Anda di halaman 1dari 7

CABARAN EKONOMI

Cabaran dari segi ekonomi Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah
wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule”
iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara.
Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi
yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan
luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong
bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang
dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan
semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling
nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak
British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah
mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum
terbabit. Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat
dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang
Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan
ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan
ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama
maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang
sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi
semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit. Ekonomi merupakan nadi bagi
sesebuah negara dan menjadi penggerak utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi
kita sejak kita mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Kerajaan British telah
memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka.
Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai
petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang
manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah
menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan jurang ekonomi antara
kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa
sekarang dimana sector perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan
orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan
interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja
dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama,
maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini
menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal. Dominasi
kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini
adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu
yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi
itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh
dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum
Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi
bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke
dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga
perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor
perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009)
pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun
mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang
menjadi darah daging mereka”. Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3
peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak
60.8 peratus dan kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan
Bumiputera adalah lebih rendah iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi
pertubuhan perdagangan borong, pemili-kan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi. Di
Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2 peratus daripada jumlah pertubuhan
perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera dan 2.9 peratus kaum
India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina adalah 94.5 peratus dan
Bumiputera sebanyak 3.8 peratus.Kaum melayu pula kekal engan sektor pertanian,penjawat
awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan penjawat awam. Keadaan ini telah
menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan wujudnya jurang ekonomi yang besar
dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-dasar, DEB dan RMK,
kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannya menghapuskannya.ini
menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak
ada percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf memandangkan mereka terpisah
dari dunia masing-masing. Golongan yang berpendapatan lebih tinggi pastilah tinggal di
kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari golongan yang lain.
Disamping itu dengan wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut
keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing mementingkan
etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini
dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum
sendiri diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru
ini dimana seorang Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town white coffe
untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah
pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan
terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan. Begitu
juga dalam member peluang pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa
sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika
ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia. 

CABARAN SOSIAL

Cabaran dari segi sosial yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik
menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial antara
kaum. Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam
diri setiap kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka sesuatu hubungan
yang baik sukar untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku
seperti di bawah Pemisahan dari segi fizikal.

a. Pemisahan dari segi fizikal. Kontrak Sosial Pemisahan fizikal ini berlaku pada
asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah
telah Ini di tambah lagi oleh dasar pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan
dan penempatan dimana orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan kegiatan
ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja
disana sedangkan orang cina berada di Bandar untuk melombong dan menjalankan
perniagaan. Untuk menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala
kelengkapan termasuk system pendidikan di tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan
ini, bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi
etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum.

b. Pemisahan dari segi pendidikan Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila
kerajaan british memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa
ibunda masing-masing dalam menjalankan PdP. Ini kerana pada zaman penjajahan, Tanah
Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman
pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan
pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran
dalam bahasa Inggeris. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan
keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai
banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan
ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah
vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah
menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem
persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah
vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut.
Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak
memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua
bangsa atau kaum. Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan
memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan
matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang
dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya
mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan
masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak
1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan
kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk
perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang
diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. kesan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969
telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas
peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini
turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan. Maka, berrmula tahun 2010,
sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan
masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga
kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya
tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang
baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan
daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia.
Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan,
maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang.
Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa bertemu untuk saling kenal 16 mengenali. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk
mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat
Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di
dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak
rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik
kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju
dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat
Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang
dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan
perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat
dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum
tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan
masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan
penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

c. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan


para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan
MIC. Kontrak ini diwujudkan idengan tujunan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan
diri atau kelompok masing – masing. Ia juga bagi memastikan kepentingan majoriti dan
minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Kontrak ini
juga akan memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana
persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan dan mesti kekal selama-
lamanya demi keamanan dan kemakmiran negara. Ia juga memastikan memastikan setiap
pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia
tidak bercanggah di masa depan dan seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat
menggugat hubungan yang terbina. Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama,
Orang Melayu akan menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara
dimana seperti yang dicadangkan oleh prinsip Jus Soli dan orang Cina dan India harus
mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan. Mereka juga harus mengiktiraf
agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja – Raja Melayu. Orang Cina
dan India juga mesti mengiktiraf dan menerima hak keistimewaan pertuanan orang Melayu.

5.2 Cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan hubungan etnik yang baik.

5.2.1 Perbezaan budaya


Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan masing-
masing mempunyai corak kebudayaannya yang tersendiri. Dengan perbezaan kebudayaan
yang dimiliki, adanya sikap pentingkan diri sendiri dan masing-masing mengagungkan
budaya sendiri menjadi satu racun dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang
pelbagai di Malaysia. Misalnya, sikap masing- masing mahu mengamalkan budaya sendiri
tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain, tidak menghormati kaum lain, berlainan
penggunaan laras bahasa yang sesuai boleh meninggalkan perspektif negatif terhadap
kaum tersebut. keadaan ini menyukarkan proses perpaduan antara kaum di Malaysia.

5.2.2 Tidak celik ilmu dan buta sejarah

Ramai di antara kita hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui objektif
perjuangan mereka. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut arahan dan bertindak
membuta tuli tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Mereka hanya mahukan suara
mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada baiknya kerana sikap inilah yang membuatkan
penjajah British suatu ketika dahulu amat gerun dengan orang Melayu. Itu kisah generasi
lama, berlainan pula dengan generasi muda zaman ini. Kebanyakan dari mereka belum pun
menamatkan persekolahan, tetapi sudah pandai bertindak luar kawalan, bukan seperti yang
dibataskan sebagai seorang pelajar. Mereka terlalu muda dan sememangnya hanya belajar
sejarah semata- mata untuk peperiksaan dan bukannya menghayati erti dan sebab
perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap sepenuhnya
dalam diri mereka.

5.2.3 Pemisahan fizikal

Pemisahan fizikal merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah British.
Ianya menyebabkan sesuatu golongan etnik tidak kenal antara satu sama lain kerana tidak
berpeluang untuk berinteraksi dengan kerap. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas
Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Pemisahan
penempatan atau fizikal ini merenggangkan perhubungan dan interaksi antara etnik dan
menghasilkan etnosentrimse. Akhirnya, wujudnya prasangka dan prejudis terhadap etnik
(Abd Rahim Abd Rashid, 2004).

5.2.4 Sistem pendidikan yang berasingan

Setiap etnik menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikan. Ini adalah
sistem vernakular. Contohnya, orang Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan
Bahasa Melayu, orang Cina belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Cina. Begitu
juga dengan etnik India. Sistem persekolahan yang terpisah menyebabkan integrasi dan
persefahaman sukar untuk dipupuk dalam kalangan murid. Apabila kerajaan
memperkenalkan program RIMUP, maka diharap program ini mampu untuk mengeratkan
interaksi dan perpaduan antara etnik pada usia yang muda (Tan Yao Sua, 2005).

Anda mungkin juga menyukai