Anda di halaman 1dari 39

Pengurusan Permainan Tradisional

Pengenalan
Permainan yang mewakili perkembangan budaya dan tabiat emosi kumpulan masyarakat tempatan. Adalah peninggalan datuk nenek kita yang telah merentasi zaman berzaman Menunjukkan kematangan dan keunikan budaya bermasyarakat serta sosialisasi kelompok masyarakat yang menganggotainya.

Jenis-jenis Permainan Tradisional


Permainan Batu Seremban Permainan Galah Panjang Permainan Teng Teng

Permainan Galah Panjang

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan Galah Panjang


Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

Bilangan Pemain
Permainan ini dimainkan dalam dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Kawasan
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awakawak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Gelanggang

Permainan Batu Seremban

Cara Bermain
Tahap Pertama - pemain mengumpulkan kelima-lima batu kecil dengan sebelah tapak tangannya. - batu-batu tersebut akan diselerakkan di atas lantai. - pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu itu untuk dilambung ke atas. Sebelum batu tersebut jatuh, pemain memungut sebiji lagi batu kecil sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan tangan yang sama juga.

batu yang telah dipungut diletakkan ke tepi. permainan ini diteruskan dengan memungut batu kecil itu satu demi satu dengan cara yang sama. Tahap kedua - kaedah bermain sama dengan tahap pertama. Cuma pada kali ini setiap pemain dikehendaki memungut dua biji batu serentak.

Tahap ketiga - memungut sebiji batu pada lambungan pertama dan kemudiannya memungut tiga biji batu lagi pada lambungan yang kedua. Tahap keempat - memungut keempat-empat biji batu pada sekali lambungan.

Tahap kelima - memungut tiga biji batu dalam satu tangan dan dua biji lagi dalam tangan yang lain. Tahap keenam - menyentuh satu batu sekali dan tidak memungut batu.

Tahap ketujuh - mencekupkan sebelah tangan ke lantai dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya untuk membentuk lubang. Jangan gerakkan tangan ini. - setiap kali batu dilambung, sebiji batu dikuitkan ke dalam lubang tersebut.

Tahap kelapan - setiap kali lambungan, sebiji batu dipungut dan diletakkan ke telapak tangan yang sebelah lagi sebelum batu yang dilambung tadi disambut.

Tahap kesembilan - memegang batu yang mula-mula dipungut dalam tangan, apabila lambungan dibuat, batu tersebut ditukar dengan batu yang lain. - sebaik sahaja kesemua batu ditukar, semua batu yang terletak di atas lantai dipungut dengan sekali lambungan.

Tahap kesepuluh - pilih dua batu dan letakkan berasingan di sebelah telapak tangan - lambungkan kedua-dua biji batu, pungut sebiji batu dari lantai. - kedua-dua biji batu yang dilambung tadi disambut balik setiap satunya dengan sebelah tangan. - batu yang dipungut dari lantai tadi pula diletakkan ke tepi dan permainan ini diteruskan - kedua-dua biji batu yang tinggal di dalam tangan dilambungkan semula satu demi satu dan disambut pula dengan tangan yang sebelah lagi.

Peraturan Permainan Batu Seremban


Semasa memungut batu di lantai, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak di atas lantai. Jika tersentuh, pemain akan dikira mati. Pemain mesti menyambut batu yang dilambung sebelum batu itu jatuh ke lantai. Sekiranya batu itu jatuh, maka pemain dikira mati. Pada setiap tahap permainan, semua batu itu dikumpulkan dan kemudian diselerakkan. Pemain berikut akan meneruskan permainan apabila pemain yang sedang bermain membuat kesalahan. Jika seseorang pemain telah mati, dia hanya boleh menyambung semula permainan setelah tiba gilirannya

Setiap pemain akan menyambung permainannya semula berdasarkan tahap kesalahannya. Ia dikehendaki mengulangi cara bermain pada tahap tersebut. Pemain akan terus bermain mulai dari tahap satu hingga tahap sepuluh selagi ia tidak membuat sebarang kesalahan Permainan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui bersama oleh kesemua pemain Permainan yang memperolehi jumlah mata yang paling banyak akan menjadi pemenang.

Bilangan Pemain
Sekurang-kurangnya dua pemain dan tidak melebihi 8 pemain.

Kawasan
Permainan ini dimainkan di kawasan dalam. Hanya memerlukan ruangan yang memuatkan 7- 8 pemain.

Peralatan
Batu kecil ataupun pundi kacang yang kecil.

Permainan Teng Teng

Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Bilangan Pemain
Tidak melebihi 6 orang pemain.

Kawasan
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petakpetak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah.

Gelanggang

Peralatan
Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

Pengurusan Pertandingan Tradisional

Pertandingan Kalah Mati


Menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan yang tinggal Biasa digunakan dalam keadaan:(i) masa peruntukkan untuk pertandingan pendek (ii)peruntukan kewangan adalah terhad (iii) penyertaan adalah besar (iv) bilangan kemudahan terhad

Kalah Mati Sekali


paling mudah dan ringkas dikelolakan pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Sistem Kalah Mati bagi kes 14 pasukan No.


1 16 No. No. 9 No. No. 8 5 12 No. No. 13 No. 4 No. 3 No. 14 No. 11 No. 6 No. 7 No. 10 No. 15 No. 2

Kalah Mati Bersagu Hati


E G Pemenang sagu hati G H F F D F B D D B

A
E G C

A A C A Pemenang

Kalah Mati Dua Kali


Sistem ini seperti kalah mati sagu hati. Juara kumpulan kalah akan bertanding dengan juara bagi kumpulan menang bagi menentukan juara. Tujuan adalah memberi peluang kepada pasukan yang kalah untuk memenangi pertandingan.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai