Anda di halaman 1dari 71

PJM 3112

Kepimpinan
Dalam bidang sukan, kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kebolehan dan pengaruh yang besar terhadap perilaku ahli-ahli persatuan sukan. Isu kepimpinan merupakan di antara isu yang selalu mendapat perhatian ramai apabila kita membincangkan tentang perkembangan dan pergolokan sukan.

Kepimpinan
Kuasa Pemimpin Pemimpin yang berkesan dalam bidang itu harus berasa bahawa keperluan ahli-ahli sukan dapat penuhi dan memuaskan hati mereka. Untuk memenuhi hasrat dan tujuan itu, pemimpin perlu mengembangkan kemahiran mereka yang khusus terhadap tanggungjawab mereka yang tertentu dalam bidang sukan. Mereka hendaklah menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada diri mereka dalam semua keadaan.

Kepimpinan
Pengertian : Menurut Baron & Greenberg (1990) kuasa boleh ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi atau mengubah sikap atau perlakuan orang lain. Dalam konteks ini, jika kita berkemampuan untuk mempengaruhi serta mengubah sikap atau perlakuan individu lain maka kita dianggap mempunyai kuasa.

Kepimpinan (Teori)
Kepimpinan Berasaskan Tret Menurut pendekatan ini, bukan semua orang boleh menjadi pemimpin kerana seorang pemimpin yang berjaya dilahirkan dengan ciriciri kepimpinan atau tret tertentu yang tidak terdapat pada oarang lain. Berpendapat pemimpin yang berjaya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berbeza dari orang kebanyakan dan ciri-ciri ini adalah stabil pada setiap masa.

Kepimpinan (Teori)
Teori Kontingensi Menjelaskan bahawa keberkesanan sesuatu kumpulan adalah kontingen (berkait rapat) dengan stail kepimpinan (personaliti pemimpin) dan kemampuan pemimpin berkenaan mengawal, menguasai serta menangani situasi berkenaan dengan berkesan. Menurut Fiedler(1978), personaliti pemimpin boleh dikategorikan sama ada sebagai bermotivasikan hubungan atau bermotivasikan tugasan. Faktor yang kedua adalah pengaruh situasi yang merujuk kepada aspek mengawal, menguasai serta menangani situasi dengan berkesan.

Kepimpinan (Teori)
Teori Haluan Matlamat Dalam konteks ini, pemimpin memainkan peranan sebagai fasilitator, membantu atlet merealisasikan impian dan matlamatnya. Kerjayaan pemimpin diasaskan kepada kejayaan individu yang dipimpimnya. Fungsi pemimpin adalah untuk menyediakan laluan yang memberikan pengikutnya mencapai kejayaan.

Kepimpinan (Teori)
Model Kepimpinan Multidimensi Chelladurai Model ini diasaskan untuk melihat kepimpinan dalam sukan secara spesifik. Berdasarkan model ini, keberkesanan kepimpinan berlaku apabila wujudnya keselarasan dan persamaan di antara ketigatiga perlakuan pemimpin iaitu perlakuan yang menepati kehendak organisasi, perlakuan sebenar pemimpin berkenaan serta perlakuan yang diingini oleh pengikut (atlet).

Mengenalpasti dan penggunaan sumber


Sumber dalam bidang sukan itu merupakan alat, kelengkapan, kemudahan , bantuan dan sokongan yang harus diperolehi untuk mencapai sesuatu matlamat sukan itu sepenuhnya. Jelasnya, salah satu daripada tugas dan kemahiran yang penting seseorang pentadbir sukan itu adalah untuk menentukan keperluan. Ia harus dapat mengenalpasti sumber yang dapat memenuhi keperluan ini.

Mengenalpasti dan penggunaan sumber


Pentadbiran Sumber bahan sukan yang dimaksudkan dalam perkara ini merupakan keperluan untuk menentukan keberkesanan dan kelincinan dalam urusan pentadbiran persatuan sukan. Pejabat sukan harus dilengkapi dengan perabot, peralatan seperti mesin taip, komputer, mesin fotostat, almari fail dan kerusi meja. Kelengkapan lain diperlukan adalah peralatan sukan, dan ubat-ubatan.

Mengenalpasti dan penggunaan sumber


Sumber Kemudahan Dalam hal ini, adalah mustahak memberi perhatian tentang keperluan ahli-ahli sukan dan juga jurulatih. Keperluan asas mereka harus dipenuhi bagi pembangunan sukan yang tersusun. Ada negara yang menyediakan kemudahan ini di peringkat wilayah, kawasan atau negeri. Untuk mengadakan latihan, pertandingan dan program sukan, adalah penting untuk disediakan perumahan yang sesuai dan selesa untuk jurulatih dan ahli-ahli sukan.

Pengurusan Sumber Manusia


Tiap-tiap persatuan sukan memerlukan sumber tenaga manusia untuk memainkan peranan sebagai pengelola, pentadbir dan perancang. Persatuan sukan juga memerlukan khidmat bakti mereka yang dapat memainkan peranan cergas untuk mengumpulkan dana dan pengawaipengawai dan kakitangan diperlukan untuk pentadbiran sukan. Dalam bidang sukan juga diperlukan sumber tenaga jurulatih, pakar perubatan dan ahli-ahli sukan itu sendiri.

Pengurusan Sumber Manusia


Sumber tenaga manusia ini diperolehi daripada sistem pendidikan kita dan program mengenai sukan disusun secara berkesan dalam sistem persekolahan. Dalam hubungan ini, kementerian pendidikan mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah. Kemuncak daripada kegiatan sukan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah itu mengadakan Sukan Tahunan. Latihan yang diberikan kepada para pendidik kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga manusia dalam bidang sukan.

Pengurusan Sumber Manusia


Di IPGM, sukan merupakan sebahagian daripada kursus latihan. Guru-guru pelatih diberi latihan kepegawaian, jurulatih dan pengadil. Bukan sahaja guru-guru terlatih ini dapat melatih tetapi mereka juga akan memberi latihan sukan secara teratur di peringkat persekolahan. Guru tenaga mereka boleh digunakan untuk melatih persatuan sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pengurusan Sumber Manusia


Di peringkat universiti tempatan, para mahasiswa dan mahasiswinya juga diberi latihan sukan. Untuk itu, Majlis Sukan Antara Universiti diwujudkan bagi melaksanakan program sukan secara cergas. Beberapa usaha dan langkah diadakan oleh universiti dan persatuan-persatuan sukan: Memberi latihan kepada jurulatih-jurulatih yang akan memberi latihan kepada ahli-ahli sukan. Pembelian peralatan dan kelengkapan sukan secukupnya untuk kegunaan ahli-ahli sukan. Mengadakan perbelanjaan mengurus persatuan sukan dan pembelian perabot dan peralatan pejabat pentadbiran.

Bekerja Dengan Sukarelawan


Sebab-sebab menjadi sukarelawan dalam bidan sukan Berkhidmat untuk masyarakat Keperluan masyarakat Penglibatan keluarga Keperluan bergaul Kepentingan kebendaan Penghormatan

Bekerja Dengan Sukarelawan


Kaedah mengekalkan khidmat sukarelawan sukan Buat suatu kerja sebagai tugas dan tanggungjawab ahli sukarelawan dalam bidang sukan. Sekiranya mereka ditugaskan untuk melaksanakan pengurusan Kursus Kejurulatihan, mereka harus diberi senarai tugas untuk menjalankan kerja-kerja itu. Mereka juga harus disediakan dengan harapan daripada hasil kerja mereka. Beritahu mereka tentang objektif program dan falsafah persatuan sukan. Terangkan juga tentang sumber-sumber yang ada untuk melaksanakan tugas dan prosidur yang harus dilakukan oleh mereka. Sediakan ahli-ahli sukarelawan itu dengan program latihan untuk melaksanakan tugas kerja mereka. Beri mereka masa untuk mempelajarinya sebelum melakukan kerja mereka yang sebenarnya.

