhentikan untuk masa kecederaan selama 2 minit, ini adalah
bertujuan untuk memastikan sama ada pemain yang cedera itu boleh meneruskan permainan
atau tidak. Sekiranya berlaku pendarahan pada seseorang pemain, pengadil hendaklah
menangguhkan masa kecederaan dan polisi pendarahan perlu dikuatkuasakan.
Masa kecederaan akan dicampurkan kepada suku atau separuh masa permainan yang
berkenaan. Apabila hantaran penalti atau jaringan penalti diberi dan tidak diambil sebelum
wisel dibunyikan yang menandakan tamat suku masa permainan, masa diberi untuk
mengambil penalti tersebut.

PERMAINAN
PERMAINANBOLA
BOLAJARING
JARING

Permainan bola jaring memerlukan 7 orang pemain dengan posisi masing-masing


yang akan menghadkan pergerakan mereka daripada bermain di kawasan yang tidak
dibenarkan. Bib yang dipakai oleh pemain menandakan posisi mana mereka perlu berada
dan kawasan mana mereka boleh bergerak. Dengan memakai bib ini maka pengadil dapat
memastikan kedudukan pemain.
Objektif permainan adalah untuk mencatatkan jumlah mata yang lebih banyak
daripada pihak lawan untuk memenangi perlawanan. Jaringan gol dikira apabila bola melalui
gegelang gol dan masuk ke dalam jaringan lalu jatuh melepasi jaringan. Jaringan gol hanya
boleh dibuat oleh dua orang penjaring yang telah mempunyai tugasan khas dan tidak bolen
dijaringkan oleh pemain selain daripada dua orang penjaring ini. Tiang gol pula adalah 10
kaki (3.05 meter) tingginya dan gegelung jaringan pula mempunyai jaringan yang tergantung
mengelilingi gegelung dan ini bola kelihatan dengan jelas apabila dijaringkan.

Setiap

jaringan gol akan membawa 1 markah.


11
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Keluasan padang pula ialah 100 kaki (30.5 meter) panjang dan 50 kaki (15.25) meter
lebar dan dibahagikan kepada 3 kawasan. Untuk tujuan pengadilan, pembahagian kawasan
untuk mengadili adalah membahagi gelanggang antara satu kawasan dengan kawasan yang
lain. Setiap pengadil bertanggungjawab penuh untuk mengawal dan memberi arahan terhadap
permainan satu setengah gelanggang iaitu dari hujung kawasan gol hingga separuh daripada
kawasan tengah di sebelah kanannya. Kedua-dua orang pengadil akan mengadili secara
bersama untuk memastikan perjalanan permainan dalam keadaan licin dan sempurna.
Pengadil juga mesti memberikan hukuman yang jelas dan terang atas setiap kesalahan yang
dilakukan oleh pemain.
Untuk memulakan permainan wakil daripada kedua-dua pasukan akan diminta untuk
merebut bola yang dilambung atau toss-up bagi memilih hantaran tengah dan kawasan
jaringan mereka atau kapten kedua-dua pasukan terlebih dahulu membuat undian.
Apabila wisel dibunyikan permainan dimulakan dengan hantaran tengah dari bulatan
tengah. Jaringan yang dibuat akan dicatat oleh pencatat. Penjaga masa mempunyai tugas
penting dalam menentukan masa rehat atau tamatnya waktu bermain. Terdapat 4 sukuan
bermain dan kadangkala mengikut masa yang ditetapkan oleh penganjur kejohanan.
Permainan bola jaring boleh dimainkan di atas pelbagai jenis permukaan gelanggang.
Ianya boleh dimainkan di ata permukaan gelanggang yang dibuat daripada kayu, simen, tanah
ataupun padang rumput. Selalunya ia dimainkan di atas permukaan lantai yang bergetah bagi
membolehkan pemain bergerak dengan rintangan agar tidak tergelincir apabila membuat
pergerakan.

PERALATAN
GELANGGANG

12
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Gelanggang hendaklah mempunyai permukaan yang padat serta berbentuk
segiempat dan berukuran 30.5 meter (100 kaki) panjang dan 15.25 meter (50 kaki)
lebar. Garisan panjang ialah Garisan Tepi dan Garisan pendek ialah Garisan Gol.
Gelanggang bola jaring bleh terdiri daripada kawasan padang yang berumput atau
kawasan gelanggang yang bersimen atau berlantai parkey.
Jika diadakan di dalam dewan atau tempat tertutup, gelanggang itu hendaklah
bebas daripada sebarang halangan yang boleh mengganggu perjalanan permainan
ini. Pemasangan lampu yang cukup terang hendaklah dipastikan untuk gelanggang
tertutup.
Gelanggang hendaklah dibahagikan kepada tiga kawasan yang sama besar. Satu (1)
kawasan tengah dan dua (2) kawasan Gol oleh garisan sempadan yang merentasi
gelanggang selari dengan garisan gol.
Di tengah-tengah kawasan tengah terdapat satu bulatan kecil yang berukuran 0.9
meter (3 kaki) pada garis pusatnya, yang dinamakan bulatan tengah. Separuh
bulatan dengan jejari berukuran 4.9 meter (16 kaki) ditanda di kedua-dua kawasan
gol dengan bahagian tengahnya terletak ditengah garisan gol.
Satu bulatan berdiameter 0.9 meter (3 kaki) ditanda di tengah gelanggang. Bulatan
ini ialah bulatan tengah.
Di sekeliling gelanggang serta kawasan-kawasan yang terdapat di dalamnya
dipisahkan dengan garisan yang lebarnya 50 mm (2 inci).
Bagi pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakandi dewan tertutup,
permukaan gelanggangnya hendaklah diperbuat daripada jenis kayu yang
menganjal (sprung wooden floor).
Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari atas gelung. Gelung mempunyai dimeter
dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung diperbuat daripada besi
bergaris pusat 15mm.

13
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah : Gelanggang Bola Jaring

TIANG GOL, GELUNG DAN JARING


Tiang Gol hendaklah tegak dan tingginya 3.05 meter (10 kaki) diletakkan atau
dipasang ditengah setiap garisan gol. Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya
berdiameter 380 mm (15 inci) hendaklah dipasang terkeluar 150 mm (6 inci) dari
hujung tiang. Bahagian yang terkeluar itu hendaklah berukuran 150 mm (6 inci)
antara puncak tiang dan bahagian gegelang yang terdekat dengannya. Gegelang
hendaklah dibuat daripada keluli beediameter 15 mm (5/8 inci), dipasang dengan
14
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
jaring yang dapat dilihat dengan jelas dan terbuka dikedua-dua hujungnya. Kedua-dua
gegelang dan jaring ialah sebahagian daripada tiang gol. Balutan bermula daripada
bahagian dasar tiang hingga meliputi keseluruhan tiang tersebut. Tebal balutan
hendaklah tidak melebihi 50 mm (2 inci).
Tiang gol hendaklah berbentuk bulat dengan diameter 65-00 mm (2.5-4 inci) atau
berbentuk segiempat sama berukuran 65 mm (2.5 inci) ke 100 mm (4 inci). Tiang gol
hendaklah dipacak atau disokong dengan sebuah tapak logam yang tidak terkeluar ke
dalam gelanggang. Tiang gol hendaklah diletakkan dengan bahagian belakangnya
berada di bahagian luar garisan gol. Bagi perlawanan antarabangsa, sebaliknya tiang
gol hendaklah dipacak ke dalam tanah atau dimasukkan ke bawah lantai gelanggang.

Rajah 3 : Tiang gol bola jaring.

Rajah 4: gelung jaring

15
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah : Tiang gol bola jaring.

Bola
Bola merupakan alat terpenting untuk permainan bola jaring. Bola yang digunakan
umumnya mempunyai saiz yang sama dengan bola untuk permainan bola sepak. Bola ini
mesti diiktiraf oleh Persatuan Bola Jaring Antarabangsa.
diperbuat daripada getah, tetapi

Walaupun kebanyakan bola

bola kulit atau bahan lain yang serupa boleh digunakan.

Bola hendaklah mempunyai ukuran seperti berikut:


Berat :

400 gram minimum hingga 450 gram maksimum.

Lilitan :

690 mm minimum hingga 710 mm maksimum.

Saiz

16
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Gambar : Bola jaring

Pakaian
Pakaian yang dipakai dalam permainan bola jaring terdiri daripada baju-T, seluar
sukan atau skirt khas, kasut atau stoking. Pakaian haruslah seragam untuk sesebuah pasukan.
Selain itu pemain juga dikehendaki memakai pakaian berhuruf yang menunjukkan posisi
setiap pemain. Huruf-huruf ini hendaklah jelas pada bahagian hadapan dan belakang, dengan
ukuran setebal 15 cm (16 inci) menegak.

Gambar : Pakaian Pemain

POSISI PEMAIN DAN KAWASAN BERMAIN


Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh orang pemain, tetapi hanya tujuh orang pemain
dibenarkan berada di dalam gelanggang pada satu perlawanan. Seorang pemain akan
berperanan sebagai pemain tengah ( C ). Pemain tengah berfungsi sebagai perantara kepada
pemain-pemain penyerang dan pertahanan.
1. Kumpulan penyerang pula terdiri daripada tiga pemain iaitu :

Penjaring gol ( GS )
17

Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Penyerang Gol ( GA )

Penyerang tepi ( WA )
2. Barisan pertahanan pula terdiri daripada tiga pemain juga iaitu :

Penjaga Gol ( GK )

Pengadang Gol ( GD )

Pengadang tepi ( WD )

Posisi pemain amat penting kerana ini menentukan di kawasan mana mereka boleh
bergerak. Jika pemain berada di posisi yang salah atau berada di kawasan bermain yang tidak
dibenarkan maka hantaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

Rajah : Posisi Pemain

18
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

19
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Goal Shooter ( GS)


GS merupakan penjaring utama dalam sesebuah pasukan. GS perlu kreatif dalam mencari
ruang untuk mendapatkan bola . GS perlu pelbagaikan sudut jaringan dan bersedia
mengambil kembali bola yang tidak dapat dijaringkan.

Goal Attack (GA)

20
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
GA merupakan penjaring kedua dalam pasukan. Pemain ini mempunyai skil menjaring yang
tinggi dan mampu membuat serangan dalam kawasan gol. GS biasanya merupakan pemain
yang serba boleh dan boleh menyerang pada bila-bila masa.

Wing Attack (WA)


WA ialah pemain yang mampu membaca pergerakan lawan dan mempunyai ketepatan
hantaran yang baik. Kemahiran ini penting untuk memberi input yang baik kepada penjaring.
WA perlu menzahirkan ketangkasan, kepantasan dan ketepatan hantaran supaya bola dapat
sampai ke tangan penjaring.

21
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Center ( C )
Lebih dikenali sebagai racehorse. Ini kerana seorang pemain yang memegang posisi C perlu
mempunyai daya tahan kardiovaskular dan kepantasan berlari sepanjang masa permainan. C
mempunyai keseimbangan dalam serangan dan mempunyai kemahiran dan ketepatan
hantaran yang tinggi. C juga harus mencari peluang agar bola sentiasa berada dalam
pasukannya.

Wing Defence (WD)

22
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
WD merupaka orang yang penting dalam menghalang pasukan lawan dari memasuki
kawasan gol mereka. WD mesti seorang yang pandai meramal strategi lawan agar dapat
mematahkan serangan yang dibuat oleh pihak lawan.

Goal Defence (GD)


GD merupakan orang yang penting dalam menghalang bola daripada dijaringkan oleh pihak
lawan. GD harus bijak berfikir untuk menghadang bola dan mematikan serangan yang
dilakukan oleh pihak lawan.

23
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Goal Keeper (GK)


GK merupakan barisan penghalang terakhir dan amat penting. GK perlu bijak mendapatkan
posisi yang sesuai sekiranya bola lantunan semula dari gegelang
hendak diperolehi.

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN


Pemanasan badan perlu dilakukan untuk memastikan badan adalah bersedia untuk
melakukan aktiviti yang seterusnya. Kegagalan menyediakan otot pada tahap pemanasan
badan akan menyebabkan pengumpulan asid karbonik (laktik) dalam otot.
Pergerakan dalam permaian bola jaring adalah pantas dan cepat. Ketrampilan diri dan
badan sewaktu melakukan pergerakan badan hendaklah dinamik. Selepas sesi pemanasan
badan selama 10 atau 15 minit, pemain sepatutnya telah berpeluh dan seharusnya mempunyai
keupayaan untuk bergerak dengan pantas.

24
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Mulakan pemansan badan dengan berlari anak ke hadapan, ke belakang, ke sisi ke
kanan dan ke kiri. Selepas itu lakukan aktiviti regangan untuk menambahkan
kelenturan otot-otot apabila membuat pergerakan selama lebih kurang 10 minit. Perlu
diingatkan bahawa otot akan lebih menganjal selepas aktiviti pemanasan dilakukan.
Berikan tumpuan kepada otot besar dahulu seperti hamstring, quadriceps, groin,
calves, bahagian belakang, tangan dan bahu. Berehat seketika sebelum memulakan
permainan sebenar dan pastikan minum air untuk elak dehidrasi.

MENYEJUKKAN BADAN

Semua jenis latihan kemahiran atau permainan mestilah diakhiri dengan sesi
penyejukan badan atau cooling down. Penyejukan otot diperlukan untuk mengembalikan otot
kepada keadaan rehat. Semasa latihan asik laktik akan terkumpul dan jika tidak dialirkan
dengan sebaiknya ia akan menyebabkan berlakunya kesakitan dan kelesuan. Aktiviti
penyejukan badan hendaklah dilakukan dengan lebih relaks dan ringan bagi menurunkan
kadar degupan jantung. Lakukan selama 10-15 minit. Selain itu tujuan menyejukkan badan
juga akan:
Meningkatkan fleksibiliti
Mengembalikan darah ke jantung
Mengelak dari berlaku kekejangan
Menurun kadar suhu badan
Mengurangkan kesakitan dan kecederaan
Mengembalikan otot yang direngang ke tahap asal

25
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

KEMAHIRAN- KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

MELAKUKAN HANTARAN
Dalam permainan bola jaring, kemahiran menghantar bola bermakna perlakuan menghantar
bola dari seorang pemain kepada seorang pemain yang lain dengan menggunakan tangan.
Pemain diharapkan dapat menguasai kemahiran ini dengan baik kerana pergerakan bola
sepanjang masa permainan adalah menerusi hantaran. Pemain yang gagal menghantar bola
dengan baik sudah tentu menyukarkan rakan menangkap bola dengan baik dan sempurna.
Terdapat berbagai-bagai cara atau kaedah membuat hantaran ini. Hantaran banyak
bergantung kepada beberapa perkara seperti jarak antara pemain, kedudukan penghalang,
kecekapan pemain, persefahaman sesama rakan dan kedudukan kesediaan rakan. Pemain
boleh membuat hantaran bola dari kedudukan bergerak atau berdiri.
Pemain juga boleh membuat hantaran menggunakan sebelah atau kedua-dua belah
tangan. Hantaran boleh dilakukan menerusi tolakan, lontaran, tamparan dan lantunan.
Perkara penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran membuat hantaran ini ialah
persefahaman antara pemain yang menghantar dan pemain yang menerima hantaran itu.
Kebolehan pemain menggunakan pelbagai cara hantaran merupakan suatu
kelebihan kepadanya. lni kerana bukan sahaja permainan kelihatan lebih menarik dengan
pelbagai corak hantaran, tetapi yang lebih penting ialah mengelirukan serta menyukarkan
pemain pasukan lawan membuat halangan. Pemain yang tidak dapat mempelbagaikan
hantarannya mudah dibaca oleh lawan dan dengan demikian, mudah pula lawan melakukan
26
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
pengawalan dan hadangan
Dalam apa jua jenis hantaran yang dibuat, hendaklah merupakan suatu hantaran
yang sempurna, maksudnya yang dapat diterima atau disambut dengan baik oleh rakan, yang
tidak pula menjejaskan pergerakan atau larian rakan. Dengan itu mudahlah pula dia
membuat hantaran kepada rakan yang lain.
Pemain yang membuat hantaran perlu mengkaji dan menilai arah serta kelajuan
pergerakan rakan yang akan menerima bola supaya hantarannya tepat kepada rakannya itu.
Dengan demikian juga dia dapat mencorakkan hantarannya bagi mengelirukan lawan.
Sebagai pemain bola jaring, seseorang itu dijangka dapat membuat hantaran dengan tepat
menggunakan pelbagai cara yang telah dipelajarinya.
Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam pelbagai kaedah atau cara
membuat hantaran, ada baiknya kita ketahui beberapa prinsip yang ada pada kemahiran ini
bagi memastikan pemain dapat melakukannya dengan berkesan.
1. Setiap hantaran yang akan dibuat memerlukan persediaan daripada pemain. Sebelum
tindakan menghantar, biasanya pemain telah melakukan tangkapan yang berjaya yang
sedikit sebanyak memberikannya kekuatan untuk tindakan seterusnya. Dalam hal ini
berat badan berada pada kaki kanan dengan sisi badan menghala ke arah hantaran kecuali
untuk hantaran yang menggunakan kedua-dua belah tangan dan badan menghadap ke
arah yang dikehendaki
2. Berat badan hendaklah dipindah dari kaki belakang kepada kaki hadapan. lni
menampakkan tempat untuk membuat hantaran. Bahagian sisi badan pemain hendaklah
dalam kedudukan supaya memberi kekuatan dalam membuat hantaran, terutama untuk
hantaran sebelah tangan.

Rajah 12 :

Pemain yang membuat hantaran harus bekerjasama dan bersefahaman

dengan penerima atau penangkap bola.

27
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

28
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Pembaling

penerima/penangkap

Rajah 13 : Pergerakan dalam membuat hantaran


3. Kekuatan hantaran pemain meningkat menerusi pergerakan yang kuat pada pergelangan
tangan serta jari-jari pemain.
4. Pemain hendaklah melakukan ikut lajak daripada setiap hantaran yang dibuat, dengan
mengikut arah hantaran yang dikehendaki.
5. Hantaran yang dilakukan harus dibuat penilaian, terutama daripada segi kelajuan dan arah
pergerakan serta kedudukan penerima hantaran.
6. Pemain yang membuat hantaran mempunyai persefahaman yang baik dengan pemain
yang menerima hantaran.

JENIS HANTARAN
Terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan bola jaring. Pemain harus didedahkan
dengan semua kemahiran membuat hantaran-hantaran ini supaya dapat digunakan dalam
permainan.

29
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
HANTARAN ARAS DADA
Hantaran aras dada merupakan sejenis hantaran yang kuat, cepat dan tepat. Hantaran ini
digunakan untuk jarak yang tidak begitu jauh di antara seorang pemain dengan pemain yang
lain. Oleh itu, hantaran ini amat berkesan, terutamanya apabila penerima menangkap bola
pada aras yang sama untuk menghantar kepada rakannya yang berdekatan.

Rajah 14 : Membuat Hantaran Aras Dada Berpasangan

Ansur maju:
1.

Pemain berdiri dengan sebelah kaki di hadapan, manakala lutut


dibengkokkan sedikit.

2.

Pemain memegang bola pada aras dada dengan jari-jari dibuka


untuk melingkungi bola.

3.

Bola hendaklah berdekatan dengan badan. Tangan pemain


dibengkokkan dan siku juga hendaklah berdekatan dengan badan.
30

Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

4.

Badan pemain hendaklah dalam kedudukan yang seimbang


dengan kaki kiri berada di hadapan.

5.
6.

Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.


Siku dan jejari hendaklah diluruskan serentak dengan lontaran, sambil
pergelangan tangan menyentak dan sebelah kaki bergerak ke arah penerima.

Rajah 15 : Menunjukkan Hantaran Aras Dada


KELEBIHAN HANTARAN INI
Hantaran cara ini boleh digunakan secara berkesan oleh penjaga gol (GK) atau penahan gol
(GD). Pemain-pemain ini membuat lompatan dan menangkap bola di bawah tiang gol untuk
dilontarkan bola ke tengah gelanggang. Dengan demikian, pergerakan dalam serangan boleh
dimulakan dengan cepat. Hantaran ini juga kerap digunakan dalam menghantar bola
menuruni gelanggang.

31
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
LATIHAN-LATIHAN
Latihan untuk hantaran jenis ini boleh dilakukan seperti latihan dalam hantaran aras dada. Ini
boleh dilakukan secara berpasangan, bertiga atau berkumpulan.
1. Latihan berpasangan
Dua orang pemain berdiri berhadapan antara satu dengan lain pada jarak 5 meter. Latihan
bermula dengan salah seorang membuat hantaran menggunakan hantaran aras dada kepada
rakannya, yang kemudian akan membuat hantaran yang sama kepada pemain tadi. Hantaran
hendaklah dibuat ke kiri dan ke kanan pemain. Untuk menangkap bola hantaran ini, pemain
perlu bergerak sama ada ke kiri ataupun ke kanan. Lakukan latihan ini sclam.a an tara 3
hingga 5 minit dengan menumpukan perhatian kepada ketetapan hantaran dan tangkapan.
2. Latihan bertiga
Tiga orang pemain akan membentuk kedudllkan segitiga pad a jarak 5 meter di antara satu
dengan lain. Latihan bermula dengan salah seorang pemain membuat hantaran kepada
pemain kedua menggunakan hantaran aras dada. Pemain ini akan menangkap bola lalu
dihantar pula kepada pemain ketiga, dan pemain ketiga akan menghantar kembali kepada
pemain pertama. Lakukan antara 8 hingga 10 pusingan kemudian 8 hingga 10 pusingan lagi
dalam arah bertentangan.
3. Latihan berkumpulan
Enam orang pemain diperlukan untuk latihan ini. Semua pemain membentuk satu bulatan
lebih kurang 5 meter daripada jarak titik tengah bulatan. Seorang pemain berada di tengahtengah bulatan. Pemain ini akan melontar bola kepada salah seorang pemain yang membentuk bulatan. Sebaik menerima bola, pemain ini akan menghantar semula bola kepada
pemain di tengah bulatan. Pemain ini seterusnya akan menghantar pula bola kepada pemain
ketiga, dan seterusnya sehingga semua pemain telah melakukan pergerakan itu. Latihan
boleh dijalankan selama 3 hingga 5 minit, dengan posisi pemain tengah diduduki oleh semua
pemain.

32
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
4. Latihan berkumpulan {berlari}
Bilangan pemain dan pembentukan bulatan yang sama seperti di atas digunakan untuk
latihan ini. Bezanya pemain-pemain yang membentuk bulatan akan berlari dalam satu arah
dengan mengekalkan bulatan. Pemain tengah menghantar bola kepada setiap pemain
mengikut kaedah di atas.

HANTARAN ARAS BAHU


Hantaran aras bahu ini merupakan hantaran yang sering digunakan oleh pemain. Sebagai
hantaran agak mudah dilakukan, tetapi pada masa yang sarna agak sukar dikawal atau
dihalang oleh lawan. Alasannya ialah bola daripada hantaran jenis ini akan terlontar jauh dan
tinggi. Dengan demikian, hantaran ini menjadi sukar bagi lawan menangkapnya atau
merebutnya. Hantaran pada aras bahu boleh dilakukan ke sebelah hadapan pemain sepasukan.
1. Setelah bola diterima dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola dipegang
pada tangan kanan dengan jari-jari serta ibu jari pada kedudukan mengembang dan
digerakkan hampir ke belakang bahu, manakala siku dibengkokkan.
2. Berat badan pemain diletakkan pada kaki kanan (manakala kaki kiri berada di
hadapan). Badan dipusingkan sehingga membawa bahu sebelah lagi setentang
dengan bahu yang membuat hantaran serta menunjukkan arah hantaran bola.
3. Berat badan kemudian dipindahkan ke kaki kiri yang harus menunjukkan arah
hantaran bola. Tangan yang memegang bola ditolak ke hadapan dan kaki kanan
membantu dengan meluruskan lutut.
4. Pemain melakukan hantaran dengan memindahkan berat badan, dan pusingan
pinggang serta tolakan ke hadapan bahu hantaran, dan dikuatkan dengan satu
sentakan daripada pergelangan tangan dan jari-jari untuk menambah sokongan.
Tangan hendaklah diarahkan kepada sasaran.
5. Selepas bola dilepaskan, badan dan lengan hendaklah mengikut lajak ke arah
hantaran untuk menghasilkan hantaran yang tepat lagi kuat.
33
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 16 : Menunjukkan Hantaran Aras Bahu


PERINGATAN
a) Pemain hendaklah menumpukan perhatian kepada pemain sepasukan yang akan
menerima bola pada setiap masa sebelum hantaran dilakukan.
b) Lebih banyak kekuatan yang diperlukan, lebih banyak tenaga harus digunakan dalam
putaran badan.

34
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
LATIHAN-LATIHAN
1. Latihan berpasangan
Dua orang pemain akan berdiri secara berhadapan antara satu dengan lain, pada jarak lebih
kurang 5 meter. Kedua-dua pemain akan membuat hantaran pada aras balm menggunakan
sebelah tangan dan diikuti dengan kedua-dua belah tangan. Pemain akan menangkap dan
menghantar bola lebih kurang antara 12 hingga 15 kali, dengan penekanan ditumpukan
kepada ketepatan hantaran dan penerimaan.
2. Latihan bertiga
Tiga orang pemain diperlukan. Mereka akan berdiri pada kedudukan segitiga, pada jarak 5
meter. Hantaran bermula daripada pemain pertama A yang menghantar kepada pemain kedua
B yang kemudiannya akan menghantar pula bola kepada pemain C. Pemain C menghantar
kembali kepada pemain A, dan begitulah seterusnya. Ulang latihan ini selama beberapa minit
atau hantaran dibuat 15 kali seorang.
3. Latihan berlima
Untuk latihan ini, pemain akan berdiri pada kedudukan zig-zag pada jarak 5 meter antara
seorang dengan yang lain. Hantaran bola bermula daripada pemain A, diikuti kepada pemain
B dan seterusnya sehingga semua pemain telah melakukan hantaran. Bola dikem. balikan
daripada pemain E kepada pemain 0 dan seterusnya. Latihan ini boleh dilakukan selama 3
minit atau 10 kali pergerakan.
4. Latihan berkumpulan
Lima hingga lapan orang pemain diperlukan untuk latihan ini. Latihan dijalankan secara
pertandingan. Tiga orang pemain menumpukan perhatian kepada membuat hantaran,
manakala tiga lagi akan membuat adangan. Jika mana-mana pasukan yang berjaya mendapatkan bola, mereka hendaklah membuat hantaran kepada rakan mereka.
Pasukan ini juga akan cuba melakukan adangan. Lakukan latihan ini untuk 3 hingga 5
35
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
minit. Tumpuan latihan ini ialah membuat hantaran dan tangkapan dengan hadangan.

5. Latihan mengikut barisan


Sekumpulan pemain (6 - 10 orang) akan membentuk barisan. Seorang pemain berada di
hadapan barisan. Pemain ini akan melontar bola kepada pemain pertama dalam barisan, iaitu
pemain B. Pemain ini akan berlari ke hadapan untuk menangkap bola, yang kemudiannya
akan menghantar semula kepada pemain A. Pada masa yang sama pemain B akan berlari dan
menduduki bahagian belakang barisan. Pemain A akan membuat lontaran kepada pemain C
pula, yang akan melakukan perlakuan yang sama seperti pemain B. Begitulah seterusnya
sehingga setiap orang pemain telah melakukan gerakan menangkap dan menghantar bola.
a
b

Rajah 17 (a) : Latihan secara berpasangan

Rajah17(c) : Latihan berbentuk Zig Zag

36
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 17 (b) : Latihan bertiga

HANTARAN SISI
Satu lagi bentuk hantaran dalam permainan bola jaring ialah hantaran sisi. Hantaran ini boleh
dilakukan pada kedudukan yang rendah dan ke bawah, iaitu jika penghalang dari pasukan
I(H) akan meluruskan tangannya ke hadapan. Hantaran sisi boleh dilakukan sama ada
menggunakan sebelah ataupun dua belah tangan. Hantaran ini harus dilakukan dengan pantas
dan pada kedudukan di bawah aras dada. Kaedah atau cara membuat hantaran sisi ini adalah
hampir sama dengan cara melontar bola baling. Bagaimanapun hantaran ini jarang-jarang
digunakan kerana pemain mendapati hantaran sisi agak sukar dan kadang-kadang tidak tepat
sehingga menimbulkan kesukaran kepada penerima untuk menerimanya dengan sempurna.
Cara melakukan:
1.

Pemain berdiri pada kedudukan sedia sambi! bola dipegang pada kedua-dua belah
tangan.

2. Kedua-dua tangan pemain dibawa ke belakang dengan tangan kirinya melintangi


badan, siku diluruskan dan lutut dibengkokkan.
3. Bola dibawa pada aras pinggang pemain dan pada kedudukan di sisinya.
4. Bola kemudiannya dihayunkan ke hadapan dan dilepaskan setelah melintasi sisi kaki
pemain.
5. Sebaiknya, pemain hendaklah menumpukan penglihatan kepada rakan yang akan
menerima hantaran itu.
37
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
LATIHAN-LATIHAN
Seperti jenis hantaran lainnya, hantaran sisi boleh dilatih dengan berpandukan kaedah yang
sama. Bagaimanapun latihan yang lebih khusus juga perlu bagi menjamin keberkesanan
pergerakan untuk hantaran ini.
1. Latihan berpasangan
Kedua-dua orang pemain berada pada kedudukan berhadapan antara satu sama lain, pada
jarak 5 meter. Mereka akan sama-sama membuat hantaran bola dengan hantaran sisi, bergilirgilir antara satu sama lain. Mula-mula gunakan kedudukan statik dan diikuti dengan
kedudukan berlari untuk melakukan hantaran ini. Lakukan latihan ini selama 3 hingga 5
minit.
2. Latihan bertiga
Tiga orang pemain diperlukan untuk latihan ini. Dua orang akan bertindak sebagai
penghantar dan penerima, manakala seorang lagi sebagai penghalang. Pemain ketiga berada
di antara kedua-dua pemain pertama untuk menghalang setiap hantaran yag dilakukan oleh
dua pemain tadi. Sekiranya pemain ini berjaya merampas atau menghalang bola daripada
hantaran pemain pertama dan pemain kedua, dia akan bertukar posisi untuk menerima dan
menghantar bola pula. Penekanan ialah pada hantaran sisi di antara keduadua pemain yang
membuat hantaran, vvalaupun ada kalanya mereka terpaksa menggunakan hantaran lain,
untuk melepaskan diri daripada kawalan pemain tengah. Lakukan latihan ini selama antara 3
hingga 5 minit.
Latihan berkumpulan
Seramai enam orang pemain diperlukan untuk latihan ini. Semua remain akan membentuk
bulatan dengan salah seorang berada di tengah-tengah bulatan. Penlain ini akan mcnghantar
bola kepada remain di dalam bulatan dengan hantaran sisi. Pemain ini akan menghantar
kembali bola kepada pemain yang berada di tengah bulatan secara bergilir-gilir. Latihan ini
boleh diadakan secara statik dan diikuti dengan secara berlari. Pastikan semua pemain dapat
membuat hantaran dan tangkapan menggunakan hantaran sisi. Lakukan latihan ini selama 5
38
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
minit.

Rajah 18 : Membuat Hantaran Sisi

39
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

HANTARAN DI ATAS KEPALA / LOB


Hantaran di atas kepala adalah sama seperti lontaran masuk bola yang dilakukan dalam
permainan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar untuk permainan
bola jaring ini. Hantaran ini selalunya digunakan apabila pemain yang membuat hantaran
dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Hantaran di atas kepala boleh digunakan dengan
berkesan oleh penjaga gol (GK) dan penghadang gol (GD). Biasanya kedua-dua pemain ini
akan melompat dan akan menangkap bola di bawah tiang gol yang kemudiannya membaling
bola ke tengah gelanggang. Dalam strategi serangan, hantaran ini berkesan digunakan bagi
mempercepatkan pergerakan.
Cara melakukan:
1. Setelah menerima bola, pemain mengangkat bola itu tinggi ke atas kepala sambil
siku dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang pada aras bahu.
2. Jarak kaki pemain hendaklah selesa, begitu juga keseimbangan badan hendaklah
pada kedudukan yang selesa.
3. Pemain menolak bola ke atas dan menghayunkan tangan ke hadapan sambil siku
diluruskan.
4. Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas. Bola
dihantar dengan kekuatan daripada siku dan sentakan pergelangan tangan dan jari.
LATIHAN-LATIHAN
Pada umumnya latihan untuk hantaran di atas kepala boleh dijalankan mengikut kaedah
latihan untuk kemahiran hantaran jenis lain yang telah dibincangkan terdahulu. Di samping
itu, dicadangkan tiga bentuk latihan berikut untuk hantaran atas kepala.

40
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 19 : Membuat hantaran di atas kepala dengan penerima bola hantaran di atas
kepala
1. Latihan perseorangan
Dalam latihan hantaran ini pemain tidak menggunakan bola. Sebaliknya pemain hanya akan
menghayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang dan ke hadapan melepasi kepala. Pemain
boleh lakukan latihan ini selama beberapa minit.

2. Latihan berpasangan
Dua orang pemain berdiri berhadapan pada jarak lebih kurang 5 meter. Pemain membuat
hantaran di atas kepala dalam kedudukan berlari. Pemain pertama menghantar bola kepada
pemain kedua sambil berlari ke hadapan untuk menerima bola seterusnya daripada pemain
kedua tadi. Pemain ini pula belari untuk menerima bola hantaran pemain pertama. Latihan ini
boleh diadakan sehingga pergerakan kedua-dua pemain sampai ke hujung gelanggang.

41
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
3. Latihan bertiga
Tiga orang pemain terlibat dalam latihan ini. Caranya ialah dua orang pemain akan membuat
hantaran dan menerima hantaran itu dengan seorang lagi pemain akan bertindak sebagai
penghalang yang berada di tengah-tengah di antara kedua-dua pemain tadi. Pemain yang
berada di tengah itu akan cuba membuat halangan semasa hantaran dibuat oleh pemain
pertama. Sekiranya bola berjaya dihalang oleh pemain tengah, pemain yang gagal membuat
hantaran sempurna atau pemain yang gagal menangkap dengan baik akan mengambil
kedudukan pemain tengah. Lakukan latihan ini selama 3 hingga 5 minit dengan memastikan
semua pemain bertindak sebagai penghalang.
HANTARAN LANTUN
Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu
kawasan di dalam gelanggang, lebih-lebih lagi kawasan yang hampir dengan kawasan
jaringan. Hantaran jenis ini biasanya digunakan juga apabila pemain yang akan membuat
hantaran cuba dihalang oleh pemain lawan dihalang oleh pemain lawan di bahagian
hadapannya yang mungkin akan membuat serkapan sekiranya hantaran jenis lain dibuat.
Hantaran lantun boleh dilakukan sama ada dengan sebelah tangan ataupun kedua-dua belah
tangan. Hantaran ini juga dilakukan apabila pemain lawan atau penghalang lebih tinggi
daripada pemain yang membuat hantaran, atau menerima hantaran itu.

42
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Rajah 20 : Menunjukkan Hantaran Lantun

(a) sebelah tangan

(b)Dua belah tangan


Rajah 21 : Membuat Hantaran Lantun

Cara melakukannya:
Pemain memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangannya pada aras dada.
Untuk membuat lantunan dengan kedua-dua belah tangan, tangan hendaklah diletakkan di
sisi bola. Berat badan ditumpukan kepada kaki hadapan semasa membuat lantunan, supaya
pemain yang membuat hantaran berada lebih dekat dengan penahan lawan.
1. Pemain ini melangkah setapak ke hadapan, lalu menghulurkan tangan dan
melepaskan bola dengan cara menolak bola itu ke bawah. Ini akan menyebabkan bola
akan melantun melepasi kaki penahan. Bola hendaklah dilantun ke bawah dengan kekuatan secukupnya supaya bola hantarannya itu dapat diterima oleh pemain dalam
posisi tengah.
2. Apabila menggunakan sebelah tangan untuk membuat hantaran, pergerakan yang
sama seperti hantaran atas bahu digunakan, tetapi pemain harus merendahkan badan
dengan cara membengkokkan lutut. Tujuan tindakan ini ialah untuk menghantar bola
ke bawah atau ke sebelah atau sisi lawan.
43
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

PERHATIAN
Penggunaan sebelah tangan untuk membuat hantaran lantun adalah kurang berkesan,
walaupun cara ini tidaklah dilarang sama sekali.
Pertukaran berat badan adalah sama seperti lantunan kedua-dua belah tangan. Penggunaan
sebelah tangan bermakna kurangnya ketepatan dan balingan mungkin terjejas.
LATIHAN-LATIHAN
1. Latihan perseorangan
Pemain berdiri lebih kurang antara 3 hingga 5 meter di hadapan sebuah tembok atau dinding
yang tinggi sambil memegang bola pada keduadua belah tangannya. Pemain kemudian
melepaskan bola ke tembok itu dengan eara melantun bola itu ke lantai terlebih dahulu. Bola
lantunan itu kemudian ditangkap kembali oleh pemain tadi. Latihan ini boleh dilakukan
selama 5 hingga 8 minit dengan menumpukan perhatian kepada lantunan bola. Lantunan
hendaklah cukup kuat untuk mengena dinding.
2. Latihan berpasangan
Kedua-dua pemain akan berdiri dengan berhadapan antara satu dengan lain pada jarak lebih
kurang 5 meter. Seorang pemain melantun bola kepada pemain kedua. Pemain ini juga akan
melantun bola kembali kepada pemain pertama tadi. Latihan ini boleh diulangi selama
beberapa minit. Dalam latihan ini penggunaan lantai yang sesuai bagi permainan bola jaring
adalah perlu, jika tidak mungkin lantunannya tidak sebaik penggunaan lantai persui
3. Latihan bertiga
Tiga orang pemain terlibat dalam latihan ini. Seorang akan bertindak sebagai penghalang,
manakala dua orang lagi akan melantun dan menerima bola. Pemain pertama akan melantun
bola kepada pemain kedua, manakala pemain ketiga berusaha mendapatkan bola daripada
lantunan itu. Sekiranya penghalang dapat menangkap atau menghalang bola daripada
44
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
ditangkap oleh pemain kedua, dia akan mengambil alih tempat pemain itu yang akan
bertindak sebagai penghalang pula. Pemain akan melakukan lantunan ke sisi kanan, sisi kiri
dan ke hadapan supaya lawan dapat mengelakkan diri daripada pengawalan penghalang
untuk mendapatkan bola.

KEMAHIRAN MENANGKAP
Dalam permainan bola jaring terdapat dua kaedah atau cara membuat tangkapan bola, iaitu
menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan kedua-dua belah tangan. Apakah
boleh seseorang pemain bola jaring menangkap bola dengan hanya menggunakan sebelah
tangan sedangkan bola itu terlalu besar untuk dipegang dengan sebelah tangan? Apatah lagi
dalam permainan yang pemain terpaksa bergerak sama ada berlari ataupun melompat atau
berjalan untuk menggerak bola, tentunya suatu yang sukar untuk menangkap bola dengan
sebelah tangan.

PANDUAN MENANGKAP DENGAN SEBELAH TANGAN


Walaupun pemain digalakkan menangkap bola dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan, tetapi ada kalanya mereka terpaksa menggunakan sebelah tangan sahaja. Berikut
adalah beberapa panduan umum yang boleh dijadikan teladan dalam melakukan tangkapan
sebelah tangan:
1. Gunakan tangan yang lebih sesuai dan selesa bagi pemain.
2. Apabila menangkap bola dengan sebelah tangan, pastikan tangkapan itu diikuti
45
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
dengan segera oleh tangan yang sebelah lagi untuk memberi sokongan dan bantuan
supaya bola dipegang dengan selamat oleh pemain yang berkenaan.
3. Pemain hendaklah dalam kedudukan sedia pada setiap masa, lebih-lebih lagi jika
bola yang dihantar memerlukan tangkapan sebelah tangan.
4. Gunakan tangkapan sebelah tangan apabila penggunaan kedua-dua belah tangan
terhalang atau tidak dapat dilakukan.
5. Selamatkan

bola

sebaik

sahaja

tangan

memegang bola itu.

(a)

(b)

(C)

46
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 23 : Pergerakan dalam menangkap bola dengan menggunakan sebelah tangan


PANDUAN MENANGKAP DENGAN DUA BELAH TANGAN
1. Pemain hendaklah dalam kedudukan bersedia untuk membuat tangkapan. Kordinasi
dan kerjasama dengan pemain yang membuat hantaran adalah penting bagi
menjamin kesediaan ini.
2. Pemain hendaklah menghulurkan tangan untuk membuat tangkapan. Jangan tunggu
sampai bola tiba ke tangan, baru hendak bersedia.
3. Pastikan sebelah tangan berada di bahagian atas dan di belakang bola, sementara
tangan yang satu lagi di bawah dan di hadapan bola.
4. Pemain hendaklah bijak bergerak menjauhkan diri daripada lawan bagi mendapatkan
tangkapan yang baik dan tepat tanpa halangan.
5. Bersedia untuk pergerakan selanjutnya selepas bola berada dalam tangan, kerana
masa yang dibenarkan hanyalah tiga saat sahaja.
Dalam membuat tangkapan bola sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua-dua
belah tangan, pemain hendaklah melakukan tangkapan itu dengan penuh yakin dan jika boleh
hendaklah mempamerkan gerak muka yang agresif dan berkeyakinan supaya pemain lawan
47
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
tidak akan memandang rendah akan kebolehan pemain. Dalam melakukan tangkapan bola
dalam permainan bola jaring, langkah berikut boleh dijadikan panduan :
1.

Mata pemain hendaklah mengikuti arah dan haluan lontaran bola.

2.

Pemain cuba mengagak kelajuan, arah dan ketinggian bola daripada hantaran atau
lontaran rakan atau lawan.

3. Pemain hendaklah memastikan kedudukan kakinya seimbang. Kedudukan yang baik


malah pada kedua-dua belah kaki, dengan jarak antara kedua-dua belah kaki
mestilah selesa dengan salah satu kaki berada di hadapan.
4. Semasa membuat tangkapan, kedua-dua belah tangan hendaklah dihulur ke hadapan.
5. Bola hendaklah dibawa rapat ke badan pemain supaya bola itu tidak dapat diganggu
atau

gagal

dikawal dengan baik. Dengan

kata lain bola

hendaklah diselaraskan dengan

badan pemain.
6. Ketika

pemain

melompat,
dengan

membuat
pemain

tangkapan
hendaklah

dengan
mendarat

kaki

kanan dahulu dan diikuti dengan

Cara menyambut

atau menangkap bola yang baik

kaki kiri.

amat bergantung kepada

kemahiran

Pegangan

bola

yang

kemas bermaksud bola yang

dipegang

selesa

dan

bersedia untuk membuat gerakan

Pemain

hendaklah menumpukan sepenuh

selanjutnya.

memegang

bola.

perhatian kepada bola sehingga bola berada di dalam tangan pemain (ini adalah perkara
yang harus dipraktikkan oleh pemain semasa permainan).

48
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 24 : Menangkap pada paras dada

Rajah 25 : Menangkap Bola Sambil Berlari

Meneliti dan memberi tumpuan terhadap bola dengan cara begini, sekurang-kurangnya
memberi sedikit gambaran dan pengetahuan awal tentang arah hantaran yang akan dilakukan
oleh rakan, juga kelajuan bola yang bergerak.
49
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Ketika bola masih di

udara atau

dalam

penerbangannya,

pemain

yang

akan menerima bola

itu

berupaya

keputusan

yang

pantas

membuat

tentang

cara

harus

membuat

tangkapan.
Bagi

melakukan

tangkapan

pemain

hendaklah

menghulur

tangan

dan badan ke hadapan.

Tindakan

ini

mungkin

melibatkan

akan

lompatan supaya pemain dapat menyambut dengan seberapa cepat yang boleh. Semasa
membuat sambutan, tangan yang dihulurkan hendaklah dalam kedudukan melengkung dan
mengendur serta didepankan di sekeliling bola. Tangkapan atau sambutan bola yang baik
tidak menghasilkan sebarang bunyi semasa tangan menyentuh bola.

50
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Rajah

26:Menangkap

Bola

Tinggi
Rajah

Menangkap

Bola

Rendah

Selepas bola berada

di dalam tangan, bola itu hendaklah

dirapatkan ke badan atau

membawa bola itu pada kedudukan

yang

dilakukan pergerakan berikutnya. Kini

selesa

tumpuan

pemain

untuk
yang

mempunyai

bola

ialah

rakannya untuk dihantar

pula

itu.

Hantaran

dilakllkan dengan segera

kerana masa yang dibenarkan selama

tiga saat itu adalah terlalu

singkat.

bola

mencari
harus

Dalam kemahiran menghantar, pelbagai cara hantaran boleh dilakukan sehingga


menjadikan bola jaring suatu permainan yang menarik. Bagaimanapun dalam kemahiran
menangkap bola, tidak ada cara tertentu yang boleh dihuraikan dengan terperinci.
Kebanyakan cara dan corak menangkap bola adalah bergantung pada cara hantaran dibuat,
walaupun kadang-kadang hal ini tidak mempunyai kesan kepada cara tangkapan.
Umpamanya, satu hantaran di atas kepala, tidak semestinya disambut atau ditangkap dengan
tangkapan di atas kepala juga, atau hantaran lantun yang dilakukan oleh rakan tidak
semestinya akan ditangkap dengan tangkapan lantun oleh penerima bola. Yang pasti ialah
cara tangkapan itu tidak dipengaruhi oleh cara atau jenis hantaran yang diterima.
Bagaimanapun yang penting ialah bola itu dapat ditangkap dengan sempurna dan
selesa pula kepada pemain yang menangkap bola itu.

51
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 28 :Cara menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan

Rajah

29 :Perebutan untuk

menangkap bola

daripada lambungan

52
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 30 : Membuat tangkapan dengan dihalang oleh lawan

MASALAH DALAM TANGKAPAN


1. Kelemahan menangkap
Antara alasan utama ialah tangan tidak dihulur dengan betul semasa hendak menerima
bola, atau pemain tidak berada dalam kedudukan sedia.
2. Hantaran yang tidak kemas
Semasa membuat hantaran, pemain tidak mematuhi aturan yang dicadangkan, iaitu
dengan tidak membengkokkan lutut dan tidak mencondongkan badan.

3.

Lambat bertindak
Pemain yang akan menangkap bola tidak meneliti dengan penuh perhatian pada rakannya
yang akan membuat hantaran, seperti jenis, arah dan kelajuan yang dijangkakan.

4.

Tidak menumpukan perhatian Pemain yang membuat tangkapan tidak menumpukan

perhatian terhadap permainannya dan hantaran rakan khususnya, sehingga dia kelihatan
53
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
seolah-olah tiada dalam permainan.
5. Kurang latihan
Pemain tidak dapat melakukan tangkapan mengikut aturan cara yang dipelajari atau
dikehendaki, sehingga mengakibatkan tangkapan tidak berjaya.

AKTIVITI MENANGKAP BOLA


Bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi, pemain hendaklah mengadakan
latihan tubi samaada secara perseorangan ataupun berpasangan ataupun berkumpulan. Yang
penting di sini ialah pemain harus didedahkan dengan pelbagai situasi seolah-olah dalam
permainan. Ini bemakna bola akan dihantar kepada pemain mengikut keadaan situasi
permainan.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang sesuai untuk kemahiran menangkap bola:
1. Membuat lompatan
Pemain akan melakukan aktiviti melompat daripada kedudukan statik untuk menangkap
bola daripada balingan atau hantaran tinggi. Bola hantaran tinggi boleh dipelbagaikan
asalkan bola itu di atas aras kepala pemain yang akan membuat tangkapan. Ditekankan di
sini ialah pergerakan pemain melonjak dan melompat untuk membuat tangkapan daripada
kedudukan statik. Selepas itu pergerakan yang sama boleh diulangi, tetapi kali ini daripada
kedudukan berlari untuk melompat dan menangkap bola.
2. Menangkap dengan sebelah tangan
Pemain akan melakukan aktiviti dengan bantuan rakan. Caranya ialah dengan seorang
pemain membuat lontaran yang jauh sedikit kepada rakannya dan rakan tersebut
akan membuat tangkapan. Pemain ini akan bergerak beberapa langkah untuk menangkap bola
itu dengan menggunakan salah satu tangannya. Penekanan hendaklah pada cara pemain
membuat tangkapan sebelah tangan .

54
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
3. Menerima hantaran yang pelbagai
Untuk aktiviti ini pemain dengan bantuan rakannya akan menangkap bola yang dihantar
secara lantunan. Pemain yang membuat hantaran yang pelbagai seperti hantaran lantun dan
akan cuba ditangkap oleh penerima bola dengan kedua-dua belah tangan. Kalau boleh
penerima bola hendaklah menangkap bola mengikut jenis hantaran yang diterimanya.
4. Menerima hantaran mengejut atau tiba-tiba
Dua pemain berada pada jarak dua meter dengan menghadap arah yang sama tetapi bukan
berhadapan. Pemain pertama yang akan membuat hantaran akan melaungkan arah bola yang
akan dihantarnya, seperti kanan, kiri, atas, bawah dan sebagainya secara tiba-tiba. Sebaik
sahaja laungan dibuat, pemain akan menggerakkan bola kepada rakannya. Rakannya akan
menangkap bola itu dan akan melakukan tindakan yang sama kepada rakannya.Yang
ditekankan dalam aktiviti ini ialah setiap pemain hendaklah dalam kedudukan sedia pada

setiap masa untuk menerima hantaran rakan.

55
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Rajah 31 : Latihan menangkap bola secara bertiga

LATIHAN-LATIHAN
1. Latihan perseorangan
Dalam latihan secara perseorangan ini, pemain mendapatkan sebiji bola, dan dia akan
melakukan latihan seperti berikut:
a)

Pemain melambung bola mengikut ketinggian yang berbeza-beza, lalu


menangkap bola itu secara melompat. Sebaik-baiknya bola hendaklah
dilambungkan jauh sedikit daripada pemain supaya dia dapat bergerak
beberapa langkah ke arah bola.

b)

Bola dilantun ke bawah dan ke atas lantai atau gelanggang, pemain akan
berlari untuk menangkap bola itu. Yang penting di sini ialah pemain
hendaklah bertindak dengan pantas untuk menangkap bola yang dilantun
jauh dari pemain.

c)

Bola dilantun sekuat yang boleh dan pemain akan bergerak untuk
menangkap bola itu pada kedudukan tertinggi dalam lantunan pemain.

d)

Pemain melambung bola dengan sebelah tangan lalu menangkap bola itu
dengan kedua-dua belah tangan, kemudian melambung dengan tangan
yang satu lagi, dan menangkap bola itu juga dengan kedua-dua belah
tangan.

2. Latihan berpasangan
Dalam latihan cara ini, tiga orang pemain berdiri pada jarak 5 meter di antara satu dengan
lain. Mereka akan melakukan latihan seperti berikut.
a)

Pemain pertama akan memberi bola kepada pemain kedua dan pemain ketiga
dengan menggunakan pelbagai cara yang sesuai dan dalam pelbagai situasi
56

Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
pula.
b)

Pemain melakukan latihan menghantar dan menerima bola menggunakan


pelbagai cara dan situasi. Yang dipentingkan di sini ialah melatih pemain
supaya sentiasa bersedia pada setiap masa terutamanya untuk menangkap bola
yang dihantar secara yang tidak diduga. Dalam apa jua keadaan dan situasi
pemain yang menangkap bola akan cuba menangkap bola itu dengan baik dan
sempurna.

3. Latihan berkumpulan
Dalam latihan ini lima orang pemain diperlukan dan dua biji bola digunakan. Empat orang
pemain berdiri dalam bentuk segiempat, manakala seorimg pemain berada di tengah-tengah.
Pemain A membuat hantaran kepada pemain E; pemain E membaling bola itu kepada pemain
B; pemain 0 pula membaling bola kepada pemain E, dan pemain B kepada pemain A; diikuti
dengan pemain E membaling bola kepada pemain C; pemain A membaling bola kepada
pemain E dan pemain C membaling bola itu kepada pemain D. Untuk latihan ini pemain
bebas menggunakan sebarang hantaran yang sesuai dengan keadaan atau situasi yang
dialami.

57
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Semasa melakukan pengawalan pemain hendaklah sedaya upaya menghalang lawan


daripada membuat hantaran atau jaringan. Pemain mestilah bijak mengagak arah atau haluan
bola yang hendak dihantar. Biasanya, kawalan ke atas pemain lawan dilakukan satu sama satu
mengikut posisi yang ditetapkan. Ini bereti setiap pemain akan mengawal lawannya yang
sama sepanjang perlawanan. Terdapat beberapa cara mengawal atau menahan yang biasa
dilakukan iaitu:
Kawalan rapat
Menyekat mengikut hantaran
Menyekat mengikut balingan.
Apabila menahan, pemain-pemain haruslah mengikut susunan ini sekiranya
penyerang berjaya mengalahkan lawannya dan merampas hantaran itu maka penahan masih
lagi berpeluang menghalangnya membuat hantaran baru atau menjaringkan gol.
Apabila mengawal pemain hendaklah menghalang lawan membuat hantaran atau
jaringan. Sebagai penghalang, pemain akan mengawal lawan dan tempat bola akan dilontar.
Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah mengagak arah atau haluan bola yang
akan dilontar. Lazimnya, kawalan dilakukan satu lawan satu. Setiap pemain akan mengawal
lawannya bagi setiap permainan.

58
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Kemahiran ini adalah kemahiran yang amat penting dalam permainan bola jaring.
Kemahiran ini adalah kemahiran yang amat penting yang diharap semua pemain dapat
memahirkan diri. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang pemain perlu mestilah mampu
berlari dengan pantas pada jarak yang berubah-ubah. Pemain harus mampu belari dengan laju
serta menukar haluan dengan serta merta. Dalam permainan bola jaring, pemain banyak
menggunakan pergerakan kaki untuk bertindak.
Kedudukan badan untuk membuat hantaran atau menerima bola, kebolehan untuk
berhenti, menukar arah pergerakan, membebaskan diri daripada kawalan lawan, membuat
halangan, pelbagai gerakan pertahanan serta teknik dan kemahiran membuat jaringan,
semuanya bergantung kepada gerak kaki yang kukuh dan serba boleh.
Gerak kaki yang baik dan menyakinkan sudah tentu akan menjamin keberkesanan
permainan. Hasilnya permainan yang baik dan bermutu dapat dibuktikan. Pemain mungkin
mampu mempamerkan penguasaan yang baik dalam kemahiran asas yang lain seperti
menghantar dan menerima hantaran, tetapi dia tidak akan menjadi pemain yang baik dan
berjaya sekiranya dia tidak menunjukkan gerak kaki yang baik kemas dan licin

Biasanya dalam mengajar atau mempelajari kemahiran gerak kaki sebagai kemahiran
asas bola jaring, ada baiknya jika kita bahagikan kemahiran kepada dua bahagian seperti di
bawah :i)

Kemahiran gerak kaki umum

ii)

Kemahiran gerak kaki khusus

59
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

LATIHAN GERAK KAKI


Permainan bola jaring memerlukan pergerakan yang banyak, seperti permulaan, berhenti,
memecut, menukar arah gerakan sama ada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau pun ke
hadapan semula. Untuk itu pemain harus mengikuti pelbagai latihan gerak kaki.
i.

Larian Mengikut Kelajuan


Pemain akan membuat larian dengan pelbagai kelajuan atau kederasan. Ini dilakukan
dengan larian kedesaran yang sederhana, diikut dengan larian pecut, dan kembali dengan
larian sederhana. Ulang beberapa kali. Gelanggang bola jaring boleh digunakan untuk latihan
ini.

ii.

Larian Mengikut Arah


Pemain akan membuat larian dalam satu arah, kemudian mereka akan menukar arah yang lain
dan diikuti dengan pelbagai arah yang lain sama ada ke kiri, ke kanan, ke penjuru, ke
belakang, dan kembali ke depan semula. Kelajuan juga hendaklah pada kelajuan yang sama.

iii.

Larian Terhenti
Pemain akan membuat larian di dalam kawasan gelanggang pemain.

Apabila juru latih

meniupkan wisel untuk memberi isyarat lain, semua pemain dikehendaki berhenti dengan
serta-merta.

iv.

Larian Pecut

Pemain akan membuat larian pecut ke satu garisan atau penanda pada jarak 10 atau 20 meter,
kemudian akan berhenti serta-merta. Pemain yang gagal berhenti serta-merta boleh dikenakan
denda.

60
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
v.

Larian Ulang-Alik
Pemain akan berlari dari satu garisan atau penanda ke satu garisan atau penand yang lain.

Caranya ialah dengan berlari ke garisan lalu menyentuh garisan itu serta memusing dan
berlari kembali ke garisan awal tadi. Pemain boleh membuat larian pecut atau larian
sederhana.
vi.

Larian Pendaratan
Pemain membuat larian di dalam kawasan permainan. Selepas 5 meter, pemain hendaklah
melompat dan mendarat di atas kaki kanan, diikuti dengan larian pada jarak yang sama lalu
melompat dan mendarat pada kaki kiri pula. Selepas itu pemain akan berlari semula pada
jarak yang sama dan membuat lompatan dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki.

vii.

Larian dan Lompatan Melepasi Garisan


Pemain membuat larian dari hujung gelanggang dengan melompat apabila melepasi setiap
garisan, dan kemudian mendarat mengikut keselesaan sendiri tanpa menjejaskan
keseimbangan badan.

viii.

Larian Pelbagai Arah


Pemain dikehendaki berlari dalam arah mengikut bola yang dibaling oleh rakan. Jurulatih
boleh menetapkan jarak dan kelajuan yang boleh dipatuhi.
9.

Latihan Lonjakan
a) Pemain membuat lonjakan daripada sebelah kaki, lalu mendarat pada kaki yang
satu lagi.
b) Pemain membuat lonjakan daripada satu kaki dan mendarat dengan kaki yang
sama.
c) Pemain membuat lonjakan menggunakan kedua-dua belah kaki, lalu mendarat
juga dengan kedua-dua kaki.
61

Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
d) Pemain membuat lonjakan daripada dua belah kaki lalu mendarat pada sebelah
kaki.

62
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

63
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

64
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Permainan bola jaring yang menentukan sesebuah pasukan dalam satu perlawanan
ditentukan oleh perbezaan jumlah jaringan gol yang diperoleh oleh kedua-dua pasukan. Oleh
itu, matlamat permainan ialah mendapatkan gol sebanyak mungkin bagi mengalahkan pihak
lawan. Setiap jaringan yang berjaya dikira satu gol atau satu mata.
Menjaring adalah satu kemahiran yang penting dalam permainan bola jaring. Oleh
kerana kemahiran ini dikhususkan untuk pemain-pemain tertentu kemahiran ini disebut
sebagai pergerakan tertutup. Dengan ini kemahiran ini boleh dilatih secara berasingan
daripada latihan untuk permainan lain dalam pasukan.
Sesebuah pasukan bergantung semata-mata kepada dua orang pemain untuk
memperolehi gol iaitu gol shooter ( GS ) dan gol attack ( GA ). Hanya dua orang pemain ini
sahaja dibenarkan membuat jaringan di kawasan gol. Kegagalan mereka membuat jaringan
dengan tepat, akan mengakibatkan kekalahan kepada pasukan mereka.
Teknik melakukan jaringan

Jaringan statik sebelah tangan

Jaringan sambil berlari sebelah tangan

Jaringan sambil melompat sebelah tangan

Jaringan dengan satu langkah

Cara-cara melakukan jaringan

Berdiri stabil dengan kaki dominan di hadapan. Pegang bola, letakkan bola di atas
bebola tapak tangan dan buka jari-jari.

Angkat bola tinggi dari aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa
ke hadapan sedikit.

65
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rendahkan badan dan bengkokkan lutut dan siku. Tolak bola dengan tangan dan
flick dengan pergelangan kea rah sasaran.

Berat badan bawa ke hadapan.

Kaki lurus dan ikut lajak.

STRATEGI MENJARING DALAM SUKAN BOLA JARING


Strategi dalam permainan bola jaring dapat membantu pemain untuk melancarkan
serangan ke atas pihak lawan. Ketiadaan strategi menampakkan pasukan itu tidak dapat
melakukan banyak pergerakan atau mungkin juga tipu helah yang diperlukan. Sebaliknya
mereka akan lebih berada dalam kedudukan bertahan.
Sesuatu strategi yang diperkenalkan kita harus menetapkan posisi setiap pemain
dalam pasukan. Sebenarnya sesuatu strategi bermula sebaik sahaja seseorangpemain
memegang bola daripada sebarang situasi, seperti hantaran permulaan, hantaran ke dalam,
hantaran ke dalam dari garisan gol lawan, hantaran penalti dan lambungan. Strategi bola
jaring dikategorikan mengikut situasi utama seperti berikut :i.

strategi daripada hantaran tengah atau permulaan permainan

ii.

strategi daripada hantaran ke dalam, sama ada dari tepi atau


daripada hujung gelanggang

Objektif utama pergerakan penyerang dalam apa jua sukan ialah untuk mendapatkan
kelebihan atau peluang khususnya mendapatkan jaringan atau gol. Adakalanya strategi yang
dirancang itu berjaya dan ada kalanya gagal, yang penting ialah dalam apa jua strategi yang
akan digunakan hendaklah dilatih dicuba dalam latihan bagi mendapatkan persefahaman
sesame rakan, terutamanya pemain-pemain yang terlibat dalam sesuatu startegi itu.
Panduan semasa membuat serangan

Pemain hendaklah berada pada kedudukan yang selesa untuk bergerak pantas pada
bila-bila masa sahaja semasa permainan.

66
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Pemain harus athu dan faham akan tugas dan peranan masing-masing sama ada dalam
serangan atau pun dalam pertahanan dan yang lebih penting ialah persefahaman
sesama rakan sepasukan.

Pemilihan sesuatu strategi permainan hendaklah sesuai dan tepat mengikut keadaan
serta kekuatan pihak lawan.

Pemain hendaklah bersedia dari aspek fizikal dan mental

Pergerakan pertahanan mempunyai strategi tersendiri dengan tujuan utamanya menyekat


setiap pergerakan pasukan pihak lawan dan yang lebih penting ialah mengahalang pasukan
lawan daripada memperoleh gol. Pasukan yang melakukan pertahanan bermaksud mengawal
pasukan melakukan serangan.
Apabila mengatur strategi pertahanan, kerjasama sesama pemain dalam satu pasukan
adalah penting. Persefahaman yang baik mampu mematahkan setiap pergerakan serangan
pihak lawan. Untuk menjadikan sesuatu permainan itu seimbang, tumpuan yang sama harus
diberi kepada pergerakan penyerang dan bertahan.
Bagaimanapun, prinsip asas dalam mengatur strategi petahanan ialah mendekatkan
diri dengan pemain pihak lawan tanpa membenarkan mereka mencari ruang kosong untuk
mendapatkan bola dari rakan mereka.
Panduan semasa membuat pertahanan

Kawalan satu dengan Satu

Kawalan mengikut kawasan

Kawalan mengikut gabungan kedua-dua cara di atas

ATURAN MENJARINGKAN GOL


Dalam permainan bola sepak, pemain boleh menjaring gol daripada mana-mana
kawasan di dalam padang permainan asalkan tidak dari kedudukan of said, tetapi dalam
permainan bola jaring, bukan sahaja pemain tidak dibenarkan membuat jaringan daripada
sebarang kedudukan atau kawasan, tetapi hanya dua orang pemain sahaja yang boleh
membuat jaringan. Untuk membuat jaringan bola hendaklah dihantar kepada salah seorang
67
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
daripada dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan. Mereka pula hanya
dibenarkan melakukan jaringan dari dalam kawasan jaringan gal.
Kawasan jaringan gal pula hanya boleh diduduki oleh empat orang pemain sahaja,
dua dari satu pasukan. Pemain-pemain ini ialah penjaring gol (GS) dan penyerang gal (GA)
daripada pasukan menyerang dan penjaga gal (GK) dan pertahanan gol (GO), daripada
pasukan bertahan. Dua pemain pasukan penyerang ini sahaja yang boleh membuat jaringan,
manakala dua orang pemain pasukan bertahan boleh bertindak scbagai pcnghalang
Sesuatu jaringan dikira apabila bola hasil percubaan pemain pasukan penyerang
memasuki lilitan jaringan dan membolosinya. Sekiranya bola terkena besi mengelilingi
'bakul' dan melantun keluar tanpa melepasi bakul itu, jaringan itu tidak dikira gol.
Di samping menjadi tanggungjawab jurulatih untuk menentukan pemain yang sesuai
bertindak sebagai penjaring gal, berupayaan dan kemahiran pemain dalam pergerakan ini
merupakan faktor penentu dalam menghasilkan gol mungkin pemain yang tertinggi dalam
pasukan mempunyai kelebihan daripada segi ketinggian, tetapi bukanlah syarat utama untuk
menjadi penjaring gol. Yang penting ialah pemain berkenaan hendaklah pantas berlari dan
melompat, menangkap dan mempunyai ketepatan yang baik.
Selain itu, pemain hendaklah seorang yang tenang dan dapat menguasai perasaan
gementar serta yakin dalam berbuat demikian, lebih-lebih lagi apabila pasukannya
ketinggalan.
CARA MEMBUAT JARINGAN
Terdapat beberapa cara membuat jaringan gol yang biasa dilakukan oleh pemain:
1. Jaringan statik sebelah tangan.
2. Jaringan sambil berlari sebelah tangan.
3. Jaringan sambil melompat sebelah tangan
4. Jaringan dengan satulangkahan

68
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 35 : pergerakan dalam membuat jaringan

JARINGAN STATIK SEBELAH TANGAN


Jaringan cara ini merupakan cara yang paling banyak digunakan pemain atau penjaring gol.
Selain mudah dilakukan, jaringan ini juga memberikan masa dan keyakinan kepada penjaring
kerana penjaring mempunyai masa yang cukup untuk membuat jaringan.
Aturan melakukan jaringan ini adalah seperti berikut :
1. Pemain berdiri pada kedudukan yang seimbang dengan berat badannya berada pada
kedua-dua belah kaki. Tangan yang akan membuat jaringan berada di hadapan sambil
memegang bola.
2. Pemain meluruskan tangan dan tapak tangan terhulur ke atas sambil jari dibuka dan
bola berada di atas hujung jari dan ibu jari, tetapi bukan pada telapak tangan pemain.

69
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
3. Pemain menghulurkan tangan ke atas supaya sama tinggi dengan aras kepala, dan
menumpukan perha tian ke satu arah di dalam bulatan jaring.
4. Pemain mengubah kedudukan dengan membengkokan siku, sambil tangan membawa
bola ke aras muka pemain, dan pada masa yang sama lutut dibengkokkan.
5. Luruskan lutut menggunakan jarmgan. dan menolak bola tang an ke arah
6. Ikut lajak bagi mengekalkan keseimbangan badan.
7. Bersedia untuk mendapatkan semula bola yang gagal memasuki gol.
Untuk melakukan jaringan pemain hendaklah berlatih terutamanya dalam usaha
mendapatkan keseimbangan badan dan jaringan yang tepat. Untuk ini pemain hendaklah
berlatih membuat jaringan cara ini daripada pelbagai kedudukan di dalam kawasan jaringan
gol. Pemain juga boleh mempelbagaikan kemahiran menjaring cara statik ini, seperti
menggunakan kedua-dua belah tangan.

MENJARING SAMBIL MELOMPAT


Sebenarnya menjaring sambil melompat ini adalah sama seperti menjaring statik, daripada
segi aturannya. Yang berbeza hanyalah kedudukan apabila hendak membuat jaringan. Dalam
jaringan cara melompat ini, penjaring akan melompat untuk melepaskan bola ke jaring.
Selain itu, persamaan lain yang terdapat pada jaringan cara ini dengan jaringan statik ialah
daripada segi kedudukan badan, kedudukan kaki serta kedudukan tangan pemain. Jaringan
cara ini banyak juga dilakukan oleh penjaring gol. Salah satu kelebihan pada jaringan cara
ini ialah dengan melompat memberi peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan
jaring. lni memberi keyakinan yang tinggi kepada pemain ini.

70
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 36 : Menjaring sambil melompat

JARINGAN DENGAN SATU LANGKAHAN


Dalam jaringan kaedah ini, pemain akan bergerak selangkah ke hadapan untuk menghampiri
gol. lni dilakukan jika terdapat ruang di hadapan pemain, atau jika tindakan pemain untuk
membuat jaringan tidak dihalang oleh pemain lawan. Pemain akan melangkah ke hadapan,
dengan salah satu kakinya, lalu melontar bola melepasi tangan. Jaringan cara ini memberi
kelebihan kepada pemain merapatkan diri dengan gol.

71
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 37 : Menunjukkan jaringan dengan satu langkahan


JARINGAN SAMBIL LARIAN
Walaupun pada dasarnya, jaringan cara ini menarik dan mempunyai gaya tersendiri, tetapi
undang-undang permainan berkaitan dengan gerak kaki tidak harus dikecualikan. Oleh itu,
pemain hendaklah memastikan supaya tindakan pemain membuat lompatan semasa
menjaringkan gol tidak melanggar aturan gerak kaki ini. Dalam melakukan jaringan cara ini,
pemain juga harus memastikan laluan bola ke arah gol tidak terhalang supaya mudah menuju ke arah gol.

72
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 38 : Menunjukkan jaringan sambil berlari


Cara melakukan:
1.

Pemain mendapat hantaran bola pada kedudukan berlari. Pemain melompat dengan
menggunakan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

2.

Pemain membuat jaringan sambil melompat, dengan kekuatan bola dan ketepatannya
adalah daripada tolakan dan lompatan yang dilakukan pemain.

3. Ikut lajak selepas bola dilepaskan ke arah gol. Bagaimanapun kelebihan


73
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat dengan pantas sehingga boleh
menyukarkan pemain lawan membuat halangan.

KELEMAHAN DALAM MEMBUAT JARINGAN


1. Pemain kurang atau tidak memberi penumpuan langsung kepada pergerakan
membuat jaringan.
2. Pemain berada pada kedudukan badan yang tidak seimbang.
3. Pemain tidak melonjak dengan kuat dan betul.
4. Kedudukan jari pemain tidak melingkungi bola, dan ini merupakan satu kesilapan
terhadap kemahiran asas permainan.

Rajah 39: Membuat jaring sambil melompat dengan dihalang oleh lawan

74
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Rajah 40 : Membuat jaringan dengan kedua-dua belah tangan

75
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Pemain bola jaring dikehendaki bergerak disekitar kawasan permainan sepanjang


permainan. Jika dibandingkan dengan permainan hoki umpamanya, ruang atau kawasan
pergerakan bola jaring adalah lebih kecil. Disebabkan saiz gelanggang yang kecil, tidak
banyak larian pantas yang jauh diperlukan. Sebaliknya pemain akan bergerak secara pantas di
dalam ruang yang etrhad. Mereka akan berlari untuk bergerak, sama ada untuk melonjak
mendapatkan bola, ataupun berhenti dengan menukar arah, berhenti daripada menangkap
bola dan mengelakkan kaki daripada menyentuh garisan. Ini bermakna pemain perlu
menggunakan gerak kaki untuk setiap pergerakan dalam permainan.
Berikut adalah beberapa peringkat gerak kaki yang dapat membantu pemain
melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring.

i)

Imbangan badan
Faktor penentu kepada gerak kaki yang berkesan ialah keseimbangan badan. Bagi
mendapatkan gerak kaki yang baik, pemain hendaklah memastikan supaya badan
diimbangkan di atas kaki iaiatu pada bebola kaki, lutut serta pergelangan kaki, sambil
kaki di kangkang dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah. Apabila badan
pemain dapat diseimbangkan, pemain tidak menghadapi kesukaran dalam gerak kaki.

ii)

Corak langkahan
Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima hantaran atau
balingan adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjang atau terlalu pendek
akan mengganggu gerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkah yang tidak
teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan juga. Untuk mendapatkan bola,
pemain harus melompat, terutamanya pemain lawan tingg-tinggi.

76
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Untuk membuat lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta
memendekkan langkah bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian
belakang tumit. Untuk ini, lutut hendaklah dibengkokkan sedikit, dan diikuti dengan
satu tolakan kuat daripada seluruh badan terutama bahagian kepala yang dibantu oleh
ayunan tangan untuk menyambut bola.
iii)

Menukar arah
Pemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa tanpa dapat
dibaca oleh pihak lawan. Semasa menukar arah pemain hendaklah pastikan berat
badan terletak di kaki yang dominan supaya dapat menahan momentum ke depan

iv)

Lari pecut
Pemain banyak melakukan larian pecut yang pendek. Pemain dikatakan berada dalam
keadaan bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan jika dia berlari
dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki, sementara lutut
dibengkokkan.

v)

Lonjakan
Lonjakan ialah gerakan menolak badan dari tanah ke udara untuk mendapatkan bola
yang ketinggiannya melebihi pemain. Oleh itu, pemain dapat mendarat dengan
memilih kaki yang sesuai untuk membuat pendaratan yang baik.

vi)

Membuat putaran
Pemain dibenarkan membuat satu putaran apabila dia hendak memusing untuk
menghantar bola. Semasa membuat putaran, pemain hendaklah memastikan bebola
kaki yang akan mendarat akan terus berada di atas tanah. Sementara kaki yang satu
lagi menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarahkan kedudukan
yang dikehendaki. Di bawah adalah contoh gambarajah gerak kaki dalam membuat
putaran

77
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Selain memahirkan diri dalam pergerakan kaki yang umum yang harus dilakukan oleh
pemain mereka juga harus tahu pelbagai aspek yang lebih khusus berkaitan denga kemahiran
ini. Pemain hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang dalam gerak kaki, yang
banyak menghadkan pemain ketika memegang bola. Terdapat dua cara untuk membuat
pendaratan kaki iaitu selepas menerima bola sama ada dari rakan atau pihak lawan.
Di antaranya ialah :ii)

Mendarat dengan sebelah kaki


Kaki yang akan mendarat bergantung kepada keselesaan pemain. Jika memilih
untuk mendarat dengan kaki kanan, maka kaki kiri akan dibawa ke atanh,
begitu juga sebaliknya.
Untuk mengimbang badan, pemain hendaklah membuat hantaran sebelum kaki
yang mula mendarat memijak tanah.
Selepas menangkap bola, pemain hendaklah mendarat di atas mana-mana sebelah
kakinya dan memijak serta melompat sebelum bola dilepaskan daripada
pegangannya.

iii)

Mendarat dengan dua belah kaki

Pemain bolehmendarat dengan kedua-dua kaki dengan memilih kaki mana


dahulu yang akan mendarat, sama ada kaki kiri atau kaki kanan.

Pemain hendaklah mendarat secara serentak dan terus melompat tetapi


hendaklah membaling bola sebelum mendarat semula.

Pemain boleh menggunakan sebelah kaki sebagai paksi dan berputar beberapa
kali. Akan tetapi jika kaki itu tertangkap, pemain harus membaling bola
sebelum memijak ke tanah semula.

78
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
POSISI

HURUF

TUGAS UMUM
Mengetuai serangan

Goal Attack

GA

Bekerjasama dengan GS un
menjaring gol

Goal Shooter

GS

Wing Attack

WA

Centre

Wing Defend

WD

Goal Keeper

GK

Bekerjasama dengan GA u
menjaring gol

Membantu GA untuk mem


serangan
Membantu pasukan untuk
membuat serangan dan pertahanan.

Membantu GD dan GK dal


pertahanan pasukan
Menghalang GS atau GA

pasukan lawan daripada membuat jaringan g


Menghalang GS atau GA

pasukan lawan daripada membuat jaringan g


Goal Defend

GD

Mengetuai bahagian pertah


pasukan

79
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

ISYARAT TANGAN PENGADIL


Di bawah ini adalah isyarat tangan yang biasa digunakan oleh pengadil dalam mengadili
permainan bola jaring. Setiap isyarat tangan ini menunjukkan maksud yang berlainan dan
juga kesalahan yang dilakukan oleh pemain. Setiap pemain dikehendaki memahami dan
mengikut arahan isyarat tangan yang diberikan oleh pengadil kepada pemain.

80
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
ISYARAT

CARA ISYARAT
MAKSUD ISYARAT
Kedua-dua belah tangan Jarak halangan
diangkat

dan

renggang

di

hadapan badan.
Sebelah
tangan Menyentuh ( contact )
melakukan

pemain

pergerakan

lawan.

pihak

menampar lengan
sebelah

lagi

di

hadapan badan.
Pergerakan tangan ke atas Kesalahan gerak kaki.
dan

bawah

di

hadapan badan.
Ketiga-tiga jari terbuka Hold ball
dan

tunjuk

ke

atas .

Gerakkan lengan ke atas Lambungan bola.


dengan

tapak

tangan terbuka.

Letakkan
atas

tapak

tangan Masa rehat.

kelima-lima

jari sebelah tangan


lagi

yang

ditegakkan untuk
menunjukkan
tanda T.

81
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Lengan tangan diangkat Arah hantaran bola.
dan menunjuk ke
arah kawasan gol.

Angkat tangan ke atas Advantage-(teruskan


sambil melambai

permainan)

dan menunjukkan
arah permainan.
Angkat tangan ke atas Jaringan dilakukan.
sambil

meniup

wisel.

Lengan

menunjukkan Offside

balingan

pergerakan

melebihi batasan,

separuh bulatan.

memasuki
kawasan

tengah

sebelum

wisel

dibunyikan.

82
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: 06 Januari 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI

Puan Nur Akmal Binti Ishak memperkenalkan diri sebagai pensyarah yang akan
terlibat dalam ko bola jaring.
Membuat sedikit Briefing tentang pelbagai aspek sebagai pengenalan.
Proses memilih ketua yang akan mengorganisasi kumpulan besar bola jaring.
Kehadiran pelajar diambil bagi memastikan jumlah pelajar cukup.
Bersurai.
Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: 13 Januari 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI

Kami diarahkan untuk berjoging sebanyak 3 pusingan gelanggang bola jaring.


83
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Pensyarah menunjukkan kemahiran gerak kaki kepada pelajar.
Pensyarah juga menunjukkan teknik hantaran pertama iaitu lontaran aras dada dan
gerak kaki
Melakukan drill dan latihan untuk memahirkan teknik yang diajar.
Perlawanan kecil antara pelajar.
Pembahagian kumpulan besar kepada beberapa kumpulan kecil di mana terdapat
3orang atau 4 orang ahli.
Pensyarah memberi penerangan mengenai buku log dan diari yang perlu dihantar
sebagai tugasan.
Pensyarah menerangkan serba sedikit tentang perjalanan kelas seperti latihan yang
akan dilakukan serta kejohanan secara tertutup yang perlu dianjurkan pada minggu ke
13 atau 14 kuliah.
Bersurai

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: 27 Januari 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI
Kami diarahkan untuk berjoging sebanyak 3 pusingan gelanggang bola jaring.
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Pensyarah menunjukkan kemahiran gerak kaki kepada pelajar.
Pensyarah juga menunjukkan teknik hantaran pertama iaitu hantaran aras dada dan
menunjukkan teknik tangkapan yang betul kepada pelajar.
Melakukan drill dan latihan untuk memahirkan teknik yang diajar.
Perlawanan kecil antara pelajar.
Pensyarah menerangkan tentang undang-undang permainan bola jaring.
Kehadiran diambil dan bersurai.
: 10 Februari 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI
Kami berjoging sebanyak 3 pusingan gelanggang bola jaring.
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Drill
Pensyarah menunjukkan kemahiran hantaran lob
Pelajar melakukan latihan kemahiran
Perlawanan kecil diadakan.

84
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Pensyarah memberikan maklumat berkenaan buku log,mickroteching dan
pembahagian tajuk pembentangan
Kehadiran diambil dan bersurai.
Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: 17 Februari 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI
Berjoging sebanyak 3 pusingan gelanggang bola jaring.
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Drill
Pensyarah menunjukkan kemahiran hantaran aras bahu kepada pelajar.
Pelajar melakukan latihan kemahiran
Perlawanan kecil diadakan.
Kehadiran diambil dan bersurai.

: 24 Februari 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI
Kami berjoging digelanggang bola jaring.
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Drill
Pensyarah menunjukkan kemahiran hantaran sisi dan teknik menjaring kepada
pelajar.
Pelajar melakukan latihan kemahiran
Pensyarah menunjukkan teknik menjaring dengan betul serta strategi dalam
permainan bola jaring
Perlawanan kecil diadakan.
Kehadiran diambil dan bersurai.
: 03 Mac 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gimnasium UPSI

Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.


Pelajar menunjukkan hasil perbincangan awal pembentangan kepada pensyarah
sebagai semakan (lesson plan)
Kutipan wang RM5 sebagai yuran.
85
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Kehadiran diambil dan bersurai.
Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: 10 Mac 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gimnasium UPSI
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Pembentangan bermula.
5 kumpulan melakukan pembentangan.
Pelajar melakukan aktiviti yang dikendalikan oleh rakan sekelas.
Kehadiran diambil dan bersurai.

: 17 Mac 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gimnasium UPSI
Kami juga melakukan warming-up bersama-sama.
Pembentangan bermula.
5 kumpulan melakukan pembentangan.
Pelajar melakukan aktiviti yang dikendalikan oleh rakan sekelas.
Kehadiran diambil dan bersurai.
: 24 Mac 2011
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI

Ujian kemahiran.
Mengaplikasi semua kemahiran asas sukan bola jaring.
Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: Minggu 13
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI

Ujian bertulis.

86
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )
Tarikh
Masa
Hari
Tempat
Diari :

: Minggu 14
: 8 pagi- 11 pagi
: Khamis
: Gelanggang Bola Jaring UPSI

Pertandingan tertutup bola jaring.

http://www.nsc.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=310
http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGdWeYQopNL
F0AMT5XNyoA?ei=UTF-8&p=sukan%20bola
%20jaring&fp_ip=my&fr2=tab-web&fr=yfp-t-701-s
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring
http://www.scribd.com/doc/34135221/Peraturan-Bola-Jaring
http://www.slideshare.net/gtabbas/topik-4-kemahiran-asas-bola-jaring

87
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

MOHD ISYAMUDDIN BIN JUMAAT


( D20101039366 )

88
Ikhtisas bola jaring QSI3051 (AT59)

Anda mungkin juga menyukai