Anda di halaman 1dari 4

DRAF TEKS UCAPAN PERASMI

SEMPENA MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI TAULIAH


12 MAC 2014

Bismillahirrahmanirrahim, Rabbisrahli sadri wahyassirli amri wahlul uqdatan milli saani yaf
qauhu qauli.
Terima kasih saudari pengerusi majlis.

YDH DSP/KS Mohamad Najib Bin Mohamed


Ajutan KOR SUKSIS UPSI

YDH ASP/KS Saiduri Bin Dollah


Pegawai Latihan Luar KOR SUKSIS UPSI

YDH ASP/KS Mohd Syahdan Bin Mohamad Saleh


Pegawai Akademik KOR SUKSIS UPSI / Penasihat PSP

YDH ASP Ayob Bin Ismail


Pegawai Penyelaras KOR SUKSIS UPSI

Ybhg. En. Ismail bin Man


Timbalan Pendaftar, Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal
Pelajar Dan Alumni (JHEPA)

Ybhg. Datin Norhayati bt Hood


Penolong Pendaftar, Unit Persatuan & Kelab

Ybhg. Dr. Azali Bin Rahmat


Pengarah Pusat Kokurikulum

Ybhg. Lt. Kolonel Mohamad Nasir Bin Haji Yahaya


Ketua Jurulatih PALAPES

Ybhg. Dr. Mohd Zahuri Bin Khairani

Pengetua Kolej Zaba

YDH Mohd Khairul Anuar bin Mohd Salleh


Presiden Persatuan Sukarelawan Polis (PSP)

YDH Mohd Norfaizol bin Rahim


Pengarah Program Majlis Meraikan Pegawai Tauliah (RaPaT)
Barisan jurulatih serta ahli KOR SUKSIS UPSI sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan keizinanNya kita diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang bagi bersama-sama
hadir berhimpun pada majlis yang amat bermakna ini iaitu Majlis Meraikan PegawaiPegawai Tauliah. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin mengambil kesempatan
untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang turut hadir bagi
memeriahkan lagi majlis pada petang ini.
Hadirin sekalian,
Majlis yang diadakan pada malam ini bertujuan memberikan penghargaan kepada
pegawai tauliah yang telah berjaya mengharungi perjalanan sebagai anggota KOR SUKSIS
selama enam semester. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, seramai 56 orang anggota KOR
SUKSIS UPSI sesi 2012/2014 berjaya ditauliahkan. Antara objektif lain bagi program ini
adalah untuk memberikan semangat kepada anggota baru KOR SUKSIS bagi meneruskan
perjuangan mereka dalam latihan yang disediakan oleh KOR SUKSIS dengan melihat
bagaimana pegawai-pegawai tauliah dapat menghabiskan perjuangan bermula dari semester
satu sehingga mereka berjaya ditauliahkan. Selain itu, program ini diharapkan dapat
memupuk semangat kekitaan dalam menjalankan tugas masing-masing di samping dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan jurulatih masing-masing dan
secara tidak langsung, program ini akan menyatukan kembali pegawai-pegawai tauliah
dengan anggota-anggota SUKSIS UPSI lain yang terdiri daripada Junior, Inter dan Senior di
bawah satu bumbung di dalam dewan ini.

Hadirin yang dihormati,


Program-program seperti ini amat penting bagi mewujudkan semangat berpasukan
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi untuk menjayakan sesuatu program. Sehubungan itu,
ia mampu memberikan pendedahan yang berguna kepada anggota baru dalam mewujudkan
kemahiran insaniah melalui pendedahan program-program yang bakal mereka kendalikan
kelak. Di akhir program ini, para anggota mampu menggunakan cara yang betul dalam
mengendalikan sesuatu program dan berurusan dengan pihak atasan serta dapat mengeratkan
perpaduan anggota KOR SUKSIS serta pihak JHEPA dan MPP.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan Kuasa
program yang terlibat bertungkus lumus memastikan Majlis Meraikan Pegawai Tauliah
petang ini berjalan dengan lancar. Kita sepatutnya berasa bangga dan bertuah, kerana
mempunyai anggota yang cemerlang dalam semua bidang dan sekaligus mampu menaikkan
nama KOR SUKSIS UPSI serta mengaharumkan nama universiti yang tercinta ini. Semoga
dengan adanya program-program seperti ini mampu membuka minda seluruh anggota supaya
lebih aktif dalam semua perkara serta mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik,
bersemangat dan berdedikasi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali
lagi, terutama kepada Urusetia Penganjur yang menjayakan majlis ini. Terima kasih daun
keladi. Begitu juga kepada tuan-tuan dan puan-puan di atas tumpuan dan perhatian sepanjang
majlis ini. Apa yang baik itu, kita ambil dan jadikan sandaran serta panduan kepada usaha
yang lebih gigih dalam melaksanakan tanggungjawab kita. Akhir kata, dengarlah serangkap
pantun dari saya :
Sang teruna menangkap ikan,
Sabar menanti di tepi paya;
Sekalung tahniah saya ucapkan,
Semoga terus maju jaya.
Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai