Anda di halaman 1dari 6

TARIKH : 19.12.2011 HARI: SELASA MASA: 4.00 5.

.00 PETANG ( 1 JAM ) BILANGAN ATLET : 25 TAJUK : LOMPAT KIJANG LANGKAH / AKTIVITI Memanaskan badan Lompat selangseli ( 7 minit ) OBJEKTIF Aktiviti ini dilakukan supaya otot-otot badan terutamanya otot-otot besar bersedia untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Guna kaki-lutut bengkok-badan lentiktangan gerak keatas dan dibuka kelimalima jari. Murid diberi ulangan 4 kali. BUTIRAN MENGAJAR Lutut tinggi. Guna hujung kaki-siku bengkok tangan hayun aras bahu. Mata pandang hadapan- murid diberi 3 kali ulangan. ALATAN CATATAN

Kemahiran 1. penujuan ( 10 minit )

Memperkenalkan kepada pelajar teknik melakukan lonjakan.

Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk KOTAK

pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2. meloncathop ( 10 minit )

-Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. -Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu

terkedang lurus ke depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3. melangkah (step) ( 10 minit )

Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan

dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.

Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke 4. Melompat (jump) ( 10 minit ) depan ( bengkok pada lutut). Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau sail boleh digunakan semasa berada di udara.

5. pendaratan ( 5 minit )

Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

Cooling down ( 8 minit )

Berdiri seluas bahu. Tepuk kaki bermula bawah pinggang hingga ke buku kaki. Duduk melunjur. Hujung tangan cuba sentuh hujung kaki. (badan dibongkokkan/ diturunkan secara perlahan-lahan)

Refleksi Murid-murid dapat memahami cara melakukan lompat kijang dengan betul. Sesi Bersoal jawab telah diadakan

Anda mungkin juga menyukai