Anda di halaman 1dari 2

Integrasi nasional sangat penting di negara yang mempunyai

penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini penting kerana ia


berperanan untuk menggabungkan beberapa kaum dari pelbagai segi untuk
menyatukan negara. Sekiranya integrasi nasional dapat dicapai, maka
wujudlah keharmonian dan kesefahaman. Namun begitu, terdapat halanganhalangan yang melambatkan proses tersebut.
Antara halangan-halangannya yang pertama ialah faktor sejarah. Sejak
Tanah Melayu dijajah oleh British, penjajah Inggeris telah melaksanakan
dasar pecah dan perintah yang telah mengasingkan tiga kaum utama di
negara ini di tiga lokasi yang berbeza. Tujuan pengasingan yang diamalkan
oleh pihak penjajah adalah supaya tiga kaum ini tidak sepakat dan
bekerjasama untuk menentang sistem pentadbiran pihak British pada masa
itu. Oleh itu, pada hari ini masalah tersebut masih tidak dapat diatasi
sepenuhnya. Faktor ini telah mewujudkan rasa tidak puas hati antara mereka.
Halangan kedua ialah taraf ekonomi yang berbeza. Hal ini demikian
kerana mereka terdapat perasaan tidak puas hati dari segi penguasaan
ekonomi negara yang menyebabkan masalah perpaduan kaum sukar diatasi.
Sebagai contoh, kaum Cina tinggal di bandar menikmati keadaan yang lebih
baik. Namun begitu, kaum Melayu yang tinggal di kawsan kampung
manakala kaum India yang tinggal di estet tidak menikmati keadaan seperti
di bandar. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kaum yang rasa diri
mereka terpinggir dari arus pemodenan negara.
Halangan seterusnya ialah pergaulan yang terbantas antara tiga kaum.
Pada awal kemerdekaan, pihak British yang melaksanakan dasar ini telah
mengasingkan tiga kaum di tempat yang berbeza dan telah mewujudkan
masalah kekurangan berkomunikasi antara kaum. Masalah ini masih
berkekalan pada hari ini. Selain itu, faktor lokasi tempat tinggal yang
berbeza juga mewujudkan masalah tersebut. Secara tidak langsung,
kekurangan pertemuan antara kaum juga telah menjadi faktor yang jelas
yang menyebabkan masalah ini wujud.

Terdapat juga halangan yang wujud dalam sistem pendidikan sekolah


rendah. Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan menunjukkan
ketidakseimbangan kerana wujudnya perbezaan sukatan pelajaran dan juga
bahasa penghantar. Setiap kaum mempunyai sistem pendidikan yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing pada peringkat sekolah rendah.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C) ) dan Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK (C) ) menggunakan bahasa ibunda masingmasing untuk semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Hal ini telah mewujudkan jurang perkauman yang lebih mendalam.
Halangan terakhir ialah perbezaan agama dan budaya. Pelbagai kaum
di Malaysia mempunyai agama, budaya dan juga kepercayaan masingmasing. Cara hidup yang berbeza antara kaum akan mengurangkan
komunikasi antara mereka. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya
perselisihan faham antara kaum. Selain itu, perbezaan agama dan
kepercayaan ini akan menghalang mereka untuk bergaul mesra. Hal ini
bertambah buruk apabila wujudnya sikap kurang toleransi dan sikap tidak
menghormati kepercayaan sesuatu agama. Sesetengah masyarakat mudah
memandang rendah dan menghina kepercayaan kaum lain. Perbuatan ini
akan menyebabkan integrasi nasional tidak dapat dicapai.
Kesimpulannya, integrasi nasional sangat penting di Malaysia. Oleh
itu, penduduk-penduduk di Malaysia hendaklah bekerjasama untuk
mewujudkan perpaduan supaya proses ini dapat dijalankan dengan lancar.
Pelbagai pihak haruslah mengambil tindakan untuk mengatasi halanganhalangan yang melambatkan pelaksanaan proses ini supaya Malaysia akan
menjadi sebuah negara yang maju dan dapat mencapai Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai