Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK LOMPAT K

Prepared
by,
IJANG
MOHD ZABRI BIN
ASHIM
ROZIYANNA BINTI
RAHIM
EDDONA MAJAKUI

FASA LOMPAT KIJANG


Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa
seperti berikut:1) fasa penujuan
2) fasa meloncat ( hop)
3) fasa melangkah ( step)
4) fasa melompat (jump)
5) fasa pendaratan

Fasa Penujuan
Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan
kelajuan mendatar yang maksimum bagi
tiga fasa berikutnya.
Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah
mencukupi untuk
pelompat peringkat sederhana.
Tegakkan badan bila menghampiri papan
lonjak.

Fasa meloncat ( hop)


Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat
(hop), iaitu melompat dan mendarat pada kaki
yang sama.
Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan
pada fasa ini.
Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat
itu tidak seharusnya mengurangkan kelajuan
untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan
yang telah di perolehi itu untuk meloncat
seberapa jauh yang boleh.

Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali


oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki.
Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi,
lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit
terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari
hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke
depan
Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak
itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

Fasa Melangkah (Step)


Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada
masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan.
Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk
menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan.
Semasa berada di udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan
yang berada di hadapan, diayun sedikit ke belakang (bengkok
pada lutut) dan kaki kiri di gerak ke depan supaya berada di
bawah badan.

Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan


seberapa lama yang boleh.
Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan
dan ianya menyentuh bumi.
Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki
kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia
bergerak ke arah belakang. Ketika kaki kanan
memijak bumi ianya dibengkokkan pada
pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan
berada di belakang.

Fasa melompat (jump)


Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok
pada lutut).
Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan
tangan.
Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti gaya
bunting atau sail boleh digunakan semasa berada di
udara.

Fasa pendaratan.
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke
depan, badan condong ke depan untuk
mendarat.
Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua
lutut dengan segera
dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan
diteruskan sampai ke depan.

Anda mungkin juga menyukai