Anda di halaman 1dari 3

Baru-baru ini, kenaikan harga barang semakin menjdi-jadi di negara kita.

Kenaikan ini mengakibatkan beban rakyat terus meningkat bagi meneruskan rutin
harian. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang atau kurang berada ini,kenaikan ini sudah pasti memberikan kesan
maksima kepada golongan yang berpendapatan rendah. Hal ini mengingatkan
supaya mengkaji punca-punca fenomena ini serta mengupas kesan daripadanya
supaya sentiasa bersedia bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum
habis.

Antara sebab utama yang menyebabkan harga barang meningkat mendadak


adalah faktor pengeluaran barangan keperluan tidak dapat menampung keperluan
negara. Pengeluaran barangan domestik tidaklah sepadan dengan bilangan
penduduk negara yang meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini juga
mengakibatkan kita mengharapkan barangan import yang sekaligus meningkatkan
harga jualan. Walaupun bilangan penduduk bertambah, namun kilang penghasilan
barangan di negara kita tidak bertambah bagi menampung keperluan negara.
Suasana ini juga disebabkan keengganan pelabur asing yang tidak mahu melabur di
negara kita. Sebab-sebab ini telah menjadikan barangan keperluan rakyat sentiasa
tidak cukup terutamanya pada musim perayaan sehinggakan harga barangan
tersebut mendadak.

Seterusnya, sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang berlebihan


juga telah mengakibatkan harga barangan meningkat. Peniaga suka menaikkan
harga barangan terutamanya pada musim perayaan atau semasa ketandusan
sesuatu barang. Ada peniaga juga yang gemar menyorok barangan keperluan untuk
menaikkan harga. Contohnya, kenaikan harga gula dikaitkan dengan aktiviti
peniaga menyorok bekalan gula. Mereka juga menaikkan harga sesuka hati tanpa
menghiraukan tindakan kerajaan yang menentukan harga sesuatu barang.
Tindakan peniaga ini juga didorong oleh minat pembeli yang sentiasa berubah dan
keadaan ini juga sering menjadi tanda positif bagi menaikkan harga barang. Ini
dapat melihat dalam penjualan barang-barang elektronik yang semakin hari
semakin terus menjadi.

Selain itu, kenaikan harga barang juga dikatakan berpunca daripada


pengeluaran barangan yang terjejas akibat bencana alam. Bencana alam seperti
banjir besar sering mengundang senario ini. Sitem perjalanan darat akan musnah
terus sehingga mengalami kesukaran untuk menghantar barang-barang sekaligus
meningkatkan harga barangan disebabkan permintaan yang tinggi. Taufan yang

sering terjadi di negara jiran menjejaskan barangan pengeluaran import yang


sekaligus membantutkan penghantaran barangan ke negara kita. Faktor ini juga
disebabkan negara kita yang masih mengimpot barangan keperluan dari negara
jiran. Bencana lama seperti ini juga telah membataskan penghasilan barangan
disebabkan ketandusan air yang bersih atau pemperolehan bahan komoduti. Oleh
yang demekian, bencana alam banyak mempengaruhi kenaikan harga barang di
negara kita.

Kenaikan harga barangan telah memberikan impak kepada semua orang.


Antaranya, situasi ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan
rendah semakin kesempitan. Hal ini berlaku demikian kerana kuasa beli mereka
semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan.
Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat dan dianggarkan
meningkat daripada harga yang sebelumnya. Perkara ini sudah tentu akan
mendatangkan kesan buruk kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini
hanya cukup untuk makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan
mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan


dan alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna
menjadi mangsa eksploitasi peniaga. Peniaga dan badan korporat menggunakan
kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak
mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain,
sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya ialah pengguna. Selain itu,
terdapat juga peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang dengan
sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini mambawa kesan negatif kepada
sosioekonomi dan menyekat kemajuan ekonomi negara. Keadaan yang meruncing
dan mendadak akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk
menghadapinya terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti
petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat
membebankan.

Selain kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat,


terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini.
Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap

kenaikan minyak. Kos perkhidmatan yang membebankan juga akan bertambah


seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini.
Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung
bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau
bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa
menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis
berkenaan.Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh
pengguna. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan
berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah melanda negara kita.


Kenaikan harga barang yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan
ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara.
Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan membendung masalah kenaikan
harga barangan keperluan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini
supaya masalah kenaikan harga barang dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai