Anda di halaman 1dari 7

PSIKOLOGI SUKAN

Pengenalan
Psikologi sukan ialah bidang yang membincangakn aspek tingkah
laku atlet dalam sukan dimana aspek psikologi dan perlakuan manusia
dalam sukan dan pergerakan dikaji. Fokus utamanya ialah melihat kesan
serta pengaruh sesuatu aktiviti sukan terhadap perlakuan fizikal, afektif
dan kognitif seseorang sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan aktiviti tersebut.

Psikologi sukan adalah bidang pengajian yang megaplikasikan prisip


psikologi dalam sukan. Psikologi sukan menyumbang ke arah peningkatan
prestasi

atlet,

meningkatkan

pembentukan

sahsiah

dan

semangat

kesukanan selain membantu meningkatkan keyakinan diri, mengendalikan


stress, meningkatkan kosentrasi dan membina semangat berpasukan.

Skop psikologi sukan melibatkan perubahan tingkah laku yang


berlaku kepada atlet, pegawai, penonton dan mereka yang terlibat secara
tidak langsung dengan sukan. Antara faktor yang mempengaruhi
atlet dari segi psikologi ialah motivasi, kebimbangan, atribusi dan
keagresifan.

Prestasi sukan boleh dikaitkan dengan komponen kognitif dan emosi


atlet. Dalam konteks sukan, komponen kognitif merujuk kepada aspek
pengetahuan, membuat keputusan dan strategi. Komponen emosi pula
merujuk kepada aspek megawal kemarahan, memperoleh ketenangan dan

keseronokan. Semua peningkatan posititf dalam komponen kognitif


mestilah selari dengan peningkatan komponen emosi, iaitu dengan
mengawal

kemarahan,

berasa

tenang

dan

seronok

menyertai

pertandingan. Sebagai contoh, gimnas yang berpengetahuan dan mahir


dalam teknik melombol mampu menghasilkan persembahan yang lebih
baik berbanding dengan atlet yang kurang mahir. Namun begitu, sekiranya
gimnas yang berkemahiran tinggi ini tidak dapat megawal emosinya, dia
tidak akan mampu membuat persembahan yang baik.

Selain

itu,

kemahiran

membuat

keputusan

sama

ada

untuk

menyerang atau bertahan membantu atlet melakukan tindakan yang betul


untuk mengatasi pihak lawan. Begitu juga dengan adanya pengetahuan
dalam strategi permainan, atlet boleh mengatasi strategi yang digunakan
oleh pihak lawan.

Psikologi sukan membantu atlet mengawal kebimbangan melui


terapi pernafasan, pemusatan, relaksi dan visualisasi. Keupayaan atlet
mengaplikasikan teknik-teknik ini berupaya membantu mereka berasa
lebih yakin dan berusaha untuk meningkatkan persembahan mereka.

MOTIVASI
Motivasi merujuk kepada faktor yang mendorong kita sama ada
untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Selepas membuat
keputusan,

kita

berusaha

untuk

menggerakkan, mengekalkan

memberhentikan tingkah laku yang telah dibuat.

atau

Motivasi mendorong atlet untuk mencapai kejayaan dimana ia


melibatkan

proses

kebangkaitan

dalam

diri

untuk

berusaha

dan

mengekalkan perlakuan yang didingini. Hal ini bermakna seseorang yang


bermotivasi tinggi mampu menghadapai cabaran dengan lebih yakin.
Penglibatan dan pencapaian atlet dalam sukan dipengaruhi oleh dua
sumber motivasi iaitu motivasi intrisik dan motivasi ekstrinsik.

MOTIVASI INTRINSIK
Melibatkan
usaha
dalaman
untuk
meningkatkan
kecekapan
diri,
memperbaiki
pencapaian,
berjuang
dan
bersainag
bagi
mencapai
kejayaan,

SUMBER
MOTIVASI

MOTIVASI
EKSTRINSIK
Melibatkan
faktor
luaran
seperti
ganjaran
berbentuk
kebendaaan,
pujian,
penghormatan
atau
anugerah.

Sumber motivasi intrinsik dan ekstrinsik

KEBIMBANGAN
Kebimbangan yang wujud ketika berada dalam situasi pertandingan
dikatakan sebagai faktor yang boleh menjejaskan prestasi atlet. Ketika
situasi pertandingan, perasaan bimbang bukan hanya dirasai oleh atlet,
tetapi juga oleh jurulatih, penyokong dan penonton.

Kebimbangan merujuk kepada rasa khuatir dan risau dimana ia


boleh mengakibatkan peningkatan kadar nadi dan kadar pernafasan,
berpeluh sejuk dan menggeletar. Kebimbangan ini boleh mengganggu
emosi atlet dan mampu menjejaskan corak persembahan mereka dalam
pertandingan yang disertai.

Definasi kebimbangan adalah takrifan negatif terhadap tekanan atau


bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan
akan dihadapi. Kebimbangan juga merupakan kesan kognitif dan emosi
yang terhasil daripada persepsi terhadap situasi yang dihadapi. Situasi
pertandingan boleh menimbulkan kebimbangan kepada atlet kerana
mungkin berhadapan dengan kekalahan.
Terdapat dua jenis kebimbangan, iaitu kebimbangan trait (trait
anxiety) dan kebimbangan seketika (state anxiety). Kebimbangan trait
merujuk kepada ciri-ciri personaliti atlet yang mentafsirkan situasi di
persekitaran sebagai sesuatu yang memberi tekanan. Individu yang
mengalamai kebimbangan trait akan bertindak balas terhadap situasi pada
tahap kebimbangan yang berbeza. Sebagai contoh lima pemain bola
sepak yang mengambil sepakan penalti walaupun mempunyai tahap
kemahiran yang sama berkemungkinan mempunyai tahap kebimbangan
trait yang berbeza. Pemain yang mempunyai tahap kebimbangan trait
yang rendah menganggap tendangan penalti adalah suatu tugas yang
mudah. Sebaliknya, pemain yang mempunyai tahap kebimbangan trait
yang tinggi, mengganggap sepakan penalti sebagia sesuatu yang
membebankan.

Manakala

kebimbangan

seketika

merujuk

kepada

tahap

kebimbangan semasa yang terhasil daripada persepsi atlet terhadap


tekanan di persekitarannya pada ketika itu. Berdasarkan contoh diatas,
tahap kebimbangan lima pemain yang mengambil sepakan penalti adalah

berbeza

berdasarkan

giliran

mengambil

penalti

sepakan

tersebut

terutamanya ketika pasukan lawan mendahului dan sepakan yang akan


dilakukan adalah penentu kemenangan pasukannya. Dalam konteks ini,
pemain mengalami kebimbangan seketika disebabkan situasi ketinggalan
jaringan dalam sepakan penalti tersebut.

1.0

Proses Mentafsir Kebimbangan


Kebimbangan dan penyesuaian terhadap sesuatu tugasan atau

rangsangan bergantung kepada tafsiran positif dan negatif atlet. Tafsiran


berbentuk

positif

membolehkan

atlet

membuat

penyesuaian

bagi

mengatasi tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh, atlet yang mentafsir


pihak lawan tidak sukar untuk dikalahkan akan mempunyai tahap
kebimbangan

yang

minimum.

Jika

atlet

mentafsirkan

pertandingan

sebagai sesuatu yang negatif, maka kebimbangan akan wujud dan


menyebabkan atlet gusar serta tertekan.
Rangsangan
(pertandingan)
Pengalaman

Tafsiran

Positif

Penyesuaian

Negatif

Kebimbangan

Proses mentafsir kebimbangan


2.0

Kemahiran mengawal kebimbangan

1. Terapi pernafasan

Berorientasikan fizikal dan mengawal tidak balas fisiologi.


Menarik nafas yang panjang dan berulang kali sehingga
berasa tenang dan relaks.
2. Relasasi
Kaedah merengang dan mengendurkan otot rangka secara
prograsif. Proses ini menggunakan teknik urutan yang
sistematik bagi mengendurkan ketengangan otot-otot utama
seperti hamstring, kuadriseps dan abdominal.
3. Pemusatan
Adalah penumpuan kepada satu pemikiran, perkataan, bunyi
atau objek untuk berasa relaks. Contoh, sebelum memulakan
lompatan atau alrian, atlet memejam mata dan diam.
4. Visualisasi
Proses
mental
untuk
menjelaskan,
mengulang,
dan
mengekalkan turutan kemahiran yang penting dalam sukan.
Teknik ini melibatkan proses membayangkan fasa-fasa
kemahiran dalam acara yang akan disertai sambil menetukan
strategi bagi setiap fasa kemahiran tersebut.

ATRIBUSI
Satu pendekatan motivasi berbentuk kognitif. Atlet akan memahami,
menjelaskan dan menjangkakan situasi yang terjadi berdasarkan persepsi
mereka. Dari aspek psikologi, ia juga merujuk kepada cara individu
menerangkan punca sesuatu kejadian manakala aspek sukan ia merujuk
cara atlet memberi respon ke atas kejayaan atau kegagalannya dalam
pertandingan.

Terdapat tiga dimensi penyebab atribusi.


1. Lokus penyebab
Merujuk kepada punca sesutu kegagalan.
Secara dalaman (pengaruh individu) - terdiri daripada faktor
kebolehan dan faktor usaha.
Secara luaran (pengarauh persekitaran) - terdiri daripada
faktor tahap kesukaran tugasan dan faktor nasib.
2. Kestabilan
Merujuk kepada sesuatu yang kosisten yang ditonjolkan oleh
atlet atau sesebuah pasukan.
Ia terbentuk melalui atribusi stabil atau tidak stabil. Seperti
faktor dalam yang tidak stabil ialah usaha yang berubah-ubah
manakala faktor dalaman yang stabil adalah kebolehan kerana
tetap.

Dalaman
stabil
tidak stabil

Luaran

kebolehan

Kesukaran

usaha

nasib
kestabilan

Kaitan antara Model Atribusi Weiner dengan kestabilan


Sumber : Shaharuddin, 2001. Mengaaplikasikan Teori Psikologi dalam
Sukan.

3. Lokus kawalan
Merujuk kepada kepercayaan individu bahawa sesuatu yang
berlaku disebabkan oleh perbuatan atau tindakannya sendiri.
Lokus kawalan dalaman- usaha dan kebolehannya.
Lokus kawalan luaran- faktor nasib, kelemahan pihak lawan,
kecederaan lawan, cuaca atau penarikan diri pihak lawan.
Dalaman
stabil
tidak stabil

Luaran

kebolehan

Kesukaran

usaha

nasib
Lokus kawalan

Kaitan antara Model Atribusi Weiner dengan Lokus kawalan


Sumber : Shaharuddin, 2001. Mengaaplikasikan Teori Psikologi dalam
Sukan.

Anda mungkin juga menyukai