Anda di halaman 1dari 21

PERANAN PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

OLEH: SUBIANEH BINTI AJI BM/PJ/PSV

PENGERTIAN PSIKOLOGI
Psikologi ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial

Perkataan psikologi berasal dari perkataan Greek, iaitu Psyche (jiwa) dan logos (kajian terhadap sesuatu)

Pendapat tokoh tentang pengertian psikologi:


-William(1960), Psikologi ialah satu cabang kajian saintifik

tentang tingkah laku dan aktiviti manusia.

-Whittaber(1970),menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku dalam bukunya Introduction to Phychology
-Fatino(1974), menjelaskan psikologi sebagai penyelidikan saintifik terhadap manusia mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangan dan sensasi manusia. -Murhpy(1975), menjelaskan psikologi sebagai ilmu yang mengkaji tindak balas yang diberi oleh manusia terhadap rangsangan persekitaran. -Davidoff(1976), pula mentakrifkan psikologi sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert). Kajian secara nyata merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur.

-Kalish(1977), menyatakan psikologi ialah sains yang digunakan untuk memaham, meramal dan mempengaruhi tingkah laku manusia. -C.M Charles, psikologi dapat diertikan sebagai kajian tentang tingkah laku. Dapatan-dapatan ini daripada kajiankajian tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran.

Tujuan Psikologi:
Membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, memahami tingkah laku mereka, dan membantu kanak-kanak memperoleh ilmu pengetahuan psikologi.

Konsep psikologi dalam sukan


- Meliputi aspek psikologi yang berkaitan dengan faktor-faktor, pengaruh dan kesan penglibatan dalam, senaman, kecergasan, rekreasi dan perkembangan kemahiran motor secara langsung mahupun tak langsung. - Menyumbang kearah peningkatan potensi dan prestasi atlet dalam bidang sukan, meningkatkan pembentukan sahsiah dan semangat kesukanan. - Meningkatkan pengendalian stress semasa pertandingan, mengawal konsentrasi, meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina keharmonian berpasukan. -Membolehkan individu membina kesedaran minda, keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri. Ini dapat membentuk disiplin diri.

Proses Psikologi Proses kebangkitan Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penafasan dan tekan darah. Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or fight sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan).

Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan Kesan Kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu: i. Stres ii. Eustres iii. Distres iv. Hiperstres v. Hipostres

i.Stres- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitaran, iaitu tekanan mental dan fizikal. ii. Eustres- bersifat positif. Contohnya, stres yang dialami dalam bentuk debaran. iii. Distres- bersifat negatif. Contohnya, kebimbangan semasa menghadapi bebanan/tekanan. iv. Hiperstres- keadaan dimana jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan menangani stres tersebut. v. Hiporstres- Jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan dan mewujudkan kebosanan.

Pengurusan stres

i.Kawalan Pernafasan ii. Relaksasi Otot Progresif iii. Latihan Autogenik iv. Imageri v. Penetapan maklumat

Kawalan Penafasan Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda Relaksasi Otot Progresif Matlamat program ini adalah untuk merelakskan seluruh otot badan dan mengatasi stres.Teknik ini memerlukan atlet menegangkan otot yang berkaitan sebelum merelakskannya.Ketegangan membantu atlet mengenal pasti perbezaan antara ketegangan dan relaksasi.

Latihan Autogenik Latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai respon kepada relaksasi. Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik) Imageri Block(1981) Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi. Wann (1997) Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut. Penggunaan semua deria atau mereka semula pengalaman dalam minda.

Penetapan Matlamat Satu proses untuk menetapkan matlamat untuk meningkatkan motivasi dan hasil supaya dapat dicapai dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Contohnya, tumpuan perhatian keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan semasa pertandingan. Satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan kejayaan, teknik serta kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang boleh dicapai pada masa depan.Latihan juga membentuk kata kendiri yang positif.

Motivasi
Definisi:

Sage (1977) arah dan intensiti usaha seseorang individu. Arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Intensiti merujuk kepada tahap kekuatan usaha individu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.
Wann (1977) Sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini.

Motivasi dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Motivasi Intrisik Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.

Motivasi Ekstrinsik Bersifat luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat material.

Keagresifan dalam Sukan Pengertian keagresifan Baron dan Richardson (1994) apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan Wann (1997) satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan Jenis Keagresifan Ketara (hostile) Instrumental Asertif

Keagresifan Ketara Merujuk kepada tindakan agrasif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain/objek dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya

Keagrasifan instrumentel Merujuk kepada sesuatu perbuatan dengan niat untuk mencerderakan individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij Individu yang bertindak agrasif tadi melihat tindakan tersebut sebagai instrumental (perlu di lakukan) untuk mencapai matlamatnya
Keagrasifan arsertif Merujuk kedapa penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang di benarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan) Dalam kontek ini, niat untuk mencerderakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika kecerderaan berlaku akibat tindakan arsertif, ia tidak di kira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut di benarkan mengikut peraturan dan tiada niat untuk mengakibatkan kecerderaan pemain lain.

Faktor penyebab keagresifan -Kebangkitan fisiologi berkaitan rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton -Persepsi individu yang di kasari keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan bahawa beliau akan di kasari oleh pihak lawan -Takut kepada tindak balas yang akan di terima takut tindak balas yang di terima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam perlawanan.. -Perbezaan mata atau jaringan banyak kekasaran di lakukan oleh pasukan yang sedang ketinggalan -Lokasi perlawanan pasukan yang bermain di tempat sendiri lebih agresif kerana mendapat sokongan serta menjaga maruah -Keputusan pertandingan pemain pasukan yang tewas atau tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif -Kedudukan pasukan dalam liga pasukan yang kedudukan di bawah lebih agresif -Jangkamasa dalam permainan perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan -Penggunaan steroid peningkatan keagresifan individu yang mengambil steroid

Peranan Psikologi dalam pendidikan jasmani


-Mengawal kebangkitan perasaan (arousal) dalam kalangan atlet -Menbantu meningkatkan pencapaian atlet -Sebagai kaedah dan cara mengatasi tekanan serta kebimbangan terhadap prestasi atlet -Mengkaji perkaitan antara kebimbangan dengan prestasi dari perspektif tingkah laku kognitif -Membantu mengurangkan kebimbangan dalam kalangan atlet dalam membuat persediaan menghadapi sesuatu pertandingan

Bibliografi
http://sainssukan.forumotion.com

Anda mungkin juga menyukai