Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani


Tarikh : 12 September 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi 8.30 pagi (30 minit)
Tahun : Tahun 4
Bilangan Murid : 18 orang
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Bola Jaring
Kemahiran : Menghantar dan menerima bola
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan aktiviti malambung dan menyambut
bola serta membaling bola ke sasaran.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini murid-murid dapat:
Psikomotor : melakukan kemahiran menghantar dan menerima bola
bersama dengan rakan pasangan sebanyak 4 daripada 5
percubaan.
Kognitif : menjelaskan cara-cara melakukan kemahiran menghantar dan
menerima bola.
Afektif : bekerjasama menghantar dan menerima bola dalam
permainan galah panjang.
Penggabungjalinan : muzik malakukan aktiviti pemanasan badan mengikut tempo
muzik.
matematik mengira semasa aktiviti penyejukkan badan.
Kesepaduan : kemahiran berfikir menyelesaikan masalah bagaimana
menghantar dan menerima bola untuk melepasi halangan
dalam permainan galah panjang.
penerapan nilai - bekerjasama menghantar dan menerima
bola dalam permainan galah panjang.
KBKK : menyelesaikan masalah, membanding dan membeza
BBM : wisel, kon, muzik, speaker, bola jaring

Anda mungkin juga menyukai