Bekerja Dengan Sukarelawan


Kaedah mengekalkan khidmat sukarelawan sukan Galakkan mereka untuk mengembangkan tugas kerja mereka, untuk mencuba prosidur yang baru selagi objektif program itu dilaksanakan. Beri peluang kepada ahli-ahli sukan untuk mencadangkan idea-idea dan prosidur baru. Beri ganjaran, galakan dan peransang dengan memberi mereka surat penghargaan sebagai pengikhtirafan terhadap kesempurnaan kerja yang dilaksanakan oleh mereka. Jikalau perlu mereka mungkin boleh diperakukan untuk mendapatakan Jasa Kebaktian dan lain-lain pingat yang sesuai. Apabila diikhtiraf sahaja motivasi sukarelawan itu, beri galakan kepada mereka untuk memajukan diri dan juga persatuan dalam bidang sukan.

Perancangan
Penentuan terdahulu tentang apa yang patut dilakukan, bagaimana ia patut dijalankan dan siapa yang akan melakukannya. Meliputi meramalkan masa depan dan menentukan tindakan akan datang supaya sumber dapat digunakan secara efektif. Termasuk penentuan matlamat organisasi, melaksanakannya secara sistematik. Memerlukan pengetahuan, pemikiran yang logis serta tanggapan yang baik Melibatkan tiga perkara berikut: ~ Apa, Bagaimana & Siapa.

Perancangan (Proses)
1. Menentukan Objektif Keseluruhan Dinyatakan secara am Mendorong dan memberi arah untuk mencapai sesuatu matlamat. Alat penggerak dan alat penilaian Menentukan keutamaan dan pengalaman yang patut dialami oleh pelajar atau atlit

Perancangan (Proses)
2. Menentukan Objektif Khusus Dinyatakan dengan lebih jelas dan padat Membawa kepada tingkah laku yang boleh dilihat, diukur dan dicapai Tiga perkara perlu diberi perhatian: ~ keperluan atlit ~ sumber fizikal ~ sumber sukan yang wujud

Perancangan (Proses)
3. Mengenalpasti Tindakan-tindakan Spesifik Pentadbir perlu menyenaraikan alternatifalternatif yang mungkin, menilai dan memilih satu atau lebih alternatif untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Perancangan (Proses)
4. Membentuk Piawai Spesifik untuk Pencapaian Objektif Penentuan matlamat prestasi khusus Melibatkan 4 perkara: ~ nyatakan dgn tepat apa yg akan dipelajari ~ terangkan prestasi yang diharapkan ~ nyatakan keadaan prestasi ~ tentukan kriteria prestasi

Perancangan (Proses)
5. Menilai Kemajuan Pengajaran atau latihan seharusnya diatur supaya penilaian boleh dilakukan Jika penilaian tidak dapat dilakukan, kajian semula harus dilakukan ke atas objektif khusus Jika objektif tidak tercapai, pendekatan dan alternatif latihan atau pengajaran harus diubahsuai.

Penyelesaian Masalah
Gaya ini melibatkan tumpuan masa panjang untuk murid-murid memahami masalah dan memikir dengan cara untuk menyelesaikan masalah dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani, selepas guru memberi beberapa soalan, murid menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah seperti berikut: 1. 2. Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

Penyelesaian Masalah
3. 4. 5. 6. 7.

Guna Strategi yang pelbagai untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Membentuk jawapan yang mungkin
Pilih dan uji penyelesaian alternatif Pilih penyelesaian yang paling sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Penyelesaian Masalah
Kelebihan 1. Kaedah ini membenarkan pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. 2. Kaedah ini menggalakkan interaksi di kalangan murid. 3. Ia memupuk tahap pemikiran kognatid yang tinggi. 4. Ia menggalakkan ingatan tentang apa yang dipelajari 5. Memupuk pembangunan ke arah kendiri.

Penyelesaian Masalah
Kelemahan 1. Memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru. 2. Kaedah ini kadangkala sukar melibatkan setiap orang murid. Pelajar yang lembab, atau pelejar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Penyelesaian Masalah
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada: Kesediaan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing proses penyelesaian itu.

Membuat Keputusan
Keputusan hendaklah dilakukan berlandas dan berasaskan pemikiran dan pendekatan yang tersusun. Keputusan yang baik = projek yang dilaksanakan menjadi teratur dan sempurna. Setiap keputusan harus memikirkan tentang peringkat membuat penyelesaian masalah itu. Perkara yang hendak difikirkan tentang pemimpin yang harus dilibatkan dan bidang kuasa yang diperlukan dalam membuat keputusan. Masa yang sesuai juga hendak diambil kira dalam membuat keputusan.

