Anda di halaman 1dari 20

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.

Bantuan berlebihan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin melakukan sesuatu dengan sendiri.

Kanak-kanak akan merasai saat kepuasan sekiranya berjaya melakukan sesuatu dengan sendiri.

Kanak-kanak berkembang pada tahap berbeza. Elakkan membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif. Guru boleh menyediakan aktiviti seperti bermain bola dan berlari. Aktiviti mesti mengambil kira perkembangan otot khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktiviti seperti melukis.

Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan seperti berenang dan gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap.
Menyediakan aktiviti lasak untuk kanak lelaki seperti bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak perempuan seperti bola jaring.

Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. Oleh kerana remaja lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan, senaman dan mengelakkan aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah.

Menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan.
Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan lelaki. Cuba kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh lelaki semasa aktiviti senaman.

Akil baligh menandakan kematangan segi seksual.


Menyediakan kursus dan ceramah aktiviti seksual serta sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek perubahan fisiologi berlaku dalam diri mereka. Guru menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan berlaku dalam diri mereka agar dapat membuat pilihan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai