Anda di halaman 1dari 22

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)


Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: x x Menyatakan dan mendefinisikan konsep sukan ragam Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan sukan ragam dan faedah sukan ragam Menyatakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran sukan ragam serta contoh-contoh pertandingan.

8.0

PENGENALAN

Ahli sukan perlu di bentuk seawal usia, pelajar pra sekolah atau sekolah rendah perlu dedahkan dengan disiplin sukan dalam mata pelajaran atau aktiviti pendidikan jasmani atau aktiviti pertandingan sukan. Namun terdapat berbagai kekangan yang terpaksa kita hadapi untuk memperkenalkan pertandingan tersebut. Oleh itu satu pertandingan dalam bentuk sukan mini perlu dirancang dan dilaksanakan. Sukan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Sukan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan sukan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Sukan tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang standard dalam pertandingan sukan tradisional. Undangundang dan sistem pertandingan yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.

RINGKASAN BAB 8.0 Pengenalan 8.1 Konsep, Definisi Sukan Mini 8.2 Pengurusan dan Pengelolaan Sukan Ragam

OUM

141

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

8.1

KONSEP DAN DEFINISI SUKAN MINI

Ahli sukan perlu di bentuk seawal usia, pelajar pra sekolah atau sekolah rendah perlu dedahkan dengan disiplin sukan dalam mata pelajaran atau aktiviti pendidikan jasmani atau aktiviti pertandingan sukan. Namun terdapat berbagai kekangan yang terpaksa kita hadapi untuk memperkenalkan pertandingan tersebut. Antara kekangan tersebut ialah keupayaan pelajar kita, contohnya pelajar kita yang berumur 5-9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. infrastruktur yang terdapat di sekolah juga merupakan kekangan utama contohnya gelanggang, alatan dan lain-lain lagi. Undang-undang permainan yang sukar di kuasai dan ditafsirkan oleh guru pendidikan jasmani juga turut menjadi masalah. Dari kekangan ini satu pertandingan dalam bentuk sukan mini dirancang dan dilaksanakan. Sukan mini adalah pesta permainan yang dirangka sama seperti permainan yang sebenar tetapi diubah suai berdasarkan kepada keupayaan pemain, infrastruktur dan lain-lain. Sukan mini lebih bersifat permainan dalam bentuk sukan dengan melibatkan satu atau lebih kemahiran asas. Dalam satu pertandingan sukan mini peraturan, prosedur berpasukan dan gelanggang permainan yang diubah suai mengikut kesesuaian. Sukan mini juga berkonsepkan ansur maju dengan memperkenalkan kemahiran yang mudah dan beransur-ansur kepada kemahiran sukar. Namun kebanyakan dari kita melakukan permainan tanpa menitik beratkan pembelajaran kemahiran asas yang sepatutnya menjadi tunjang utama dalam sukan mini. Ada di antara kita telah melakukan konsep yang salah dengan lebih menitik beratkan kepada permainan yang lebih mirip pada pesta permainan tanpa menekankan kemahiran asas. Sebelum membuat pengubahsuaian dalam sukan mini guru perlulah memikirkan dengan teliti faktor-faktor tertentu. Antara perkara yang perlu difikirkan ialah: (a) (b) (c) (d) Keupayaan pelajar kemudahan peralatan sukan Masa yang di peruntukan Undang-undang yang sukar

Ciri-ciri Penting Sukan Mini Terdapat beberapa ciri penting yang terdapat dalam mini sukan antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Aktiviti dalam satu sukan mini perlulah hanya terdiri daripada kemahiran-kemahiran asas Sukan mini perlulah mempunyai undang-undang permainan dan pertandingan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami dan di tafsir Sukan mini seharusnya menggunakan peralatan yang mempunyai spesifikasi minimum bagi mengelak kekangan alatan yang hendak di gunakan. Sukan mini perlu dimainkan dalam julat masa yang pendek bagi mengimbang masa yang diperuntukan dalam pendidikan jasmani Sukan mini menggunakan ruang dan kawasan permainan yang mempunyai keluasan yang sederhana atau kecil.

142

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

(f) (g)

Sukan mini seharusnya dalam bentuk mudah di ubahsuai perjalanan pertandingan Sukan mini juga perlulah senang di anjurkan dan di jalankan.

Prinsip-prinsip Pemilihan dan Penggunaan Sukan Mini Dalam memilih pertandingan sukan mini beberapa prinsip yang perlu diambil kira antaranya ialah: (a) (b) (c) Permainan perlu mengikut prinsip ansur maju iaitu dari senang ke susah atau dari sedikit ke banyak Permainan yang di bina untuk melengkapkan latih tubi dan bukan sebagai pengganti latih tubi Permainan ini mestilah memberi ruang dan peluang kepada semua tanpa terkecuali, penggunaan kemahiran, ruang dan masa perlulah di putuskan dengan teliti bagi memenuhi matlamat ini. Sukan mini akan mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan permain ke peringkat yang lebih tinggi Pelajar perlu di beri peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan.

(d) (e)

Objektif Utama Sukan Mini Objektif utama sukan mini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu (a) (b) (c) Objektif Pembangunan Kemahiran Motor Objektif Pembangunan Kognatif Objektif Pembangunan Afektif

Objektif Pembangunan Kemahiran Motor Meningkatkan: x x x Kemahiran lokomotor Kemahiran bukan lokomotor Kemahiran manupulasi alat

Objektif Pembangunan Kognatif x x x x Mematuhi arahan Mentafsir dan memahami peraturan Membentuk daya kreativiti dan imaginasi Menambahkan perbendahara kata

OUM

143

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Objektif Pembangunan Afektif x x x x x Meningkatkan hubungan sosial Membangunkan semangat kesukanan yang baik Meningkatkan kualiti kepimpinan Membangunkan semangat kerjasama Menanamkan nilai-nilai murni melalui aktiviti fizikal

Tujuan Pertandingan Sukan Mini Kebanyakan permainan tidak mengambil kira tahap kemahiran kanak-kanak dan lebih memberi perhatian kepada kemahiran dan pertandingan peringkat tinggi. Dengan itu tidak ramai kanak-kanak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu permainan. Sukan mini mengambil kira kekangan yang ada pada pemain yang mengambil bahagian dengan mempermudahkan permainan agar golongan kanak-kanak dapat mengambil bahagian. Selain daripada itu bagi mengatasi perbezaan kebolehan di kalangan pelajar, sukan mini boleh di perbagai dan di susun mengikut kebolehan pelajar. Dengan kata lain sukan mini bertujuan untuk memperkenalkan permainan kepada pelajarpelajar sejak di peringkat awal persekolahan. Sifat kanak-kanak yang sukakan kepada bermain dilihat sebagai senjata penting dalam memperkenalkan permainan kepada mereka. Selain daripada membentuk kecergasan fizikal yang tinggi, sukan mini direka bertujuan mendedahkan pelajar awal persekolahan dalam situasi permainan sebenar. Biasanya dalam sukan mini undang-undang yang digunakan lebih mudah dari undangundang permainan sebenar. Sukan mini juga membolehkan pelajar melihat pertalian kemahiran dalam satu permainan sukan secara keseluruhan. Sukan mini merupakan gabungan antara permainan dengan latih tubi. Gabungan ini akan memberi proses pembelajaran yang lebih bermakna di kalangan pelajar. Sukan mini dilihat membantu pelajar membina gambaran keseluruhan serta kegunaan dan apa yang hendak di pelajari. Skema kognatif akan terbentuk di dalam fikiran pelajar, dengan ini secara tidak langsung kemahiran yang dipelajari oleh pelajar lebih bermakna. Ringkasnya proses ini akan membolehkan akan memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar. Kesimpulannya sukan mini dapat merangsang mereka untuk lebih giat mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan. Masalah yang selalu berlaku kepada guru pendidikan jasmani ialah pelajarnya tidak berminat untuk mengikuti kelas kemahiran. Sukan mini dilihat sebagai cara yang terbaik mengajar komponen kemahiran asas kepada pelajar. Kemahiran yang diajar melalui permainan akan membentuk minat yang tinggi di kalangan pelajar. Minat yang tinggi di kalangan kanak-kanak perlu dipupuk dan dikekalkan kerana minat merupakan pendorong proses pembelajaran. Sifat sukan mini yang boleh diubah suai mengikut kebolehan pelajar dan seterusnya ditingkatkan sedikit demi sedikit ke peringkat yang lebih tinggi. Prinsip ini membolehkan sukan mini mengamalkan konsep ansur maju yang merupakan konsep yang penting

144

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

dalam pengajaran pendidikan jasmani. Konsep ansur maju ini menjadikan pelajar dapat memahami dan melakukan pergerakan motor dengan lebih berkesan. Bermain dalam satu pasukan adalah kemahiran yang perlu diserapkan dalam pendidikan jasmani bagi mencapai objektif afektif- sosial. Oleh kerana peluang untuk menyertai pasukan rumah atau pasukan sekolah terhad dan di peruntukan kepada mereka yang berbakat sahaja maka sukan mini dapat memberi peluang kepada pelajar kita untuk bermain berpasukan. Dengan itu pelajar akan merasai peluang merasai kejayaan dan seterusnya memberi sumbangan kepada pasukan. Dengan kata lain sukan mini akan memberi peluang kepada kanak-kanak menimba pengalaman bertindak sebagai ahli pasukan dan merasa diterima dan terharga sebagai ahli pasukan. Prinsip pertandingan dalam sukan mini bukan bertujuan untuk bersaing atau mencari pemenang tetapi lebih kepada kemajuan pembelajaran kemahiran asas. Oleh itu sukan mini perlu melibatkan kesemua pelajar bagi membolehkan kesemua pelajar merasai pengalaman bertanding. Sukan mini juga mendukung pencapaian kandungan sukatan pendidikan jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (tunjang kemahiran). Aktiviti sukan mini membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas dalam permainan (bola sepak, sepak takraw, hoki, bola baling, ping pong, badminton, bola baling dan bola keranjang). Sukan mini di perlukan untuk mengajar kanak-kanak kemahiran asas sukan secara ansur maju dan diselitkan dengan unsur permainan supaya mereka tidak merasa bosan mempelajari kemahiran-kemahiran secara berasingan. Contoh Perlaksanaan Sukan Mini Tenis Dalam usaha memperkenalkan tenis kepada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun International Tennis Federation (ITF) begitu serius untuk memperkenalkan mini tenis. Malah Persatuan lawan tenis Malaysia sering menganjurkan kursus jurulatih mini tenis yang dil kendalikan secara percuma oleh jurulatih yang bertauliah oleh badan gabungan tenis antarabangsa. Maklumat terkini tentang mini tenis boleh didapati dari badan gabungan sukan tenis di seluruh dunia. Persatuan Lawan Tenis Malaysia juga membekalkan peralatan percuma di bekalkan oleh badan gabungan sukan tenis kepada sekolah yang mengendalikan program mini tenis. RASIONAL MINI TENIS International Tennis Federation (ITF) ialah memperkenalkan mini tenis berdasarkan kepada fakta berikut: Memperkenalkan Permainan Tenis kepada Pelajar Hasrat ITF ialah untuk memperkenalkan dan meningkatkan minat terhadap permainan tenis di kalangan pelajar yang berumur 6 hingga 12 tahun melalui mini tenis. Dengan ini secara langsung jumlah penduduk dunia yang bermain tenis meningkat. Sasaran utama badan tenis ini ialah memperkenalkan permainan tenis kepada lebih daripada 350 000 kanak-kanak setiap tahun. Mini tenis dilihat sebagai jalan utama memperkenalkan sukan tenis di peringkat akar umbi Cara yang paling efektif untuk memperkenalkan permainan tenis kepada pelajar sekolah rendah ialah dengan memperkenalkan sukan mini kepada pelajar. Perlu diingat pelajar sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) mempunyai kekurangan dari segi fizikal tetapi

OUM

145

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

mempunyai naluri untuk menyertai permainan dan pertandingan, oleh itu sukan mini tenis merupakan jalan terbaik untuk memperkenalkan pelajar dengan permainan tenis. Dengan kata lain mini tenis adalah cara yang terbaik untuk memperkenalkan permainan tenis kepada pelajar sekolah rendah. Mini tenis akan memberi peluang kepada pelajarpelajar sekolah rendah mengenali permain tenis dan seterusnya menjadikan tenis sebagai permainan yang di minati sepanjang usia. Mini tenis dapat memberi keseronokan serta menarik minat pelajar terhadap permainan tenis melalui mini tenis Dengan memperkenalkan mini tenis kepada pelajar sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) di lihat dapat berupaya meningkatkan jumlah permain tenis dunia. Usaha ini dilihat akan dapat memperkenalkan permainan tenis kepada insan di dunia semenjak dari usia muda lagi dan seterusnya menjadikan tenis sebagai permainan atau sukan yang digemari. Tenis Dianggap sebagai Sukan Elit Selama ini kita sering menganggap sebagai sukan elit, oleh itu hanya golongan atasan saja yang bermain tenis. Namun ITF ingin menyingkirkan pendapat permainan tenis dianggap sebagai sukan elit dan menjadikan permainan tenis untuk semua golongan. Dengan memperkenalkan permainan mini tenis ITF berharap permainan ini bukan lagi di mainkan oleh golongan elit yang dewasa malah pelajar sekolah rendah dapat bermain permainan ini. Malah sukan tenis boleh di perkenalkan seawal usia kanak-kanak lagi untuk membina kemahiran yang lebih hebat dari bintang tenis sekarang. Permainan Tenis untuk Semua Menjadikan ITF mengharapkan permainan tenis untuk dimainkan oleh semua golongan tanpa mengira gender, profesional dan usia. Sejarah bintang tenis ketika ini biasanya bermula bermain tenis dengan menggunakan gelanggang awam yang biasanya di peruntukan untuk golongan dewasa dan atasan. Dengan memperkenalkan mini tenis yang mengubah suai teknikal undang-undang pertandingan yang terlalu sukar menjadikan mudah serta gelanggang permainan yang mudah di bina di mana-mana kemudahan dan alatan pertandingan yang tidak terlalu mahal. Kesemua ini akan dapat memberi pelung kepada setiap insan di dunia ini untuk bermain tenis dan seterusnya menjadikan tenis sebagai permainan sepanjang usia. Motivasi kepada Pelajar Mini tenis akan menjadikan pelajar mencintai permainan tenis seterusnya membina keyakinan diri. Dengan kata lain permainan mini tenis dilihat dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk bermain tenis tanpa persepsi yang negatif. Mini tenis yang mengandungi unsur pertandingan dilihat dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari kemahiran asas tenis. Mini tenis juga akan menggalakkan dan memudahkan guru mengajar kemahiran tenis dengan menggunakan unsur persaingan yang bermotivasi di kalangan pelajar. Melahirkan Bintang Sukan mini tenis akan memperkenalkan kemahiran asas kepada pelajar dan seterusnya boleh membentuk kemahiran asas yang kukuh di kalangan pelajar. Kemahiran asas yang kukuh dilihat akan membentuk pemain tenis yang hebat di masa akan datang. Mini tenis

146

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

dilihat berkeupayaan mencungkil bakat pelajar dari usia muda dalam sukan tenis untuk di gilap bagi menjadi pelajar yang berbakat dan seterusnya bergelar bintang. Memudahkan Permainan Tenis Kekurangan kemudahan dan kawasan gelanggang dan alatan selalu membantutkan usaha untuk memperkenalkan tenis kepada kanak-kanak. Oleh kerana mini tenis menggunakan alatan yang di ubah suai dan di mainkan di mana-mana gelanggang rata. Masalah ketiadaan gelanggang dan alatan dapat diatasi dengan memperkenalkan mini tenis kepada pelajar kerana Mini tenis boleh di laksanakan di mana-mana kawasan dengan tidak memerlukan gelang khas serta alatan yang tidak mahal. Bagi mengatasi masalah tafsiran undang-undang teknikal yang terlalu sukar mini tenis menggunakan undang-undang yang mudah dan teknik asas yang ringkas untuk dilaksanakan. Mini Tenis di Sekolah Mini tenis adalah diubahsuai daripada permainan tenis yang sebenar disesuaikan berdasarkan masalah yang berlaku di sekolah. Dewasa ini sekolah mempunyai kawasan lapang yang terhad disebabkan kebanyakan tanah lapang telah digunakan untuk membina bangunan. Oleh itu untuk membina gelanggang tenis di sekolah adalah satu perkara yang mustahil. Masalah ini dapat diatasi dengan memperkenalkan mini tenis yang tidak memerlukan kawasan yang luas. Alatan tenis agak mahal oleh itu bagi sekolah yang mempunyai peruntukan yang kecil adalah mustahil untuk membeli alatan tenis yang mahal. Mini tenis hanya perlu menggunakan reket kayu atau plastik dan bola getah yang harganya tidak mahal dengan ini setiap mampu membeli peralatan. Undang-undang permainan tenis kadang-kadang terlalu teknikal ini menyebabkan guru yang tidak dapat menguasai undang-undang tenis dengan baik. Sukan mini tenis yang mempunyai undang-undang yang mudah difahami oleh guru akan membolehkan guru mengajar permainan ini tanpa pengetahuan yang terlalu banyak. Contoh Perlaksanaan Sukan Mini Tenis Sukan mini tenis mempunyai gelanggang 44 kaki panjang dan 20 kaki lebar sama dengan gelanggang badminton. Namun dalam permainan tenis ruang antara gelanggang dan dinding juga harus diambil kira minimum garis belakang ke dinding 8 kaki 6 inci jarak minimum antara bahagian sisi 7 kaki dan jarak antara dua gelanggang 9 kaki. Sementara tinggi gelanggang 17 kaki. Ketinggian net di bahagian tepi 2 kaki 7 inci dan di tengah 2 kaki 9 inci.

OUM

147

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Kiraan Mata Mata penservis akan tersebut terlebih dahulu. 0,15 (mata pertama yang dimenangi oleh mana-mana pemain), 30 (mata kedua), 40 (mata ketiga), dan game (mata keempat). Sekiranya pemain terikat pada 3 atau lebih mata semasa permainan, mata digelar dius. Apabila penservis mendahului dengan 1 mata selepas mata dius, mata ialah ad in atau advantej penservis; sekiranya penerima yang mendahului, mata digelar ad out. Seseorang pemain mestilah memenangi 2 mata berterusan selepas mata dius untuk memenangi game itu. Jika tidak, mata akan berbalik kepada dius. Kelebihan Mini Tenis (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Meningkatkan pembentukan motor dan kordinasi badan pelajar melalui permainan mini tenis. Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai kelas yang diminati dengan menyediakan permainan yang diminati dan dinantikan oleh pelajar. Memperkenalkan permainan tenis yang menggunakan kos yang rendah Menjadikan sukan tenis sebagai sukan yang diminati oleh pelajar sepanjang zaman Membangunkan koordinasi motor di kalangan pelajar Menjadikan alat kepada pelajar meningkatkan kecergasan fizikal dan kardiovaskular. Meningkatkan jumlah pemain tenis yang berbakat serta jumlah penyertaan pemain tenis

Sistem Pertandingan Oleh kerana sistem pertandingan mini tenis dalam bentuk individu atau dua pasukan, pasukan yang terbentuk dalam jumlah yang banyak serta masa yang terhad. Keadaan ini sesuai jika kita menggunakan sistem kalah mati.

148

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Latihan 8.1
Huraikan dan nyatakan ciri-ciri penting yang biasanya terdapat dalam satu sukan mini?

8.2

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN TRADISIONAL

Sukan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang berkaitan dengan sejarah sukan tradisional seperti dari mana asal sukan tradisional, siapa pelopor sukan ini, di manakah sukan ini mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan sukan tradisional disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen rujukan khas yang boleh kita rujuk. Kebanyakan sukan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam sukan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Kebanyakan sukan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Biasanya alatan yang digunakan dalam sukan ini mudah diperolehi sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula. Pengenalan Sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Sukan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Sukan tradisional dimainkan oleh pemain bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti sukan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan sukan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Sukan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan bilabila masa dan dalam bentuk sejagat, dalam erti kata lain ia tidak mempunyai masa yang piawai. Sukan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Tujuan Pertandingan Sukan Tradisional (a) (b) Sukan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. Sukan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. Sukan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau. Sukan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:

(c) (d)

OUM

149

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (e) (f)

kekuatan kardiovaskular Sukan tradisional juga membentuk kelenturan Daya tahan otot Kekuatan otot Ketangkasan Imbangan Koordinasi Kuasa

Masa tindak balas Kelajuan

Kebaikan Sukan Tradisional Sukan tradisional atau permainan tradisional bukanlah sesuatu pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep sukan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan sukan tradisional lebih bersifat permainan dari pertandingan. Oleh kerana sifat sukan tradisional ini, permainan dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian dengan tenang. Oleh itu sukan tradisional dilihat berupaya membina kesihatan emosi yang baik. Sifat pertandingan ini menjadikan sukan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah. Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sat kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu. Individu perlu bagaimana berkelakuan sebagai anggota masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai yang dapat di terima oleh kelompok atau masyarakat. Oleh kerana sifat sukan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan boleh dikatakan sukan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi. Seperti sukan yang lain sukan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Sukan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain permainan sukan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluannya. Sukan tradisional dalam yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurus badan merangkumi: (a) (b) Penjagaan postur yang betul Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi

150

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

(c) (d) (e) (f)

Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan Kordinasi pergerakan yang cekap Pergerakan merentasi lantai ruang

Jenis Sukan Tradisional Oleh kerana sukan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, sukan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. Sukan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).
Individu x Congkak x Dam x Wau x Gasing x Laga Ayam Kumpulan x Usung balak x Galah panjang x Tating lawi x Sorong kereta x Sepak raga bulatan

Kategori Pertandingan Sukan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman
Permainan Anjung x Kawasan permainan di dalam ruangan rumah contohnya di anjung rumah x Tempat permainan dileparan simen atau lantai kayu x Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas x Melibatkan bilangan permain yang tidak ramai Permainan Berpasukan x Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang x Tempat permainan di ruang tanah, rumput atau simen x Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas x Melibatkan permain yang ramai biasanya dalam bentuk kumpulan. dan

Sistem Pertandingan Oleh kerana sukan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan sukan tradisional juga bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini sukan tradisional telah mula mendapat perhatian dari kementerian belia dan sukan dan kementerian kebudayaan dan warisan oleh itu sistem pertandingan sukan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan.

OUM

151

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Sukan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan sukan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga. Contoh-contoh Permainan Tradisional Terdapat berbagai jenis sukan tradisional atau permainan tradisional di Malaysia antara permainan tradisional ialah: (a) ACI Sorok Permainan ini di kenali sebagai main sorok-sorok, permainan ini amat digemari oleh kanak-kanak. Jumlah pemain yang untuk permainan ini tidak terhad dan amat mudah. Aci sorok merupakan jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan permainan yang luas, persekitaran rumah merupakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan. Biasanya sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. Teknik Bermain Sebelum permainan dijalankan, seorang pemain dipilih sebagai pencari dengan undian. Undian lai lai li tam plong selalu dilakukan bagi memilih pemain ini. Setelah undian dilakukan, pencari hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mulamula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. (b) Congkak Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Permainan ini juga dikenali Jongkok di utara semenanjung. Permainan congkak telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun asal usul permainan congkak tidak di pasti dengan jelas. Pemain congkak dimainkan di dalam rumah iaitu dari jenis permainan anjung.

152

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu bersaiz besar dan diukir seperti perahu atau pun menggunakan lubang digali di atas tanah, dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Hujung papan congkak yang dibuat dari kayu biasanya diukir dalam bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Teknik Bermain Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong sama ada di kawasan sendiri atau lawan. Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, permainan perlulah dihentikan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Selepas itu pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. (c) Galah Panjang Permainan ini antara permainan tradisional yang agak terkenal. Galah panjang biasanya di jadikan pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan di luar rumah. Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, anggaran luas gelanggang antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Penanda garisan, biasanya menggunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

OUM

153

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Teknik Bermain Permainan ini tidak dimainkan secara kumpulan terdapat dua kumpulan dalam satu permainan satu kumpulan akan bertindak sebagai kumpulan penyerang dan satu kumpulan bertindak sebagai kumpulan bertahan. Setiap kumpulan akan mempunyai pemain tidak kurang d empat orang dan biasannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak. Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Pasukan bertahan adalah cuba menghalang (mencuit atau menangkap) setiap penyerang di sepanjang garisan permulaan, garisan jagaannya Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya. Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dihalang oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut. (d) Konda Kondi Konda-kondi yang juga dikenali sebagai Perik Mata di kawasan-kawasan tertentu memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu.

154

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Untuk mematikan pasukan penyerang pemain lawan akan cuba menyambut kayu tadi. Jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampuri dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini. (e) Bulu Ayam Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh bergantung kepada tempat. Bulu ayam dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki yang melibatkan seramai dua atau lebih pemain. Jika terdapat ramai yang bermain, beberapa kumpulan yang terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

OUM

155

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. Garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan di sekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Teknik Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian yang biasa dilakukan ialah secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu permainan serta mengikut gilirannya. Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui oleh pemain terlebih dahulu sebelum permainan bermula. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika sepakan dilakukan oleh pemain giliran dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara. (f) Cari Cucu Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Permainan ini boleh dimainkan oleh jumlah pemain yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digunakan dalam permainan ini. Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan dalam permainan ini. Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa di kalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya

156

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Permainan Cari Cucu Pada peringkat permulaan kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. Nyanyian Cucu Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu di mana berada. Nenek kahwin dengan anak raja. Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka pelakon nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya. Nyanyian Nenek Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia menjadi. Setelah selesai dendangan nenek semua cucu duduk mencangkung dengan mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri di sekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan. (g) Gasing Gasing adalah permainan yang popular di semenanjung terutama di Kelantan. Ada berbagai jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya ialah gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

OUM

157

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Membuat Gasing Gasing perlu dibuat dari kayu yang tahan kepada hentakan mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih contohnya dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu yang hendak di buat gasing akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan kerja-kerja seperti melilitkan timah pada kepak gasing bagi menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan melindung gasing dari serpih. Bagi menambahkan keindahan rupa paras gasing maka tanduk kerbau dipasangkan di bahagian kepala gasing selepas itu dikilatkan dengan varnis. Ciri Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Teknik Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan cara kita melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri pula dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak kerana gasing ini mudah di bina. Gasing pinang di buat dari buah pinang muda yang dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing pinang boleh di main secara dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing Uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

158

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing Pangkah Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukanpasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pertandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula. (h) Sepak Raga Permainan sepak raga telah wujud sejak 600 tahun lalu. Permainan sepak raga telah di mainkan oleh golongan bangsawan sehingga ke rakyat jelata pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang permainan sepak raga, Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Teknik Bermain Untuk memulakan permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang

OUM

159

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. (i) Wau Bentuk teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, wau juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Permainan wau merupakan permainan bagi memenuhi masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah di mainkan oleh orang Melayu sejak sekitar kurun kelima belas. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis Wau Wau dicipta bergantung kepada kreativiti pembinanya oleh itu terdapat pelbagai jenis nama dan bentuk wau. Contohnya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau juga biasanya di hiasi oleh corak yang bermotifkan awan larat yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraf tangan dan hiasan dinding. Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, bermula dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau. Masa yang diambil untuk membuat wau biasanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk siap. Teknik Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu namun dewasa ini. Kebanyakan pertunjukan wau dan layang-layang sentiasa mendapat tempat di Malaysia. Wau biasanya di mainkan untuk pertunjukan terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

RUMUSAN
Dalam topik ini kita telah membaca dan memahami mengenai sukan mini dan sukan tradisional. Setelah mengakhiri bacaan dalam bab ini kita akan dapat memahami, mendefinisikan sukan mini dan tujuan pertandingan sukan mini. Selain daripada itu kita dapat menciri dan menyatakan ciri-ciri sukan mini, prinsip pemilihan serta objektif sukan mini. Dalam topik ini juga anda akan di dedahkan mengenai definisi, kategori, tujuan pertandingan sukan tradisional. Untuk memudahkan pemahaman pembaca topik ini juga ada memasukkan contoh-contoh sukan tradisional yang terkenal di Malaysia.

160

OUM

BAB 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Latihan 8.2
Nyatakan dan huraikan tujuan pertandingan sukan tradisional?

UJIAN 1
1. 2. 3. Sebelum membuat pengubahsuaian dalam sukan mini guru perlulah memikirkan dengan teliti faktor-faktor tertentu. Nyatakan perkara tersebut? Huraikan kebaikan pengelolaan dan pertandingan sukan tradisional? Objektif utama sukan mini boleh dibahagikan kepada tiga nyatakan dan huraikan objektif tersebut?

UJIAN 2
1. 2. 3. Nyatakan kategori pertandingan sukan tradisional dan cirikan perbezaannya? Dalam memilih pertandingan sukan mini beberapa prinsip yang perlu diambil kira Nyatakan prinsip tersebut? Huraikan secara terperinci tujuan pertandingan sukan mini?

GLOSARI
Pengelolaan Pentadbiran Pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan. Merancang dan melaksanakan, untuk mengurus, mengelola dan memerintah. Merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.

Pendidikan Jasmani

Sukan

Rekreasi

RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

OUM

161

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

BAB 8

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara Laman Web perpustakaan negara Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

162

OUM

Anda mungkin juga menyukai