Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH MENGUKUHKAN INSTITUSI

KEKELUARGAAN
Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang melanda anak-anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan
institusi kekeluargaan dan menggalakkan nilai-nilai murni kepada mereka telah menjadi semakin penting
pada hari ini berbanding dahulu.
Apabila sebuah negara menuju kemajuan, institusi kekeluargaan berkemungkinan menjadi mangsa
pertama anak-anak tidak mendapat perhatian dan bimbingan yang secukupnya sekali gus
mengakibatkan kemunculan pelbagai gejala sosial yang mempengaruhi remaja kita.
Tindakan media massa yang memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan
institusi keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu telah membentuk pelbagai
pendapat dari orang sekeliling. Persolannya apakah langkah-langkah untuk memastikan keutuhan
institusi kekeluargaan di negara kita ?

 Kerajaan perlulah mengadakan kempen tentang isu kekeluargaan.


Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen tentang isu kekeluargaan kepada masyarakat tidak kira kaum
dan agama. Hal ini kerana pengwujudan kempen tentang isu kekeluargaan mampu menyedarkan
masyarakat tentang makna sesebuah keluarga yang sebenarnya. Contohnya, pihak kerajaan boleh
menjemput masyarakat di satu kawasan perumahan untuk menghadiri ceramah tentang isu kekeluargaan
yang dianjurkan. Sehubungan dengan itu, kesedaran masyarakat tentang pentingnya sebuah keluarga
dapat dibentuk. Oleh itu, masyarakat akan lebih menghargai keluarga mereka sekali gus keluarga yang
harmoni dan bahagia dapat diwujudkan.

 Meluangkan masa bersama anak-anak


Sebagai ibu bapa, mereka mestilah mempunyai ruang masa bersama anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa
yang meluangkan masa bersama anak-anak dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Intihannya, ibu
bapa boleh membawa anak-anak ke tempat percutian ketika mereka cuti dari waktu pekerjaan. Mereka
juga hendaklah sentiasa menjadi pendengar setia kepada anak-anak mereka ketika anak-anak mereka
berada dalam sesuatu masalah. Bukan hanya mendengar, mereka juga perlu memberi tindak balas yang
positif terhadap masalah anak-anak mereka. Jika merasakan anak-anak melakukan perkara yang salah,
ibu bapa hendaklah menasihati anak-anak mereka dengan cara yang baik. Komunikasi yang baik antara
ibu bapa dan anak dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan .
 Jauhi sikap dengki mendengki dan iri hati
Perkara ini selalu berlaku dalan kalangan adik beradik. Dengki mendengki dan iri hati selalu berlaku
apabila salah seorang daripada adik beradik mendapat kelebihan daripada ibu bapa. Contohnya, adik
yang bongsu selalu diberikan kelebihan oleh ibu bapa kepada mereka untuk memperolehi sesuatu
dengan mudah manakala anak sulung selalu diketepikan dan terpaksa mengalah dengan keputusan ibu
bapa. Perkara ini boleh menimbulkan sifat dengki mendengki dan iri hati antara adik beradik. Jika tidak
dikawal, pasti lebih parah kerana lama kelamaan sifat ini boleh bertukar menjadi dendam. Wujudnya
dendam dalam diri individu akan mendatangkan kesan yang buruk kepada individu yang lain seperti
berlakunya pembunuhan dan pergaduhan. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengamalkan sikap adil dan tidak
mengamalkan sikap pilih kasih terhadap anak-anak mereka supaya tiada perselisihan faham berlaku dan
hubungan kekeluargaan tidak berpecah belah.
 Amalkan sikap bertolak ansur dan menjauhi sikap pentingkan diri sendiri.
Untuk melahirkan sebuah keluarga yang berkekalan dan harmoni amalan bertolak ansur hendaklah
disematkan dalam diri setiap individu. Tidak dinafikan amalan bertolak ansur amat sukar untuk dilakukan
oleh setiap individu lagi-lagi jika individu tersebut adalah golongan remaja. Mereka mempunyai ego yang
tinggi sehingga susah untuk bertolak ansur dengan individu lain jika berlakunya sebarang salah faham.
Disebabkan sikap ini juga boleh menyebabkan pergaduhan antara mereka sekali gus boleh memutuskan
hubungan silaturrahim antara individu. Sehubungan dengan itu, setiap individu prlulah mengamalkan
sikap tolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri agar setiap perbincangan dapat dijalankan dengan
baik tiada pergaduhan dan selisih faham.

 Saling bantu membantu sesama ahli keluarga


Amalan saling bantu membantu amat penting dalam hubungan kekeluargaan. Amalan bantu membantu
yang diamalkan mampu menjamin sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Amalan bantu membantu
yang dipupuk juga mampu merapatkan hubungan antara adik beradik. Sebagai contoh, ketika adik lemah
dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah, sebagai kakak atau abang anda seharusnya membantu adik
anda dalam pelajaran tersebut. Begitu juga jika kakak atau abang yang memerlukan pertolongan dalam
apa-apa keadaan adik hendaklah membantu mereka. Amalan membantu juga perlulah dilakukan dengan
ikhlas dan bukannya disebabkan oleh perasaan terpaksa atau sebagainya. Sehubungan dengan itu, kerja
yang dilakukan akan menjadi lebih mudah dan hubungan antara adik beradik menjadi lebih akrab.

Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan oleh sesebuah keluarga untuk
membentuk sebuah keluarga yang harmonis. Sehubungan dengan itu, kita sebagai ahli dalam sesebuah
keluarg perlulah mengamalkan langkah-langkah tersebut agar kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan
terjamin berkekalan.

Anda mungkin juga menyukai