Anda di halaman 1dari 39

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

Nilai dan Etika Dalam Sukan


Permainan bersih (Fair Play) Penyalahgunaan bahan dalam sukan Keganasan dalam sukan Gangguan dalam sukan

PERMAINAN BERSIH (FAIR PLAY)

Tujuan sukan :
~ menjadikan tubuh sihat dan cergas ~ beriadah ~ menjalin persahabatan ~ menyertai pertandingan ~ mendapat pendapatan

Namun
Kalangan atlet, jurulatih, pegawai, penganjur dan orang ramai menyalahgunakan sukan untuk kepentingan peribadi seperti perjudian, rasuah, penggunaan bahan terlarang dan amalan yang tidak jujur.

Rasuah dan Perjudian


Keputusan perlawanan diuruskan oleh bookie atau orang tengah. Bookie bertindak untuk menyogok pemain dan pegawai dengan wang atau barang yang bernilai. Pemain yang menerima sogokan akan mempengaruhi rakan-rakan lain. Akibatnya, pasukan yang kuat sekalipun akan tewas dengan taktik kotor penerima rasuah ini.

Kemudian, bookie yang telah menyogok pemain dan pegawai akan mengaturkan pertaruhan tentang perlawanan tersebut kepada orang ramai. Para penyokong yang selama ini yakin dengan prestasi pasukan pilihan mereka, akan berasa kecewa jika pasukan mereka kalah dengan cara demikian. Malah lagi, ada juga yang kalah beriburibu dalam pertaruhan.

Kesan Rasuah
Moral pasukan akan jatuh. Pemain yang baik budi pekerti akan kecewa. Orang ramai tidak lagi mempercayai kewibawaan pemain atau pasukan mereka. Masyarakat tidak akan menghormati orang yang terlibat dengan rasuah. Maruah negara boleh tergadai.

Penggunaan Bahan Terlarang


Nilai hadiah kepada para pemenang acara sukan semakin meningkat. Namun persaingan untuk menjuarai suatu pertandingan kini menjadi semakin sengit. Jadi, ahli sukan menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan prestasinya. Antaranya penggunaan bahan terlarang seperti steroid.

Kesan steroid terhadap individu


Lelaki Perempuan

Sperma berkurang. Bulu roma menjadi Menjadi lebih agresif. lebat. Keinginan seksual suara berubah. meningkat. bersifat kelelakian. Buah dada membesar.

Hukuman yang dikenakan:


Kemenangan dibatalkan. Pingat serta hadiah yang dimenangi akan ditarik semula. Rekod yang dicatatkab tidak diiktiraf. Dikenakan hukuman yang berat oleh badan sukan dunia. Dilarang bergiat dan menyertai sebarang kejohanan sukan untuk tempoh masa yang panjang.

Amalan Tidak Jujur


1. Menipu had umur - sering berlaku dalam pertandingan peringkat umur seperti kejohanan bawah 12,15,18 dan lain-lain lagi. - contohnya, terdapat pasukan yang menurunkan pemain yang hebat tetapi melebihi had umur yang dibenarkan. - jika perbuatan ini dikesan, akibat imej individu atau pasukan berkenaan akan tercemar.

2. Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding


Pemain atau pasukan yang terlalu mementingkan kemengan lazimnya tidak akan mengamalkan semangat kesukanan yang tulen. Mereka akan memasukkan pemain yang sedang menjalani hukuman penggantungan atau tidak didaftar. Sekiranya tindakan ini dikesan, penyertaan mereka akan dibatalkan dan dikenakan hukuman penggantungan. Mereka dilarang menyertai sebarang pertandingan bagi satu tempoh tertentu.

3. Tidak Mengamal semangat Kesukanan


Seseorang atau pasukan yang terlalu mementingkan kemenangan tidak akan mengamalkan semangat kesukanan. Antaranya bermain secara kasar untuk menakutkan pemain. Ini akan mendatangkan kesan buruk seperti pergaduhan dan kecederaan kepada pemain.

PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM SUKAN

1. Penyalahgunaan dadah Dadah berupaya merosakkan sistem saraf pusat dan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dan kematian sekiranya digunakan secara berlebihan. Kita perlu sedar bahawa terdapt perbezaan antara dadah, ubat dan racun.

Perbezaan antara dadah, racun dan ubat


Dadah
wujud dalam bentuk pil, serbuk, gas dan bahan mentah. Berupaya merosakkan sistem saraf pusat dan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Dadah diharam oleh kerajaan.

Racun
Bahan kimia yang dihasil untuk mengawal dan mencegah serangan serangga dan makhluk perosak. Wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Menyebabkan tubuh badan melecur dan terbakar. Dikawal penggunaan agar selamat diguna. Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya terambil berlebihan.

Ubat
Bahan kimia yang telah diproses, bertujuan mencegah dan mengubati penyakit. Wujud dalam bentuk pil, kapsul, serbuk dan cecair. Berupaya mencegah dan menymbuhkan penyakit. Ubat diambil berpandukan preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ubat yang diambil berlebihan dan salah penggunaannya akan menjadi racun.

KEGANASAN DALAM SUKAN

Keganasan merujuk tingkah laku utk mencederakan orang lain /memusnahkan harta benda ( Coakley, 1998). Keganasan boleh dibahagi kepada dua iaitu keganasan instrumental dan keganasan reaktif / matlamat.

Instrumental * Objektif untuk mendapatkan ganjaran. * Tujuan utk mencapai satu matlamat & mencederakan orang lain dianggap sebagai satu cara yg paling berkesan.

reaktif /matlamat
* Mencacatkan pihak

lawan / mencederakan. * Tujuan utk mencederakan orang lain kerana orang lain merupakan suatu cabaran, justeru emosi kemarahan wujud.

Pertalian antara kekecewaan dalam pengalaman sukan dan tingkah laku ganas alet
Tindak balas emosi Keadaan persekitaran Tingkah laku tindak balas

Kemarahan atau

Peluang + Isyarat pendorong + Sokongan sosial

keganasan

kekecewaan

Kekhuatiran Malu Kesedihan Kekeliruan

Sumber : Coakley, 1998

Tanpa keganasan - Strategi baru - Ubah matlamat - Pengunduran diri

GANGGUAN DALAM SUKAN

1) MELANGGAR UNDANGUNDANG DAN PERATURAN SUKAN


Dalam sesuatu pertandingan sukan, terdapat pihak pengelola yang mengambil kesempatan dengan berlaku tidak adil kepada pasukan lain.

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1

2) MENGUBAH PERATURAN HAD UMUR


Terdapat pihak pengelola sukan selaku tuah rumah yang mengambil kesempatan mengubah peraturan had umur pada saat akhir kejohanan yang akan bermula. Tindakan ini akan menyukarkan pasukan lain untuk mencari dan menyediakan pemain seperti yang diperlukan
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1

3) MENIMBULKAN MASALAH KOMUNIKASI


Komunikasi yang cekap adalah perlu bagi melancarkan perjalanan sesuatu aktiviti. Maklumat penting seperti jadual perlawanan dan tempat perlawanan diadakan perlu dimaklumkan lebih awal kepada setiap pasukan.
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1

Malangnya terdapat pihak pengelola yang sengaja lewat menyampaikan maklumat atau memberi maklumat yang salah kepada pasukan lain.
Tindakan ini memberi kelebihan kepada tuan rumah sebaliknya menyukarkan pihak lawan.

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1

4) GANGUAN SEKSUAL
DEFINISI: Sebarang perkataan, isyarat badan, kelakuan dan perbuatan yang berunsur seksual atau lucah yang mengganggu peribadi individu lain yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan. (Menurut Aris, Fazil Bin
Haji Ujang, Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

Gangguan seksual kerap kali berlaku di sekolah atau di padang permainan. Biasanya gangguan seksual dilakukan oleh pihak lelaki terhadap wanita. Juga mungkin berlaku terhadap kaum lelaki.
Ia menjadi penghalang kepada penyertaan individu dalam sukan dan permainan.
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

BENTUK GANGGUAN SEKSUAL


1) 2) 3) 4) 5) Lisan Isyarat badan Visual Psikologi fizikal

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

LISAN
Berlaku semasa perbualan bersama rakan-rakan, pengawai sukan atau jurulatih. Menggunakan perkataan lucah atau bahasa yang menggoda seperti komen mengusik dan menyoal perkara berkaitan dengan seks atau hubungan seks.
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

ISYARAT BADAN
Pelaku menggunakan isyarat badan bagi menggambarkan kehendak seks mereka. Isyarat badan seperti mengenyit mata, menjelir lidah, menjilat bibir, kucupan bibir dan isyarat jari tangan.

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

VISUAL
Pelaku menggayakan kelakuan seksual yang melampau seperti menunjukkan bahan-bahan pornografi, melukis, melakar dan menulis sst yang berbau seks, mempamerkan genital, melakukan aksi mengghairahkan dan mendedahkan sebagagian anggota daripada anggota tubuh badan untuk merangsang mangsa.
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

PSIKOLOGI
Pelaku akan kerap mengundang mangsa untuk bersosial atau mengatur teu janji tanpa persetujuan mangsa dan melakukan kemesraan fizikal yang keterlaluan. Perbuatan seperti ini mendera mangsa secara psikologi yang mengakibatkan mangsa berasa tertekan dan akhirnya terpaksa menurut kehendak pelaku
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

FIZIKAL
Pelaku melakuakan pencabulan fizikal terhadap mangsan dengan cara menyentuh, menepuk, mencubit, mengurut, meraba, mencium, meramas dan memeluk mangsa

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

PIHAK YANG MELAKUKAN:


1) RAKAN Rakan sepasukan melakukan bentuk gangguan tanpa disedari oleh mangsa. Hal ini kerana hubungan intim antara kedua-duanya memudahkan gangguan seksual dilakukan tanpa menimbulkan rasa curiga drpd mangsa.

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

2) JURULATIH
Terdapat segelintir jurulatih mengambil kesempatan drpd keakraban hubungannya dengan atlet.

Jurulatih mungkin melakukan gangguan seksual terhadap atlet dengan alasan perlakuan itu adalah sebahagian drpd aktiviti latihan.
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

3) PENGURUS PASUKAN
Pengurus pasukan menggunakan kuasa untuk memaksa atlet mengikut kehendaknya.

Sekiranya atlet tersebut enggan menurut kemahuannya pengurus tersebut akan mengugut untuk mengyingkirkan atlet itu daripada pasukan.
Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

4) PENONTON
Kadangkala penonton yang tidak berpuas hati dengan prestasi atlet akan melakukan gangguan seksual sama ada secara lisan atau isyarat badan. Mereka menggunakan perkataan atau menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5

SEKIAN, TERIMA KASIH


DISEDIAKAN OLEH:

Anda mungkin juga menyukai