Anda di halaman 1dari 2

3.

0 DEFINISI

3.1 Pendidikan Agama Islam


Pengertian pendidikan agama islam adalah satu pengertian yang berbeza dengan
pendidikan. Hasan al-Sharqawi menyifatkan pendidikan Islam sebagai satu kefahaman
terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia kepada menjauhi diri dari sifat-sifat
tercela dan mendekatkan diri dengan sifat-sifat terpuji. Semuanya ini akan dapat
mencerdikkan akal, menguatkan tubuh badan, membersihkan diri dan menyucikan hati
tanpa menjadikan salah satu daripadanya melemahkan yang lain. Selain itu, menurut
Abdullah Nasih Ulwan memberikan definisi tersendiri terhadap maksud pendidikan Islam.
Beliau mengkhususkan maksud pendidikan Islam ini kepada pendidikan anak-anak.
Pendidikan Islam menurut beliau adalah berusaha untuk menyediakan dan membentuk
anak didik agar menjadi anggota masyarakat yang baik dan menjadi manusia yang soleh di
dalam kehidupan ini. Rata-rata tokoh pendidikan menterjemahkan maksud pendidikan Islam
adalah berdasarkan maksud pendidikan yang telah dikemukakan dari awal perbincangan.
Kemudian perkataan pendidikan digabungkan dengan perkataan Islam yang menjadikan
pendidikan berdasarkan ajaran Islam. Jadi dapatlah disimpulkan di sini bahawa pendidikan
Islam ialah suatu proses menyampaikan ilmu kepada seseorang dalam usaha untuk
membentuk peribadi dan sahsiah dalam kehidupan seharian yang berlandaskan ajaran
Islam.

3.2 Sekolah Agama


Penubuhan Sekolah Agama pada masa kini sangat seiring dengan system pendidikan di
negara ini. Penambahbaikkan yang dilakukan hamper setiap Sekolah Agama telah
dilaksanakan. Pada tahun 1970, sekolah sekolah agama rakyat kurang mendapat sambutan
akan kerana system pentadbirannya yang kurang teratur dan kemudahan yang disediakan
pihak sekolah tidak sama dengan sekolah biasa. Dengan itu, Kementerian Pelajaran pada
masa itu telah mendapat kata sepakat bersama kerajaan-kerajaan negeri di semenanjung
Malaysia agar system pentadbiran Sekolah Agama dapat dipulihkan dan akan diselaraskan
dengan sekolah biasa. Selain itu, Sekolah Agama pada zaman sekarang initelah mendapat
sambutan yang banyak, ini kerana Sekolah Agama kini juga mempunyai mata pelajaran
yang sama seperti di Sekolah Kebangsaan seperti matematik, Bahasa inggeris dan sains.
Malahan, pelajar di Sekolah Agama juga menduduki peperiksaan PT3 dan juga SPM.
Justeru itu, Sekolah Agama kini standing dengan Sekolah Kebangsaa.
RUJUKAN:

1. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. (n.d.). Retrieved May 1,


2020, from
https://www.researchgate.net/profile/Wan_Mohd_Tarmizi_Wan_Othman/publication/
316229008_Sejarah_dan_Perkembangan_Pendidikan_Islam_di_Malaysia/links/58f6
b330aca2723d16a98ce1/Sejarah-dan-Perkembangan-Pendidikan-Islam-di-
Malaysia.pdf

2. “SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA


(SMKA).” Usrah Management System (UMAS), 16 July 2016,
usrahmanagementsystem.wordpress.com/sejarah-penubuhan-sekolah-menengah-
kebangsaan-agama-smka-2/.

Anda mungkin juga menyukai