Anda di halaman 1dari 19

Topik4 FaktorSituasi

Berkaitan Kebimbangan danMood

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. memberi definisi stres dan stresor; 2. menjelaskan stres dari aspek positif; 3. menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada stres dalam sukan dan aktiviti fizikal; dan 4. menjelaskan hubung kait kebimbangan dan kebangkitan dengan menggunakan teori.

PENGENALAN
Tajuk faktor situasi berkaitan kebimbangan dan mod ini akan membincangkan topik-topik berkaitan hubung kait antara kebimbangan, kebangkitan dan stres serta teori-teori yang berkaitan dengan kebangkitan dan kebimbangan.

AKTIVITI 4.1
Cari petikan akhbar berkaitan masalah yang melanda atlet di negara ini. Bincangkan masalah tersebut dari aspek punca serta persepsi atlet terhadap masalah yang dihadapi.

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

45

4.1

KONSEP STRES DALAM SUKAN

Semasa menghadapi pertandingan, atlet perlu menstabilkan emosi yang bersesuaian supaya dapat melakukan persembahan yang memenuhi potensi sepatutnya. Bagi mencapai objektif ini, atlet perlu menyesuaikan ketiga-tiga jenis emosi ketika pertandingan iaitu emosi stres, kebimbangan dan kebangkitan. Sukan dilakukan menerusi pergerakan tubuh badan, tetapi dimenangi oleh pemikiran. Penentu paling utama bagi kehendak psikologi dalam aktiviti sukan adalah ciri dan strukturnya. Sebagai contoh, pelari pecut memerlukan ledakan kuasa dan tenaga pecutan, manakala pelari maraton memerlukan stamina dan keupayaan mental yang konsisten. Selain itu, sebuah pasukan seperti bola sepak mementingkan interaksi fizikal dan peluang menguasai bola, manakala sesuatu sukan individu seperti golf bergantung sepenuhnya kepada konsentrasi, penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan. Atlet bukan sahaja mengawal tindak tanduk serta gerak geri diri sendiri, malah perlu mengamati pergerakan dan pemikiran pihak lawan mahupun struktur persekitaran. Sehubungan itu, ciri dan struktur permainan adalah kehendak-kehendak fizikal dan mental yang perlu dihadapi oleh setiap atlet. Sejauh mana ciri dan struktur permainan ini dapat dikuasai oleh atlet adalah bergantung kepada keupayaan mental, fizikal dan emosi untuk menanganinya. Semua atlet berkongsi pengalaman stres. Cuma yang membezakan stres antara atlet adalah peringkat intensitinya, jangka masa stres, serta punca dan kesan terhadap mutu persembahan atlet. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan stres? Stres adalah kehendak-kehendak fizikal, mental atau emosi yang boleh mengganggu proses homeostasis tubuh badan serta memberi kesan ke atas kesejahteraan hidup manusia. Isu stres sangat penting dalam aspek persembahan atlet. Dalam sukan, stresor atau sumber stres sentiasa wujud dalam pelbagai aspek seperti faktor jurulatih, organisasi sukan, kewangan, masa latihan, kecederaan, kekalahan dan ketahanan mental atlet itu sendiri. Sumber stres ialah faktor risiko yang perlu dihadapi oleh setiap atlet dalam pelbagai peringkat sukan. Sesetengah stresor wujud secara tiba-tiba, dan ada yang sangat menyakitkan. Terdapat juga stresor yang bersifat kronik dan serius, manakala sebahagiannya memberi perubahan yang positif dan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, stres juga tidak semestinya bersifat negatif. Stres yang positif memberi cabaran dan keghairahan dalam kehidupan. Tanpa stres yang positif, hidup manusia juga akan menjadi bosan. Oleh yang demikian, stres adalah fenomena yang tidak dapat dielak oleh sesiapa pun. Untuk membuang seratus peratus stres dari kehidupan manusia juga adalah sesuatu yang mustahil kerana sifat stres yang subjektif dan meresap ke

46 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

dalam emosi manusia. Justeru pendidikan tentang stres adalah penting bagi membantu atlet memahami stres serta kaedah menguruskan stres dengan baik bagi menghasilkan kehidupan dan pencapaian yang lebih bersifat bonadaptif. Dengan adanya kefahaman yang jitu mengenai stres, diharap atlet sukan khususnya dapat meningkatkan lagi seni pengurusan stres bagi memastikan kehidupan mereka berada di tahap rangsangan yang menyihatkan dan menyeronokkan, di samping mengimbangi antara stres positif dan negatif yang dapat merangsang motivasi.

4.1.1

Definisi Stres dan Stresor

Stres merujuk kepada perasaan negatif yang dialami oleh individu dari masa ke semasa, tetapi berbeza intensitinya bergantung kepada ketahanan individu. Perasaan negatif wujud sama ada dalam bentuk kemurungan (depression) bersama simptom-simptom kesedihan, kelesuan, dan ketiadaan harapan, atau dalam bentuk kebimbangan (anxiety) bersama simptom-simptom ketakutan, ketidakselesaan fizikal dan panik. Definisi stres sebagaimana yang dinyatakan oleh Schafer (1996), stres ialah kebangkitan minda dan tubuh badan sebagai tindak balas kepada kehendak-kehendak yang diperlukan ke atasnya. Definisi yang hampir sama turut diberikan oleh Selye (1983) yang menyatakan bahawa stres adalah tindak balas tubuh badan yang tidak spesifik terhadap kehendakkehendak yang dikenakan ke atasnya. Tubuh badan dikatakan berada dalam keadaan stres apabila mengalami kebangkitan yang disebabkan perkara negatif seperti kemarahan, atau perkara positif seperti kegembiraan. Stres yang positif disebut sebagai eustres, manakala stres yang negatif disebut sebagai distres. Eustres wujud apabila perubahan akibat stres memberi kebaikan kepada individu. Distres pula wujud apabila perubahan akibat stres membawa kepada keburukan seperti mengakibatkan kemurungan dan kebimbangan. Stres juga biasanya merujuk kepada dua keadaan yang berbeza iaitu situasi yang mencetuskan reaksi fizikal atau emosi (stresor), dan reaksi terhadap stres (tindak balas stres). Stresor dalam sukan ialah sesuatu keadaan yang memberi cabaran dan mengancam seseorang individu (Coon, 1998). Menurut Shafer (1996), stresor bermaksud apa-apa kehendak yang diletakkan ke atas minda dan tubuh badan, manakala distresor ialah sesuatu kehendak yang menghasilkan kemudaratan terhadap minda dan tubuh badan. Stresor boleh menjadi distresor sekiranya kehendak-kehendak persekitaran ke atas minda dan tubuh badan dilihat oleh atlet sebagai sesuatu yang memberi ancaman dan memudaratkan mereka. Terdapat pelbagai jenis stresor mengikut situasi tertentu seperti:

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

47

(a)

Stresor normatif - Stresor normatif juga disebut sebagai daily hassels adalah peristiwa stres yang sering berlaku dalam kehidupan seharian seperti aktiviti rutin seharian yang ada kalanya memberi tekanan; Stresor non-normative - Peristiwa yang jarang berlaku seperti bencana alam, kematian orang yang disayangi atau terlibat dalam kemalangan; Stresor luaran - Punca stres yang berasal dari persekitaran luaran seseorang seperti gangguan dari orang lain; Stresor dalaman iaitu punca stres berasal dari dalam diri individu seperti kegagalan mengadaptasi diri dengan suasana baru akibat perpindahan; Stresor akut - Stres yang berakhir dalam jangka masa yang singkat seperti kesedihan akibat kematian orang yang disayangi; dan Stresor kronik - Stres yang berakhir dalam jangka masa panjang seperti kesengsaraan kerana menghidap penyakit yang serius.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

Lazarus dan Folkman (1984) menyatakan stres sebagai hubung kait tertentu antara individu dengan persekitarannya, yang dinilai oleh individu tersebut sebagai sesuatu yang di luar kemampuannya, dan membahayakan kesejahteraan hidupnya. Dua elemen penting yang terkandung dalam definisi ini adalah: (a) Faktor persekitaran - Elemen penting dalam pengalaman individu yang mengalami stres, oleh yang demikian menjadikan proses menguruskan stres sebagai proses pembelajaran pengalaman yang harus dilalui oleh seseorang individu. Faktor penilaian individu - Penilaian individu terhadap persekitarannya menentukan sama ada stres boleh dikawal atau tidak. Jika kehendak persekitaran dinilai sebagai sesuatu yang lebih berbentuk cabaran dan tidak menyakitkan, seseorang individu tidak akan berasa stres, atau mungkin hanya mengalami sedikit stres, berbanding jika persekitaran tersebut dinilai sebagai sesuatu yang memberi ancaman dan menyakitkan.

(b)

4.1.2

Konsep Stres Positif

Stres sering disalah anggap apabila kebanyakan masyarakat lebih melihatnya sebagai satu konstruksi yang tidak memberi keselesaan, tidak sihat dan perlu dihindari pada setiap masa. Menurut Shafer (1996), stres boleh menjadi sesuatu yang membantu, juga sesuatu yang memberi kemudaratan. Shafer bersetuju

48 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

dengan konsep stres positif dan menyatakan bahawa stres positif adalah kebangkitan yang sangat membantu, iaitu kebangkitan yang mendorong ke arah persembahan yang sihat, bertenaga, memuaskan dan puncak persembahan. Stres yang positif boleh memberi keseronokan dan keghairahan kepada manusia, meningkatkan minat dan semangat seperti menghadapi situasi yang baru, mencapai tahap pencapaian yang maksimum, dan menghadapi cabaran-cabaran baru. Stres juga menghasilkan kepuasan bagi orang yang mengalaminya seperti pengalaman menaiki roller coaster tentu tidak akan menyeronokkan sekiranya permainan tersebut tidak mencabar. Bagi sesetengah atlet, berjuang menghadapi stres adalah perlu kerana ia adalah tenaga yang mendorong atlet untuk bekerja keras dan memberi tumpuan kepada tugasan yang sedang dijalankan. Atlet yang sebegini cenderung untuk melihat hasil yang positif pada persembahan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah atlet yang lain hanya membiarkan stres menguasai mental dan emosi mereka sehingga memberi kesan yang tidak baik ke atas persembahan mereka. Oleh itu, atlet lemah apabila berhadapan dengan stres perlu bergantung kepada strategi daya tindak untuk menangani stres yang timbul.

4.1.3

Stresor dalam Sukan

Stres dalam sukan juga dikenal pasti dalam tiga bentuk utama iaitu stres fizikal, mental dan emosi. Stres fizikal berlaku semasa melakukan latihan fizikal, stres mental berlaku semasa bertindak balas terhadap pemikiran dan konsentrasi, manakala stres emosi berlaku apabila tenaga digunakan selepas wujud sesuatu perasaan yang negatif seperti marah, takut, sedih, kecewa dan bimbang akan kegagalan. Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan bagi mengenal pasti stresor utama yang wujud dalam konteks sukan dan aktiviti fizikal. Kajian Taylor dan Daniel (1987), dan Goldsmith dan Williams (1992) terhadap pengadil bola sepak telah mengenal pasti 5 stresor menerusi analisis faktor Soccer Officials Stres Survey (SOSS) iaitu bimbang akan kekalahan, bimbang akan kecederaan fizikal, konflik interpersonal, tekanan masa dan konflik rakan sebaya. Taylor dan Daniel (1987) juga telah mengenal pasti tiga stresor yang sama iaitu bimbang akan kekalahan, bimbang akan kecederaan fizikal, dan tekanan masa, serta ditambah dengan satu lagi faktor iaitu penderaan verbal di kalangan pegawai bola tampar dan ragbi. Dalam kajian Rainey dan Carroll (1999) pula, soal selidik Ontario Soccer Officials Survey (OSOS) digunakan bagi mengenal pasti kecenderungan sumber stres dalam sukan yang dialami oleh pegawai petugas sukan seperti keprihatinan terhadap persembahan (membuat keputusan yang kritikal, menetapkan konsentrasi, perlawanan yang kritikal, kutukan daripada jurulatih, penyokong

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

49

dan penonton), bimbang akan kemudaratan fizikal (asakan daripada jurulatih dan penonton, ancaman dan asakan dari pemain), kurang pengiktirafan (tidak diberi pengiktirafan atas tugasan yang baik, tidak terpilih untuk perlawanan yang penting), tekanan masa (konflik dengan keluarga dan kehendak sosial, konflik kerja dalam aspek kehendak tugasan), konflik interpersonal (kritikan verbal daripada pemain dan jurulatih, berhadapan dengan jurulatih yang garang, bantahan orang ramai terhadap keputusan yang dibuat, berhadapan dengan pemain yang berkelakuan ganas).

4.1.4

Model Stres Bio-Psikososial

Model stres ini ialah model stres yang agak komprehensif (Bernard & Krupat, 1994). Model ini menjelaskan bahawa stres mengandungi 3 komponen utama iaitu; komponen luaran, komponen dalaman dan interaksi antara komponen luaran dan dalaman. (a) Komponen Luaran Stres Komponen luaran stres merangkumi peristiwa stres (stresor) yang membawa kepada proses penilaian kognitif oleh individu dan seterusnya mencetuskan tindak balas stres. Tidak dinafikan bahawa tindak balas stres terjadi akibat cetusan daripada pelbagai rangsangan psikososial, sama ada yang berbentuk ancaman fisiologi mahupun psikologi, yang mengganggu proses homeostasis tubuh badan. Biasanya seseorang individu akan menyedari kehadiran stresor apabila berasa konflik, kecewa, dan tertekan. Kebanyakan stresor mungkin berasal dari punca personal, sosial, jenis tugasan atau faktor persekitaran, dan akan dikaitkan dengan pelbagai aduan yang berbentuk psiko-fizikal. Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa stresor akibat kematian orang yang disayangi dikaitkan dengan rasa kehilangan dan fungsi sistem imunisasi yang semakin berkurangan, masalah kesihatan dan peningkatan jumlah kemalangan pula dikaitkan dengan stres pekerjaan seperti kurang faktor keselamatan dan perubahan organisasi (Bernard & Krupat, 1994). Selain itu, stresor juga berbeza dari aspek jangka masa. Stresor acute berlangsung dalam jangka masa yang pendek, dan biasanya tidak dianggap sebagai risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan kesejahteraan kerana masanya yang terhad. Walau bagaimanapun, stresor kronik berlangsung dalam jangka masa yang panjang. Stresor kronik ialah faktor risiko bagi kesihatan dan kesejahteraan hidup kerana rangsangannya terhadap tindak balas stres tubuh badan adalah lama.

50 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

(b)

Komponen Dalaman Stres Komponen dalaman stres merangkumi satu set reaksi neurologi dan fisiologi terhadap stres. Selye (1985) memperkenalkan General Adaptation Syndrom (GAS) bagi menerangkan bahawa individu yang mengalami stres yang lama akan melalui 3 fasa iaitu fasa Alam Reaction, Stage of Resistance dan Exhaustion. Boleh dikatakan bahawa GAS adalah satu set reaksi yang menggerakkan sumber-sumber individu untuk menangani ancaman stres. (i) Fasa alarm reaction Fasa ini juga disebut sebagai fasa tindak balas fight-or-flight mengandungi elemen-elemen tindak balas neurologi dan fisiologi apabila diancam oleh stresor. Apabila ancaman telah dikenal pasti, maka hipotalamus akan memberi signal kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf simpatetik, dan pituitari. Sistem saraf simpatetik akan merangsang kelenjar adrenalina yang kemudiannya merembeskan corticosteroids bagi meningkatkan kadar metabolisme yang akan menghasilkan tenaga serta merta. Kelenjar pituitari pula merembeskan hormon adrenocorticotrophic (ACTH) yang turut memberi kesan kepada kelenjar adrenalina, iaitu kelenjar adrenalina merembeskan epinephrine dan norepinephrine yang membawa kepada tindak balas fight-or-flight. Semasa fasa ini berlaku, otot menjadi tegang, degupan jantung laju, kadar pernafasan bertambah, anak mata mengembang, dan perut rasa menggeletar. (ii) Fasa Resistance Fasa ini juga disebut sebagai fasa kebangkitan. Jika situasi stres adalah berterusan, kandungan hormon yang tinggi semasa fasa resistance akan mengganggu homeostasis tubuh badan dan akan memudaratkan organ dalaman individu. Dalam fasa ini, tubuh badan akan terus mengeluarkan hormon yang meningkatkan kandungan gula dalam darah bagi menanggung tenaga serta meningkatkan lagi tekanan darah. Jika proses adaptasi dalam fasa ini berpanjangan tanpa ada peluang relaksasi atau proses imbangan tindak balas stres, individu akan cenderung mengalami kelesuan, hilang tumpuan, dan cepat marah. Menurut Selye (1985), kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh stres wujud di peringkat resistance. Penyakit-penyakit tersebut disebut sebagai

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

51

diseases of adaptation seperti sakit kepala, insomnia, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sakit buah pinggang.
(iii) Fasa exhaustion Fasa ini pula berlaku jika fasa resitance berterusan. Dalam fasa ini, tubuh badan mula kehilangan tenaga dan daya imunisasi. Faktor mental, fizikal dan emosi juga mengalami kelesuan yang menyeluruh. Tubuh badan mula mengalami kelesuan adrenal, iaitu penurunan kadar gula dalam darah berlaku apabila adrenalina mengurang, menyebabkan tindak balas stres, aktiviti metal dan fizikal stres menurun, dan individu menjadi lemah, sakit dan pitam. (c) Interaksi Antara Komponen Luaran Dan Dalaman Komponen ketiga dalam model bio-psikososial stres ialah interaksi antara komponen dalaman dan luaran stres, termasuklah proses kognitif individu. Lazarus et al. (1984) merujuk interaksi antara komponen dalaman dan luaran stres sebagai proses transaksi, iaitu dengan mengambil kira hubungan yang berterusan antara individu dengan persekitaran. Menurut Lazarus (1999), makna di sebalik rangsangan yang dinilai oleh seseorang individu adalah penting berbanding tindak balas fisiologi yang ditunjukkan terhadap rangsangan tersebut. Sehubungan dengan itu, Lazarus (1999) telah memperkenalkan teori kognitif stres bagi menerangkan konsep interaksi tersebut. Teori tersebut memberi penekanan terhadap peranan penilaian kognitif yang dilakukan oleh individu iaitu membuat keputusan sama ada rangsangan yang diterima berpotensi sebagai stres atau tidak. Penilaian kognitif mengandungi dua bahagian proses mental, iaitu penilaian utama dan penilaian sekunder: (i) Penilaian Utama Dalam penilaian pertama, individu membuat penilaian sama ada sesuatu rangsangan tidak relevan (rangsangan adalah neutral), berfaedah (rangsangan adalah positif) atau penuh stres (rangsangan memudaratkan, memberi ancaman dan memberi cabaran serta perubahan). (ii) Penilaian Sekunder

52 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

Penilaian sekunder pula merujuk sama ada individu boleh berhadapan dengan stresor, iaitu berkaitan dengan keupayaan serta keyakinan individu untuk berhadapan dengan stresor. Berdasarkan kepada teori ini juga, Lazarus (1999) percaya bahawa penilaian individu terhadap sesuatu rangsangan yang diterima bukan sahaja mempengaruhi tahap tindak balas stres, tetapi juga menentukan jenis strategi daya tindak yang digunakan oleh individu untuk menangani stres. Berdasarkan teori kognitif stres oleh Lazarus (1999), dapatlah disimpulkan bahawa stres dalam sukan perlu dilihat sebagai satu proses. Proses stres sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Rajah 2 di bawah bermula dengan rangsangan (situasi persaingan) dan berakhir dengan tindak balas stres. Dalam proses tersebut, proses kognitif memainkan peranan dalam menentukan bagaimana atlet akan bertindak balas. Proses stres dalam Rajah 4.1 menunjukkan bahawa situasi persaingan dianggap sebagai stresor bergantung kepada sejauh mana atlet menilainya sebagai stresor ataupun tidak. Sebagai contoh, seorang pemain badminton menghadapi situasi mata akhir pada keadaan seri, iaitu situasi yang menentukan sama ada beliau akan mendapat kemenangan atau sebaliknya adalah bergantung kepada pukulan akhir beliau. Bagi kebanyakan pemain, mungkin situasi ini adalah situasi yang sangat getir dan memberi tekanan kepada mereka. Tetapi pada sebilangan pemain, situasi ini tidak memberi tekanan kepada mereka kerana mereka mempunyai keyakinan yang padu pada kemahiran yang mereka miliki, dan tidak pernah terlintas di fikiran mereka tentang kekalahan.

Rajah 4.1: Proses stres dalam situasi persaingan

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

53

Semasa berhadapan dengan situasi yang berpotensi sebagai stresor, atlet secara tidak langsung akan melakukan penilaian kognitif terhadap situasi tersebut. Sebagai contoh, atlet melakukan penilaian utama iaitu atlet mengenal pasti sama ada beliau mempunyai kepentingan peribadi terhadap hasil persembahan. Sekiranya atlet mendapati bahawa hasil persembahan adalah sangat penting baginya, maka penilaian sekunder adalah fasa penting yang perlu dilaluinya. Dalam penilaian sekunder, atlet menilai sumber daya tindak yang dimilikinya bagi menghadapi situasi stresor. Justeru, hasil daripada penilaian utama dan sekunder ini akan menentukan sama ada tindak balas stres berlaku ataupun tidak. Jika atlet mengenal pasti bahawa tidak ada apa-apa perbezaan yang akan berlaku sama ada beliau melakukan tindak balas terhadap stresor atau sekadar merasakan cukup kuat untuk berhadapan dengan stres, maka tindak balas stres tidak berlaku. Situasi ini disebut sebagai situasi yang seimbang antara ciri-ciri stres pada stresor persaingan dengan kemampuan yang dirasakan cukup oleh atlet untuk menghadapi stres tersebut. Tetapi jika atlet merasakan bahawa beliau tidak cukup sumber (seperti kemahiran, keyakinan dan pengalaman) untuk berhadapan dengan stres, maka tindak balas stres akan berlaku. Situasi ini menunjukkan bahawa terdapat ketidakseimbangan antara ciri-ciri stres pada stresor dengan kemampuan yang dirasakan cukup oleh atlet untuk menghadapi stres tersebut. Tindak balas stres yang terhasil akibat ketidakseimbangan ini lebih merujuk kepada distres kebimbangan. Sehubungan itu, jika kebimbangan terhasil sebagai tindak balas individu terhadap stresor, maka perlulah ia disokong dengan tindak balas yang lebih aktif supaya tahap kebimbangan dapat dikurangkan.

AKTIVITI 4.2
(a) (b) Senaraikan stresor-stresor yang wujud dalam sukan dan aktiviti fizikal. Senaraikan simptom-simptom kebimbangan somatik dan kognitif.

4.2

KEBIMBANGAN DALAM SUKAN

DAN

KEBANGKITAN

Dalam konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah dua konstruksi yang berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah berbeza dan memerlukan kaedah penyesuaian yang juga berbeza. Walau bagaimanapun

54 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

kebimbangan dan kebangkitan saling berkaitan antara satu sama lain dan juga berkait rapat dengan stres. Landers dan Boutcher (1993) melihat kebimbangan state (state anxiety) atau stres berlaku akibat tahap kebangkitan yang berterusan. Gould dan Krane (1992) pula menyatakan bahawa kebimbangan juga dianggap sebagai implikasi emosi atau dimensi kognitif yang wujud akibat proses kebangkitan. Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan stres dalam sukan, kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai sesuatu yang memberi ancaman. Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada perasaan atlet bahawa dia akan melakukan kesilapan dalam persembahannya, atau akan mendapat kekalahan di akhir permainan. Adakala kebimbangan wujud dalam aktiviti sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai seorang yang lebih kuat, atau mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang penting seperti pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan ini boleh menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai tahap keyakinan dan penghargaan diri yang rendah. Menurut Spielberger (1972), kebimbangan terbahagi kepada dua iaitu: (a) Kebimbangan state (state anxiety) Kebimbangan state ialah kebimbangan dalam bentuk sementara yang berbeza dari segi intensitinya, seimbang dengan kekuatan pada tanda penurunan rasa takut. Kebimbangan state mengandungi komponen kognitif dan somatik. Kebimbangan kognitif seperti kekhuatiran mempunyai ciri-ciri tanggapan negatif dan imej kegagalan. Manakala kebimbangan somatik merujuk kepada simptom fizikal dan fisiologi seperti gementar dan berpeluh. Contohnya, apabila seseorang bercakap di depan khalayak ramai buat pertama kali, akan menunjukkan tanda keresahan seperti menggeletar dan berpeluh. Martens et al. (1990) menjelaskan kebimbangan state kompetitif ialah perasaan tertekan yang disebabkan persepsi individu terhadap situasi yang sedang dan akan dihadapi sebagai satu keadaan yang memberi ancaman. Kebiasaannya, tanda-tanda kebimbangan state ini akan diukur menerusi simptomsimptom somatik (fisiologi) dan kognitif (psikologi). (b) Kebimbangan Trait (trait anxiety) Kebimbangan trait adalah lebih lama berbanding kebimbangan state. Individu yang mempunyai kebimbangan trait atau juga disebut sebagai A-trait person mengalami kebimbangan atau ketakutan terhadap sesuatu benda yang tidak spesifik. Individu jenis ini juga mungkin dihantui oleh

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

55

kebimbangan akibat peristiwa-peristiwa lampau. Individu jenis A-Trait tahap tinggi mempunyai kebarangkalian mengalami kebimbangan state yang ekstrem. Kajian Weinberg dan Hunt (1976), dan Anshel et al. (1993) juga mendapati bahawa kebimbangan memberi kesan penurunan kemahiran koordinasi otot di kalangan individu A-state. Walau bagaimanapun, bukan seperti kebimbangan, proses kebangkitan tidak dilihat sebagai emosi yang kurang menyenangkan, kerana punca berlakunya kebangkitan tidak semestinya disebabkan sesuatu peristiwa yang negatif, tetapi boleh jadi positif. Kebangkitan dalam sukan biasanya dikaitkan dengan desakan (drive), penggiatan (activation), kesediaan (readiness) atau keterujaan (excitation). Keaktifan dalam pergerakan tubuh badan dan minda bagi mencapai tahap persembahan yang diperlukan oleh atlet hanya dapat dicapai jika atlet dapat menghasilkan tahap kesediaan atau kebangkitan fizikal dan psikologi yang diperlukan. Anshel (2003) telah mengkaji aspek emosi dalam kebangkitan termasuklah perasaan positif (kegembiraan dan kebahagiaan), dan perasaan negatif (ketakutan, malu dan tekanan). Kebangkitan perlu diawasi di kalangan atlet dan jurulatih kerana kebangkitan perlu dipastikan sentiasa berada pada tahap yang optimum bagi mengelakkan kejatuhan mutu dan kualiti persembahan. Selain itu, atlet juga perlu tahu teknik-teknik sebenar bagaimana untuk mengawal kebangkitan kerana apabila atlet mula merasai kebangkitan dalam persembahan, ianya tidak selalu berakhir dengan kejayaan. Terdapat beberapa teori yang boleh menjelaskan hubung kait antara kebimbangan dan kebangkitan dengan persembahan dalam sukan seperti Teori Multidimensi Stres-Persembahan, Teori Desakan Hull (1943), Inverted-U Hypothesis, Teori Catstrophe, dan Teori Reversal.

4.2.1

Teori Multidimensi Stres-Persembahan

Hubung kait kebangkitan, kebimbangan dan stres dijelaskan menerusi model multidimensi stres-persembahan. Terdapat tiga sistem neurofisiologi yang bertanggungjawab dalam kawalan tumpuan terhadap stres. Sistem arousal berpusat di bahagian reticular formation dan anterior hypothalamus, serta dikawal oleh amygdala. Amygdala mengawal semua jenis tindak balas fisiologi dan dilihat sebagai pencetus proses persepsi. Sistem activation berpusat di bahagian tengah forebrain, lateral hypothalamus dan basal ganglia bertanggungjawab dalam kesediaan untuk bertindak balas. Ia dilihat sebagai pencetus proses kesediaan motor. Sistem koordinasi berpusat di bahagian hippocampal dan kawasan septal pula bertanggungjawab untuk mengawal selia sistem arousal dan activation bagi menghasilkan hubung kait antara persepsi dan usaha (seperti membuat keputusan). Ia dilihat sebagai sumber usaha yang perlu dilakukan oleh individu.

56 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

Justeru menurut Sanders (1983), stres akan berlaku apabila mekanisme usaha (sistem koordinasi) tidak berfungsi dengan baik sama ada disebabkan beban tekanan yang melebihi atau kegagalan membuat penyesuaian terhadap sistem. Stres juga berlaku apabila sistem koordinasi gagal dalam membetulkan tahap kebangkitan dan activation yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, atau kerana kegagalan dalam membuat keputusan. Kebanyakan kemahiran dalam sukan memerlukan atlet supaya melakukan fungsi kognitif dengan cepat dan efisien. Sebagai contoh, persepsi atlet yang efektif terhadap sebiji bola yang sedang melantun dipengaruhi oleh keadaan kebangkitan atlet tersebut. Proses membuat keputusan yang efektif pula dalam memilih pukulan yang sempurna terhadap bola tersebut dipengaruhi oleh usaha, manakala persediaan kognitif dalam membuat pukulan dipengaruhi oleh activation.

4.2.2

Teori Desakan Hull

Teori ini menegaskan bahawa persembahan (performance) dalam sukan bergantung kepada faktor desakan (drive) dan kekuatan tabiat (habit strength). Formula yang digariskan dalam tepri ini adalah seperti berikut; P (Performance) = D (Drive) x H (Habit). Desakan ialah penggiat tingkahlaku, manakala kekuatan tabiat merujuk kepada tindak balas yang dominan sama ada yg betul atau salah bagi sesuatu perlakuan motor. Oleh itu, teori ini menjangkakan bahawa kebangkitan meningkatkan lagi tindak balas yang dominan, tidak kira sama ada tindak balas tersebut adalah betul ataupun salah. Jika tindak balas dominan tersebut adalah betul, maka kebangkitan yang meningkat akan menghasilkan persembahan yang baik. Tetapi, jika sesuatu kemahiran tidak dipelajari dengan baik, ataupun kemahiran yang dilakukan adalah kemahiran yang kompleks, maka peningkatan kebangkitan akan menghasilkan tindak balas dominan yang salah, mengakibatkan mutu persembahan menurun. Merujuk kepada Rajah 4.5, teori esakan Hull secara tidak langsung mengetengahkan konsep lebih meningkat kebangkitan lebih baik iaitu semakin meningkat kebangkitan maka semakin meningkat perlakuan motor tidak kira tindak balas dominan yang dihasilkan adalah betul atau salah (Anshel, 2003). Bentuk hubungan adalah hubungan secara langsung.

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

57

Rajah 4.2: Teori Desakan Hull menegaskan kebarangkalian tindak balas dominan sama ada tindak balas itu betul atau salah adalah meningkat seiring dengan peningkatan kebangkitan (Anshel, 2003)

4.2.3

Teori Inverted-U

Berbeza dengan hubungan secara langsung yang ditunjukkan antara kebangkitan dengan persembahan dalam teori desakan Hull, teori Inverted-U menegaskan hubungan yang berbentuk garis melengkung wujud antara kebangkitan dan persembahan dalam sukan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.3. Kesan kebangkitan ke atas persembahan adalah bergantung kepada tahap optimum yang perlu dicapai dalam sesuatu perlakuan kemahiran. Sebagai contoh, pukulan golf memerlukan tahap kebangkitan yang jauh lebih rendah berbanding pukulan baseball, tetapi kedua-duanya mempunyai tahap kebangkitan optimum yang tersendiri, yang harus diketahui oleh setiap pemain.

58 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

Rajah 4.3: Teori Inverted-U menegaskan tahap optimal kebangkitan berbeza mengikut jenis kemahiran (Anshel, 2003)

4.2.4

Teori Catastrophe

Model Lengkok Catastrophe oleh Hardy dan Fazey (1987) menjelaskan hubungan antara persembahan atlet dengan stres atau kebangkitan yang autonomik. Semasa berada di bawah tahap stres dan kebangkitan fisiologi, atlet akan terus meningkatkan mutu persembahan seiring dengan peningkatan keduadua faktor stres dan kebangkitan tersebut. Tetapi apabila atlet merasakan berlaku ketidakseimbangan antara kehendak tugasan dengan kemampuannya untuk menghadapi kehendak tersebut, maka berlakulah kebimbangan yang menyebabkan kualiti persembahan menurun secara mendadak. Setelah berlaku yang demikian, tahap persembahan yang sebenar hanya boleh dicapai semula jika tahap stres dapat dikurangkan ke satu tahap di mana lengkok persembahan yang sebenar adalah yang paling tinggi, iaitu ketika tugasan dapat disempurnakan dan ditangani dengan baik oleh atlet. Apabila persembahan menurun seiring dengan peningkatan stres atau kebangkitan, maka tibalah ke satu titik di mana tugasan terpaksa dihentikan. Setelah itu kebimbangan kognitif mengambil alih peranan dalam menentukan bentuk kesan kebangkitan fisiologi. Jika kebimbangan kognitif berada pada tahap yang rendah, kebangkitan fisiologi akan wujud dalam jumlah yang sedikit dan kurang memberi kesan kepada persembahan. Tetapi, jika kebimbangan kognitif adalah tinggi, kesan kebangkitan fisiologi adalah besar dan boleh memusnahkan

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

59

(catastrophic) terutama jika ia melepasi tahap optimum, maka persembahan akan terganggu dan menurun secara mendadak.

4.2.5

Teori Reversal

Teori Reversal oleh Kerr (1990) menjelaskan bahawa seseorang individu boleh mentafsir tahap kebangkitannya yang tinggi sebagai sesuatu yang menggembirakan atau membimbangkan, atau mentafsir tahap kebangkitannya yang rendah sebagai satu keadaan yang relaks atau membosankan. Konsep reversal wujud apabila tafsiran terhadap sesesuatu perasaan diubah daripada perasaan yang tidak menyenangkan kepada perasaan yang lebih menyenangkan. Sebagai contoh, seseorang atlet melibatkan diri dalam tugasan yang merbahaya dan berisiko seperti rock climbing akan mencetuskan peningkatan kebangkitan yang tinggi ke arah perasan yang tidak menyenangkan iaitu kebimbangan. Namun, apabila kemahiran dalam tugasan yang merbahaya serta berisiko tersebut telah dipelajari dengan baik, maka rasa kebimbangan diterbalikkan menjadi perasaan yang gembira. Boleh dikatakan bahawa teori reversal mencadangkan proses reverse psikologi sebagai contoh, rock climbing biasanya mencetuskan kebangkitan yang disebut sebagai kebimbangan, tetapi apabila kemahiran tugasan yang merbahaya ini telah dipelajari dengan baik, maka kebimbangan telah bertukar menjadi keriangan dan rasa teruja.

4.2.6

Individualized Zone of Optimal Functioning

Teori ini menjelaskan bahawa terdapat variasi dari aspek hubung kait persembahan dan kebangkitan di kalangan atlet. Sesetengah atlet dapat melakukan yang terbaik ketika berada dalam tahap kebangkitan yang tinggi, atau sederhana, atau rendah. Untuk memaksimumkan persembahan, seseorang atlet perlulah mengenal pasti tahap kebangkitannya yang optimum. Sebagai contoh, atlet yang mempunyai tahap kebimbangan trait yang tinggi menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa tahap kebangkitannya berada di tahap lebih tinggi berbanding atlet yang mempunyai tahap keimbangan trait yang rendah.

AKTIVITI 4.3
Bina model proses stres mengikut kefahaman anda sendiri berdasarkan modul ini.

60 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

SEMAK KENDIRI 4.1


(a) (b) (c) Berikan definisi stres, eustres, distres dan stresor Apakah yang dimaksudkan dengan stres positif? Apakah yang dimaksudkan dengan General Adaptation Syndrom (GAS)? Bagaimana GAS memberi reaksi menangani ancaman stres? Bincangkan komponen-komponen kebimbangan. Apakah yang dimaksudkan dengan tahap optimum persembahan?

(d) (e)

RUMUSAN
Stres adalah kehendak-kehendak fizikal, mental atau emosi yang boleh mengganggu proses homeostasis tubuh badan serta memberi kesan ke atas kesejahteraan hidup manusia. Terdapat pelbagai jenis stresor mengikut situasi tertentu seperti stresor normatif, stresor non-normatif, stresor luaran, stresor dalaman, stresor akut, dan stresor kronik. Model stres Psiko-Biopsikososial menjelaskan bahawa stres mengandungi 3 komponen utama iaitu; komponen luaran, komponen dalaman dan interaksi antara komponen luaran dan dalaman. Kebimbangan state bersifat sementara, mengandungi komponen kognitif dan somatik, manakala kebimbangan trait adalah lebih lama berbanding kebimbangan state.

KATA KUNCI
Stres Stresor Bonadaptif Kemurungan Stresor dalaman Stresor akut Stresor kronik Stres positif

TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

61

Kebimbangan Eustres Distres Distresor Stresor normatif Stresor non-normatif Stresor luaran

Fasa alarm reaction Fasa resistance Fasa exhaustion Kebimbangan state (state anxiety) Kebimbangan kognitif Kebimbangan somatik

Kebimbangan trait (trait anxiety)

RUJUKAN
Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1984). Stres: Appraisal and coping. New York: Springer. Lazarus, R. (1999). Stres and emotion: A new synthesis. London: Free Association Books. Schafer, W. (1996). Stress Management for wellness. (3rd. ed.). Fort Worth: Harcourt Brace College Publisher. Coon, D. (1998). Introduction to psychology: Exploration and application. Pacific Grove, California: Brooks/Cole Publishing. Taylor, A. H. & Daniel, J. V. (1987). Sources of stress in soccer officiating: An empirical study. First world congress on science and football (538-544). Liverpool, England: E. & F. N Spon. Goldsmith, P. A. &Williams, J. M. (1992). Perceived stressors for football and volleyball officials from three rating levels. Journal of sport psychology, 13, 81-88.

62 TOPIK 4 FAKTOR SITUASI BERKAITAN KEBIMBANGAN DAN MOOD

Bernard, L. C & Krupat, E. ( 1994). Health psychology: biopsychosocial factors in health and illness. New York: Harcourt Brace College Publisher. Boutcher, S. H. (1993). on the affective benefits of acute exercise: Taking stock after twenty years of research. In P. seraganian (Ed.), Exercise psychology: The influence of physical exercise on psychological processes. New York: Wiley. Gould, D. & Krane, V. (1992). The arousal-performance relationship: Current status and future directions. In T. Horn (Ed.), Advances in sport psychology. 119-141. Champaign, IL:Human Kinetics. Spielberger, C. D. (1972). Anxiety: Current trends in theory and research. Vol 1. New York: Academic Press. Hardy, L. & Fazey, J. A. (1987). The inverted-U hypothesis-a

catastrophe for sport psychology and a statement of a new hypothesis. Paper presented at the annual
conference of the North American Society for the Psychology of Sport and pHysical Activity, Vancouver, Canada. Kerr, J. H. (1990). Stress and sport: Reversal theory. In J. Graham & L. Hardy (Eds.). Stress and perormance in sport, 107-131. New York: Wiley. Anshel, M. H. (2003). Sport psychology: from theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc. Sanders, A. F. (1983). Towards a model of stress and human performance. Acta psychological, 53, 64-97. Selye, H. (1983). The stress concept: Past, present and future. In C. L. Cooper, (Ed.), Stress research. (pp1-20). New York: McGraw Hill.

Anda mungkin juga menyukai