Anda di halaman 1dari 4

Soalan :

Peningkatan jumlah anggota masyarakat yang menghidapi penyakit


kronik dikatakan berpunca daripada kegagalan mereka mengamalkan
gaya hidup sihat. Jelaskan sejauh manakah pandangan ini benar.
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar penyakit kronik
kelihatannya semakin menjadi-jadi di negara kita. Secara umumnya,
penyakit kronik boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan abnormal
tubuh atau fikiran yang menyebabkan ketidaknyamanan. Pada
dasarnya, setiap individu di dunia ini sudah pastilah ingin memiliki
fizikal dan mental yang sihat. Namun demikian, kegagalan mereka
mengamalkan gaya hidup sihat telah menyebabkan mereka terpaksa
berhadapan dengan penyakit kronik yang memudaratkan. Persoalannya,
gaya hidup yang bagaimanakah menjadi punca timbulnya masalah
tersebut? (TASHA K, 73)

Pada hakikatnya, antara gaya hidup yang menyebabkan peningkatan


penyakit kronik dalam anggota masyarakat termasuklah tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Hal ini terjadi kerana
sesetengah masyarakat kini, gemar mengambil makanan segera
berasaskan produk sejuk beku. Makanan sebegini mengandungi garam
dan lemak yang tinggi. Hal ini menyebabkan masyarakat mudah
mendapat penyakit. Contohnya, penyakit obesiti yang dihadapi oleh
masyarakat berpunca daripada pemakanan tidak mengikut piramid
makanan seperti yang digambarkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh
sebab itu, pengambilan makanan yang tidak sihat tidak dianggap penting
untuk kesihatan mereka. Tegasnya, setiap orang perlu mengambil
makanan seimbang untuk mengelakkan penyakit kronik. (AKMAL, 80)

Seterusnya, tidak melakukan aktiviti senaman merupakan salah satu


punca anggota masyarakat berisiko menghidapi penyakit kronik. Secara
umum kita seharusnya melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya
dua puluh minit sehari atau tiga kali seminggu. Aktiviti bersukan dapat
mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman menyebabkan semua toksin badan keluar bersama-
sama. Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan individu
yang tidak bersenam selama dua tahun menyebabkan kekuatan jantung
untuk mengepam darah berkurangan sebanyak lima puluh peratus. Oleh
itu, setiap golongan lapisan masyarakat haruslah menitikberatkan aktiviti
bersenam untuk memiliki badan yang sihat. Tuntasnya, golongan
masyarakat yang tidak bersenam memiliki badan yang tidak sihat lalu
menjurus kepada peningkatan jumlah anggota masyarakat yang
menghidapi penyakit kronik. (AISYAH)

Seterusnya, peningkatan jumlah anggota masyarakat yang menghadapi


penyakit kronik merupakan akibat daripada sesetengah orang yang tidak
dapat meninggalkan tabiat merokok. Hal ini bersangkut paut dengan
risiko mengalami penyakit kronik bagi golongan ini lebih tinggi. Sebagai
contoh, mereka yang suka merokok kemungkinan akan menghidap
penyakit kronik yang terdiri daripada pelbagai kanser seperti pundi
kencing, paru-paru, usus, mulut dan sebagainya. Oelh itu, mereka mudah
mendapat penyakit kronik dengan begitu cepat. Kesudahannya, kita harus
menghindari perokok kerana boleh mengalami penyakit kronik sebab di
dalam rokok terdapat bahan kimia yang berbahaya. (SALWANI)

Di samping itu, ciri-ciri masyarakat yang menagmalakn gaya hidup


tidak sihat termasuklah tidak menitikberatkan masa dengan dengan kadar
rehat dan tidur mencukupi. Pada dasarnya, pengurusan masa untuk rehat
dan tidur yang tidak mencukupi memudahkan penularan penghidapan
pelbagai penyakit terhadap diri kita. Tamsilnya, sekiranya seseorang yang
sibuk bekerja dalam kehidupan seharian, namun kurang masa untuk
berehat, maka pelbagai penyakit kronik boleh dihidapi seperti tekanan
darah tinggi, sakit tulang belakang dan sakit otot dan sendi. Situasi ini
sememangnya mendedahkan masyarakt kepada pelbagai penyakit yang
berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan mereka. Tuntasnya,
jelaslah bahawa pengurusan masa untuk rehat dan tidur yang tidak
mencukupi mampu mengancam kesihatan dan keselamatan diri kita.
(AFFAN, 88)

Dalam pada itu, sikap tidak mementingkan kebersihan persekitaran


makanan, tubuh badan, dan lain-lain juga boleh menyebabkan seseorang
mengalami penyakit kronik. Suasana sebeginilah yang menjadi duri
dalam daging masyarakat pada hari ini. Sikap sesetengah masyarakat
yang suka memandang remeh sesuatu perkara berkenaan kesihatan inilah
yang banyak menyumbang kepada kemerosatan tahap kesihatan rakyat
dalam negara. Sebagai contoh, sikap masyarakat yang suka hidup dalam
keadaan yang tercemar, suka makan makanan segera yang berkalori
tinggi dan tidak suka bersenam. Kesannya, risiko untuk mendapat
penyakit kronik ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya terdapat
masyarakat yang bersikap sebegini. (ZAMIR, 88)

Sementara itu, pnyakit kronik juga berpunca daripada persekitaran


yang tercemar. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka yang tinggal di
kawasan perindustrian biasanya lebih terdedah kepada risiko penyakit
kronik. Situasi ini terjadi kerana, individu yang tinggal di kawasan
perindustrian mudah dihidapi penyakit kronik akibat daripada asap yang
keluar dari kilang. Asap daripada bahan kimia yang keluar dari kilang
akan menyebabkan mereka yang terhidu asap ini akan menghidap
penyakit seperti kanser paru-paru, bronkitis dan kecacatan. Keadaan ini
tentunya akan menyebabkan masalah penyakit kronik meningkat. Jelaslah
bahawa, persekitaran yang tercemar akan menyebabkan seseorang
menghidapi penyakit kronik. (DAYAH, 85)

Dalam pada itu, penyakit kronik juga dikatakan berpunca daripada


faktor keturunan atau baka. Hal ini dikatakan demikian, kebanyakan
penyakit kronik boleh dinyatakan berpunca disbebabkan faktor
keturunan. Misalnya, ibu bapa yang menghidap penyakit kronik seperti
diabetis, berkemungkinan waris mereka akan menghidap penyakit yang
sama. Perkara ini menjadi kebimbangan dalam kehidupan masyarakat
yang menghidap penyakit kronik. Walaubagaimanapun, jika masyarakat
sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat yang produktif pasti penyakit
kronik boleh dielakkan. Tegasnya, anggota masyarakat seharusnya
sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat agar penyakit kronik tidak
mendampingi mereka. (FIRAZ, 79)

Konklusinya, berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa peningkatan


jumlah anggota masyarakat yang mengalami penyakit kronik berpunca
daripada kegagalan mengamalkan gaya hidup sihat di samping faktor
baka dan persekitaran yang tidak bersih. Namun demikan, masih terdapat
segelintir anggota masyarakat yang memandang remeh akan kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat. Walaubagaimanapun, tiada penyakit
yang tiada penawarnya, justeru langkah-langkah yang konkrit, sistematik,
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh
diubah kepada yang lebih positif. Oleh itu, anggota masyarakat perlu
menyedari hal ini dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada menjadi
magsanya. (ALIN, 79).

Anda mungkin juga menyukai