Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN:

Kenaikan harga barang dikatakan semakin menjadi-jadi di negara


kita.Kenaikan harga barang ini telah menyebabkan perbelanjaan rakyat
Malaysia semakin bertambah .Bagi golongan yang hidup dengan
pendapatan yang tidak menentu dan pendapatan tidak mencukupi ini sudah
pasti menimbulkan beban kehidupan kepada mereka.Sebagai
contoh,golongan B40 dikatakan sebagai golongan miskin bandar kerana
pendapatan kos sara hidup yang semakin tinggi.Pendapatan penduduk B40
di bandar dalam tempoh satu bulan dikatakan tidak mencukupi kepada
mereka.Terdapat pelbagai kesan kenaikan harga barang.Oleh itu,terdapat
juga langkah-langkah untuk menangani kesan kenaikan harga barang
tersebut. (85)
ISI 1:
Pada pendapat saya,antara kesan kenaikan harga barang termasuklah dapat
meningkatkan beban kos hidup yang tinggi.Peningkatan harga bagi barangan
keperluan dan barangan penggunaan harian amat membebankan
masyarakat.Hal ini menyebabkan kerana,mereka terpaksa membeli barangan
keperluan harian dengan harga yang lebih mahal daripada kebiasaannya.Oleh
sebab itu, masyarakat yang miskin berasa susah untuk membeli barangan
keperluan dengan harga yang lebih mahal.Sebagai contoh,masyarakat
terpaksa berbelanja tinggi untuk membeli barangan keperluan seperti
makanan dan pakaian serta sewa rumah.Jelaslah bahawa kenaikan harga
barang yang tinggi telah membebankan kos sara hidup masyarakat.(91pp)
ISI 2:
Kenaikan harga barang juga menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan
rendah terjejas.Kenaikan harga barang telah memberikan kesan kepada semua orang
terutamanya golongan berpendapatan rendah .Golongan ini sangat terhimpit dengan
masalah kenaikan harga barang kerana mereka terpaksa membayar lebih dalam
keperluan harian mereka.Sebagai contoh, peniaga kecil-kecilan terpaksa menutup
perniagaan mereka kerana bahan mentah seperti ayam,minyak masak dan tepung dijual
dengan harga yang tinggi.Perkara ini bukan sahaja menyebabkan peniaga kecil-kecilan
berhenti berniaga malah golongan ini akan hilang punca pendapatan.Jelaslah
bahawa,kesan kenaikan harga barang kepada golongan berpendapatan rendah telah
membebankan kehidupan golongan masyarakat yang miskin. (97)
ISI 3:
Langkah meningkatkan kesedaran melalui kempen jimat cermat merupakan
langkah untuk menangani kenaikan harga barang.Melalui kempen tersebut,kita
dapat mempraktikkan diri dalam mengamalkan sikap berjimat cermat.Perkara ini
dapat mengehadkan perbelanjaan kita ketika mengalami ekonomi tidak
stabil.Justeru,kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika membelanjakan wang
terutama dalam pembelian barang seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Kita
juga boleh mengamalkan amalan makan di rumah kerana harga makanan di kedai
turut meningkat.Melalui cara ini,kita dapat mengurangkan permintaan terhadap
sesuatu barang sekaligus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.Tegaslah
bahawa,melalui kempen berjimat cermat dapat membantu kita dalam menangani
masalah kenaikan harga barang.(99)
ISI 4:
Pemantauan pihak berkuasa secara berkala juga merupakan langkah yang
perlu diambil bagi menangani isu kenaikan harga barang. Pihak kerajaan
mestilah membuat pemantauan harga pada barang yang dijual oleh para
peniaga kepada pelanggan. Tindakan ini dilakukan supaya pelanggan tidak
ditipu oleh para peniaga yang tamak. Perkara ini berlaku kerana sikap peniaga
yang mementingkan keuntungan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan
yang tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sesuka
hati tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Tindakan ini
dilakukan supaya berlakunya keadilan dalam aktiviti urus niaga di negara ini.
( 88pp)
Bekalan domestik mencukupi juga merupakan langkah untuk menangani kenaikan harga barang. Tindakan ini dilakukan oleh pihak kerajaan
supaya barangan yang dihasilkan dapat memenuhi permintaan pelanggan. Bekalan yang mencukupi dapat menghasilkan barangan yang
sempurna dan selesa bagi penggunaan pengguna. Pihak pengeluaran perlu memastikan barangan yang mereka hasilkan memenuhi cita rasa
pengguna. Pihak kerajaan perlu memastikan negara kita mempunyai bekalan domestik bagi memperbanyak barangan untuk meningkatkan
hasil penjualan dlm negara. Tindakan ini dapat memastikan barang yang dikeluarkan mencukupi di sasaran paaaran. Kesannya, kenaikan harga
barang tidak berlaku akibat permintaan barangan yang tinggi.(90)
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak
pihak.Perkara tersebut memberi banyak kesan kepada
masyarakat.Antaranya meningkatkan kos sara hidup bagi seseorang dan
kehidupan golongan yang berpendapatan rendah terjejas.Oleh itu,semua
pihak hendaklah sentiasa memainkan peranan penting dalam menangani
isu ini melalui kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.Dengan itu,
masyarakat dapat mengawal perbelanjaan dengan berhemah supaya dapat
menjalankan kehidupan dengan baiknya. (59)

(609 pp)

Anda mungkin juga menyukai