Anda di halaman 1dari 2

4

FASA LOMPAT KIJANG

Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:1) fasa penujuan 2) fasa meloncat ( hop) 3) fasa melangkah ( step) 4) fasa melompat (jump) 5) fasa pendaratan 1). Fasa Penujuan Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak. 2). Fasa meloncat ( hop) Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step) Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.

4). Fasa melompat (jump) Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau sail boleh digunakan semasa berada di udara. 5). Fasa pendaratan. Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

Anda mungkin juga menyukai