Anda di halaman 1dari 1

Tajuk 12 Keusahawanan merupakan suatu bidang yang mempunyai potensi yang cerah pada masa depan.

Secara ringkasnya, bidang keusahawanan dapat ditakrifkan sebagai satu proses mewujudkan organisasi perniagaan. Walau bagaimanapun kebelakangan ini, golongan belia di Negara kita kurang menceburkan diri dalam bidang tersebut disebabkan oleh pelbagai factor. Keadaan ini amat membimbangkan pihak kerajaan dan hal ini tidak patut dibiarkan berlarutan. Isu mengenai golongan belia yang tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sentiasa hangat diperkatakan. Hampir seluruh media membicarakan topic itu umpama pisang goring yang panas. Golongan belia kurang berminat untuk menceburi bidang ini kerana mereka tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan. Bidang ini bukanlah mudah untuk dipelajari, malah mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dipelajari. Golongan belia juga tidak didedahkan dengan ciri-ciri keusahawanan sejak dari kecil. Sehubungan dengan itu, sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang ini menyebabkan mereka tidak berpengalaman. Tambahan pula, segelintir ibu bapa di Negara in berpendapat bahawa bidang ini mungkin tidak mampu menampung kehidupan anak-anak mereka pada masa depan. Seterusnya ialah golongan belia yang mengalami masalah kekurangan modal. Sumber kewangan yang mencukupi diperlukan untuk memulakan sesuatu bidang perniagaan atau perusahaan. Pihak bank pula enggan memberikan pinjaman kepada golongan belia yang tidak berpengalaman dalam bidang ini. Hal ini demikian kerana pihak bank tidak yakin untuk meluluskan pinjaman yang dipohon oleh pemohon kerana kebanyakan pihak bank takut peminjam gagal menjelaskan pinjaman sekiranya perniagaan mereka menghadapi sesuatu kerugian. Oleh yang demikian, golongan belia yang tidak ada sumber kewangan akan tersisir daripada menceburi bidang ini. Selain faktor di atas, kebanyakan keluarga di Malaysia masih mengamalkan tradisi makan gaji. Golongan belia lebih berminat makan gaji dengan kerajaan atau swasta daripada perniagaan sendiri. Hal ini demikian kerana, mencari kerja dengan agensiagensi berkenaan lebih senang dan mudah untuk memperoleh sumber kewangan daripada memulakan perniagaan sendiri yang memerlukan usaha yang kuat. Tambahan pula, golongan belia tidak mendapat sokongan atau galakkan daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang boleh menjadi tulang belakang untuk memulakan bidang keusahawanan ini. Sehubungan dengan itu, statistik negara ini menunjukkan bahawa sebanyak 75 peratus golongan belia bekerja di bawah sektor kerajaan dan swasta, manakala yang lain-lain adalah sebaliknya. Oleh itu, jika sekiranya mereka mencuba menceburkan diri dalam bidang ini tanpa sokonga mana-mana pihak, berkemungkinan besar peluang mereka untuk berjaya adalah agak tipis. Selain itu, jika fenomena ini terus berleluasa jumlah belia yang menganggur akan bertambah ibarat kudis yang merebak. Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka memohon suatu bidang pekerjaan tertentu tanpa berdasarkan minat yang mendalam mereka tidak akan diterima oleh mana-mana majikan. Akibatnya mereka akan menganggur dan menambahkan kadar pengangguran di negara ini. Malahan, persaingan untuk mereka merebut peluang pekerjaan dalam mana-mana sektor akan menjadi lebih sengit. Kemasukan pekerja dari negara-negara jiran menyukarkan mereka untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Dengan erti kata lain, golongan belia ini tidak akan bekerja pada tempoh tertentu. Di samping berusaha bersungguh-sungguh, keupayaan mereka untuk berdikari amat penting dalam menghadapi sesuatu masalah seperti persaingan. Tuntasnya, kesukaran mereka untuk berdikari menyebabkan mereka tidak berminat dalam keusahawanan dan akhirnya menjadi penganggur berjaya. Dalam pada itu, peluang perniagaan yang ada mungkin akan direbut oleh orang luar yang sanggup menanggung risiko untuk mengusahakan sesuatu bidang perniagaan. Dalam era globalisasi, ramai usahawan dari luar negara berebut untuk memajukan bidang perniagaan yang diramalkan mampu mengaut keuntungan beribu-ribu ringgit. Jika golongan belia tidak dilatih secara proaktif dan inovatif untuk menerokai bidang keusahawanan dengan lebih mendalam, impaknya negara ini akan mengalami kerugian yang besar. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang usahawan dari negara lain menjadi usahawan berjaya di negara ini, pengaliran duit bukan sahaja mengalir diantara kerajaan dengan rakyat malah dengan usahawan asing berkenan. Bayangkanlah jika seramai 100 orang usahawan dari negara luar menjadi ahli perniagaan yang berjaya dalam jangka masa yang panjang, sudah tentu negara ini akan mengalami kerugian. Oleh sebab itu, golongan belia tidak harus terus beranggapan bidang ini susah untuk dipelajari. Kesimpulannya, fenomena ini kian meruncing. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak-pihak berkenaan, khususnya kerajaan dan swasta perlu mencari alternatif yang efektif untuk menarik golongan belia menceburi bidang keusahawanan. Bidang ini walaupun mencabar, tetapi jika diusahakan akan membawa faedah kepada seseorang individu tersebut. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada rakyat Malaysia juga amat diperlukan. Mereka tidak seharusnya menganggap krisis ini sebagai perkara yang remeh dan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Oleh itu, golongan belia harus diberikan sokongan bagi menyemarakkan semangat mereka untuk menceburi bidang ini dalam menghadapi era globalisasi. Disediakan oleh: Dominic Nyandang

Anda mungkin juga menyukai