Membuat Keputusan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Pentafsiran Objektif Pengumpulan Maklumat Percambahan fikiran Penilaian dan keputusan Autokratik Mendapatkan Maklumat Perundingan Perbincangan Perwakilan Pelaksanaan

Membuat Keputusan
Pentafsiran Objektif Langkah pertama untuk mendapatkan penentuan, kepastian dan pengakuan bahawa memang ada keperluan untuk membuat keputusan. Buat analisis hubungan antara satu bahagian masalah dengan masalah yang lain. Mengenalpasti persoalan yang sedang dihadapi. Membuat sintesis untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Membuat keputusan yang berkesan adalah perlu difikirkan tentang masalah komunikasi, kewangan, motivasi dan penyertaan dan lain-lain.

Membuat Keputusan
Pengumpulan Maklumat Seseorang pemimpin hendaklah kumpul dan semak semua fakta dan buah fikiran dengan mengenal pasti segala sebab dan kemungkinan sebelum membuat keputusan. Mereka hendaklah mempunyai fikiran yang terbuka. Kadang-kadang seorang itu terpengaruh dengan fakta-fakta yang diperoleh buat pertama kali lalu membuat keputusan yang kurang tepat.

Membuat Keputusan
Percambahan Fikiran Setelah mengetahui objektif dan memastikan fakta, seseorang itu massih juga belum lagi boleh membuat keputusan kerana pemilihan fakta itu belum lagi diteliti secara dekat. Seseorang hendaklah senaraikan semua kemungkinan tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai keputusan.

Membuat Keputusan
Penilaian Dan Keputusan Dalam membuat penilaian dan keputusan senaraikan kelebihan dan kekurangan. Fikirkan akibat dan masalah yang akan timbul, nalai ukur semua kriteria, buat percubaan, uji semua objektif asal dan pilih yang terbaik sekali. Selain itu, senaraikan semua kemungkinan tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai keputusan.

Membuat Keputusan
Autokratik Pemimpin sesebuah persatuan sukan akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan maklumat yang ada padanya. Kaedah ini mengandaikan bahawa pemimpin itu mempunyai maklumat yang mencukupi untuk meneliti semua pilihan fakta yang lalu membuat keputusan yang tepat tetapi..perkara ini jarang sekali berlaku.

Membuat Keputusan
Mendapatkan Maklumat Dibuat apabila pemimpin sukan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan yang tepat. Biasanya mereka tidak akan memberitahu apakah masalah itu. Ia hanya bertanyakan maklumat itu sahaja. Pemimpin persatuan sukan akan menilai maklumat yang diperolehi lalu membuat keputusan.

Membuat Keputusan
Perundingan Pemimpin persatuan sukan hendaklah menerangkan keadaan kepada sekumpula atau individu tentang maklumat yang berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi. Mereka bersama-sama membuat penilaian terhadap masalah itu. Sebaliknya pula, ia mungkin meminta kumpulan atau individu membuat tinjauan dan penyiasatan, lalu membuat saranan tertentu.

Membuat Keputusan
Perbincangan Bergitu juga, pemimpin persatuan sukan akan menerangkan keadaan yang sebenar kepada kumpulan atau individu lalu menyediakan maklumat yang berkaitan dengan masalah itu. Mereka bersama-sama menyatukan perbezaan pendapat lalu membincangkan penyelesaian masalah yang boleh diterima oleh semua. Pemimpin mungkin juga berunding dengan pihak lain sebelum mesyuarat dijalankan untuk menyediakan keputusan yang alternatif.

Membuat Keputusan
Perwakilan Pemimpin persatuan sukan akan menyediakan semua maklumat yang ada padanya. Dia berperanan sebagai pengerusi yang akan membimbing dan mengawal perbincangan. Dia tidak boleh cuba untuk memaksa pandangannya diterima oleh kumpulan itu. Dia sedia menerima pandangan dan cadangan penyelesaian oleh kumpulan/ individu.

Membuat Keputusan
Pelaksanaan Pastikan objektif tugas berkaitan dengan aktiviti sebenar. Pemimpin akan memutuskan bagaimana tugas itu dapat dilaksanakan. Berikutnya, pemimpin akan membuat keputusan bahawa siapa akan melaksanakan tugas itu. Pemimpin harus nyatakan tugasan dalam bentuk tulisan. Dia perlu nyatakan masalah dan rintangan yang dihadapi, contohnya: kuasa tambahan yang diperlukan, menerangkan tugas, kekurangan dan kelebihannya. Pemimpin harus membuat pengawasan dan

Penilaian
Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses yang berupaya memberikan maklumbalas terhadap pencapaian objektik pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru dan murid untuk meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), penilaian dibahagikan kepada 3 kumpulan: (a) Penilaian Serta-merta (b) Penilaian Kemajuan (c) Penilaian Pencapaian

Penilaian
(a)Penilaian Serta-merta Dijalankan semasa pengajaran berlaku di dalam kelas. Guru dapat menilai sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang hendak disampaikan melalui pemerhatian dan kerja harian pelajar. (b) Penilaian Kemajuan Dijalankan selepas beberapa kemahiran diajar. Bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran yang telah didedahkan. Maklum balas penilaia dicatatkan dalam buku laporan prestasi dari semasa ke semasa.

Penilaian
(c) Penilaian Pencapaian Diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan. Markah yang diperolehi oleh pelajar ditukar menjadi gred dan dicatatkan dalam buku rekod profil. Dijalankan pada hujung penggal persekolahan.

Penilaian (Tujuan)
Menentukan aras kemampuan murid. Tumpuan kepada murid. Merangsang dan memotivasikan murid. Menilai keberkesanan pelaksanaan P&P. Membantu dalam proses dokumentasi dan penyelidikan. Menentukan kumpulan murid berasaskan kebolehan.

Penilaian (Aspek)
BIDANG PERKARA

Fizikal

Tahap Kecergasan
Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap kecergasan.

Psikomotor

Permainan
Menilai sekurang-kurangnya 2 aktiviti permainan setahun.

Olahraga
Menilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga yang meliputi 3 bidang iaitu larian, balingan dan lompatan.

Pendidikan Pergerakan
Menilai sekurang-kurangnya 1 pendekatan setahun.

Penilaian (Aspek)
BIDANG PERKARA

Kognitif

Ujian
80% markah bahagian kesihatan dan 20% markah bahagian jasmani.

Folio
Menilai sekurang-kurangnya rekod amalan kecergasan murid, tugasan dan penjadualan masa.

Afektif

Amalan Nilai
Meliputi semua amalan nilai dalam bidang fizikal dan psikomotor, pengetahuan nilai dalam kognitif dan pemerhatian guru.

Komunikasi
Ciri-ciri komunikasi yang berkesan: Menyampaikan mesej dengan cara yang paling berkesan. Menggunakan cara/ bahasa yang mudak difahami. Penyampai mempunyai kredibiliti (boleh dipercayai). Memastikan mesej difahami dengan jelas (maklumbalas).

Komunikasi
Bersifat dua hala. Wujudnya bentuk komunikasi yang bersifat terbuka (saluran tertentu yang jelas). Mesej yang ingin disampaikan adalah jelas (pemberi dan penerima). Peka dan mengambil kira pandangan murid-murid. Tidak bersikap menilai / mengkritik setiap pandangan tanpa mendapat penjelasan lanjutan (elakkan sifat defensif, tuduhan melulu). Galakkan murid-murid memberi tindak balas. Tidak wujud monopoli kuasa. Wujudkan suasana yang positif/ ceria.

Komunikasi
Kesan Ketidaklancaran Komunikasi: Wujudnya salah faham antara guru dengan murid. Suasana bilik darjah menjadi muram. Terdedah kepada tafsiran negatif. Sukar untuk memulih dan mengembalikan minat, kepercayaan serta keyakinan untuk menghidupkan semula aktiviti dan suasana bilik darjah.

Teknologi Dalam Sukan


A. PAKAIAN SUKAN Pakaian yang mengandungi serabut dapat melindungi atlit dari kesejukan (seperti neoprene), sekiranya basah. Terdapat juga kain khas yang dapat menyerap peluh dengan pantas ke arah permukaan untuk disejatkan dan memberikan pemain keselesaan.

Teknologi Dalam Sukan


B. KASUT SUKAN Corak tapak kasut yang berlainan dicipta mengikut keperluan setiap permukaan yang berlainan. Kemampuan kasut untuk menyerap daya, hasil dari berlari dan bergerak semasa bersenam, adalah ciri yang amat penting dalam mengelakkan kecederaan.

Teknologi Dalam Sukan


C. RAKET Raket-raket moden menggunakan grafit, boron, twaron, kaca gantian (fiberglass) dan kevlar di samping bahan-bahan zaman angkasa lepas yang lain. Penggunaan teknologi ini telah bermula dari penggunaan kaca gentian dalam membuat batang kail yang boleh membengkokkan tetapi tidak mudah patah. Ciri kaca gentian yang utaman ialah sifat keanjalannya dan kemampuannya menyerap gegaran.

Teknologi Dalam Sukan


D. BOLA Bola tenis diperbuat daripada getah untuk mempercepatkan permainan dan menjadikan ia lebih seronok disaksi dan juga lebih mencabar bagi para pemain. Bola pingpong kini dicipta dengan warna oren untuk memudahkannya dikesan dengan lebih jelas dan meningkatkan prestasi sukan.

Teknologi Dalam Sukan


E. KOLAM RENANG Air digerakkan dengan halaju yang boleh dipilih ataupun ditentukan oleh program komputer bersesuaian dengan keperluan seseorang atlit. Elektrod boleh dipasang melalui wayar pada tubuh atlit untuk mengawasi pengekuaran asid laktik, tekanan darah, kadar denyutan jantung, paras glikogen serta hormon-homon.

Pengurusan Kemudahan
Untuk memastikan agar program sukan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, lagi perhatian kerapkali diberi dengan menyediakan peralatan yang sesuai dan mencukupi dengan bilangan peserta yang akan mengambil bahagia. Segala peralatan dan kemudahan yang disediakan itu hendaklah digunakan dengan cara yang terbaik dan sempurna. Langkah perlu dilakukan untuk mengawal stok peralatan itu. Begitu juga, keselamatan peralatan hendaklah sentiasa diawasi dengan rapi.

Pengurusan Kemudahan
Penyelenggaran Penggunaan, penyelenggaran dan keadaan peralatan sentiasa dijaga supaya tiada mendatang bahaya. Para pelajar hendaklah juga dididik bagaimana mengguna dan menjaga kemudahan dan peralatan itu dengan betul. Adakah juga menjadi tanggungjawab tiap-tiap pasukan sukan untuk mengawasi stok peralatan masing-masing. Langkah hendaklah diambil sekiranya berlaku kehilangan dan kekurangan peralatan itu.

Pengurusan Kemudahan
Pengaturan Program sukan hendaklah diatur mengikut kemudahan yang sedia ada seperti padang , dewan, gimnasium, gelanggang, kolam renang dan beberapa kemudahan yang berkaitan dengan kegiatan sukan. Perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak di sekolah adalah menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang sedia ada itu.

Pengurusan Kemudahan
Peruntukan Kemudahan Ada banyak masalah dalam hal ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan. Dari itu, perancangan yang sistematik adalah diperlukan agar tidak berlaku percanggahan dan pertindihan dalam menggunakan kemudahan sukan. Semua kemudahan boleh diberi nombor atau angka yang tertentu. Dengan menggunakan kaedah ini akan memudahkan peserta sukan untuk mengetahui dan mengesan tempat sesuatu aktiviti yang telah ditetapkan itu.

Pengurusan Stor
Stor Pendidikan Jasmani ataupun dikenali sebagai stor peralatan adalah perlu unutk setiap buah sekolah. Ia memainkan peranan sebagai tempat menyimpan alatan-alatan sukan supaya perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan: Simpanan yang baik mengurangkan kos pembaikan dan pemeliharaan alatan.

Pengurusan Stor
Struktur Stor Saiz dan bilangan stor peralatan pendidikan jasmani yang diperlukan oleh sesebuah sekolah berbeza dan bergantung kepada tiga perkara seperti di bawah: 1. Peringkat pendidikan 2. Saiz Sekolah 3. Program Pendidikan Jasmani dan sukan. (Adalah dicadang bahawa saiz stor tersebut seharusnya berukuran 6.7 meter X 6.7 meter X 3.3 meter)

Pengurusan Stor
Keperluan-keperluan Am Dinding dan lantai Diperbuat daripada simen Pintu Jenis pintu bergantung kepada apa yang akan disimpan di dalam stor. Jenis pintu- sama ada pintu besar, pintu tinggi, pintu dua muka atau pintu gulung. Pintu hendaklah dilengkapi dengan penyelak pintu dan kunci supaya peralatan boleh dikawal dan stor tidak mudah dicerobohi dengan senang.

Pengurusan Stor
Keperluan-keperluan Am Tingkap dan Siling Tingkap seharusnya dielakan kerana ia membenarkan pencerobohan. (Kehilangan peralatan) Tingkap membenarkan sinaran cahaya matahari. (Kerosakan alat-alat yang diperbuat daripada kulit dan tidak tahan panas.) Tingkap kecil yang membolehkan peredaran udaran adalah diperlukan. Ketinggian siling bergantung kepada peralatan yang perlu disimpan.

Pengurusan Stor
Barang tambahan kepada Stor
Tiga dinding perlu mempunyai rak atau para. Rak atau para yang dipasang seharusnya jenis yang boleh disesuaikan atau diubah-ubahkan mengikut keperluan semasa. Untuk peralatan yang panjang, rak yang digantung dari siling digunakan. Peralatan berat sepertu peluru besi dan berat latihan beban di rak lebih rendah dan paling rendah masing-masing. Rak istimewa digunakan untuk rakat, kayu pemukul, kayu hoki, kasut, topi keledar. Baldi atau bekas khas digunakan untuk menyimpan bola, pundi saga dan lain-lain.

Pengurusan Stor
Stor dan Pembekal Peralatan Dua kawasan diperlukan: Untuk Alat Baru Untuk Alat Lama Selain daripada rak, almari-almari digunakan. Almari yang diberi mestilah boleh dikunci. Kereta kecil (cart) perlu ada untuk memindah barang ke padang dan sebagainya.

Pengurusan Stor
Panduan Pinjaman, Penggunaan, Penyusunan dan Penjagaan Alat. Semua alat yang diambil untuk tujuan Pendidikan Jasmani mestilah dicatatkan dalam buku dengan menyatakan peminjam, nama alat dan kuantitinya. Alat yang dipinjam mesti digunakan dengan betul.Guru seharusnya mencegah murid menyepak bola tampar, mengheret tilam atau mengheret bangku gimnastik.

Pengurusan Stor
Panduan Pinjaman, Penggunaan, Penyusunan dan Penjagaan Alat. Alat yang dipulang mesti disusun dan diletak semula ke tempat-tempat asalnya. Alat-alat yang rosak sedikit perlu dibaiki jika boleh. Pastikan buku catatan ditandatangani semula selepas alat dipulangkan untuk memastikan tiada alat yang hilang.

Pengurusan Stor
Pengelolaan Stor Sukan Seorang guru dilantik sebagai penjaga stor PJ. Buku Catatan Segala peralatan yang dikeluarkan mesti direkodkan dan ditandatangankan. Peraturan Stor PJ Semua peraturan mesti dimaklumkan kepada murid dan ditampal di pimtu stor. Buku stor Merekod semua peralatan yang diperoleh. Pemeriksaan stor Perlu diadakan sekurang-kurang sekali setahun untuk memastikan kedudukan semasa stok.

Pengurusan Stor
Sister Quartermaster dan Penjaga Stor Sistem ini meletakkan penjagaan stor pada muridmurid dan guru. Sistem ini mengamalkan prinsip demokrasi dan berkongsi tanggungjawab. Jadual penjagaan stor diadakan supaya muridmurid tahu giliran bertugas. Murid-murid juga diajar cara membaikpulih peralatan.

Sumber Rujukan
1. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee,2001, Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Praktikal, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 2. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee, 2003, Penyelesaian Masalah Atlet melalui pendekatan Psikologi, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 3. Cheah Swee Ming, 1995. Sains Dalam Sukan. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam. 4. Shaharudin Abd. Aziz, 2001. Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai