Anda di halaman 1dari 30

X PENGENALAN

Persiapan dan perancangan dalam menguruskan kejohanan olahraga dari segi


teknikal memerlukan individu yang pakar dan berpengalaman. Namun bagi
mereka yang baru dalam bidang teknikal, mereka perlu belajar dari mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan. Selain daripada itu mereka juga perlu
menyertai kursus kepegawaian anjuran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan
kursus pengurusan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bagi
menjadikan mereka bertauliah.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

8
8

X
Perancangan
Pengurusan
Kejohanan
Olahraga
(Teknikal)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan peraturan am dan undang-undang kejohanan
olahraga;
2. Menerangkan tujuan utama peraturan am dan undang-undang
olahraga dirangka; dan
3. Menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Teknikal
dalam sesuatu kejohanan olahraga.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
165
Bagi menjadikan kejohanan olahraga yang dianjurkan berwibawa dan mencapai
objektif kejohanan, pihak pengelola olahraga perlu membentuk peraturan am
kejohanan. Peraturan am perlu dirangka bertujuan untuk mengawal perjalanan
kejohanan. Peraturan Am yang dibina seharusnya adil dan bebas daripada
pengaruh luar termasuk pengaruh tuan rumah. Undang-undang dan peraturan
yang dibina akan menjadi panduan dalam sesuatu kejohanan olahraga.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang
mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Pegawai-
pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara
olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta
dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan
sesuatu acara olahraga.

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG
KEJOHANAN
Sebelum mengendalikan kejohanan Jawatankuasa Teknikal dan Induk perlu
menyediakan satu set peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap
pasukan yang menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak
penganjur, sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am
yang dirangka adalah jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Sebaliknya peraturan am yang dirangka dan dibina bertujuan mengawal
perjalanan kejohanan.

Peraturan am adalah saling lengkap-melengkapi dengan undang-undang
permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi
undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan
sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan
kejohanan olahraga, undang-undang bagi setiap acara perlulah mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
8.1.1 Contoh Peraturan Am
Berikut adalah contoh peraturan am yang diambil dari peraturan MSSM:

1.0 Peraturan Am

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOM).

8.1
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

166
1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:

1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan
Am MSSM.

1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada
Undang-Undang KOM.

2.0 Tarikh Pertandingan
9 September hingga 12 September 2012

3.0 Tempat Pertandingan
Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor.

4.0 Penyertaan

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Muar,
Johor yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Muar.

4.2 Pegawai
Satu (1) orang Pengurus
Dua (2) orang Jurulatih Lelaki
Dua (2) Jurulatih Wanita

4.3 Peserta

4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3)
acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan.

4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja.

5.0 Kelayakan Peserta

5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh
di sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Daerah Muar.

5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak
layak menyertai pertandingan ini.

5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan
SPM/STPM layak menyertai pertandingan ini dengan syarat mempunyai
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
167
kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran (kiraan bermula sebulan
selepas pengumuman keputusan peperiksaan).

5.4 Peserta dibahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.1:

Jadual 8.1: Kategori dan Syarat-syaratnya
Kategori Syarat
Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2012
Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2012
Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2012
Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2012
Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2012
Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2012

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad
Pengenalan diri dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport
Antarabangsa bagi setiap peserta bersama Borang Pendaftaran peserta.
Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau
1/11 mestilah disahkan oleh Pengerusi pertandingan.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup
pendaftaran/ semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran
Pendaftaran RM 20.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan
kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran.
Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 20.11.

6.0 Mesyuarat Pengurus Pasukan

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum
pertandingan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama
peserta berserta dengan Kad Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN
1/9atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan
peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah
muktamad.
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

168
7.0 Acara-acara

7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:

7.1.1 Acara Trek dan Padang Lelaki 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA
1. 100M 13. 20,000M Jalan Kaki
2. 200M 14. 4 x 100M Lari Berganti-ganti
3. 400M 15. 4 x 400M Lari Berganti-ganti
4. 800M 16. Lompat Tinggi
5. 1,500M 17. Lompat Jauh
6. 5,000M 18. Lompat Kijang
7. 10,000M 19. Lompat Bergalah
8. Decathlon 20. Lontar Peluru
9. 110M Lari Berpagar 21. Lontar Cakera
10. 400M Lari Berpagar 22. Merejam Lembing
11. 3,000M Lari Berhalang 23. Baling Tukul Besi
12. 10,000M Jalan Kaki

7.1.2 Acara Trek dan Padang Wanita 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA
1. 100M 12. 10,000M Jalan Kaki
2. 200M 13. 4 x 100M Lari Berganti-ganti
3. 400M 14. 4 x 400M Lari Berganti-ganti
4. 800M 15. Lompat Tinggi
5. 1,500M 16. Lompat Jauh
6. 10,000M 17. Lompat Kijang
7. Hepthathlon 18. Lompat Bergalah
8. 100M Lari Berpagar 19. Lontar Peluru
9. 400M Lari Berpagar 20. Lontar Cakera
10. 5,000M Lari Berhalangan 21. Merejam Lembing
11. 15,000M Jalan Kaki 22. Baling Tukul Besi

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
169
7.1.3 Acara Trek dan Padang Lelaki 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA
1. 100M 10. Lompat Tinggi
2. 200M 11. Lompat Jauh
3. 400M 12. Lompat Kijang
4. 800M 13. Lompat Bergalah
5. 1,500M 14. Lontar Peluru
6. 110M Lari Berpagar 15. Lontar Cakera
7. 400M Lari Berpagar 16. Merejam Lembing
8. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 17. Baling Tukul Besi
9. 4 x 400M Lari Berganti-ganti

7.1.4 Acara Trek dan Padang Wanita 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA
1. 100M 10. Lompat Tinggi
2. 200M 11. Lompat Jauh
3. 400M 12. Lompat Kijang
4. 800M 13. Lompat Bergalah
5. 1,500M 14. Lontar Peluru
6. 100M Lari Berpagar 15. Lontar Cakera
7. 400M Lari Berpagar 16. Merejam Lembing
8. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 17. Baling Tukul Besi
9. 4 x 400M Lari Berganti-ganti

7.1.5 Acara Trek dan Padang Lelaki 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA
1. 100M 6. Lompat Tinggi
2. 200M 7. Lompat Jauh
3. 400M 8. Lompat Kijang
4. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 9. Lontar Peluru
5. 4 x 400M Lari Berganti-ganti 10. Merejam Lembing



X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

170
7.1.6 Acara Trek dan Padang Wanita 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA
1. 100M 6. Lompat Tinggi
2. 200M 7. Lompat Jauh
3. 400M 8. Lompat Kijang
4. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 9. Lontar Peluru
5. 4 x 400M Lari Berganti-ganti 10. Merejam Lembing

8.0 Sistem Pertandingan

8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar lelaki atau wanita akan
menggunakan had ketinggian seperti yang digunakan dalam mana-mana
acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah
ditetapkan.

8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti peluru, cakera dan lembing lelaki atau
wanita dan acara baling tukul besi juga akan menggunakan kategori berat
yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga MSSM yang telah
ditetapkan.

9.0 Masa Melaporkan Diri

9.1 Acara Trek
Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30
minit sebelum acara-acara mereka bermula.

9.2 Acara Padang
Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45
minit sebelum acara-acara mereka bermula.

9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan
dimaklumkan kelak.

10.0 Penggantian

10.1 Bagi acara lari berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan
peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta
yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas
bersama dengan Borang Penyertaan.

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
171
10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil
bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang
menarik diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

10.3 Bagi acara perseorangan dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan
sahaja yang layak mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.

11.0 Pembatalan

11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan
berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara
tersebut.

11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada
pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada pengadil atau
doktor (jika berlaku kecederaan).

12.0 Abjad atau Nombor Peserta

12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai abjad
atau nombor yang ditentukan di hadapan dan di belakang badan dan dipin
atau dilekatkan dalam keadaan sempurna iaitu empat pin pada pepenjuru.
Hanya peserta-peserta lompat tinggi dan lompat bergalah sahaja
dibenarkan memakai satu nombor.

13.0 Peralatan

13.1 Dalam acara lompat bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan
menggunakan galah sendiri. Semua alat pertandingan termasuk blok
permulaan (Starting Block) akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan.

13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain
kecuali mendapat kebenaran daripada peserta berkenaan.

14.0 Saringan

14.1 Lima (5) saringan: Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6)
lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima saringan adalah
layak memasuki peringkat separuh akhir.

X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

172
14.2 Empat (4) saringan: Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan
empat (4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat
saringan layak memasuki peringkat separuh akhir.

14.3 Tiga (3) peringkat separuh akhir: Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh
akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari
ketiga-tiga separuh akhir adalah layak memasuki peringkat akhir.

14.4 Dua (2) peringkat separuh akhir: Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap
separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari
kedua-dua separuh akhir adalah layak memasuki peringkat akhir.

15.0 Pembahagian Lorong

15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan Olahraga.

15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan
lorong masing-masing.

15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti
berikut:-

15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat orang peserta atau pasukan
yang telah mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat-
tempat mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.

15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain
yang telah melayakkan diri bagi memutuskan tempat mereka di
lorong 1, 2, 7 dan 8.

15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan.

16.0 Pengadil atau Pegawai Pertandingan

16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan
Olahraga Malaysia (KOM) untuk bertugas di sepanjang berlangsungnya
kejohanan olahraga.

16.2 Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap pertandingan adalah
muktamad.

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
173
17.0 Bantahan atau Tatatertib

17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja
dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan
disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.

17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar.

17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah atau Pegawai
Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu
tamat. Walau bagaimanapun semua prosedur atur cara bantahan
hendaklah mengikut amalan yang digunakan oleh KOM.

18.0 Jawatankuasa Bantahan atau Tatatertib

18.1 Pelantikan Jawatankuasa Bantahan atau Tatatertib dan prosedur atur cara
mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh KOM.

18.2 Jawatankuasa Bantahan atau Tatatertib berhak mendapatkan sebarang
maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang
dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

19.0 Kawasan Pertandingan

19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta
yang sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan
berada di dalam kawasan pertandingan.

20.0 Hadiah-hadiah










X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

174
20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti dalam Jadual 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 dan
8.7 berikut.

Jadual 8.2: Pingat untuk Lelaki Bawah 20 Tahun
Acara Emas Perak Gangsa
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
5,000M 1 1 1
10,000M 1 1 1
Decathlon 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
3,000M Lari Berhalangan 1 1 1
10,000M Jalan Kaki 1 1 1
20,000M Jalan Kaki 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 23 23 23



TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
175
Jadual 8.3: Pingat untuk Wanita Bawah 20 Tahun
Acara Emas Perak Gangsa
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
10,000M 1 1 1
Hepthathlon 1 1 1
100M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
3,000M Lari Berhalangan 1 1 1
15,000M Jalan Kaki 1 1 1
10,000M Jalan Kaki 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 22 22 22




X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

176
Jadual 8.4: Pingat untuk Lelaki Bawah 15 Tahun
Acara Emas Perak Gangsa
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 17 17 17











TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
177
Jadual 8.5: Pingat untuk Wanita Bawah 15 Tahun
Acara Emas Perak Gangsa
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 17 17 17










X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

178
Jadual 8.6: Pingat untuk Lelaki Bawah 12 Tahun
Acara Emas Perak Gangsa
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
JUMLAH 10 10 10

Jadual 8.7: Pingat untuk Wanita Bawah 12 Tahun
Acara Emas Perak Gangsa
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
JUMLAH 10 10 10


TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
179

PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN
OLAHRAGA
Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dahulu sudah pasti anda pernah
menyertai dan melihat kejohanan olahraga, tidak kira sama ada di peringkat
sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat
melihat pegawai-pegawai yang bertugas. Terdapat beberapa orang antaranya
duduk di tangga kayu untuk mencatat nama pemenang lumba lari, mengukur
dan mencatat balingan dan lain-lain lagi. Apakah tugas mereka? Sebenarnya
mereka bertugas sebagai Pegawai Teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda
kebanyakan pegawai-pegawai ini ialah guru-guru yang telah didedahkan dalam
tugas kepegawaian semenjak di Institusi Perguruan lagi? Mereka terlibat dalam
aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum Olahraga atau Kejohanan Olahraga semasa
belajar di peringkat institusi perguruan.

Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan diberi tugas
sebagai Pegawai Teknikal. Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih
dalam membantu urusan mengelola dan mengendalikan kejohanan olahraga
peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri
dan negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai Pegawai Teknikal. Selain
daripada itu terdapat juga guru-guru tertentu dilantik sebagai Pengelola dan
Pengurus Kejohanan. Melalui pengalaman yang luas ini tidak hairanlah
sekiranya dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA,
Kejohanan Olahraga Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru
diberi penghormatan sebagai Pegawai Teknikal.

8.2
1. Apakah faktor utama yang harus kita fikirkan dalam membina
peraturan am sebagai penganjur yang beretika?

2. Nyatakan tujuan utama peraturan am yang kita rangka.

3. Nyatakan tugas dan tanggungjawab pengadil dalam
kejohanan olahraga.

4. Dalam mengendalikan kejohanan olahraga penganjur mesti
mematuhi undang-undang teknikal yang dikeluarkan oleh
satu badan. Namakan badan tersebut di Malaysia.
SEMAK KENDIRI 8.1
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

180
Pegawai-pegawai Teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang
mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Pegawai-
pegawai Teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara
olahraga berlangsung. Pegawai Teknikal bertanggungjawab memastikan peserta
dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan
sesuatu acara olahraga.

Tugas sebagai Pegawai Teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang
bertugas dalam bidang ini perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas.
Untuk mendapat pengiktirafan KOM, pegawai yang terbabit perlu melepasi
ujian amali dan praktikal yang agak ketat. Merujuk kepada Teng (1994), secara
amnya Pegawai Teknikal boleh dibahagikan kepada empat kumpulan umum
iaitu:

(a) Kumpulan Pengurusan
(i) Pengurus Kejohanan
(ii) Pengurus Teknik
(iii) Setiausaha Kejohanan

(b) Kumpulan Juri Rayuan
Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat
sekolah juri rayuan dipengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha
juri rayuan biasanya merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan
biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan
olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan
dengan mana-mana pasukan yang bertanding.

(c) Kumpulan Pertandingan
(i) Seorang pengadil bagi acara trek
(ii) Seorang pengadil bagi acara padang
(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki
(iv) Hakim-hakim bagi acara trek
(v) Hakim-hakim bagi acara padang
(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki
(vii) Pengadil-pengadil trek
(viii) Seorang ketua penjaga masa
(ix) Penjaga-penjaga masa
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
181
(x) Pelepas
(xi) Penolong pelepas
(xii) Pencatat pusingan
(xiii) Perakam
(xiv) Pengawas-pengawas trek
(xv) Penyelia peserta

(d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan
(i) Juru acara
(ii) Seorang juru ukur rasmi
(iii) Juru teknik alat penyukat angin
(iv) Pasukan pembantu padang

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:
(a) Mereka hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi
taklimat.
(b) Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang
masalah dan etika.
(c) Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran
pegawai. Sekiranya ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai
teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk penggantian pegawai.
(d) Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di
setiap tempat pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi
kejohanan.



1. Nyatakan kumpulan Pegawai Teknikal kejohanan olahraga.

2. Huraikan secara ringkas tanggungjawab mereka.
SEMAK KENDIRI 8.2
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

182
8.2.1 Bidang Tugas Pegawai Teknikal
Pegawai Teknik biasanya dilantik daripada individu yang bertauliah,
berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam sesuatu temasya
olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus
sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut adalah
bidang tugas Pegawai Teknik:

(a) Pengurus Kejohanan
(i) Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan
kejohanan olahraga.
(ii) Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan
majlis.
(iii) Memastikan kehadiran Pegawai Teknikal yang bertugas serta
mendapat pengganti sekiranya ada antara mereka tidak dapat hadir.
(iv) Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.
(v) Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai
pengurusan dan teknikal kejohanan olahraga.
(vi) Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada
di dalam arena.

(b) Penolong Pengurus Kejohanan
(i) Membantu tugas-tugas Pengurus Kejohanan.
(ii) Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.
(iii) Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.
(iv) Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.
(v) Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.
(vi) Membantu pengagihan cenderamata jika ada.
(vii) Mengagihkan kain lengan pegawai.

(c) Pengurus Teknik
(i) Memastikan gelanggang trek dan padang dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
(ii) Memastikan ukuran gelanggang trek dan padang menepati piawaian.
(iii) Memastikan alatan gelanggang trek dan padang dalam keadaan baik
dan boleh digunakan.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
183
(iv) Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan Pegawai-
pegawai Teknikal tersedia.

(d) Setiausaha Kejohanan
(i) Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Induk dan mesyuarat yang berkaitan dengan
pengelolaan kejohanan.
(ii) Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.
(iii) Menguruskan perjalanan surat-menyurat.
(iv) Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.

(e) Juri Rayuan
(i) Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan
pasukan yang bertanding.
(ii) Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan
daripada peserta dan pasukan yang bertanding.
(iii) Keputusan juri rayuan adalah muktamad.

(f) Pengadil
(i) Memasti dan menentukan peraturan pertandingan yang perlu
dipatuhi dalam kejohanan olahraga.
(ii) Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama
sekali sekiranya masalah ini tidak terdapat dalam peraturan-
peraturan pertandingan.
(iii) Merupakan orang yang dirujuk dan seterusnya membuat keputusan
dalam satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat
membuat keputusan.
(iv) Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-
acara tertentu. Sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-
acara tertentu, pengadil perlu membuat pelantikan.
(v) Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal
tentang aspek teknikal sebelum memulakan kejohanan.
(vi) Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan
memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan
pertelingkahan.
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

184
(vii) Mengawasi cara mengambil masa dalam acara trek dan seterusnya
memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan
pertelingkahan.
(viii) Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
(ix) Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum
diserahkan kepada pencatat (Ketua Hakim perlu membantu).
(x) Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah.
Dengan itu pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari
kejohanan atas sebab-sebab tertentu.
(xi) Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula
pertandingan pada masa yang sama mengikut budi bicara.
(xii) Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara
padang jika pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat
sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.
(xiii) Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan
dan memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada
ketika itu juga.

(g) Ketua Hakim
Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi
teknikal, Ketua Hakim biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua
Hakim akan membantu pengadil dari segi memantau dan memastikan
perjalanan kejohanan olahraga dilaksanakan dengan licin serta
mengurangkan masalah teknikal. Di trek, Ketua Hakim akan
mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk
ditandatangani.

(h) Hakim Trek
Hakim trek bertanggungjawab menghakimi semua acara trek. Antara
tugasnya ialah:
(i) Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian
dalam sesuatu acara.
(ii) Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara
trek untuk tindakan Ketua Hakim.
(iii) Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam
acara jarak jauh dengan bantuan pencatat.
(iv) Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik
sahaja mereka sampai di garisan penamat.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
185
(v) Hakim trek tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan
hakim lain.

(i) Hakim Padang
Hakim padang akan bertugas di bawah seorang Ketua Hakim. Antara
tugas Hakim Padang ialah:
(i) Menghakimi acara padang mengikut peraturan.
(ii) Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta.
(iii) Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan.
(iv) Mengesahkan balingan atau lompatan.

(j) Pengadil Lorong
Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh
Pengadil atau Ketua Pengadil Lorong. Dia bertugas di bawah seorang
Ketua Pengadil dan membantu pengadil dalam membuat sebarang
keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan.
Namun, pengadil lorong tidak mempunyai kuasa dalam pembatalan dan
membuat keputusan. Sebaliknya tugas beliau adalah melaporkan kesalahan
kepada pengadil untuk diambil tindakan. Antara tugasnya ialah:
(i) Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar
peraturan ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan.
(ii) Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong
masing-masing dari mula sampai garisan penamat.
(iii) Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-
ganti dipatuhi mengikut peraturan pertandingan.
(iv) Mengangkat bendera merah sebagai isyarat apabila berlaku
pelanggaran peraturan ketika bertugas.
(v) Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang
berlaku untuk membolehkan pengadil membuat keputusan.

(k) Penjaga Masa
Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang dilakukan
oleh pelumba acara larian dan jalan kaki dari garisan permulaan hingga ke
penamat. Masa akan mula diambil sebaik kelihatan kilat atau cahaya
tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat daripada bunyi) sehingga
detik badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat seperti yang
disyaratkan dalam buku peraturan.

X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

186
Memandangkan tugas beliau memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap
pergerakan permulaan sehingga tamat seorang atlet, biasanya penjaga-
penjaga masa ditempatkan di luar trek iaitu bertentangan dengan garisan
penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan menghadap
barisan hakim trek. Seorang Ketua Penjaga Masa akan mengawasi para
penjaga masa yang bertugas. Antara tugasan penjaga masa ialah:
(i) Sebelum bertugas, penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan
jam yang digunakan dalam keadaan baik.
(ii) Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan. Oleh itu
penjaga masa perlu membuat latihan serta memahami fungsi butang
yang terdapat pada jam.
(iii) Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang ditetapkan
oleh Ketua Penjaga Masa dalam acara trek.
(iv) Mencatat maklumat ke dalam borang penjaga masa untuk
diserahkan kepada Ketua Penjaga Masa.
(v) Untuk mengelakkan berat sebelah ketika menjalankan tugas, penjaga
masa hendaklah bertugas sendirian. Dia tidak digalakkan berbincang,
membanding atau menujukkan masa yang dicatatkan kepada penjaga
masa yang lain.
(vi) Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada Ketua Penjaga
Masa yang akan memeriksa jam untuk menentukan masa yang
dilaporkan sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa tidak
dibenarkan untuk menggerakkan jarum jam ke kedudukan asal
(reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua Penjaga Masa.

(l) Ketua Penjaga Masa
Ketua Penjaga Masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan
berkaitan dengan masa rasmi yang dicatat oleh setiap peserta dengan
mengisi semula maklumat yang diperlukan di dalam borang laporan Ketua
Penjaga Masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk
mengambil masa seorang peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam
rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa
berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua jam
yang sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka
jam yang menunjukkan masa di tengah-tengah diambil sebagai masa rasmi.
Sekiranya dua jam digunakan, masa jam yang lebih lambat diterima
sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu, Ketua Penjaga Masa
akan mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan
yang nyata. Ketua Penjaga Masa boleh mengambil masa yang diambilnya
sebagai masa rasmi.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
187
(m) Pelepas dan Pelepas Panggil Balik
Pelepas dan Pelepas Panggil Balik biasanya terdiri daripada individu yang
mempunyai lesen khas dalam mengendali pistol. Antara tugas pelepas
ialah:
(i) Pelepas bertanggungjawab membuat pelepasan semua peserta bagi
setiap acara trek mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
(ii) Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua
peserta yang bertanding sebelum masa ke garisan sehingga peserta
berlepas.
(iii) Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat
pelanggaran peraturan ketika proses pelepasan.
(iv) Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi
peraturan pelepasan supaya ianya dipatuhi oleh peserta.
(v) Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau
pelepas panggil semula, mereka perlu melepaskan tembakan sebagai
syarat memanggil semula peserta-peserta yang berlepas.
(vi) Amaran dan penyingkiran hanya boleh diberikan oleh pelepas.
(vii) Pelepas perlu memastikan hakim dan penjaga masa bersedia sebelum
memulakan pelepasan.
(viii) Pelepas juga perlu memastikan arahan yang diberikan dapat
didengari oleh kesemua peserta.
(ix) Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi
arahan dalam keadaan ke garisan dan "sedia.

(n) Penolong Pelepas
Penolong Pelepas bertugas membantu pelepas. Antara tugasnya adalah:
(i) Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan
didaftarkan sahaja bertanding atau mengambil bahagian dalam
sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.
(ii) Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan
yang telah ditetapkan di bahagian hadapan dan belakang baju
seseorang peserta.
(iii) Memastikan dan mengawas peserta-peserta supaya sentiasa berada di
lorong dan tempat permulaan yang betul seperti yang ditetapkan
dalam borang pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

188
(iv) Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan
setelah pelepas memberi isyarat ke garisan. Jika ada, Penolong
Pelepas hendaklah memberi isyarat kepada pelepas.
(v) Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam
acara lari berganti-ganti.
(vi) Sekiranya segala peraturan pelepas sudah dipatuhi Penolong Pelepas
perlu memberi isyarat kepada Pelepas bahawa semua peserta sudah
sedia.

(o) Pencatat Pusingan
Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak
jauh seperti acara 5000m atau 10000m Pencatat Pusingan diperlukan bagi
mengelak kekeliruan. Tugas utama pencatat ialah mencatat bilangan
pusingan yang dibuat oleh setiap peserta dan pencatat pusingan juga
bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang
perlu disempurnakan. Catatan ini akan dibuat dalam borang pencatat
pusingan. Loceng akan dibunyikan sebagai tanda kepada peserta yang
beliau perlu menamatkan satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang
pencatat pusingan akan ditugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

(p) Perakam
Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam
kejohanan olahraga. Antara tugas Perakam ialah:
(i) Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim
yang telah disahkan oleh Pengadil.
(ii) Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang
keputusan rasmi yang akan menunjukkan masa, jarak atau ketinggian
setelah menerima maklumat daripada Pengadil atau Ketua Hakim
dan maklumat daripada juru teknik dan penyukat angin.
(iii) Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan
yang bertanding.
(iv) Menyediakan carta pungutan mata mengikut setiap peringkat umur
dan jantina bagi acara yang dipertandingkan.
(v) Mencatat rekod baru kejohanan yang telah dipecahkan mengikut
peringkat umur dan jantina.
(vi) Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat
seterusnya dan diedarkan kepada Pengurus Pasukan.
(vii) Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat
akhir dan kedudukan peserta tersebut.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
189
(viii) Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan
mengedarkan kepada semua Pengurus Pasukan.
(ix) Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk
memudahkan pemilihan olahragawan dan olahragawati kejohanan.
(x) Setelah membuat catatan, perakam hendaklah menyampaikan
keputusan rasmi itu kepada juru acara.

(q) Marsyal
Marsyal merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan
gelanggang. Dengan kata lain Marsyal berkuasa penuh mengawasi arena
pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan
berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk
pegawai-pegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di
tempat yang dikhaskan kepada mereka. Antara tugas Marsyal ialah:
(i) Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak
berkenaan supaya meninggalkan gelanggang.
(ii) Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas
mereka.
(iii) Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.
(iv) Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta
majlis penyampaian hadiah.

(r) Pembantu Marsyal
Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli daripada
badan-badan seragam. Antara tugas pembantu Marsyal ialah:
(i) Membantu Marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan
gelangang permainan.
(ii) Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-
peserta ke tempat pertandingan dan balik.
(iii) Membantu pengelola Jawatankuasa Hadiah membawa pemenang ke
tempat penyampaian hadiah dan balik.

(s) Penyelia Peserta
Antara tugas penyelia peserta ialah:
(i) Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik
Pertandingan.
(ii) Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan
bertanding dalam sesuatu acara.
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

190
(iii) Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke
gelanggang.
(iv) Mendapat bantuan pembantu Marsyal untuk menghantar peserta ke
gelanggang.
(v) Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi
memudahkan tugas Pelepas atau Hakim.
(vi) Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan Pengurus Pasukan
menyediakan peserta untuk pertandingan.
(vii) Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta
(misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian
Penolong Pelepas.
(viii) Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk
upacara penyampaian hadiah.
(ix) Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi
memudahkan acara penyampaian hadiah.

(t) Juru Acara
Antara tugas juru acara ialah:
(i) Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai tentang
maklumat yang berkaitan dengan peserta yang mengambil bahagian
dalam sesuatu acara.
(ii) Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama
peserta, nombor, pasukan, lorong dan saringan.
(iii) Juru acara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang
dipertandingkan sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada
perakam atau pencatat.
(iv) Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah
berdasarkan kenyataan pada borang penyampaian hadiah.
(v) Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara,
pemenang, pasukan dan pencapaian yang dibuat.
(vi) Semasa membuat pengumuman, perhatikan tempat atau kawasan
pertandingan. Juru acara perlu mengelakkan daripada membuat
ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.
(vii) Juru acara kejohanan juga tidak digalakkan menggunakan bahasa
yang berbunga-bunga dan berbelit-belit.
(viii) Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
191
(ix) Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan, juru acara
juga diarahkan untuk membuat pengumuman tertentu berkaitan
dengan kejohanan atau perkara-perkara lain yang perlu dihebahkan.

(u) Juru Ukur Rasmi
Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula. Antara tugas
beliau adalah:
(i) Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran trek
dan semua bulatan lontaran termasuk sektornya memenuhi
spesifikasi rasmi.
(ii) Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua
ukuran kawasan pertandingan adalah betul kepada Pengurus
Kejohanan, Pengurus Teknik dan Pengadil setelah berpuas hati
terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

(v) Pegawai Perubatan
Pegawai perubatan yang dibantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk
memberi bantu awal dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan
bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta yang tercedera atau
memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.

(w) Juru Teknik Alat Penyukat Angin
(i) Juru Teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang
sesuai seperti yang disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut
undang-undang KOM.
(ii) Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan
arah larian ketika sesuatu acara berlangsung.
(iii) Catatan ini akan diserahkan kepada Ketua Hakim trek dan padang
yang berkenaan bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat
bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting dalam mengesahkan
rekod kejohanan.
Antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan disukat ialah 100 meter,
200 meter, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang.

(x) Pengawas Wartawan
(i) Dalam kejohanan besar, seorang pegawai akan dilantik oleh pengelola
sebagai pegawai perhubungan antara pihak pengelola kejohanan
dengan pihak wartawan.
(ii) Maklumat untuk sebaran akan dihantar kepada pihak akhbar melalui
Pengawas Wartawan
X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

192
(y) Pengawas Pembantu Padang
(i) Pengawas Pembantu Padang bertanggungjawab mengagihkan tugas
kepada pembantu padang yang biasanya terdiri daripada pelajar
sekolah atau pertubuhan sukarela.
(ii) Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal
berkaitan dengan penyediaan perkakasan dan alatan untuk
pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

Sebelum mengendalikan kejohanan, Jawatankuasa Teknikal dan Induk perlu
menyediakan satu set peraturan am kejohanan.
Peraturan am kejohanan akan menjadi rujukan setiap pasukan yang
menyertainya.
Peraturan am adalah hak mutlak penganjur.
Penganjur yang beretika perlu memastikan peraturan am yang dirangka jelas
dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Peraturan am adalah saling lengkap-melengkapi dengan undang-undang
permainan.
Peraturan am kejohanan seharusnya tidak membelakangi undang-undang
teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan
badan teknikal sukan dunia.
Ahli Juri Rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan
dalam kejohanan olahraga.
Juri Rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan
mana-mana pasukan yang bertanding.
Pegawai-pegawai teknikal kejohanan dilantik daripada mereka yang
mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Pegawai Teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu
acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu
acara olahraga.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W
193
Untuk mendapat pengiktirafan KOM sebagai pegawai kejohanan yang
bertauliah, mereka perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang agak ketat.
Pegawai Teknik biasanya dilantik daripada individu yang bertauliah,
berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya
olahraga.


Bantahan atau tatatertib
Marsyal
Pegawai teknikal
Penggantian
Pembatalan
Saringan

Bennet, D. (1992). Sports facts athletic sports. London: Franklin Watts.
Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Iowa, (IA): William C.
Brown.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan
olahraga 3.
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.
Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Fajar Bakti.
Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dan
kejurulatihan. Shah Alam: Karisma.

Anda mungkin juga menyukai