Anda di halaman 1dari 3

PADA umumnya inflasi bermakna kenaikan harga yang berterusan dalam tingkat harga

umum . Harga umum itu merujuk kepada harga yang menggambarkan paras harga bagi kes
eluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi di sesebuah ne
gara pada sesuatu masa tertentu.
Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan dan perkhidmatan yang ada pada sesu
atu masa itu maka satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ter
sebut. Kaedah itu menggunakan pendekatan mengambil sebilangan barangan dan perkh
idmatan di pasaran dan menjadikannya wakil kepada keseluruhan barangan dan perkh
idmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi itu. Kaedah ini jugalah yang digunakan di
Malaysia dan harga barangan serta perkhidmatan tersebut diukur dan ia dipanggil
sebagai Indeks Harga Pengguna (IHP).
IHP diukur dengan cara membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada
tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa. Menerusi perbandingan inilah
inflasi dapat dikenal pasti. Dengan kata lain kadar inflasi adalah peratus perub
ahan paras harga IHP barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asa
s.
Peningkatan inflasi akan berlaku apabila paras harga umum terus meningkat secara
berterusan dalam satu-satu tempoh masa. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat se
mentara seperti kenaikan harga barang atau perkhidmatan akibat daripada faktor b
encana alam atau kenaikan harga kerana dasar kerajaan seperti menaikkan kadar cu
kai barangan tertentu contohnya tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan h
arga sedemikian hanya berlaku sekali sahaja. Tetapi kenaikan harga minyak secara
berterusan adalah contoh terbaik untuk mengilustrasikan faktor penyebab berlaku
nya kenaikan kadar inflasi.
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, kadar
semasa IHP negara pada Julai ialah 4.1 peratus berbanding 3.9 peratus pada Jun.
Beliau menjangkakan kadar inflasi negara pula akan berada di bawah paras 3 perat
us tahun depan berbanding 3.8 peratus pada masa ini.
Pergerakan positif penurunan kadar inflasi ini banyak disumbangkan oleh persekit
aran pasaran harga minyak mentah dunia yang jatuh pada pertengahan tahun ini iai
tu ke paras sekitar AS$60 setong berbanding hampir AS$80. Di samping itu pertumb
uhan ekonomi global yang dijangka berkembang pada kadar sederhana dijangka turut
mampu membendung tekanan inflasi untuk masa terdekat.
Usaha mengekang kenaikan kadar inflasi bukanlah tanggungjawab BNM semata-mata ke
rana usaha tersebut tidak akan berjaya jika tidak disokong oleh masyarakat pengg
una. Kadar kenaikan harga yang tidak terkawal pasti akan memburukkan lagi kadar
inflasi dan tidak mustahil mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara itu. Ekonom
i yang lumpuh pastinya akan membawa kepada permasalahan sosial yang serius dan a
khirnya boleh menggugat kestabilan politik dan kerajaan.
Meningkatnya kadar inflasi bermakna meningkatlah kos sara hidup rakyat dan secar
a langsung akan menurunkan taraf hidup mereka. Asas utama kepada tuntutan kenaik
an gaji yang diperjuangkan oleh kesatuan sekerja seperti Cuepacs dan Polis Diraj
a Malaysia (PDRM) di sektor perkhidmatan awam/ berkanun ataupun swasta (mereka y
ang berpendapatan tetap) adalah kerana peningkatan kos sara hidup tersebut. Adal
ah jelas untuk dilihat hari ini bahawa kadar harga barang atau perkhidmatan yang
sama yang pernah diperoleh dahulu telah meningkat naik. Ini bermakna kuasa beli
untuk jumlah ringgit yang sama telah menjadi semakin kecil.
Jika dilihat dari sudut makro pula, kadar inflasi tinggi akan mengurangkan daya
saing sesebuah negara. Secara khususnya ia akan menyebabkan syarikat menanggung
peningkatan kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan dihasilkan. Kesan negatif
tersebut akan lebih dirasai oleh syarikat berorientasikan eksport. Jika ini bert
erusan ia mampu menyumbang kepada penurunan minat pelabur tempatan dan asing unt
uk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia
bagi September 2006, kadar pertumbuhan ekonomi global diramalkan mengalami penur
unan daripada 5.1 peratus pada tahun ini kepada 4.9 peratus pada tahun 2007. Beb
erapa pemerhati ekonomi tempatan pula menjangkakan kadar yang lebih perlahan lag
i iaitu 4.7 peratus berbanding 4.9 peratus tersebut ekoran daripada kesan kenaik
an harga minyak dan ketegangan geopolitik di beberapa negara.
Kini telah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memastikan
kadar inflasi dapat dikawal dan diturunkan lagi dan akhirnya mencapai tahap inf
lasi sifar. Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu daripad
a faktor-faktor ataupun kombinasi faktor-faktor seperti inflasi tolakan kos, tar
ikan permintaan dan inflasi yang diimport.
Untuk membendung inflasi tolakan kos, warga perniagaan iaitu pengeluar perlu mem
astikan tahap keefisienan operasi mereka berada di tahap tertinggi. Peningkatan
kos upah sebagai contohnya pasti akan menurunkan kadar keuntungan mereka dan ant
ara langkah popular yang sering diambil oleh syarikat untuk terus mengekalkan ka
dar keuntungan mereka ialah menaikkan harga barang. Apabila ini berlaku maka tin
gkat harga umum akan meningkat dan penyusutan nilai ringgit akan terus berlaku a
tau dengan kata lain kadar inflasi akan meningkat naik lagi.
Di samping itu pengeluar juga perlu bijak menjangkakan kadar permintaan dan pena
waran barangan dan perkhidmatan mereka di pasaran. Kemampuan membuat jangkaan te
pat penawaran dan permintaan mampu mengekang kenaikan kadar inflasi. Inflasi ber
laku apabila terjadi peningkatan mendadak permintaan berbanding penawaran barang
an dan perkhidmatan di pasaran pada sesuatu masa tertentu di sesebuah negara itu
. Keadaan ini selalu juga berlaku apabila ekonomi sesebuah negara itu berada pad
a tingkat guna tenaga penuh.
Inflasi juga boleh wujud akibat daripada aktiviti import. Keadaan ini boleh berl
aku apabila rakyat cenderung membeli barangan import. Kesannya dapat dilihat den
gan ketara apabila berlaku peningkatan harga barangan akibat daripada peningkata
n kos pengeluaran di negara pengeluar (asing) tersebut. Di samping itu kadar per
tukaran wang di antara negara terlibat dan boleh juga menyumbang kepada peningka
tan kadar inflasi. Sebagai contoh jika nilai tukaran ringgit jauh lebih rendah b
erbanding mata wang asing (negara pembekal) maka semakin tinggilah harga yang te
rpaksa dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang d
iimport itu.
Langkah-langkah mewujudkan persekitaran pasaran terkawal amat perlu dan langkah-
langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHE
P) mengawal barangan tertentu dengan penetapan harga minimum dan siling sebagai
contohnya adalah tepat pada masanya. Langkah ini pada dasarnya mampu membendung
inflasi dari perspektif ini iaitu lebih dipengaruhi oleh faktor jangkaan penggun
a.
Usaha harus digembleng agar pengguna tidak membuat jangkaan yang harga akan naik
pada masa hadapan. Ini adalah perlu kerana jika mereka mula panik maka senario
krisis gula yang berlaku baru-baru ini akan berulang dan tidak mustahil berlaku
ke atas barangan atau perkhidmatan lain. Dengan kata lain inflasi akan meningkat
apabila pengguna berbelanja secara luar biasa akibat daripada andaian bahawa bara
ngan akan kehabisan stok dan keadaan ini sering kali akan digunakan oleh pengelu
ar untuk meraih keuntungan berganda dengan meningkatkan harga barang atau perkhi
dmatan yang ditawarkan itu sesuka hati mereka.
Pendekatan semasa negara menerusi BNM iaitu mengamalkan Dasar Kewangan yang keta
t dijangka mampu mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran. Di samping
itu kaedah penetapan kadar faedah pinjaman berorientasikan keadaan semasa dijang
ka turut mampu mewujudkan perbelanjaan awam terkawal terutamanya yang berorienta
sikan pinjaman.
Selain itu dasar fiskal iaitu termasuk pengawalan cukai bagi barangan seperti ma
kanan, barang-barang elektrik, elektronik dan barang-barang isi rumah dijangka m
ampu menyumbang ke arah pengawalan kadar inflasi. Usaha-usaha kerajaan menggalak
kan persaingan sihat antara industri agar mencapai tahap penghasilan produktivit
i tertinggi, pemodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk
harus terus disokong oleh warga perniagaan.
Dengan kata lain semua aspek yang menyumbang kepada peningkatan kos seperti sist
em pengangkutan dan penghasilan bekalan makanan negara sebagai contohnya harus d
ipastikan berada pada tahap kecekapan maksimum.
Secara keseluruhannya usaha membendung inflasi ini adalah tanggungjawab seluruh
rakyat Malaysia. Kempen antiinflasi ataupun inflasi sifar harus dirancakkan semu
la sehingga ia mampu menjadi isu utama semua pihak di setiap lapisan masyarakat.
Kempen-kempen ke arah mewujudkan persekitaran inflasi sifar yang telah diasaskan
oleh kerajaan untuk membentuk pemikiran masyarakat pengguna yang mampu menyumba
ng kepada pembanterasan inflasi harus terus digembleng.
Langkah-langkah ke arah menggalakkan rakyat membeli barang buatan Malaysia, mera
ncang pembelian, membeli barang keperluan sahaja, membudayakan sifat berjimat ce
rmat, meminimumkan pembelian menggunakan kad kredit, menghapuskan amalan pencatu
an di kalangan peniaga di samping terus berusaha membentuk imej pengguna bijaksa
na harus dipertingkat dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai