Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN LOMPAT KIJANG

Adalah dipercayai bahawa lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.Kali pertama lompat kijang dipertunjukkan ialah dengan pelompat melakukan dua kali lompatan , tetapi menggunakan sebelah kaki yang sama sebelum membuat lompatan yang menyerupai lompat jauh.Ini bermakna lompat kijang adalah gabungan lompat jauh dan gaya kijang.Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1986 di Athens dan dimenangi oleh James Connolly dari Greek. Dibandingkan dengan lompat jauh ,lompat kijang tidak terdapat pada zaman kuno ketika manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat.Dalam Sukan Olimpik Kuno yang memasukkan lompat jauh,tidak terdapat acara lompat kijang dipertandingkan.Ini bermakna bahawa lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada lompat jauh.Malah pada sukan masa silam tidak terdapat langsung menyatakan tentang acara ini. Pada peringkat awal ,lompat kijang dikenali sebagai hop, step and jump , kemudian ditukarkan kepada triple jump.Acara ini mula diterima sebagai sukan berdasarkan kepada kemasukannya dalam Sukan Olimpik pertama itu, hingga mendapat sambutan.Dari Ireland, lompat kijang diperkenalkan ke Scotland dan terus ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.Sepeti dalam lompat jauh yang dijalankan daripada kedudukan henti,permulaan yang sama digunakan untuk lompat kijang.Malah dalam Sukan Olimpik pertama ,kedua dan ketiga acara lompat kijang dijalankan daripada kedudukan henti.Seperti kebanyakan sukan yang muncul ketika itu,sambutan yang diterima oleh rakyat Amerika Syarikat terhadap acara lompat kijang amat menggalakkan. Perubahan pada teknik lompatan dilakukan dari masa ke semasa bagi memudahkan peserta yang mengambil bahagian.Daripada melakukan dua kali lonjakan (hop) , kemudiannya diubah kepada satu lonjakan diikuti satu langkahan sebelum membuat lompatan .Kini lompat kijang terus menggunakan teknik yang diperkenalkan pada tahun 1940-an itu dan terus kekal hingga kini. Sumbangan utama dan terpenting ke arah pengembangan dan penggalakkan acara lompat kijang diakui bermula tahun 1930-an oleh orang Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua oleh serang rakyat Brazil ,Alhemar Ferreira da Silva,serta seorang berbangsa Soviet yang tidak diketahui

namanya.Mereka inilah yang dipercayai bersama-sama bertanggungjawab mengembang serta mempopularkan acar lompat kijang ke merata dunia. Kini lompat kijang merupakan satu lagi acara olahraga kategori acara padang yang tergolong dalam bahagian lompatan.Untuk sekian lama, acara ini dikhususkan kepada golongan lelaki sahaja, tetapi beberapa tahun kebelakangan acara ini sudah disertai oleh kaum wanita.Sukan SEA yang diadakan di Cheangmai, telah memasukkan acara lompat kijang sebagai acara yang disenaraikan.Sebagai acara yang disertai oleh kedua-dua lelaki dan wanita ,maka teknik, kaedah dan prinsip tentang acara ini boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.

Peraturan dan Undang- undang Sebagai acara dalam sukan olahraga ,lompat kijang dijalankan mengikut aturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh IAAF .Ini bermakna semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mematuhi undang-undang ini :1. Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula. 2. Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya. 3. Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian ,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan manamana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menetukan peserta kelapan terbaik,tiga lompatan tambahan diberikan .Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang.Peserta

yang membuat lompatan paling jauh tanpa bataldikira pemenang. 4. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira batal. 5. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal. 6. Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan. 7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titk sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta. 8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak. 9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan. 10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan oleh pegawai pertandingan. 11. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang ,kecuali kasut atau spikes.

kesalahan peserta

Situasi kesalahan peserta :1) Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan menyentuh kawasan di luar pelepas. 2) Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama. 3) Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan. 4) Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan. 5) Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat lompatan. 6) Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke kawasan pendaratan tanpa melakukan lompatan.

alatan Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga ,lompat kijang mempunyai peralatan dan kawasan lompatan khusus yang menjadikan acara acara padang yang lain .Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur untuk menyediakan semua kelenngkapan ini sebelum pertandingan bermula. Lorong larian -lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang.Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja.Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat. Papan melonjak -papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupaun kecil dari segi saiz. -papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan

diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan. Kawasan pendaratan -Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratn selepas melakukan lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap peserta . -Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan inin diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan. -Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendartan pesrta sebelumnya . Pita pengukur -Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur .Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa ,pita pengukur secara manual digantikan denyang lebih mudah ,pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuat tidak tepat. Bendera Isyarat -Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang,tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan.Bendarat berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.

bibliografi

1.Buku Peraturan Olahraga KOAM 2006-2007.Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia(Malaysia Amateur Athletic Union).2007. 2.Siri Ko-Kurikulum Olahraga Acara-Acara Padang Jilid 1,Siding Pengarang ,Karisma Publications Sdn.Bhd.Shah Alam.2006 3.Siri Teras Sukan Olahraga-Padang ,Ahmad Wafi,Good Mark Enterprise 1996. 4.Siri Pendidikan Perguruan Panduan Pengajaran Olahraga, Kepegawaian dan Kejurulatihan,Wee Eng Hoe,Karisma Publications Sdn.Bhd.Shah Alam .2002

Anda mungkin juga menyukai