Anda di halaman 1dari 21

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN

LATIHAN DALAM ACARA LOMPAT


TINGGI
Apa dia kecergasan?
Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di mana seseorang itu
mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan
tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di mana
kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan.
Kecergasan bolehlah diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang
seimbang dan lengkap daripada segi jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan
kecergasan fisiologi.
Kesemua faktor ini ditentukan oleh :1. Faktor persekitaran.
2. Faktor keturunan.
3. Faktor corak hidup.

Komponen Kecergasan
Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu :1. Kecergasan Sosial.
2. Kecergasan Mental.
3. Kecergasan Fizikal.
4. Kecergasan Emosi.
5. Kecergasan Rohani
Konsep kecergasan di atas adalah syumul atau komprehensif yang membolehkan
seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.
a. Kecergasan Sosial
Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya. Oleh itu, ia perlulah
cergas melibatkan diri dalam aktiviti sosial agar ia dapat memberikan sumbangan yang
positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara, kecergasan sosial
akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya menjadi alat yang berkesan ke arah
perpaduan negara.
b. Kecergasan Mental

Kecergasn mental merupakan kesedaran seseorang individu itu terhadap dirinya,


masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaina dan pengukuran yang adil
tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.
Juga dengan adanya kecergasan mental ini membolehkan seseorang individu itu
melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan masyarakatnya dengan
menggunakan daya kerja setimpal.
c. Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua aspek terbesar seperti mana pendapat
Corbin dan Lindsey (1979), serta Hockey (1981), iaitu aspek kesihatan dan aspek
perlakuan.
Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima komponen dengan
melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan utama. Lima komponen tersebut
ialah :
1. I.
Daya tahan kardiovaskular.
2. II.
Kekuatan otot.
3. III.
Daya tahan otot.
4. IV. Kelenturan dan kelonggaran
5. V. Komposisi tubuh badan.
Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah :1. I.
Koordinasi.
2. II.
Imbangan.
3. III.
Ketangkasan.
4. IV. Kuasa.
5. V. Masa Tindakan.
6. VI.
Kepantasan.
d. Kecergasan Emosi
Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani / fizikal, kecergasan sosial dan kecergasan
mental ialah pengawalan emosi. Oleh itu pengetahuan mengenainya perlulah ada agar
seseorang itu tidak bertindak mengikut perasaan.
Untuk itu bagi pembinaan asas kecergasan emosi, pengetahuan psikologi, kualiti
kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang berat. Kecergasan emosi
membolehkan seseorang itu melakukan integrasi, perpaduan, keeratan dalam kumpulan
(team work), hormat menghormati, disiplin diri, teguh menghadapi cabaran dan mudah
diterima oleh masyarakat.
e. Kecergasan Rohani.
Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh, kuat daripada
segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Kecergasan rohani merupakan ketegapan jangka
panjang yang boleh membawa kesihatan dan penigkatan kualiti kemanusiaan,
keperibadian bangsa, kepimpinan, produktiviti, disiplin diri, kepuasan diri (selfsatification), self-astualisation.

KESIMPULAN
Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik setelah
melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undangundang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara
lompat tinggi.
Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang
kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk
lebih mudah memahaminya.
Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan
dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atlit juga banyak
membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan
yang teratur dan juga diadakan pelbagai set untuk memantapkan atlit.
Segala bentuk latih tubi yang di adakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal
acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.
Filed under Olahraga

| Leave a comment
MAR

18

Lompat Tinggi Bahagian 5


Posted on March 18, 2010 by faozika

Standard

UNDANG-UNDANG
Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang
khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan
pegawai yang terlibat dalam acara ini. Antara undang-undang tersebut adalah seperti
berikut :
1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan
menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.
2. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah
kakinya semasa melonjak.
3. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan
larian untuk melompat.
4. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan
kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai
ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang
akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi aras bahu
sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.
5. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga
percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira
pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya sebelum itu.

6. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta


lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.
7. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan
tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian,
pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan
pada sesuatu ketinggian tertentu.
8. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai
pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.
9. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi
gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu
dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih
ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang
lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
10.Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia :
A. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada
penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.
B. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan
sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang,
sebelum melepasi palang lompat tinggi.
C. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk berbuat
demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus menarik diri daripada
sesuatu lompatan tertentu.
D. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang
termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan tidak
menghadirkan diri.

ATURAN MELOMPAT
Sebelum pertandingan bermula pegawai pertandingan hendaklah memastikan semua
peralatan dan kawasan untuk acara ini disediakan selengkapnya, termasuk dari aspek
keselamatan peserta. Peserta juga hendaklah dimaklumkan tentang masa dan tempat
acara ini diadakan. Mereka juga hendaklah diberikan masa dan peluang untuk membuat
lompatan percubaan atau menyesuaikan diri dengan kawasan dan peralatan yang
disediakan sebelum pertandingan bermula.
Bagi sesuatu pertandingan, para peserta akan dikehendaki membuat lompatan permulaan
pada satu ketinggian yang telah ditetapkan, mengikut tingkat dan keupayaan para peserta.
Jika peserta berjaya melepasi palang, ketinggian ditingkatkan sehinggalah sejumlah
peserta umpamanya 8 atau 12 orang peserta dipilih untuk pusingan akhir. Dalam
pusingan akhir ini, semua peserta diberikan tiga lompatan untuk satu-satu ketinggian.
Sekiranya peserta itu berjaya melepasi ketinggian dengan hanya sekali lompatan sahaja,
dia akan meneruskan lompatan untuk melepasi ketinggian seterusnya, sehinggalah dia
gagal melepasi ketinggian berikut.
Mana-mana peserta yang gagal melepasi palang menerusi tiga percubaan pada sesuatu
ketinggian akan terkeluar daripada pertandingan, kecuali apabila semua gagal melakukan
lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya melepasi

lompatan yang tertinggi. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peserta yang berjaya
melompat pada ketinggian yang sama pada ketinggian terakhir, penetuan tempat adalah
menerusi bilangan lompatan yang dibuat. Jadual berikut adalah contoh penetuan
kedudukan peserta jika lebih daripada seorang peserta berjaya pada sesuatu ketinggian
tertentu.
Acara Lompat Tinggi K1 (L)

Lompatan

Bil

Nama Peserta

01

Amiruddin Ali

02

Faizal Mustaffa

03

Abu Kassim Daud

04

Ahmad Dali

Catatan
3

Keputusan

/
Pemenang

Untuk melakukan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil beberapa langkah larian
dari satu titik atau tempat yang ditentukannya sendiri, sama ada dari sebelah kiri atau
kanan lorong larian itu. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai.
Sebelum itu pegawai pertandingan akan mengukur ketinggian palang dan memaklumkan
kepada semua peserta. Ketinggian palang ini diukur secara menegak dengan sudut 90
dari permukaan gelanggang.
Peserta juga bebas menggunakan cara atau teknik lompatan yang disukai. Walaupun kini
hampir semua peserta, malah diperingkat sekolah pun menggunakan gaya Fosbury,
penggunaan teknik lain boleh diteruskan asalkan gaya ini menjadi kegemaran dan
keselesaan peserta. Peserta hendaklah melompat melepasi palang yang disediakan dan
mendarat dengan selamat di kawasan pendaratan. Ini dilakukan untuk ketinggian
berikutnya sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu dan pemenang dapat
ditentukan.
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN
1. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah
terakhir.
2. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka
langkah semasa melencong.
3. Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak
penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
4. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
5. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat
dengan palang semasa melonjak.
6. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
7. Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
8. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara
melipat tumit.
9. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

10.Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan


mendongak semula di fasa pemulihan.
11. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau
termasuk ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.
2. Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
3. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah
jatuh.
4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap tempat pendaratan supaya
ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta ketika melompat.
ISTILAH-ISTILAH ACARA LOMPATAN
Ujian Abalakov
Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti bakal atlit-atlit acara lompat tinggi dengan
cara mengukur hasil campuran kekuatan kaki dan kuasa.
Seseorang atlit berdiri di atas kotak ketinggian 50 cm dan permulaan berdiri setempat,
loncat dengan sebelah kaki (hop) dari kotak kepada lantai, loncat sekali lagi atas kaki
yang sama dan lompat dan mendarat dengan dua kaki seperti dalam daratan lompat jauh.
Jarak dari hujung kotak dan tanda pendaratan (point of landing) diukur.

Hayunan Tangan
Dalam acara lompat tinggi, didapati ada empat jenis hayunana tangan yang tetentu yang
boleh digunakan dalam fasa take off ; hayunan tangan sebelah dalam sahaja ; atau
membiarkan kedua-dua belah tangan berada rendah di sisi.

Back Overs
Satu jenis senaman di mana seseorang atlit berdiri dengan satu jarak tangan dari palang
dengan bahagian belakang si pelompat menghalang palang. Kemudian melompat menuju
ke arah belakang melepasi palang daripada kedudukan berdiri setempat.

Flop
Posisi lompat tinggi susunan belakang (back lay out) yang diperkenalkan oleh Dick
Fosbury dari Amerika Syarikat semasa beliau telah memperkenalkan teknik ini di
Kanada.

Lipatan Tumit
Istilah yang digunakan untuk menerang lipatan aktif bahagian tumit kerana punggung
semasa seserang pelompat sedang melepasi palang. Pergerakan ini menyebabkan
bahagian punggung dan paha semasa melepasi palang.

Menggerakkan Kedudukan Badan Tegak


Istilah yang digunakan semasa menyuruh atlit-atlit mengekalkan kedudukan badan yang
tegak selepas melonjak ; (take off). Ia menerangkan pergerakan badan yang tegak
menuju ke atas dalam acara lompat tinggi untuk menekankan kepada pelompat bahawa
mereka tidak boleh melentik ke belakang dengan kepala, tangan atau bahu sebelah dalam.

Pergerakan Lutut
Istilah yang menerangkan pergerakan lutut tegak ke atas yang perlu dilakukan oleh
seseorang pelompat selepas lonjakan.
Pergerakan lutut secara melintang badan untuk membantu putaran badan sebelum
mencapai posisi lay out adalah satu anggaran yang salah.

Buku Harian Latihan


Buku harian yang digunakan untuk mengesani latihan harian. Ia berbeza mengikut
pergerakan umur dan taraf pencapaian atlit.
Filed under Olahraga

| Leave a comment
MAR

18

Lompat Tinggi Bahagian 4


Posted on March 18, 2010 by faozika

Standard

ATIHAN LATIHAN PERSEDIAAN


1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut
45 digunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang
dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang
baru mempelajari gaya ini.
1. Latihan Pergerakan Kaki.
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 digunakan
untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang
dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan
pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam
digunakan untuk mendarat).
1. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat aerta menendang sesuatu objek yang
digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati
kerana ia agak merbahaya.

1. Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala
pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat
lonjakan yang lebih bertenaga.
1. Latihan Gulingan Badan
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian
kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat memebuat gulingan badan pada
aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang
berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.
GAYA FOSBURY FLOP

Fasa lompatan gaya Fosbury Flop


Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belekang. Perlu
disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan
di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di

atas kotak ini dengan keadaan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke
belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan
di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan
bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini,
ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya
ialah dengan memegang bola tersebut, dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang
serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap.
Semasa aktivit ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.
Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu digunakan. Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu. Pelajar dikehendaki dan
diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan.
Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan
kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan
keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pegasingan
pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu dilakukan di kiri dan
kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki
lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat.
Perlu ditekankan bahawa tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah dua. Setelah
beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah 4:
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan
layangan.
a) Kaki yang paling dekat dengan palang hendakllah dikilas bebas untuk mendapatkan
daya putaran pada badan.
b) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat
gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai
suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.
Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai
bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari andas dengan
lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah.

Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah
larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi
sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas
sembilan hingga sebelas langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan
agak laju.

Penegasan dan Pemerhatian


1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi
perhatian dan penegasan.
2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati
dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh
memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya
untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada
perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.
Filed under Olahraga | Leave a comment
MAR

18

Lompat Tinggi Bahagian 3


Posted on March 18, 2010 by faozika

Standard
FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI (GAYA FLOP)
Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa iaitu :
a)

Fasa Lari Landas.

b)

Fasa Lonjakan.

c)

Fasa Layangan.

d)

Fasa Mendarat.

a) FASA LARI LANDAS


Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit
lompat tinggi pada suatu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan
seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :1. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang
terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana
tinggi palang.
2. Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 hingga 30 dari
satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu
mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan untuk mendapatkan daya
sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.

Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut :
1. Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima
seperti Dick Fosbury.
2. Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.
3. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.
Lari landas melibatkan di antara 7,9 atau 11 langkah yang laju. Untuk mendapat daya
sentrifugal yang unik dalam gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan dalam
garisan satu lengkungan seperti di bawah.

Gambarajah 7 : Fasa Lari Landas

Tempat mula lari landas adalah 70 hingga 80 dari permukaan satah palang seperti
digunakan oleh beberapa atlit ternama.
b) FASA LONJAKAN
Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakan mendatar kepada pergerakan
menengak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang. Pada akhir lari landas
kaki lonjakan dihentak pada bumi dengan tumit untuk mendapat daya tindakbalas yang
akan mengangkat badan. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke tengah kaki ke
jari kaki sambil menekan bumi. Badan di condong sedikit ke belakang sambil kedua
tangan dihayun ke atas. Serentak dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi,
kaki bebas di angkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran supaya
badan mencapai layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala dihalakan ke palang dan
atlit mesti melihat palang. Perkara yang perlu diingati adalah semasa lonjakan dibuat
pusat graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan.
Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang manakala atlit
yang melonjak dengan kaki kanan mula lari landasannya dan melompat dari sebelah kiri
palang lompat tinggi.
c) FASA LAYANGAN

Gambarajah 8 : Fasa Layangan


Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah semurna, atlit akan mencapai fasa
layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini, tujuannya adalah untuk membawa pusat
graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. Putaran yang dihasilkan oleh
kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara belakang atlit
menghadap palang.
Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat graviti masih berada di belakang
dan rendah dari palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat
bahagian bahu. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil
melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit.

Rajah Rangka Menunjukkan Fasa Melintas Palang

d) FASA MENDARAT

Gambarajah 9 : Fasa Mendarat


Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis
daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah. Seseorang
atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan
dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Untuk
mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya.

Sekiranya tenaga kinetik terlampau ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang


untuk menyerap hentakan impact.

LATIHAN ANSUR MAJU


Gaya Straddle
Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang
menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan
lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan mengadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah.
Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk
membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Kedudukan pelatih pula ialah; pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada
di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki
kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar
memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain putih di tengahtengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap
lompatan.
Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar
kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah
diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada aras
pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan
aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut:
a)

Kedudukan badan hendaklah disandarkan kebelakang.

b)

Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c)

Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan
dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu
ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang.
Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu
ditegaskan.
Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikkan di tali getah yang menggantikan palang.
Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikkan adalah gaya straddle.
Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang
adalah berpasangan. Satu demontrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan
dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas.
Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi.
Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara
otomatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan
ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan
diturunkan.
Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan disisi tilam. Satu langkah diambil di atas
bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulag belikat di atas
tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.
Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas.
Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.
Filed under Olahraga

| Leave a comment
MAR

18

Lompat Tinggi Bahagian 2


Posted on March 18, 2010 by faozika

Standard

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM


ACARA LOMPAT TINGGI
Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan
termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini
dibincang dengan ringkas :a) Pergerakan
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :i)

Pergerakan mendatar (Linear Motion)

ii)

Pergerakan menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan
menegak.
Gambarajah berikut menerangkan prinsip ini.

Gambarajah 1 : Prinsip pergerakan


A Pergerakan Mendatar.
B Pergerakan Menegak.
C Vektor Resultant
1. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.
2. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.
3. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan
layangan dalam bentuk parabola C.
b. Momentum
Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.
Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung
oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad
itu akan bertambah.
Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau
kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat
menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi.
Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

c. Daya Sentrifugal
Gambarajah 2 : Daya Sentrifugal
1. Daya Sentrifugal
2. Daya Sentripetal.
3. Daya Ikut Tangen
Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.
Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk sesuatu bulatan, pada
hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi
daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar
dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-duanya dilaksanakan hanya apabila ada geseran
pada bumi di pusat bulatan.
Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sebagai bertindak kepada pusat bulatan dan
tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan
yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Gambarajah 3 : Arah Daya Sentrifugal


Dalam Lompat Tinggi
Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan
konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal seperti rajah di atas.
d. Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah
dua jenis iaitu direct dan Iindirect. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak

dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan
bumi.
Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah
lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.
e. Graviti Dan Pusat Graviti
Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada
atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya
memperolehi lompatan yang paling berjaya.
Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat
graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gaya-gaya
yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit
mendarat dalam posisi yang mencemaskan.
Konsep di atas digambarkan oleh Gambarajah 4. Jasad-jasad a dan b yang kedudukannya
menegak dapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang. Manakala dalam
jasad c, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat graviti adalah sangat
hampir pada palang.
Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan beberapa gaya dalam acara lompat
tinggi yang tidak sempurna dari segi pemindahan pusat supaya mendapat satu lompatan
yang tinggi. Tanda x menunjukkan pusat graviti atlit yang tinggi di atas palang.

PRINSIP AKSI REAKSI


Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan
bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segeman tertentu dalam badan secara
mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti itu di
angkat.
Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan
tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain.
Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan
akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat
untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi
palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan
inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah.
Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari
tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.
Prinsip-prinsip yang telah dibicangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk
mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :


1. Hukum Inertia (Hukum Pertama)
Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju
yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah
keadaannya.
1. Hukum Pecutan (Hukum Kedua)
Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan
pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.
1. Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)
Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitutnya tetapi
pada arah yang bertentangan.
Filed under Olahraga

| Leave a comment
MAR

18

Lompat Tinggi Bahagian 1


Posted on March 18, 2010 by faozika

Standard

PENGENALAN
Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887
dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik.
Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para
atlit.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi. Bagi
melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri
iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :
1)

Gaya Gunting (Scissors)

2)
3)

Gaya Eastern Cut-Off.

4)

Gaya Guling Barat (Western Roll).

5)

Gaya Guling Pelana (Straddle).

6)

Gaya Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya pertama hingga gaya keempat termasuk dalam fasa
layangan. Bagi gaya pertama hingga ketiga tidak akan menghasilkan lompatan yang
tinggi. Ini disebabkan gaya-gaya tersebut kurang sempurna dari segi teknik melompat.
Oleh yang demikian gaya guling pelana (Straddle) dan gaya Flop telah diperkenalkan
bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

Sejarah
Tidak dapat dipastikan apakah Lompat Tinggi pernah disenaraikan dalam sukan Olimpik
kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat mengatakan acara Lompat Tinggi ini
pernah dijiadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang
menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu
pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England
yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun
1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83
meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja
dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu
malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun
cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang
dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali
yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan
ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static
atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan
menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masakesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah
serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan
menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat
tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang
mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan
dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga
yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static dengan
lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala
gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan
yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya
gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan
pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan
ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang

bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah


telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968
di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan
teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury
Flop.
Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling
pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern
California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang
mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5
inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu
orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari
Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.
PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :1. 1. Tiang Lompat Tinggi.
Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah
dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang
ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa
mudah dijatuhkan.
1. 2. Palang Lompat Tinggi.
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan
yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai
dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan
pada tiang.
1. 3. Kawsan Mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi
perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik
lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang
sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan
pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut
yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau
pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas
lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.
Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
1. 4. Pita Pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh
setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang
dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi
menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Ukuran
1. Tiang Lompat Tinggi
Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau
maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.
1. Palang Lompat Tinggi.
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang
dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan
berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.
1. Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut
bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1
meter tebal.
1. Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh
peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai
pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu
mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada
bahagian tengah palang ke aras tanah.
Filed under Olahraga

| Leave a comment

Anda mungkin juga menyukai