Anda di halaman 1dari 1

Laporan Amali Anatomi dan Fisiologi 1 Nama: CHUA SIEW CHIA Tajuk: Sistem Respirasi Objektif: Pada akhir

pembelajaran, diharapkan dapat: i. ii. Memahami proses pernafasan. Mengenal pasti perubahan yang berlaku semasa pernafasan. Unit: PISMP S3 BC/PJ/KH 1 AMB JAN 2012

Prosedur: i. ii. Memotong bahagian bawah satu botol plastik. Memotong bahagian leher satu belon. Regangkan belon untuk memenuhi seluruh bahagian bawah botol. Pitakan bahagian tepi belon pada permukaan botol. iii. Letakkan satu penghujung penyedut minuman ke dalam satu belon yang lain. Ikat pembuka belon dengan menggunakan getah. iv. Letakkan penghujung penyedut minuman yang diikat bersama belon ke dalam botol dan menggunakan tanah liat untuk menutup pembuka botol. v. Menarik bawah dan melepaskan belon yang pada bahagian bawah botol secara perlahan. Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon di dalam botol. Keputusan: Semasa menarik bawah belon, belon di dalam botol mengembang. Semasa melepaskan belon, belon di dalam botol mengecut.

Menarik bawah belon

Melepaskan belon

Rumusan: Dalam model ini, botol plastik sebagai rongga toraks, penyedut minuman sebagai laluan udara, belon di dalam botol sebagai peparu dan belon di bahagian bawah botol sebagai diafragma. Semasa inspirasi, otot diafragma mengecut dan menjadikan diafragma kurang melengkung. Isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan udara di dalamnya berkurang. Udara dari luar masuk ke dalam peparu. Semasa ekspirasi, otot diafragma mengendur dan menjadikan diafragma melengkung ke atas. Isi padu rongga toraks berkurang dan tekanan udara di dalamnya bertambah. Udara dari peparu ditolak ke luar.

Anda mungkin juga menyukai