Anda di halaman 1dari 17

HBEF3503 Pendidikan Inklusif

Objektif dan Pengenalan Kursus

Guru sering menghadapi pelajar yang berkemampuan berlainan dari pelajar-pelajar


lain. Kursus ini bertujuan membantu guru menangani keperluan pelajar begini
untuk menghadapi pelajaran secara lebih efektif. Kursus ini menggabungkan tiga
aspek pendidikan yang penting untuk guru yang menghadapi keadaan sedemikian
iaitu pendidikan inklusif, literasi dan numerasi.

Objektif kursus ini adalah untuk membantu guru mengenalpasti masalah, isu dan
penyelesaian masalah yang melibatkan:

(a) Mengamalkan pendidikan inklusif;

(b) Membantu pelajar (guru) membantu pelajar mereka membina literasi


mereka, terutama sekali kebolehan asas membaca; dan

(c) Membantu pelajar (guru) membantu pelajar mereka pelajar belajar


mengira.

Kursus ini mengambil pendekatan yang lebih berbentuk global. Ini adalah untuk
membolehkan guru menggunakan sumber yang lebih luas serta mengambil
perspektif yang lebih terbuka dalam menangani hal-hal tersebut. Secara amnya ini
bermakna:

(a) Kursus ini berbentuk dwibahasa. Keterangan asas adalah dalam bahasa
Melayu tetapi bahan rujukan dan bacaan yang digunakan sebahagian besarnya
adalah dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana sebahagian besar bahan
bacaan yang ada dalam bidang-bidang ini adalah di dalam bahasa Inggeris,
terutama sekali pada tahap pengenalan.

(b) Bahan bahan yang lebih spesifik tentang pendidikan inklusif, literasi dan
numerasi di Malaysia, tidak akan di rujuk di dalam teks asas kursus ini. Ini
adalah untuk membolehkan bahan-bahan dan informasi itu digunakan untuk
tugasan pelajar (sila lihat Tugasan Satu).

Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti keperluan sesuatu kelas kepada pendidikan inklusif dan tahap
institusi;
2. Merancang dan menjalankan kelas inklusif; dan

3. Merancang dan menjalankan program literasi dan numerasi asas.

HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf


TOPIK 1: APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF

Fokus:

(a) Program inklusif berbeza dengan sekolah tradisional yang memisahkan


pelajar yang kelainan upaya dari pelajar biasa.

(b) Program inklusif memerlukan guru-guru yang mempunyai latihan,


kemahiran dan pengetahuan khusus.

(c) Isu-isu yang terlibat dalam penubuhan dan penyelengaraan sekolah


inklusif sering berbeza dari isu-isu sekolah biasa. Ini juga bermakna ia sering
memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru program inklusif
memerlukan sumber yang khusus untuk menyesaikan masalah berkaitan
program inklusif.

Kandungan Asas:

(a) Program sekolah inklusif bermula di akhir 1980an dan 1990an.

(b) Isu-isu penting apabila membicarakan sekolah inklusif.

i. Perlunya masa yang cukup untuk merancang.

· Penyediaan program sekolah inklusif memerlukan masa, tenaga


dan sumber yang banyak terutama sekali jika ia program menyeluruh.

· Perancangan perlu sebelum, semasa dan selepas program


inklusif dijalankan untuk memastikan segala isu yang timbul ditangani
dengan betul untuk memastikan prrogram itu berterusan.

ii. Perlunya peningkatan professsional.

· Bull dan Buechler (1997), mencadangkan peningkatan


professional yang berbentuk:

- Berasaskan sekolah;

- Menggunakan bimbingan (coaching) dan prosedur


berterusan;

- Berbentuk kolaboratif;
- Berteraskan hidupan seharian guru untuk memastikan
perkembangan berteruskan; dan

- Berfokuskan pembelajaran dilalui pelajar.

· Perkara lain yang perlu diambil kira:

- Kenapa program inklusif diperlukan;

- Bagaimana program akan dijalankan;

- Kemungkinan ia berjaya;

- Bentuk kolabirasi yang diperlukan;

- Pasukan yang perlu dibentuk, termasuk pasukan mengajar;

- Strategi berdasarkan kumpulan yang diperlukan


(pembelajaran koperatif, kumpulan pelbagai umur dan peer-
tutoring);

- Proses perubahan; dan

- Isu-isu sekolah (disiplin, konflik dan latihan kemahiran


sosial).

iii. Pentingnya peranan guru pendidikan khas.

· Guru-guru yang terlibat dalam pendidikan khas sering datang


dari latar belakang yang berlainan, kerana itulah mereka mungkin
memerlukan latihan untuk memberi mereka keseragaman yang
membolehkan program berjalan dengan lebih lancar.

iv. Perlunya perancangan penjadualan dan penggunaan


bahan yang teliti.

· Pengalaman ramai penulis dalam bidang pendidikan inklusif


menunjukkan bahawa kakitangan sekolah yang hendak menjalankan
program inklusif sering tidak dapat menjangka keperluan bahan
dengan tepat.
v. Isu isu penyelenggaraan sekolah inklusif.

· Pada lazimnya sekolah sekolah yang memulakan program


inklusif akan jatuh dalam salah satu dari tiga kategori:

- Program yang terus berkembang;

- Program yang perkembangannya terbantut; dan

- Program yang beransur-ansur kembali ke pendidikan


tradisional.

· Strategi untuk menjadikan program inklusif berjaya perlu:

- Mengekalkan kumpulan perancangan inklusif yang diberi


tugas mengawas perjalanan program dan mencadangkan
perubahan yang perlu.

- Memastikan guru yang mengajar program itu dikekalkan


dengan keperluan yang cukup.

- Terus melibatkan guru ketika merancang kolaborasi.

- Pembangunan kakitangan secara berterusan.

- Memastikan penilaian keatas program inklusif berterusan.

· Sila rujuk bacaan asas dan tambahan.

(c) Aktiviti: Sebelum kita boleh menjalankan program inklusif atau apa-apa
program pendidikan, adalah penting untuk kita tahu pandangan dan pendapat
khalayak ramai, warga pendidik yang akan terlibat dan yang penting sekali, para
pelajar yang akan terlibat dibawah program yang akan dijalankan. Untuk
tugasan kecil ini anda perlu menjalankan dua aktiviti.

i. Baca artikel yang diberi.


ii. Tanya beberapa orang dari mereka yang akan
terlibat tentang pendapat dan kesedaran mereka tentang program
inklusif.

Dari bacaan dan perbualan anda, sediakan satu laporan ringkas (tidak lebih
dari tiga muka) dan muatkan ke dalam fail reflektif anda – kandungan fail ini
boleh digunakan untuk melengkapkan tugasan tugasan anda..

Pautan Luar:

(a) Pendidikan Inklusif menurut UNESCO.

(b) Menjalankan pendidikan inklusif memerlukan sumber dan pengetahuan


yang tersendiri.

Bacaan Utama:

Bab 3: Schoolwide Issues in Creating Inclusive School (Mcleskey & Waldron, 2000).
(Dapatkan dari khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library)

Pendidikan Inklusif Di Sana Sini

(a) Di Malaysia, pelajar berkeperluan khas tidak dilupakan tetapi mereka


selalunya tidak dididik secara inklusif. Lihat Bacaan 1.

(b) Pelajar berkeperluan khas selalunya dinilai sebelum mereka ditempatkan


dalam kelas atau program yang membolehkan mereka belajar dengan lebih
sempurna. Sila rujuk Bacaan 2.

Rujukan Video.

(a) What is Inclusive Education.

HBEF3503 Pendidikan InklusIf

Topik 2: Membina Kelas Inklusif.


Fokus:

(a) Untuk mewujudkan program inklusif di sekolah anda, anda perlu terlebih
dahulu tahu keperluan pelajar dan sekolah anda.

(b) Program inklusif tidak boleh dijalankan dengan efektif tanpa guru yang
berminat dan berkebolehan dalam bidang ini.

(c) Untuk membolehkan program inklusif diwujudkan dengan baik, beberapa


polisi dan peraturan tentangnya telah diwujudkan.

Kandungan Asas:

(a) Langkah-langkah yang dicadangkan McLeskey dan Waldron (2000), untuk


membina sekolah / program inklusif di sekolah anda.

i. Mula dengan perbincangan tentang persekolahan


untuk semua pelajar.

ii. Tubuh kumpulan / pasukan yang akan menjalankan


rancangan.

iii. Kaji dan kenali sekolah / konteks anda.

iv. Kaji sekolah sekolah lain dan lihat apa yang mereka
lakukan di sekolah mereka.

v. Buat perancangan anda untuk menubuhkan


program inklusif di sekolah anda.

vi. Runding dan bincangkan rancangan anda dengan


seluruh komuniti sekolah.

vii. Olah semula perancangan anda dengan mengambil


kira maklum balas dari komuniti sekolah.

viii. Buat persediaan.

ix. Jalankan rancangan anda.

x. Monitor, pertimbangkan dan olah program inklusif


anda dan buat perubahan di mana perlu.
(b) Perkara perkara yang anda perlu tahu tentang sekolah anda dan program
inklusif (rujuk poin ketiga diatas: kaji dan kenali sekolah anda).

i. Kenali sekolah anda.

· Berapa ramai pelajar belajar di sekolah anda?

· Apakah kumpulan kumpulan yang ada di sekolah anda (kaum,


jantina dan lain lain)?

· Jumlah kakitangan (guru dan lain lain) di sekolah anda?

· Apakah saiz kelas di sekolah anda?

· Lain lain informasi yang berkenaan dengan keperluan dan


perlunya menubuh program inklusif di sekolah anda?

ii. Pelajar pelajar yang berkeperluan khas di sekolah


anda.

· Berapa ramaikan pelajar berkeperluan khas di sekolah anda?

· Bahagikan jumlah pelajar berkeperluan khas menurut tahun dan


jenis / tahap kelainan mereka.

· Dari manakah pelajar pelajar ini datang?

iii. Sokongan untuk pelajar berkeperluan khas.

· Apakah sokongan untuk pelajar berkeperluan khas yand sedia


ada di sekolah anda?

· Apakah terma terma rujukan yang digunakan dalam program


sokongan yang sedia ada di sekolah anda?

· Kakitangan yang terlibat dengan program sokongan yang sedia


ada?

- Guru;

- Kakitangan sokongan;

- Kakitangan sukarela; dan


- Pelajar yang sedia / sedang membantu.

iv. Program sokongan yang sedia ada.

· Lain lain informasi yang perlu.

v. Pelajar berkeperluan khas dan guru yang terlibat.

· Bahasa / terma yang digunakan;

· Penglibatan secara fizikal;

· Penglibatan masyarakat;

· Penglibatan akademik; dan

· Fungsi dan peranan guru pendidikan khas.

vi. Peraturan dan polisi sekolah

· Bagaimanakah pelajar dikumpulkan? Pembahagian kelas dan


lain lain.

· Apakah pelajar berkeperluan khas dikumpul bersama pelajar


lain?

· Apakah sekolah anda mengamalkan pembelajaran koleratif?

· Apakah amalan amalan yang membantu dan menghalang


program inklusif?

· Apakah polisi sekolah anda berkaitan

- Adaptasi teknik pembelajaran;

- Masalah disiplin dan hukuman; dan

- Segala aktiviti inklusif.

· Bidang kuasa sekolah dalam menjalankan program inklusif.


vii. Polisi dan peraturan yang dikeluarkan Kementerian
Pendidikan berkenaan program inklusif.

viii. Perkara perkara yang anda perlu tahu tentang


komuniti sekolah dan komuniti di luar sekolah.

· Pendapat dan pegangan berkenaan pendidikan inklusif.

· Kefahaman tentang pendidikan inklusif.

Bacaan Utama:

(a) Bacaan 3

(b) Bab 9: A Systematic Approach for Developing, Implementing and


Monitoring Inclusive School (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan dari
khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library).

(c) Bab 10: Lessons Learned (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan dari
khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library)

Rujukan Video.

Bagaimana Pendidikan Inklusif beraksi.

HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf

TOPIk 3: PENUBUHAN SEKOLAH INKLUSIF

Fokus:

Kandungan Asas:

(a) Isu isu logistik dalam menubuh program inklusif.

i. Prinsip asas

· Gunakan sokongan yang sedia ada dalam kelas: sokongan


semulajadi.
· Pilih sokongan yang paling kurang intrusif.

ii. Untuk sokongan dalam kelas kekal efektif, ia perlu:

· Sesuai dengan perjalan seharian pembelajaran kelas.

· Dilihat sebagai efektif oleh pelajar berkeperluan khas dan juga


oleh pelajar biasa.

· Merupakan nilai tambah dalam repertoire / portfolio teknik


pembelajaran guru yang mengajar.

iii. Apa yang dianggap “khas” tidak semestinya


menonjol dalam konteks kelas yang dijalankan kerana sesuatu yang
menonjol biasanya susah untuk diterima dan susah untuk dikekalkan
dalam perjalanan seharian kelas, terutama sekali untuk jangkamasa yang
lama.

(b) Kenapa program inklusif baik untuk pelajar berkeperluan khas? Sekolah-
sekolah yang mempunyai pelajar berkeperluan khas mempunyai beberapa
pilihan seperti mengadakan kelas-kelas khas untuk pelajar berkeperluan khas,
mengadakan kelas khas untuk pelajaran tertentu dan mengadakan kelas inklusif
sepenuhnya. Setiap pilihan ini menimbulkan masalah yang sendiri.

i. Bergerak dari kelas-kelas mangambil masa dan ini


akan mengurangkan masa pelajar untuk satu satu kelas.

ii. Keluar masuk kelas untuk subjek tertentu dari


kelas campuran dengan pelajar biasa dan kelas khas menyukarkan
pelajar berkawan.

iii. Mengadakan kelas berasingan mengurangkan masa


mengajar untuk guru.

iv. Kelas berasingan untuk subjek tertentu


menyukarkan pelajar kerana mereka perlu mempelajari peraturan
berlainan untuk setiap kelas.
(c) Idea asas program inklusif, semua pelajar perlu dilibatkan dalam
pembelajaran dan komuniti sekolah dan semua perlu menerima kepelbagaian
hingga tidak mengasing sesiapa sahaja (Stainback, Stainback & Jackson, 1992
dari McLeskey & Walron 2000). Maka cabarannya adalah mewujudkan
kepelbagaian pelajar dan pembelajaran di dalam kelas.

(d) Cabaran ini adalah cabaran jangka panjang iaitu untuk mencipta kelas
yang baru dimana kepelbagaian diterima. Ini dimulakan dari kelas dan pelajar
normal dan bukan dari pelajar berkeperluan khas (McLeskey & Waldron 2000).

(e) Ferguson (1995), mencadangkan tiga perubahan asas yang perlu berlaku
untuk membolehkan program inklusif diwujudkan:

i. Sekolah dan kelas perlu disusun menurut gaya


pembelajaran dan kepelbagaian pelajar dan bukan menurut tahap
kemahiran dan kebolehan pelajar.

ii. Beri keutamaan kepada peranan pelajar dalam


membina pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mencari ilmu, bukan
lagi menganggap guru sebagai pemberi ilmu pengetahuan

iii. Anggap peranan sekolah sebagai penyedia


sokongan untuk pembelajaran dan bukan pemberi ilmu. Ini boleh
dipanjangkan untuk memberi sokongan supaya membolehkan pelajar
menjadi sebahagian dari masyarakat am.

Bacaan Utama:

(a) Bab 5: Logistic Issues in Developing Inclusive Schools (Mcleskey &


Waldron, 2000).

(b) http://www.education.gov.za/LinkClick.aspx?fileticket=gVFccZLi%2FtI
%3D&tabid=191&mid=484.

Rujukan Video:

Menubuhkan program inklusif.

HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf

TOPIk 4: KEPERLUAN SOSIAL PELAJAR DALAM KELAS INKLUSIF

Fokus:
Kandungan Asas:

(a) Pelajar dianggap boleh menyesuaikan diri dengan perjalanan dan


pembelajaran di sekolah sekiranya ritma hariannya di sekolah selari dengan
pelajar-pelajar lain (Mcleskey & Waldron, 2000).

(b) Kebolehan pelajar berkeperluan khas untuk menyesuaikan diri dengan


pelajar lain boleh:

i. Mengurangkan stigma sebagai pelajar


berkeperluan khas.

ii. Dianggap sebagai ahli penuh komuniti sekolah dan


seterusnya masyarakat secara amnya.

(c) Untuk membolehkan pelajar sesuai dengan kelasnnya empat faktor


penting perlu diutamakan, iaitu:

i. Iklim kelas yang sesuai untuk tindak laku positif.

ii. Mengajar semua pelajar tentang hakikat kelainan


upaya.

iii. Memberi pelajar peluang untuk belajar kemahiran


sekolah.

iv. Memberi peluang untuk pelajar membina


persahabatan diantara satu sama lain.

(d) Ciri ciri lazim kelas inklusif:

i. Keadilan dan kebolehpercayaan di dalam kelas.

ii. Pelajar terlibat dalam membuat keputusan


pengurusan kelas.

iii. Peraturan yang ditetapkan dan dipelajari semua


pelajar terlibat.

iv. Masalah disiplin diramal dan ditangani sebelum ia


muncul.

v. Pengurusan persekitaran kelas yang baik.


vi. Teknik intervensi yang diolah khas untuk masalah
disiplin di kelas.

vii. Kelas yang predictable.

Bacaan Utama:

Bab 7: Addressing Students’ Social Needs in the Inclusive Classrooms (Mcleskey &
Waldron, 2000).

HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf

TOPIk 5: KEPERLUAN AKADEMIK PELAJAR DALAM KELAS INKLUSIF

Fokus:

Kandungan Asas:

(a) Sekolah yang menjalankan program inklusif sering terlepas pandang


keperluan pelajar berkeperluan khas, dan ada masanya, pelajar biasa juga.

(b) Bahagian ini merangkumi strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi
masalah ini.

(c) Menangani kepelbagaian:

i. Adaptasi kurikulum.

ii. Mengubah kurikulum.

(d) Menangani kepelbagaian dalam kelas biasa:

i. Mengubah teknik mengajar.

ii. Mempelbagaikan teknik mengajar.

iii. Melakukan perubahan.

(e) Menangani keperluan sosial:

i. Komuniti akademik di sekolah.

ii. Komuniti sosial di sekolah.


iii. Iklim positif bilik darjah.

iv. Mengajar pelajar tentang kelainan upaya.

v. Mengajar kemahiran sosial.

vi. Persahabatan.

(f) Menangani pelajar bermasalah.

Bacaan Utama:

Bab 6: Addressing Students’ Academic Needs in Inclusive Classrooms (Mcleskey &


Waldron, 2000).

HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf

TOPIk 6: NUMERASI DI SEKOLAH RENDAH

Fokus:

Kandungan Asas:

(a) Apa itu numerasi?

i. Secara asas, numerasi adalah kebolehan


menggunakan nombor iaitu mengira atau lebih tepat lagi, kebolehan
menggunakan dan memahami konsep matematik.

ii. Makna numerasi, “… competence in interpreting


and using numbers in daily life, within the home, employment and
society. Thus the meaning of numeracy must relate to the social context
of its use and the social practices that are adopted in the context” (Baker,
1999; Brown, 2004).

iii. Definasi UK, “… numeracy was to be defined broadly


as the competence and inclination to use number concepts and skills to
solve problems in everyday life and employment … at primary level …
proficiency in a culturally neutral context-free set of number skills,
underpinned by abstract visual models, such as the number line..” (Brown
2004).
(b) Bagaimana numerasi diajar di sekolah?

i. Secara lazimnya, numerasi dibina dalam kalangan


pelajar sekolah melalui pengajaran matematik. Ini temasuklah
menngunakan numbor dan konsep-konsep matematik lain dalam konteks:

· Menyelesaikan masalah:

- Interpretasi informasi matematik.

- Kebolehan melihat pilihan yang ada dan memilih jalan kerja


terbaik untuk menyelesaikan masalah.

- Berfikir secara logik dan waras.

- Menyimpan sesuatu dalam ingatan dan mengingatnya


kembali.

- Membina kemahiran persepsi penglihatan.

- Menggunakan idea dan teknik matematik untuk


menyelesaikan masalah.

- Mencari yang abstrak dari yang konkrit (informasi).

· Menggunakan nombor:

- Memberi makna kepada abjad dan nombor yang digunakan


dalam pengiraan.

- Memahami konsep nombor dan hubungkaitan antara


nombor nombor.

- Menyusun dan mengatur nombor.

- Mengira (campur, tolak, bahagi dan lain lain).

· Mengira:

- Tahu bagaimana mengukur.


- Faham menggunakan alat mengukur.

- Faham sistem ukuran yang berbeza.

· Algebra:

- Melihat, mengenal, meramal dan menceritakan corak dan


kaitan matematik.

- Merumuskan algoritma dari masalah kompleks.

· Geometri:

- Membina kesedaran dan kemahiran spatial (ruang).

- Memahami hubungan geometri dalam bentuk dua dan tiga


dimensi.

· Statistik:

- Mengumpul, menganalisa dan mempersembahkan data.

- Mengkategori dan mengenal hubungkait antara data dalam


bentuk nombor.

- Mempersembahkan informasi dalam bentuk carta, graf dan


lain lain illustrasi.

- Menggunakan bahasa dan tulisan yang betul untuk


menyampaikan maksud berkaitan nombor dan data.

(c) Aktiviti. Dalam bacaan asas, baca tentang Program Numerasi Leverhulme
and juga cari (melalui google atauBing) terma asas pendidikan matematik di
Malaysia. Apakah kedua ini sama dengan terma yang digunakan di Australia
yang tercatit dalam (b)?

Bacaan Utama:
(a) Margaret Brown 2: The Meaning of Numeracy (Brown, Askew & Millett,
(eds); 2004).

(b) http://www.kiwifamilies.co.nz/articles/numeracy/.

(c) Rujuk dokumen PEMANDU dalam bahagian sumber.

Rujukan:

a) Numerasi bukan matematik (UK)

Anda mungkin juga menyukai