Anda di halaman 1dari 11

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

1

PSIKOLOGI SUKAN

DEFINISI
Cox (1998) satu bidang sains iaitu prinsip-prinsip psikologi diaplikasikan dalam
bidang sukan

Weinberg & Gould (1999) satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan
perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Wann (1957) satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal,
afektif dan kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak
langsung dengan aktiviti tersebut.

Kesimpulan satu bidang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia
dalam sukan

Pengenalan Psikologi Sukan
Membandingkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh psikologi sukan.

Proses Psikologi
Proses kebangkitan

Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik
serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penarfasan dan tekan darah.
Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem
simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan,
dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or fight sementara parasimpatetik
pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan).

Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
Menjelaskan istilah yang berkaitan dengan stres
Memahami kesan kebangkitan dan kebimbingan terhadap prestasi apabila tahap
kebangkitan dan kebimbangan terlalu tinggi/terlalu rendah.
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
2

Memahami pengaruh kebimbangan tret dan kebimbangan semasa dan perkaitannya
dengan prestasi.
Memahami teori bencana


Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
Kesan Kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu:
Stres
Eustres
Distres
Hiperstres
Hipostres

Stres
Hans Selye (1982)- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau
tekanan yang di hadapi di persekitaran. Bentuk tekanan yang di hadapi adalah
tekanan fizikal (berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal), tekanan mental
seperti sedih, kecewa dan seronok dan lain-lain. Apapun bentuk tekanan yang di
terima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.

Eustres
Sekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat
positif, maka ia di sebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai
oleh seorang atlet sementara menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang
serta dikalungkan dengan pingat emas.
Stres yang di alami dalam bentuk debaran di tafsikan sebagai positif oleh atlet
tersebut

Distres
Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang di alaminya
bersifat negatif. Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi
bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang
ahli gimnastik terjatuh dari balance beam,. Walaupun ahli gimnastik tersebut
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
3

meneruskan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta kebimbangan yang
dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.

Hiperstres
Keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan kita
menanggani stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat
seseorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi

Hipostres
Jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau
membimbangkan individu tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku.
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan (11 waktu)
Mengenalpasti kaedah dan langkah mengurangkan
masalah berkaitan kebangkitan dan kebimbangan.

Pengurusan stres
Kawalan Pernafasan
Relaksasi Otot Progresif
Latihan Autogenik
Imageri
Penetapan Matlamat
Kawalan Penafasan
Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus
nafas
Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan
Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua
ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda

Relaksasi Otot Progresif
Jacobson otak cemas tidak akan wujud jika otot seluruh badan dalam keadaan
relaks.
Matlamat program ini adalah untuk merelakskan seluruh otot badan dalam beberapa
minit.
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
4

Teknik ini memerlukan atlet menegangkan otot yang berkaitan sebelum
merelakskannya.
Ketegangan membantu atlet mengenal pasti perbezaan antara ketegangan dan
relaksasi.
Matlamat akhir program ini adalah untuk menaikkan respon relaksasi bagi mengatasi
stres dalam sesuatu situasi yang spesifik.

Latihan Autogenik
Hampir sama dengan relaksasi progresif
Satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan
berat sebagai respon kepada relaksasi.
Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun
ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari
pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik)

Imageri
Block(1981) Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan
situasi.
Wann (1997) Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang
dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut
Penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam
minda.

Penetapan Matlamat
Satu proses untuk menetapkan matlamat di mana peningkatan motivasi dan hasil
dapat dicapai dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
Tumpuan perhatian keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan
semasa pertandingan.
Satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan
kejayaan, teknik serta kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang
boleh dicapai pada masa depan.Latihan juga membentuk kata kendiri yang positif.

Motivasi
Menjelaskan pengertian motivasi dalam konteks
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
5

Sukan.

Definisi
Sage (1977) arah dan intensiti usaha seseorang individu. Arah merujuk kepada
tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu setuasi.
Intensiti merujuk kepada tahap kekuatan usaha individu tersebut untuk menghampiri
atau menjauhi setuasi tersebut.
Wann (1977) Sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu
usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini.

Motivasi
Menghuraikan perbezaan antara motivas
intrinsik dengan ekstrinsik. Dan mengenal pasti contoh kepentingan motivasi
instrinsik dan ekstrinsik yang Sering digunakan dalam konteks sukan.

Motivasi Intrisik
Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi,
meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.
Motivasi Ekstrinsik
Bersifat luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran, penghormatan atau
lain-lain perkara yang bersifat material.

Motivasi
Menjelaskan perkaitan antara motivasi instrinsik dan ekstrinsik dan tahap prestasi
individu/pasukan.
Menjelaskan proses pentafsiran motivasi yang diterima oleh individu/kumpulan
tertentu berdasarkan teori motivasi.
Menjelaskan kesan lebihan dan pengurangan motivasi berdasarkan pentafsiran
individu dan perkaitannya dengan prestasi semasa.

Keagresifan dalam Sukan
Menjelaskan pengertian keagresifan dalam sukan
Memahami perbezaan antara ketiga-tiga jenis keagresifan dalam konteks sukan.
Memberi contoh yang sesuai bagi setiap jenis keagresifan dalam sukan.
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
6


Jenis Keagresifan
Ketara (hostile)
Instrumental
Asertif

Pengertian keagresifan
Baron dan Richardson (1994) apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang
bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan
bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan
Wann (1997) satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan
secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan
kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan

Keagresifan Ketara
Merujuk kepada tindakan agrasif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat
untuk mencederakan individu lain/objek dengan niat untuk melihat individu tersebut
mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu
tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya

Keagrasifan instrumentel
Merujuk kepada sesuatu perbuatan dengan niat untuk mencerderakan individu lain
bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan,
hadiah atau prestij
Individu yang bertindak agrasif tadi melihat tindakan tersebut sebagai "instrumental"
(perlu di lakukan) untuk mencapai matlamatnya

Keagrasifan arsertif
Merujuk kedapa penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang di benarkan
(mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan)
Dalam kontek ini, niat untuk mencerderakan individu lain tidak timbul sama
sekali.Jika kecerderaan berlaku akibat tindakan arsertif, ia tidak di kira sebagai satu
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
7

tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut di benarkan mengikut peraturan dan
tiada niat untuk mengakibatkan kecerderaan pemain lain.

Keagresifan dalam Sukan
Mengenal pasti beberapa faktor penyebab
keagresifan dalam sukan berdasarkan kepada
insiden yang berlaku secara global.

Faktor penyebab
Faktor penyebab keagresifan
Kebangkitan fisiologi berkaitan rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising
penonton.- menyebabkan permain kurang selesa rimas dan mudah marah.
Persepsi individu yang di kasari keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa
merasakan bahawa beliau akan di kasari oleh pihak lawan akan bertindak dengan
cara yang sama


Takut kepada tindak balas yang akan di terima takut tindak balas yang di terima
dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam
perlawanan.Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap permain mula
mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan perlawan akan menjadi lebih
sengit kelakuan agresif meningkat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat
sampai kemuncak jika perlawan tidak di kawal dengan baik.
Perbezaan mata atau jaringan banyak kekasaran di lakukan oleh pasukan yang
sedang ketinggalan
Lokasi perlawanan pasukan yang bermain di tempat sendiri lebih agresif kerana
mendapat sokongan serta menjaga maruah

Keputusan pertandingan pemain pasukan yang tewas atau tidak berpeluang untuk
menang lazimnya lebih agresif
Kedudukan pasukan dalam liga pasukan yang kedudukan di bawah lebih agresif
Jangkamasa dalam permainan perlakuan agresif meningkat sejajar dengan
peningkatan masa permainan
Penggunaan steroid peningkatan keagresifan individu yang mengambil steroid
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
8


Keagresifan dalam Sukan
Menghuraikan kesan keagresifan
dalam sukan
dari sudut individu, negara dan global.

Kesan pendekatan agersif terhadap individu dalam sukan.

Kesepaduan Pasukan
Menjelaskan maksud kesepaduan pasukan.
Menghuraikan fasa yang berkaitan dengan pembentukan pasukan dan
menghuraikan ciri setiap fasa.

Fasa pembentukan pasukan:
Pembentukan
Perbalahan
Pembentukan norma
Persembahan

Kesepaduan pasukan
Carron (1982) kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang di
jelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan "bersatu dan bersama"
mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.
Fasa Pembentukkan
Percubaan untuk mengenali serta membiasakan diri dengan ahli pasukan lain,
membuat perbandingan sosial khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan,
menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing serta menilai kemampuan aksi
masing-masing.

Fasa perbalahan (storming)

Fasa ini selalu di pernuhi dengan pertenglagahan serta persaingan di kalangan
pemain kerana wujudnya polarisasi, konflik serta tentangan di antara pemain-pemain
serta pemain dengan pihak pengurusan atau jurulatih
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
9


Fasa pembentukan norma (norming)
Pemain sudah dapat melupakan persaingan dan pertelagahan yang timbul
sebelumnya. Pemain sudah mula menjalinkan hubungan yang positif serta mula
menunjukkan sikap berkerjasama serta saling membantu rakan sepasukan. Konsep
kesepaduan serta indentiti pasukan mula terbentuk di kalangan pemain.
Mula melihat dan menilai sumbangan unik setiap pemain demi kejayaan pasukan.

Fasa persembahan (perfoming)
Pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang telah
di sasarkan.Hubungan antara pemain dan jurulatih menjadi semakin mantap dan
cekap.

Kesepaduan Pasukan
Menghuraikan faktor yang berkaitan dengan
proses kesepaduan pasukan dan perkaitannya
dengan proses pembentukan pasukan.
Faktor yang mempengaruhi kesepaduan
Individu
Pasukan
Kepimpinan
Persekitaran

Atribut
Lokus Kawalan
Dalaman
Luaran

Menjelaskan maksud atribut dan sebab manusia melakukannya
Menghuraikan masksud dan perbezaan lokus dkawalan dalaman dan luaran

Atribusi
Satu cabang atau pendekatan motivasi
berbentuk kognitif (cox,1998)
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
10

Heider,1994 manusia berkeinginan untuk menjelaskan tentang apa yang berlaku
berdasarkan kepada persepsi mereka tentang sebab ia berlaku
Apa yang difikirkan oleh seseorang atlet tentang dirinya berkait rapat dengan
persepsinya terhadap kesan dan akibat tindakannya itu.

Lokus Kawalan Dalaman
Sebarang keputusan yang terhasil secara dalaman kepada individu (pengaruh
individu)

Lokus Kawalan Luaran
Pengaruh persekitaran (seperti nasib, peluang dan orang lain merupakan faktor yang
mempengaruhi sesuatu keputusan)

Model Atribusi Heider
Atribut

Dimensi Atribut
Lokus penyebab
Kestabilan
Kebolehkawalan

Menghuraikan perbezaan setiap dimensi
atribut dengan contoh yang sesuai.

B. Dimensi Atribut
Lokus Penyebab
Heider(1944) terdapat empat faktor iaitu usaha,kebolehan,tahap kesukaran tugas
dan nasib.
Weiner(1972) dua dimensi penyebab iaitu kestabilan dan lokus kawalan.

Kestabilan
Terbentuk berdasarkan atribut yang stabil dan tidak stabil.

Kebolehkawalan
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN
11

Atributsi dianggap sebagai berada dikawalan atau di luar kawalan individu tersebut.
Kesukaran untuk mengaitkan atributsi luaran dan dalam kawalan.

Tumpuan
Dimensi Tumpuan
Keluasan tumpuan
Arah tumpuan

Menjelaskan maksud tumpuan dan membezakannya dengan konsentrasi/fokus.

1. Dimensi Tumpuan
Keluasan Tumpuan berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan
tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit
kepada luas. Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai
pergerakan lawan.

Arah Tumpuan merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya
sama ada ke dalaman(perasaan & pemikiran) atau luaran(tindakan terhadap
sitimulus). Contohnya, penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang
untuk membuat keputusan yang tepat.

Tumpuan
Stail Tumpuan
Luas luaran
Luas dalaman
Sempit luaran
Sempit dalaman

Laman Sesawang:
http://sainssukanjee.blogspot.com/2011/12/psikologi-sukan.html. Diakses pada 8
Januari 2014.

Anda mungkin juga menyukai