Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Pengerusi JK Perhimpunan Bulan Januari bil.

1/2010
Tarikh : 28 Jan 2010

Bismilah-ir Rahman-ir Rahim


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam sejahtera.
Terima kasih saudara penegerusi majlis.
Yg. Berusaha. En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL
Yang saya hormati En. Zainuddinn b. Othman Penolong Pengarah.
Yang saya sayangi semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan semua staf BTPN, dan PKG dan hadirin dan
hadirat sekelian.

Alhamdulililah, marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat hadir bersama-sama di Majlis Perhimpunan Bulanan
untuk
kali yang pertama untuk tahun 2010.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada unit ini untuk
mengelolakan majlis perhimpunan yang pada kali ini. Ini adalah sebagai satu penghormatan kepada unit
ini. Walau pun perseiapan yang sediakan mungkin sederhana tetapi apa yan lebih penting adalah
pengisian dari apa yang akan disampaikan dalam perhimpunan ini nanti oleh tuan KPP.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Bersesuaian dengan tema pada perhimpunan pada kali ini iaitu pencapaian diutamakan kualiti
ditingkatkan untuk itu marilah kita menghayati dan menzahirkan tema kali ini agar apa yang dihasratkan
oleh Menteri kita dapat di capai dengan jayanya. Ungkapan-ungkapan dan tema-tema sebegini memang
mudah untuk diucapkan tetapi bolehkan kita melakukannya atau sekadar dibibir sahaja. Saya yakin
permuafakatan dan semangat berpasukan yang ada dan yang sedia terjalin ini akan menghasilkan
kecemerlangan yang diharapkan.
Ini terbukti tuan-tuan dan puan-puan, banyak kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 dan
telah diumumkan oleh menteri kita di dalam perutusan tempoh hari. Antaranya kejayaan:
1. Pencapaian kurikulum - Kejayaan UPSR, PMR lebih baik dari tahun lepas.
2. Pencapaian sukan dan Kokurikulum - World Robotic Challenge 2009 di Pohang, Korea Selatan;
mendapat tempat ke enam dalam F1 Technology Challenge World Championship 2009 di London; dan
pasukan daripada Sekolah Victoria menjuarai Kejohanan Pancaragam Sedunia 2009. Manakala dalam
bidang sukan, kita amat berbangga dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh para atlet muda dari Sekolah
Sukan Malaysia yang mampu bersaing dengan atlet senior di Temasya Sukan SEA Ke-25 di Laos dengan
meraih sebanyak 28 pingat emas. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua!
3. Kejayaan BTPN KL Tokoh Nilam, PSS di peringkat negeri dan Kebangsaan.

Kejayaan-Kejayaan ini adalah kejaaan kita semua tuan-tuan dan puan. Setiap orang daripada kita
mempunyai sumbangannya yang tersendiri dan kita kadang-kadang tidak sedar kerja yang kita buat ini,
ada kaitan dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh sekolah dan warga pendidik. Saya yakin
kejayaan yang diperolehi oleh KPM dan sekolah tidak banyak atau sedikit adalah dari sokongan dan
perkhidmatan yang beri oleh tuan-tuan dan puan-puan jadi saya ucapkan syabas dan taniah kepada anda
semua.

Tahun 2009 telah pun berlalu dan sekarang kita telah berada dalam dipenhujung bulan Januari 2010.
Masa begitu cepat berlalu tuan-tuan dan puan-puan. Bagaimana pencapaian kita pada 2009, bagaimana
kualiti kerja kita 2009 ? Adakah kita bekerja dengan ikhlas? Atau adakah kita bekerja hanya untuk dapat
gaji? Dan Adakah kita bekerja kerana ibadah dan kerana Allah?

Cabaran yang perlu digalas oleh semua khususnya pada peringkat institusi kita ialah untuk berfikir dan
bertindak bagi mengekal dan meningkatkan pencapaian berdasarkan tahap keberhasilan yang ditetapkan
dengan menggunakan sumber yang terhad. Kejayaan kita semua mendepani cabaran ini sesungguhnya
menjadi ukuran kepada kecekapan dan keberkesanaan tuan-tuan dan puan-puan dalam mentadbir dan
mengurus organisasi. Inilah masa yang sesuai untuk kita memperaktikkan cadangan YAB Perdana
Menteri bagi tahun 2010, iaitu menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab. Saya percaya, kita pasti dapat mengharungi segala cabaran yang bakal mendatang
dengan adanya semangat dedikasi, sifat tanggungjawab dan profesionalisme warga BTPNKL.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat
menjayakan perhimpunan pada kali ini dan seterunya kepada semua warga BTPNKL yang telah
menjayakan semua aktiviti dan program sepanjang tahun 2009. Semoga tahun 2010 akan melonjakkan
kecemerlangan dan pencapaian kita untuk lebih berkualiti agar semua warga pendidikan dan anak-anak
kita mendapat pendidikan yang terbaik. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada yang akan
diumumkan dan akan dianugerahkan sebagai staf harapan untuk bulan ini kepada yang tidak berjaya
bukan bererti tidak diletakkan harapan tetapi tuan-tuan dan puan-puan juga adalah harapan kepada
agama bangsa dan negara. Saya juga ingin memohon maaf jika pengelolaan majlis perhimpunan ini ada
kekurangnya dan kelemahannya kerana yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang kurang baik itu dari
saya. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakn dengan
jayanya.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai