Anda di halaman 1dari 24

X PENGENALAN

Setelah anda mengikuti Topik 1, kini tibalah masanya anda perlu meneruskan
pembacaan dalam Topik 2. Diharapkan anda benar-benar faham konsep
pembelajaran motor dan kawalan motor. Dalam topik kali ini, anda perlu fokus
kepada bagaimana pengelasan kemahiran motor ditentukan.

Kemahiran motor dapat diklasifikasikan dengan pelbagai cara. Namun, dalam
topik ini, anda perlu melihat kemahiran dari dua aspek iaitu sebagai:
(a) Tugasan
Sesuatu kemahiran boleh diklasifikasikan dengan berdasarkan kepada
beberapa dimensi atau mengikut pelbagai ciri-ciri utamanya.
(b) Tahap kecekapan perlakuan
Ia membezakan pelaku yang lebih mahir daripada pelaku yang kurang
mahir.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
2
2

X
Pengelasan
Kemahiran
Motor
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan maksud kemahiran, aksi dan pergerakan;
2. Menghuraikan ciri persamaan kemahiran motor untuk setiap
sistem pengelasan kemahiran motor;
3. Mengenal pasti klasifikasi kemahiran motor dua dimensi
Taksonomi Gentile; dan
4. Membincangkan bagaimana Taksonomi Gentile dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 33
Untuk memahami lebih lanjut bagaimana pengelasan kemahiran motor dapat
dilakukan, terlebih dahulu anda perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan
kemahiran motor dan apakah yang membezakannya daripada kemahiran yang
lain.

Dalam topik ini juga anda akan dijelaskan bagaimana pendekatan yang berlainan
digunakan untuk mengelaskan kemahiran motor kepada kategori yang
mempunyai ciri-ciri yang bersamaan. Pengelasan ini membolehkan anda dengan
mudah membuat satu generalisasi atau memahami prinsip bagaimana kita dapat
mempelajari serta melakukan sesuatu kemahiran motor.

Tambahan pula, ia dapat membantu anda membentuk satu panduan untuk
merancang strategi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sesuatu
kemahiran motor serta menjalankan pemulihan sesuatu kemahiran motor.
KEMAHIRAN, AKSI DAN PERGERAKAN
Dalam bidang pengajian kemahiran motor, terdapat beberapa terminologi yang
biasa dikaitkan dengan kemahiran motor. Terminologi sering dikaitkan dalam
perbincangan topik pembelajaran sesuatu kemahiran motor adalah seperti:
(a) Kemahiran;
(b) Aksi; dan
(c) Pergerakan.

Setiap terminologi ini membawa maksud yang berlainan. Oleh itu, anda perlu
memahaminya serta menggunakannya dalam konteks yang betul.
2.1.1 Kemahiran
Apakah maksud kemahiran?



Kemahiran sebagai satu aksi atau tugasan yang mempunyai satu matlamat
spesifik untuk dicapai. Ia juga sebagai satu indikator kualiti sesuatu
perlakuan.

Magill (2003)
2.1
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 34
Mari kita lihat pendapat berikut tentang terminologi kemahiran.



Contohnya, kemahiran menanduk dengan berkemahiran tinggi dalam
tandukan membawa maksud yang berbeza.



Walau apa pun kemahiran, kemahiran motor itu perlu dipelajari. Contohnya,
kemahiran servis dalam permainan badminton memerlukan pergerakan bahagian
jari, pergelangan tangan, lengan, tangan, torso dan kaki untuk mencapai matlamat
kemahiran servis tersebut. Servis mempunyai matlamat di mana ia memerlukan
pergerakan anggota badan dan tubuh serta ianya adalah dikawal secara sukarela
(rujuk Rajah 2.1).


Rajah 2.1: Servis dalam permainan badminton
Sumber: http://www.badzone.co.uk

Terminologi kemahiran adalah bergantung kepada konteks penggunaannya.

Kluka (1998)
Oleh itu, kemahiran motor boleh ditakrifkan sebagai satu aksi atau tugasan
anggota badan atau tubuh yang terkawal secara sukarela yang bermatlamat.
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 35
2.1.2 Aksi
Oleh kerana kawalan motor dan pembelajaran motor merupakan satu proses yang
dinamik, maka ada ketika sukar bagi kita memahami bila tingkah laku motor
boleh dianggap sebagai pembelajaran motor dan bila pula ia dianggap sebagai
kawalan motor. Satu ciri utama kemahiran dari perspektif pembelajaran motor
dalam kawalan motor melibatkan aksi. Kemahiran dan aksi boleh saling guna
antara satu sama lain.

Mari kita lihat pendapat tentang aksi seperti berikut:



Kemahiran motor memerlukan pergerakan kepala, anggota badan dan tubuh
badan untuk mencapai matlamat atau tugasannya. Ciri ini penting terutama
sekali kerana ia merupakan asas untuk membezakan kemahiran motor dengan
kemahiran lain. Contohnya, penyelesaian masalah dalam matematik merupakan
satu kemahiran.

Namun, ia tidak memerlukan pergerakan anggota tubuh badan untuk mencapai
matlamatnya. Ia merupakan kemahiran kognitif. Satu lagi ciri penting kemahiran
motor adalah ia perlu dipelajari dan dipelajari semula untuk mencapai matlamat
kemahiran tersebut. Contohnya, kemahiran menggunakan sempoa jelas perlu
dipelajari seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.2 berikut.


Rajah 2.2: Kemahiran menggunakan sempoa
Sumber: http://www.antarafoto.com
Aksi merupakan aktiviti yang bermatlamat. Ia melibatkan pergerakan
kepala anggota badan dan tubuh.
Magill (2003)
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 36
2.1.3 Pergerakan
Magill (2003) mengatakan bahawa dalam kajian pembelajaran motor dan
kawalan motor, pergerakan adalah penunjuk ciri-ciri berikut:
(a) Tingkah laku badan;
(b) Kepala dan/atau satu anggota spesifik; atau
(c) Gabungan beberapa anggota badan.

Oleh itu, pergerakan merupakan bahagian komponen kemahiran motor dan aksi.
Pergerakan yang berbeza boleh terdiri daripada kemahiran dan aksi yang sama
untuk mencapai matlamat yang sama.

Contohnya, anda ingin berjalan ke kereta anda. Berjalan merupakan satu aksi.
Matlamatnya ialah ke kereta anda. Anda boleh berjalan perlahan, pantas atau
sebagainya. Dalam setiap situasi aksinya sama iaitu berjalan. Namun,
pergerakannya berbeza iaitu perlahan, pantas dan sebagainya untuk mencapai
matlamat aksi (lihat Rajah 2.3).


Rajah 2.3: Berjalan
Sumber: www.utusan.com.my

Kita perlu membezakan pergerakan daripada kemahiran dan aksi. Terdapat tiga
sebab kenapa perlu kita membezakannya iaitu:

(a) Mempelajari kemahiran dan aksi
Namun, untuk menghasilkan pergerakan, kita perlu melakukan sesuatu
kemahiran atau aksi. Setiap individu mempunyai ciri-ciri pergerakan yang
berbeza antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat yang sama.

TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 37
(b) Menyesuaikan ciri-ciri sesuatu pergerakan untuk mencapai satu matlamat
yang sama
Sebagai contoh, ayunan seorang pemain golf yang mempunyai ciri-ciri
pergerakan yang berlainan akan tetapi masih mencapai satu matlamat aksi
yang sama (lihat Rajah 2.4).


Rajah 2.4: Ayunan golf

(c) Menilai aksi dan pergerakan dengan cara yang berlainan
Aksi dinilai dari sudut penghasilan sesuatu aksi. Contohnya, jarak seseorang
itu telah berjalan atau masa yang diambil untuk sampai ke sasaran.
Pergerakan pula biasanya dinilai berdasarkan beberapa ciri berikut:
(i) Tubuh;
(ii) Kepala;
(iii) Anggota badan; dan
(iv) Aktiviti otot melalui penilaian seperti:
x Kinematik;
x Kinetik; dan
x Elektromiografi (EMG).


X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 38



KLASIFIKASI KEMAHIRAN SISTEM SATU
DIMENSI
Tahukah anda kegunaan sistem klasifikasi kemahiran satu dimensi?



Pendekatan yang lazim digunakan adalah dengan mengkategorikan kemahiran
mengikut satu ciri yang bersamaan.

Ciri-ciri persamaan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
(a) Kontinum; dan
(b) Dikotomi.

Ciri-ciri persamaan yang mewakili penghujung ekstrem pada satu kontinum di
mana ianya lebih baik daripada kategori dikotomi. Pendekatan kontinum ini
membolehkan sesuatu kemahiran diklasifikasikan ke kategori yang mempunyai
ciri-ciri kemahiran yang hampir sama. Ia lebih sesuai daripada
mengklasifikasikannya kepada kategori yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang
sama atau sepadan.

Kita akan menggunakan tiga sistem klasifikasi kemahiran motor dengan
menggunakan pendekatan satu dimensi untuk mengkategorikan kemahiran (rujuk
Rajah 2.5).
2.2
Sistem klasifikasi kemahiran satu dimensi mengklasifikasikan kemahiran motor
yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang sama dengan ciri-ciri kesamaan
kemahiran yang lain.
AKTIVITI 2.1
Bincangkan bagaimana aksi dan pergerakan boleh dikaitkan kepada
kemahiran motor.
Bagaimana anda membezakan antara tiga terminologi iaitu
kemahiran, aksi dan pergerakan? Justifikasi pandangan anda ini
dengan mengikuti pembacaan seterusnya.
SEMAK KENDIRI 2.1
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 39

Rajah 2.5: Tiga sistem klasifikasi kemahiran motor satu dimensi
Sumber: Magill (2003)
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 40
Tiga sistem klasifikasi kemahiran motor satu dimensi adalah seperti berikut:
(a) Saiz otot utama yang digunakan;
(b) Penentuan dari mana aksi bermula dan berakhir; dan
(c) Kestabilan konteks persekitaran.

Mari kita pelajari setiap satu dengan lebih lanjut lagi dalam subtopik seterusnya.
2.2.1 Saiz Otot Utama yang Terlibat
Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan pergerakan motor yang teliti
untuk mencapai matlamat tugasan halus seperti kemahiran motor yang
memerlukan koordinasi mata dan tangan.

Apakah kemahiran motor halus?




Rajah 2.6: Kemahiran motor halus

Contohnya, individu yang cacat penglihatan boleh menguasai kemahiran motor
halus tanpa melibatkan penglihatan seperti kemahiran bermain alatan muzik
(lihat Rajah 2.7). Kemahiran motor halus lain adalah seperti memasukkan benang
ke jarum. Walaupun otot besar mungkin terlibat dalam aksi kemahiran motor
halus, akan tetapi kumpulan otot kecil merupakan otot utama yang memainkan
peranan untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut.
Kemahiran motor halus sering melibatkan tangan dan mata (lihat Rajah 2.6).
Namun, kemahiran ini tidak semestinya memerlukan tangan dan mata.
Payne & Isaacs (1987)
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 41

Rajah 2.7: Kemahiran motor halus dan individu cacat penglihatan

Kemahiran motor boleh melibatkan kedua-dua kumpulan otot besar dan kecil
sebagai otot utama untuk mencapai matlamat sesuatu aksi. Oleh itu, kita tidak
boleh mengkategorikan kemahiran ini sebagai kemahiran motor kasar (lihat
Rajah 2.8) atau motor halus.


Rajah 2.8: Kemahiran motor kasar

Kemahiran motor seperti ini adalah terletak antara kontinum kategori kemahiran
motor kasar dan motor halus. Contohnya, dalam acara memanah, seorang
pemanah memerlukan kehalusan kawalan otot kecil tangan dan jari yang
melibatkan kemahiran motor halus (lihat Rajah 2.9). Begitu juga kemahiran
motor kasar diperlukan untuk kawalan bahagian otot besar pada bahagian bahu.

X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 42

Rajah 2.9: Memanah


2.2.2 Permulaan dan Pengakhiran Aksi
Pendekatan kedua untuk mengklasifikasikan kemahiran motor adalah
berdasarkan penentuan permulaan dan berakhirnya lokasi sesuatu aksi.

Apakah maksud kemahiran motor diskrit (discrete)?



Jika sesuatu kemahiran memerlukan satu lokasi permulaan dan penamat yang
spesifik, maka ianya dikategorikan sebagai kemahiran motor diskrit.
Berikan contoh-contoh lain yang mana kita tidak boleh
mengkategorikan sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus.
Bincangkan dengan tutor anda, sama ada contoh-contoh itu sesuai dan
betul atau sebaliknya.
AKTIVITI 2.2
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 43
Antara kemahiran motor diskrit adalah:
(a) Memetik suis lampu;
(b) Memijak brek kereta;
(c) Menekan kunci piano; dan
(d) Menekan butang kalkulator.

Setiap kemahiran di atas memerlukan tempat spesifik untuk aksi bermula dan
tamat. Pada penghujung kontinum, sistem klasifikasi adalah kemahiran motor
selanjar (continuous). Ia merupakan kemahiran yang berasaskan lokasi permulaan
dan penamat mengikut gerak hati individu.

Apakah maksud kemahiran motor selanjar?



Kemahiran ini pada kebiasaannya mempunyai ulangan pergerakan. Contohnya:
(a) Mengawal stereng kereta;
(b) Mengawal tetikus komputer;
(c) Berenang; dan
(d) Berjalan.

Walaupun setengah kemahiran selanjar seperti berjalan dan berenang mempunyai
lokasi permulaan tetapi penamatnya adalah tidak tentu dan pergerakannya
melibatkan ulangan aksi.

Adakalanya sesuatu kemahiran memerlukan satu siri atau rangkaian pergerakan
diskrit. Contohnya, menaip satu ayat dengan papan kekunci komputer.
Kemahiran ini merupakan kemahiran motor bersiri.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan pergerakan bersiri?


Pergerakan bersiri bukannya kemahiran diskrit atau selanjar. Ia adalah terdiri
daripada satu siri aksi diskrit.
Schmidt (1998)
Kemahiran motor selanjar merupakan pergerakan yang tidak mempunyai
permulaan dan penamat yang spesifik.
Schmidt (1998)
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 44
Tugasan bersiri boleh juga terdiri daripada beberapa tugasan diskrit yang
digabungkan. Oleh itu, kemahiran motor bersiri adalah terletak antara kontinum
kemahiran motor selanjar dan diskrit.


2.2.3 Kestabilan Persekitaran
Mari kita pelajari tentang kestabilan persekitaran dalam subtopik ini.



Konteks persekitaran dalam sistem ini adalah merujuk kepada:
(a) Permukaan penyokong di mana pelaku melakukan perlakuan;
(b) Objek yang terlibat untuk melakukan kemahiran itu; dan/atau
(c) Orang lain yang terlibat dalam persekitaran perlakuan.

Contohnya, jika anda melakukan lontaran (lihat Rajah 2.10), maka ciri yang
berkaitan dalam konteks persekitaran adalah bola. Jika anda berjalan, maka ciri
yang berkaitan dalam konteks persekitaran adalah permukaan lantai dan ciri-ciri
lain dalam persekitaran yang anda berjalan.

Sistem pengklasifikasian kemahiran adalah berdasarkan kepada kestabilan
persekitaran di mana kemahiran itu dilakukan.
Gentile (2000)
Jelaskan kemahiran motor jenis berikut:
(a) Diskrit
(b) Selanjar
(c) Bersiri
SEMAK KENDIRI 2.2
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 45

Rajah 2.10: Kemahiran motor tertutup

Kestabilan pula adalah merujuk kepada sama ada ciri-ciri berkaitan dalam konteks
persekitaran itu dalam keadaan tetap iaitu ia dalam keadaan stabil atau bergerak
iaitu tidak stabil. Apabila permukaan penyokong, objek atau orang lain yang
terlibat dalam perlakuan sesuatu kemahiran adalah berkedudukan tetap iaitu
stabil, kemahiran itu merupakan kemahiran motor tertutup.

Contohnya, jika anda mengutip duit syiling yang jatuh dari kedudukan anda
sedang duduk di atas kerusi, ia adalah merupakan satu kemahiran motor tertutup;
kerusi merupakan permukaan penyokong dan sudu merupakan objek, kedua-
duanya tidak akan bergerak semasa anda mengutip duit syiling itu.

Mengikut Gentile, kemahiran motor tertutup adalah apabila terdapat satu
persekitaran yang tetap atau stabil dan wujudnya sedikit sahaja perubahan
suasana persekitaran dan individu mengawal ruang persekitaran. Permulaan dan
penamatan pergerakan adalah di atas pertimbangan individu itu sendiri.
Contohnya:
(a) Memukul bola golf dari tee;
(b) Melontar bola boling;
(c) Permainan membaling damak (dart); dan
(d) Memanah ke arah papan sasaran.

Kemahiran motor terbuka pula merupakan satu kemahiran yang dilakukan dalam
satu persekitaran di mana objek, orang lain atau permukaan penyokong adalah
bergerak semasa pelaku melakukan kemahiran tersebut. Contoh dipaparkan
dalam Rajah 2.11.

X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 46

Rajah 2.11: Kemahiran motor terbuka pula merupakan satu kemahiran


KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR DUA
DIMENSI TAKSONOMI GENTILE
Gentile pada tahun 1972 telah mengemukakan satu sistem klasifikasi kemahiran
motor yang pada asalnya dicadangkan oleh Poulton pada tahun 1957.

Gentile telah mengemukakan model dua dimensi dengan mengambil kira dua
ciri umum semua kemahiran iaitu:
(a) Konteks persekitaran di mana seseorang itu melakukan kemahiran
tersebut; dan
(b) Fungsi aksi.

Beliau kemudiannya membahagikan dua ciri ini untuk membentuk satu
taksonomi yang mengandungi 16 kategori kemahiran (lihat Jadual 2.1).


2.3
AKTIVITI 2.3
1. Nyatakan tiga sistem klasifikasi kemahiran motor dengan
menggunakan pendekatan satu dimensi untuk mengkategorikan
kemahiran.
2. Berikan satu contoh kemahiran motor bagi setiap klasifikasi tersebut.
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 47
Jadual 2.1: Taksonomi Kemahiran Motor Gentile
Fungsi Aksi
Kestabilan Badan Pengangkutan Badan
Konteks
Persekitaran
Tiada Manipulasi
Objek
Manipulasi Objek Tiada Manipulasi
Objek
Manipulasi Objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Tiada
perbezaan
antara
percubaan
1A
x Kestabilan tubuh
badan
x Tiada objek
x Keadaan regulatori
tetap
x Tiada perbezaan
antara percubaan
Berdiri
bersendirian
di dalam bilik
Berlatih bola
keranjang lontaran
bebas tanpa bola
1B
x Kestabilan tubuh
badan
x Objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Tiada perbezaan
antara perubahan
Memberus gigi
berdiri
bersendirian di
singki
Melontar bola
keranjang secara
bebas
1C
x Peralihan
tubuh badan
x Tiada objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Tiada
perbezaan
antara
perubahan
Menaiki
tangga
Berlari
beberapa kali
dalam
permainan
bola keranjang
tanpa bola
1D
x Peralihan
tubuh badan
x Objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Tidak
perbezaan
antara
perubahan
Menaiki
tangga
semasa
memegang
buku
Berlari
beberapa
kali dalam
permainan bola
keranjang
dengan bola
x Keadaan
regulatori tetap
x Perbezaan
antara
percubaan
2A
x Kestabilan tubuh
badan
x Tiada objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Perbezaan antara
percubaan
Berdiri di atas
permukaan yang
berlainan
Mengayunkan
pemukul besbol di
lokasi bola yang
berbeza tanpa
pemukul besbol
atau bola
2B
x Kestabilan tubuh
badan
x Objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Perbezaan antara
percubaan
Berdiri di atas
permukaan yang
berlainan semasa
memegang beg
barangan runcit
Memukul
pemukul besbol
dari tee pemukul:
Lokasi bola
berbeza untuk
setiap ayunan
2C
x Peralihan
tubuh badan
x Tiada objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Perbezaan
antara
percubaan
Berjalan di
atas
permukaan
yang berlainan
Berlari
dalam
beberapa
permainan bola
keranjang
tanpa bola
2B
x Peralihan
tubuh badan
x Tiada objek
x Keadaan
regulatori tetap
x Perbezaan
antara
percubaan
Berjalan di
atas
permukaan
yang berlainan
sambil
membawa beg
barangan
runcit
Berlari
beberapa kali
semasa
bermain bola
keranjang
dengan bola
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 48
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Tiada
perbezaan
antara
percubaan
3A
x Kestabilan tubuh
badan
x Tiada objek
x Keadaan regulatori
bergerak
x Tiada perbezaan
antara percubaan
Duduk di kerusi
roda yang ditolak di
sepanjang lorong
kosong
Melemparkan
bola keranjang
kepada pemain
yang bergerak yang
berlari dengan
corak yang sama
beberapa kali tanpa
bola
3B
x Kestabilan tubuh
badan
x Objek
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Tiada perbezaan
antara percubaan
Menolak kerusi
roda di sepanjang
lorong kosong
Menangkap
satu siri sofbol
yang dilemparkan
pada kelajuan
yang sama
dengan mesin
pembaling
(pitching
machine)
3C
x Peralihan
tubuh badan
x Tiada objek
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Tiada
perbezaan
antara
percubaan
Berjalan di
atas
treadmil pada
kelajuan tetap
Berlari dalam
permainan bola
keranjang
tanpa bola
tetapi dengan
pemain
pertahanan
yang bergerak
3D
x Peralihan
tubuh badan
x Objek
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Tiada
perbezaan
antara
percubaan
Berjalan di
atas
treadmil pada
kelajuan yang
tetap semasa
memegang
secawan air
Berlari
dalam
permainan
bola keranjang
dengan bola
dan pemain
pertahanan
yang bergerak
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Perbezaan
antara
percubaan
4A
x Kestabilan tubuh
badan
x Tiada objek
x Keadaan regulatori
bergerak
x Perbezaan antara
percubaan
Duduk dalam
kereta yang
bergerak
Melemparkan
bola keranjang
kepada pemain
bergerak yang
berlari dengan
corak yang berbeza
tanpa bola
4B
x Kestabilan tubuh
badan
x Objek
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Perbezaan antara
percubaan
Duduk dalam
kereta yang
bergerak sambil
memegang bayi
Menangkap
sofbol yang
dilemparkan pada
pelbagai kelajuan
dengan mesin
pembaling
4C
x Kestabilan
tubuh badan
x Tiada objek
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Perbezaan
antara
percubaan
Berjalan di
pusat membeli-
belah yang
sesak
Berlatih
beberapa
perlawanan
bola sepak
tanpa bola
tetapi pemain
pertahanan
4D
x Kestabilan
tubuh badan
x Objek
x Keadaan
regulatori
bergerak
x Perbezaan
antara
percubaan
Berjalan di
pusat membeli-
belah yang
sesak dengan
membawa bayi
Berlatih
beberapa
permainan bola
sepak dengan
bola dan
pemain
pertahanan
Sumber: Magill (2003)
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 49
2.3.1 Konteks Persekitaran
Dimensi pertama dalam taksonomi Gentile adalah dimensi konteks persekitaran di
mana seseorang itu melakukan kemahiran seperti dalam lajur pertama Jadual 2.1.

Terdapat dua ciri dalam dimensi ini iaitu:
(a) Keadaan regulatori
Apakah maksud keadaan regulatori?



Contohnya, jika matlamat aksi anda ialah berjalan dari satu tempat ke
tempat lain, permukaan di mana anda berjalan merupakan keadaan
regulatori yang akan menentukan ciri-ciri pergerakan yang anda perlu
gunakan untuk mencapai matlamat aksi anda di permukaan tersebut.

Keadaan permukaan yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
Perbezaan ini akan menentukan ciri-ciri pergerakan anda. Contohnya,
permukaan licin dan kasar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Satu contoh
lain yang boleh kita lihat adalah bagaimana keadaan regulatori dalam
konteks persekitaran apabila anda perlu manipulasi sesuatu objek.

Jika matlamat aksi anda adalah membaling bola kepada rakan anda,
keadaan regulatori adalah berkaitan dengan ciri-ciri bola. Ia adalah seperti
saiz, bentuk dan berat bola tersebut. Perbezaan ini menyebabkan anda
perlu melakukan aksi tersebut mengikut kesesuaian dengan ciri-ciri yang
terdapat pada bola tersebut untuk mencapai matlamat aksi anda.

(b) Perbezaan antara percubaan (intertrial variability)
Tahukah anda maksud perbezaan antara percubaan?



Kita boleh mengenal pasti kemahiran motor mengikut sama ada terdapat
perbezaan antara percubaan atau tidak. Contohnya, jika anda masuk ke bilik
yang berselerak dengan perabot, wujud perbezaan antara percubaan.
Keadaan regulatori adalah merujuk kepada ciri-ciri dalam konteks
persekitaran yang akan menentukan ciri-ciri pergerakan seseorang itu
yang perlu dilakukannya untuk menjayakan aksi tertentu.
Perbezaan antara percubaan merujuk kepada sama ada keadaan
regulatori semasa perlakuan adalah sama atau berbeza antara percubaan
dalam melakukan kemahiran tersebut.
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 50
Ini adalah kerana anda terpaksa melakukan pelbagai pergerakan untuk
mengelak daripada terlanggar perabot di dalamnya. Sebaliknya pula jika
anda masuk ke bilik yang teratur perabotnya, maka perbezaan antara
percubaan tidak wujud. Ini adalah kerana keadaan regulatori tidak akan
berubah setiap kali anda memasuki bilik itu.
2.3.2 Fungsi Aksi
Dimensi yang kedua dalam taksonomi Gentile adalah fungsi aksi. Gentile
berpendapat bahawa kita boleh menentukan fungsi sesuatu aksi. Ia dilakukan
dengan mengambil keputusan sama ada perlu atau tidak untuk melakukan
sesuatu kemahiran yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan sama ada perlu
atau tidak perlakuan melibatkan pemanipulasian sesuatu objek. Dia melihat kedua
ciri ini sebagai sebahagian daripada dua fungsi aksi yang luas iaitu:

(a) Orientasi tubuh badan


Menurut Gentile (2000), dua peranan orientasi tubuh badan yang penting
untuk mengklasifikasikan kemahiran motor adalah:
(i) Kestabilan tubuh badan
Kestabilan tubuh badan merupakan peranan orientasi untuk
melakukan kemahiran yang melibatkan keadaan tidak ada perubahan
kedudukan tubuh badan semasa perlakuan kemahiran tersebut.
Contohnya, berdiri dan memanah. Peranan orientasinya adalah
peralihan tubuh badan apabila kemahiran itu memerlukan peralihan
kedudukan tubuh badan dari satu tempat ke tempat lain.
(ii) Peralihan tubuh badan (body transport)
Kemahiran seperti ini adalah berjalan, berlari dan berenang yang
mana ia melibatkan peralihan tubuh badan.

Menurut Gentile (2000), adalah penting mengambil kira peranan
peralihan tubuh badan untuk kemahiran motor yang melibatkan
perubahan tubuh badan secara aktif dan pasif. Contohnya, kemahiran
berjalan mungkin melibatkan perubahan kedudukan aktif dan pasif.
Misalnya, berdiri dalam bas yang sedang bergerak melibatkan
perubahan kedudukan tubuh badan pasif juga merupakan
sebahagian daripada peranan peralihan tubuh badan.
Orientasi tubuh badan adalah merujuk kepada perubahan atau
pengekalan kedudukan tubuh badan.
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 51
(b) Manipulasi objek
Fungsi aksi yang kedua adalah manipulasi objek. Terdapat kemahiran
motor yang memerlukan kita mengubah atau mengekalkan kedudukan
sesuatu objek seperti contoh, bola, perkakas atau orang lain.

Apabila kita perlu memanipulasikan sesuatu objek, kekompleksan dan
kesukaran kemahiran itu akan meningkat. Ini adalah kerana kita perlu
melakukan dua perkara pada satu masa yang sama iaitu:
(i) Kita perlu memanipulasikan objek dengan betul; dan
(ii) Kita mesti menyesuaikan postur tubuh badan untuk menampung
ketidakstabilan yang diwujudkan oleh objek tersebut.



KATEGORI KEMAHIRAN
Mari kita pelajari tentang kategori kemahiran dalam subtopik ini.


Beliau mengatakan bahawa setiap kategori kemahiran menunjukkan keperluan
yang berbeza dari pelaku. Perbezaan adalah dari segi ciri-ciri dan bilangan
pemboleh ubah. Pelaku perlu memberi perhatian kepada perbezaan ini dan
mengawalnya untuk mencapai matlamat aksinya. Kemahiran yang memerlukan
keperluan minimum daripada pelaku merupakan kemahiran yang mudah.
Sebaliknya pula kemahiran yang memerlukan keperluan pelbagai adalah lebih
kompleks.

Jadual 2.1 menunjukkan bahawa bermula dari kategori bahagian atas sebelah kiri
adalah kemahiran yang mudah dan beransur ke kemahiran yang semakin
kompleks di kategori bawah sebelah kanan.

2.4
Mengikut Gentile, interaksi antara empat ciri konteks persekitaran dan empat
ciri fungsi aksi dapat mewujudkan 16 kategori kemahiran (rujuk Jadual 2.1).
SEMAK KENDIRI 2.3
Nyatakan dua dimensi yang digunakan untuk mengklasifikasikan
kemahiran dalam taksonomi Gentile.
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 52
Menurut Gentile, setiap kemahiran motor mesti mengambil kira konteks
persekitaran di mana ianya dilakukan dan peranannya dalam perlakuan. Dengan
itu, kedua dimensi ini menjadi asas pewujudan 16 kategori kemahiran motor.
Dimensi konteks persekitaran merangkumi keadaan regulatori yang mana
pelaku kemahiran berkenaan perlu mematuhi dan sama ada keadaan ini berubah
dari satu percubaan perlakuan ke percubaan perlakuan lainnya. Dimensi fungsi
aksi pula menetapkan bahawa semua kemahiran motor adalah dilakukan untuk
memenuhi satu tujuan atau fungsi tertentu. Fungsi aksi mungkin memerlukan
perubahan atau pengekalan kedudukan tubuh badan pelaku dan/atau mengekal
atau mengubah kedudukan objek.

Merujuk kepada Rajah 2.12 berikut, setiap kategori dalam setiap barisan dalam
dimensi konteks persekitaran merupakan kategori kemahiran motor tertutup
dan terbuka. Sekiranya kedua-dua kategori ini merangkumi sama ada perbezaan
antara percubaan wujud atau tidak dalam situasi perlakuan kemahiran, ia boleh
mewujudkan empat kontinum kemahiran (rujuk Rajah 2.12).


Rajah 2.12: Kontinum kategori kemahiran untuk kemahiran motor
terbuka dan tertutup


Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, uji
kefahaman anda. Cuba ke laman web berikut:

http://highered.mcgraw-
hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter1/multiple_choice_quiz.
html

Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan
anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai.
Selain itu, terdapat pautan online laboratory manual dan related reading
untuk memantapkan kefahaman anda.

AKTIVITI 2.4
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 53
APLIKASI TAKSONOMI GENTILE
Tahukah anda kegunaan Taksonomi Gentile?



Kita dapat mengenal pasti kelemahan dengan sistematik. Mengubah suai
konteks persekitaran dan/atau fungsi aksi adalah perlu untuk mengenal pasti
ciri-ciri perlakuan kemahiran yang menyukarkan seseorang individu.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan taksonomi ini untuk menilai
kebolehan dan limitasi penangkapan bola seseorang pelajar anda. Oleh kerana
kemahiran ini melibatkan keadaan regulatori bergerak dan manipulasi objek,
penilaian perlu melibatkan ciri-ciri ini iaitu kategori 3B, 3D, 4B dan 4D dalam
Jadual 2.1 tadi.

Dengan pengenalpastian ciri-ciri utama yang mengehadkan perlakuannya, anda
boleh menentukan apa yang anda perlu lakukan untuk membantu pelajar anda
memperbaiki atau meningkatkan kebolehan perlakuannya.



x Kemahiran motor dan aksi merupakan satu aksi atau tugasan yang
mempunyai satu matlamat spesifik untuk dicapai yang mana ia melibatkan
pergerakan sukarela kepala, anggota badan atau tubuh.
x Pergerakan adalah penunjuk ciri-ciri tingkah laku kepala, anggota badan
dan/atau satu anggota spesifik atau gabungan beberapa anggota badan. Oleh
itu, pergerakan merupakan bahagian komponen kemahiran motor dan aksi.
2.5
Taksonomi Gentile boleh digunakan sebagai panduan penilaian kebolehan
dan limitasi pergerakan.
AKTIVITI 2.5
Bagaimana aplikasi Taksonomi Gentile boleh dikaitkan dengan sukan
menembak, merejam lembing dan menyepak bola ke arah pintu gol?
Huraikan.
X TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 54
x Kemahiran motor sering diklasifikasikan mengikut ciri-ciri persamaannya.
Sistem klasifikasi satu dimensi meletakkan kemahiran-kemahiran kepada
kategori berdasarkan satu ciri yang bersamaan.
x Sistem klasifikasi dua dimensi meletakkan kemahiran dalam kategori
berdasarkan pada dua ciri yang bersamaan.
x Tiga sistem klasifikasi satu dimensi yang membezakan kemahiran adalah:
Saiz otot utama yang diperlukan untuk melakukan kemahiran tersebut
diklasifikasikan sebagai kemahiran motor kasar atau halus;
Penentuan dari mana perlakuan kemahiran itu bermula, diklasifikasikan
sama ada kemahiran diskrit atau selanjar; dan
Kestabilan konteks persekitaran di mana kemahiran dilakukan,
diklasifikasikan sebagai kemahiran motor terbuka atau tertutup.
x Taksonomi Fentile merupakan sistem klasifikasi kemahiran motor dua
dimensi yang menghuraikan 16 kategori kemahiran yang dihasilkan dari ciri-
ciri berkaitan dengan konteks persekitaran di mana kemahiran itu dilakukan
dan fungsi aksi berkenaan.



Aksi
Keadaan regulatori
Kemahiran
Kemahiran motor
Kemahiran motor diskrit
Kemahiran motor halus
Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor bersiri
Kemahiran motor selanjar
Kemahiran motor terbuka
Kemahiran motor tertutup
Perbezaan antara percubaan
Pergerakan


Gentile, A. M. (2000). Skill acquisition: Action movement and neuromotor
processes. In Carr, J., and Shepard, (Eds.), Movement science: Foundations
for physical therapy (2nd ed.). Gaithersburg, MD: Aspen.
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR W 55
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications (7th
ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Payne, V. G., & Isaccs, L. D. (1987). Human motor development: A lifespan
approach. California, CA: Mayfield.
Poulton, E. C. (1957). On prediction in skilled movements. Psychological Bulletin,
54, 467478.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach.
Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd
ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai