Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN YDP PERHIMPUNAN BULAN JULAI

Bismillahirrahmannirrahim,

Terima kasih kepada saudara/saudari Pengerusi Majlis.,

Terima Kasih saudara penterjemah bahasa isyarat.

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Hj Wan Yusof bin Wan Ngah

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha Dr Norherani Binti Moning

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Dihormati Dr Abdul Hameed bin Abdul Majeed

Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Dihormati, Dr. Wan Maznah binti Wan Harun

Ketua Jabatan, Jabatan Kajian Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Barisan Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua unit, Barisan Pensyarah, Staf-Staf sokongan,


Barisan Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar seterusnya rakan-rakan siswa guru
yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang Maha Esa kerana
dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun dalam perhimpunan
bulanan yang dianjurkan oleh Jabatan Kajian Sosial dan JPP sesi 2019/2020 serta siswa guru
siswa guru Opsyen Pendidikan Jasmani

Hadirin Sekalian,

Pada permulaan ucapan saya ini, Saya harap masih tidak lewat untuk mengucapkan selamat
datang kepada Tuan Hj. Wan Yusof bin Wan Ngah, Pengarah baharu IPGKIK. Semoga
dengan kehadiran Tuan, dapat membawa sinar dan semangat yang baru kepada IPGKIK
tercinta ini

Rakan siswa yang di kasihi sekalian,


Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada siswa guru semester 5 dan 7 yang telah berjaya
menghabiskan praktikum dengan jayanya. Semoga kalian dapat menggunakan ilmu-ilmu serta
pengalaman di sekolah tersebut untuk digunakan lagi pada masa yang akan datang.

Hadirin sekalian,

Dikesempatan ini juga saya ingin berkongsi beberapa maklumat yang telah saya terima
daripada pegawai khas YB Dr Maszlee baru baru ini. Seperti yang semua tahu, baru-baru ini
kita digemparkan dengan berita penutupan IPG. Seperti biasa, tajuk yang diletakkan hanyalah
sekadar pelaris jualan surat khabar sahaja. Walau bagaimanapun, telah diadakan mesyuarat
diantara Dr Maszlee dan Pengurusan Tertinggi KPM dan hasil perbincangannya adalah, tiada
IPG yang akan ditutup. Surat rasmi akan dikeluarkan, ini hanya makluman awal kepada
semua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada
kontinjen IPGKIK yang akan berentap di dalam Karnival Sukan Piala Pengarah yang akan
bermula pada esok pagi. Suka saya berkongsi pepatah daripada Stephen King, Talent is
cheaper than table salt. What separates the talented individual from the successful one
is a lot of hard work. Saya yakin atlet-atlet IPGKIK sudah bekerja keras membuat persiapan
untuk pertandingan esok, semoga semua penat lelah anda dalam membuat latihan dan
persediaan akan membuahkan hasil yang anda ingini, insya Allah. Diharapkan agar semua
warga IPGKIK dapat memberikan sokongan yang padu kepada pasukan-pasukan IPGKIK.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada siswa
guru opsyen Pendidikan Jasmanidi bawah pemantauan JPP sesi 2019/2020 dan seliaan
Jabatan Kajian Sosial kerana telah menganjurkan perhimpunan pada kali ini dengan baik
sekali.

Sekian Terima Kasih

Dan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai