Anda di halaman 1dari 12

Merealisasikan Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan)

dalam kalangan rakyat Malaysia

Abstrak

Keseimbangan Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan) didalam keselarasan atau


rasionalisasi ekonomi serta pemilikkan ekonomi dikalangan rakyat Malaysia adalah menjadi
suatu tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia adalah berpelbagaikan kaum dan berpengaruh
terutamanya Melayu, Cina, India dan kaum lain-lain bagi mempengaruhi corak masa depan
ekonomi negara. Maka dengan itu, adalah berhati-hati kepada pihak yang berperanan
terutama sekali pihak kerajaan serta jentera kerajaan agar memacukan ekonomi dan
penguatkuasaan ekonomi dikalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum agar selaras
dengan konsep Equaliti (kesamarataan) dan Equity (keadilan) serta terus terpelihara.

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Hal ini
kerana, kesan kehadiran kuasa penjajah British di negara kita telah mempengaruhi suasana
dalam struktur sosial ekonomi-politik didalam masyarakat Melayu dan suasana eknomi
orang Melayu ketika itu lebih kepada pengusahaan setempat dikawasan sawah padi,
bendang dan sebagainya. Tambahan pula, dasar kepentingan eknomi British sendiri dengan
dasar pecah dan perintah yang membawa masuk pendatang masyarakat Cina dari Hong
Kong dan diusahakan dikawasan perlombongan bijih timah dan kawasan bandar serta
masyarakat India dari negara India dan diusahakan dikawasan estet-estet getah, kelapa
sawit dinegara kita telah mempengaruhi keadaan sosial dinegara kita. Malah, pada
pandangan Furnivall (1948), konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang
dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari
segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan
ketidakstabilan lebih mudah berlaku.

Walaupun negara kita sudah medeka sejak 1957 lagi, kesan peninggalan dasar penjajah
British serta kesan peninggalan pemerintahan Jepun yang mempengaruhi suasana sosial
masyarakat dalam keadaan konflik masih menebal lagi sehinggalah berlakunya peristiwa
hitam bersejarah 13 mei 1969 kerana masalah-masalah penguasaan ekonomi dikalangan
rakyat Malaysia, masalah kecurigaan serta syak wasangka terutamanya kaum Melayu
merupakan penduduk asal iaitu kaum peribumi dan bimbang masa depan kaum tidak ubah
sama seperti suasana masyarakat sebelum merdeka dengan kaum Cina yang telah
memainkan peranan besar didalam kemajuan ekonomi negara serta wajar mengambil alih
peranan sebagai pentadbir negara yang didominasi oleh kaum Melayu. Sejurus selepas itu,
kerajaan telah menjadikan tragedi itu sebagai iktibar melaksanakan pelbagai dasar untuk
kebajikan, kepembangunan rakyat dan sebagainya untuk semua kaum dengan berteraskan
konsep Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan).

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, istilah kesamarataan (equality) membawa
maksud sama rata atau sama sahaja dan istilah keadilan (equity) pula membawa maksud
sifat baik dari segi perbuatan, tindakan dan sebagainya yang adil. Malah, dari segi gabungan
dua perbendaharaan kata ini dapat kita kesimpulkan bahawa sesuatu perkara itu perlulah
sama rata dan dilaksanakan dengan adil mengikut situasi ataupun keadaan. Pendek
katanya lagi, sesuatu perkara itu mesti adil terletak nisbah yang dinyatakan dan ini adalah
contoh visual untuk menggambarkan secara mudah maksud Equality (kesamarataan) dan
Equity (keadilan).

Selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha
pemupukkan dan keharmonian antara kaum. Baik dari segi politik, ekonomi dan sosial
diantara kaum. Dari segi ekonomi, salah satu dasar kerajaan yang saya bincangkan iaitu
Dasar Ekonomi Baru. Begitu juga dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan
Program 1 Malaysia yang merupakan deligasi DEB.

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein. Matlamat penubuhan DEB adalah untuk merealisasikan integrasi nasional
dan mencapai perpaduan kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan berdasarkan strategi
serampang dua mata bagi mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan perdapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum serta mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi agar dapat
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Sebenarnya, kerajaan pada ketika itu cuba menerapi dan merealisasikan konsep Equality
(kesamarataan) dan Equity (keadilan) didalam DEB. Malahan juga, DEB dilaksanakan agar
kesan dasar peninggalan British iaitu dasar pecah dan perintah antara kaum dan dapat
dibasmikan serta dapat menghindarkan negara kita ini berulang kembali peristiwa berdarah
rusuhan kaum 13 Mei 1969. Selain itu, diharapkan matlamat DEB dapat direalisasikan
sehinggalah tahun 1990 iaitu selama tempoh 20 tahun dasar ini dilaksanakan.

Tambahan pula, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia 1972 jumlah penduduk Malaysia
pada bulan Ogos 1970 ialah 10, 439, 530 orang. bumiputera merupakan 56.9% daripada
penduduk Malaysia. Jumlah orang Cina ialah 34.1% atau 3,555,871 orang manakala orang
India dan lainnya pula 9.0% atau 942,944 daripada jumlah penduduk Malaysia. Malah,
laporan banci penduduk pada tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan dibawah garis kemiskinan.
Daripada jumlah tersebut, 86% berada dikawasan luar bandar dan 14% berada dikawasan
bandar. Malahan juga, mengikut kadar pendapatan purata keluarga sebulan pada tahun
1970, kaum Melayu berpendapatan RM 172 sebulan, kaum Cina berpendapatan RM 394
sebulan dan kaum India berpendapatan RM 304 sebulan. Jelaslah penguasaan ekonomi
bagi sebuah keluarga untuk menyara hidup bagi kaum Melayu jauh sekali ketinggalan
berbanding kaum lain bahkan paling ramai sekali status kemiskinan yang ketara berbanding
kaum yang lain miskin dengan bilangan yang sedikit. Carta dibawah menunjukkan
perbandingan dengan lebih jelas:

Kadar pendapatan purata keluarga


sebulan mengikut kaum pada tahun
1970
RM450
RM400 Kadar pendapatan purata
RM350 keluarga sebulan pada
RM300 tahun 1970
RM250
RM200
RM150
RM100
RM50
RM0
Melayu Cina India

Sumber : Penyelidikan selepas banci penduduk dan perumahan 1970


Melalui DEB, beberapa strategi yang dilaksanakan untuk agar dapat menyusukan semula
ekonomi masyarakat antara kaum yang tidak seimbang dan menepati konsep Equity dan
Equality. Salah satu rancangan ialah mengurang dan seterusnya membasmikan kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira
kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Hal ini kerana suasana
sosial-ekonomi masyarakat pada ketika itu tidak meluaskan bidang ekonomi kepada semua
bidang dan lebih memfokuskan kepada bidang ekonomi tersendiri. Huraianya lagi, orang
Melayu lebih berfokuskan kepada bidang pertanian dan perikanan seperti penanaman padi
dan nelayan, kaum Cina lebih berfokuskan kepada bidang perlombongan dan perniagaan
dan kaum india bekerja di bidang pertanian yang mendapat komersil di estet-estet getah.
Oleh kerana itulah, jelas kita melihat bahawa dari segi penguasaan ekonomi kaum Cina
lebih maju kehadapan berbanding kaum India yang kedua dan kaum Melayu paling ke
belakang. Carta di muka surat baru menunjukkan perbandingan lebih jelas:

Semenanjung Malaysia : Peratusan pekerjaan

mengikut sektor dan kaum pada tahun 1970


80.00%
60.00%
40.00%
20.00%
0.00%
Melayu
Cina
India
Lain-lain

Sumber : Jabatan perangkaan Malaysia 1970

Strategi pembasmian kemiskinan

Tambahan pula, kemiskinan yang amat ketara terutama dikalangan orang Melayu jelas
menunjukkan ketidak seimbangan ekonomi antara kaum dan menimbulkan masalah ketidak
puas hati terhadap kaum lain serta menjejaskan perpaduan negara serta salah satu faktor
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Melalui DEB, pelbagai usaha yang dijalankan untuk
menyelesaikan masalah sosial-ekonomi dan projek pembangunan yang telah dirangka agar
dapat memodenkan suasana kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di
bandar atau diluar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahaan
asas dan juga pemberian kemudahan pendidikan seperti bantuan buku teks dan biasiswa.
Hal ini kerana, suasana masyarakat Malaysia sebelum perlaksanaan DEB sungguh berbeza
dari segi sosial ekonomi. Malah, masyarakat Melayu lebih banyak menetap dikawasan luar
bandar dan kaum Cina lebih banyak menetap di bandar dan merasakan cukup terpinggir
dan ketinggalan dari segi kemudahan asas seperti infrastruktur, bekalan air dan elektrik,
perkhidmatan, perubatan dan pendidikan berbanding masyarakat menetap di bandar. Maka
dengan itu, diharapkan DEB dapat mengendurkan jurang kemiskinan antara masyarakat
menetap di bandar dan luar bandar.

Langkah kedua pula, DEB dapat meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan tidak terikat lagi dengan dasar pecah dan perintah
British agar kemiskinan antara kaum dapat dibasmikan. Huraianya lagi melalui DEB,
diharapkan orang Melayu boleh melangkah kepada bidang baru dengan berani serta dapat
mengusai seperti bidang perniagaan, perindustrian, perubatan dan lain-lain lagi agar tidak
terikat lagi dengan bidang ekonomi tertentu sahaja seperti bidang pertanian untuk menyara
kehidupan keluarga sendiri sahaja. Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India dengan
DEB dapat menceburkan bidang lain seperti pertanian, perkhidmatan dan lain-lain lagi
daripada bidang perlombongan, perniagaan dan bidang pekerjaan buruh. Tambahan pula,
dengan DEB oleh kerajaan agar dapat menggalakkan lagi penyertaan semua kaum dalam
sektor-sektor yang berpontensi, berpengaruh serta mempunyai daya pengeluaran yang
tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan serta dapat membantu
pembangunan eknomi negara lebih kehadapan. Malah ianya patut diberi galakkan kepada
kaum Melayu agar bersaing daripada mundur ketinggalan dari segi penguasan ekonomi
berbanding dengan kaum lain. Disamping itu, DEB juga dapat memajukan lagi daya
pengeluaran golongan miskin dan dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Melalui itu
juga, dapat menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya
pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA,
projek pertanian, penternakan dan perikanan secara moden, pembuatan dan perhidmatan
moden, kemudahan bantuan kewangan dan teknik serta peluang pendidikan dalan latihan.
Melalui strategi ini, diharapkan kaum Melayu yang banyak menetap di laur bandar dapat
menjadikan bidang pertanian, perikanan dan pernternakan untuk menyara hidup dapat
dijadikan satu bidang komersil didalam perniagaan iaitu pertanian adalah perniagaan.
Strategi penyusunan semua masyarakat

Melalui DEB juga, kerajaan berharap menjelang tahun 1990 iaitu tempoh perlakasanaan
DEB selama 20 tahun agar pemilikan saham atau ekonomi Malaysia dapat dirasai dengan
seimbang antara kaum. Dengan DEB juga diharapkan, penguasaan ekonomi Malaysia dapat
dikuasai 30% bagi kaum Melayu, kaum-kaum asal Sabah dan Sarawak merupakan
bumiputera, 40% bagi kaum Cina dan kaum India yang merupakan bukan bumiputera dan
30% lagi kepada pelabur-pelabur asing untuk memperkasakan lagi ekonomi negara agar
dapat memperincikan lagi konsep Ekuality dan Ekuti dengan lebih jelas. Untuk mencapai
matlamat penyusunan semula masyarakat beberapa strategi yang telah dilaksanakan.
Antaranya ialah, membina masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera. Melalui itu
juga, kerajaan telah memberi kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera
dan syarikat usaha sama dengan bumiputera. Tambahan pula, kerajaan juga telah
menubuhkan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan perlancaran Permodalan
Nasional Berhad (PERNAS) dan Amanah Saham Nasional. (ASNB), dan Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Melalui organisasi ini, dapatlah bertanggungjawab membangunkan
usahawan-usahawan bumiputera. Melalui UDA, dapatlah membangunkan keseluruhan
usahawan bumiputera di kawasan-kawasan bandar seperti menyediakan kemudahan-
kemudhaan bagi perniagaan kecil dan besar, bantuan teknikal dengan pemberian perkakas
dan alat kelengkapan bagi perniagaan mereka, pembaharuan semula bandar secara
komphrehensif, pembanguann bandar-bandar baru, pembangunan bandar secara
komphrensif dan pembelian tanah untuk pembangunan masa hadapan. Melalui PERNAS,
adalah sebuah agensi penting untuk bumiputera agar dapat melibatkan diri dalam
usahasama, teruatamanya dengan rakan kongsi luar negeri. Termasuklah aktiviti-aktiviti
dalam pembinaan, kejuruteraan, besi, elektronik, tayar, minyak kelapa sawit, kayu balak,
perlancongan, perdangangan dan insurans, sebahagian besarnya berasaskan kepada
kriteria daya keuntungan. Malah, melalalui MARA juga, dapat memberikan pinjaman kepada
bumiputera, pembelian ekuiti, penyediaan khidmat-khidmat teknikal, pelajaran teknikal dan
khidmat-khidmat professional dan pengurusan. Disamping itu, MARA dapatlah juga
menyediakan institusi untuk mengendalikan program pembangunan inovasi usahan
bumiputera iaitu kombinasi pinjaman dan susulan yang intensif.

Disamping itu, strategi DEB didalam penyusunan semula masyarakat iaitu membangunkan
kawasan-kawasan mundur tetapi mempunyai potensi yang tinggi jika dibangunkan

‘sejauh ini, ketidakseimbangan ekonomi ini berhubung rapat dengan kadar yang lebih tinggi
terhadap kaum Melayu dan golongan-golongan bumiputera lain dinegeri-negeri yang lebih
miskin, pengurangan ketidakseimbangan wilayah akan menjadi penting….’
Kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua. Kuala Lumpur : Percetakan
Kerajaan, 1973, perenggan 59.

Oleh kerana itu, melalui DEB, dasar pembangunan wilayah dilaksanakan agar dapatlah
mengurangkan ketidaksamaan aras kehidupan diantara kawasan-kawasan dengan
menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang
kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia
dan fizikal dikawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan
perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas. Tambahan pula, melalui
DEB, dasar pembangunan industri dilaksanakan agar kepentingan kaum Melayu sentiasa
mendapat perhatian lebih oleh kerajaan begitu juga dengan kaum Cina dan kaum India.
Melalui peranan MARA juga, agar orang Melayu terutamanya golongan belia dan
perpendapatan miskin mencari kerja dikawasan bandar. Malahan juga, didalam sektor
pendidikan dibawah DEB, pelbagai sekolah dibina oleh kerajaan terutamanya dikawasan
luar bandar agar masyarakat bumiputera terutamanya orang Melayu melanjutkan pelajar
agar menjadi asas kepada orang Melayu sendiri terlibat dengan bidag profesional seperti
perubatan, perkhidmatan awam dan sebagainya. Tambahan pula, peruntukkan biasiswa
dilebihkan kepada orang Melayu dengan syarat cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini
kerana, ramai pelajar Melayu cemerlang didalam peperiksaan namun tiada dana kewangan
untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi melainkan pemberian biasiswa agar dapat
membantu mereka serta dapat menjadikan harapan kepada pelajar Melayu berpeluang
memceburui bidang profesional seperti perindustrian, peguam dan lain-lain lagi yang lebih
kehadapan dan diharapkan pembangunan ekonomi lebih cerah.

Pencapaian DEB

Sebaik sahaja DEB dilaksanakan pelbagai pencapaian yang telah dikecapi namun masih
lagi belum mencapai aspek-aspek atau bidang-bidang secara menyeluruh. Perkara ini
perlulah diambil kira agar dapat mengetahui sejauh manakah kejayaan pelan perlaksanaan
DEB selaras dengan konsep Equity dan Equality.

Salah satunya adalah pencapaian DEB terhadap pembasmian kemiskinan dikalangan rakyat
Malaysia. Keseluruhan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia telah menurun daripada kadar
49.3% pada tahun 1970 kepada 29.2% pada tahun 1980 dan turun kepada 17.1% pada
tahun 1990. Graf dimuka baru menunjukkan lebih jelas:
kadar berpendapatan dibawah kemiskinan
dikalangan semua rakyat Malaysia
60.00%

50.00%

40.00% kadar berpendapatan dibawah


kemiskinan dikalangan semua
rakyat Malaysia
30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
1970 1980 1990

Disamping itu, peratusan penyertaan bumiputera dalam bidang profesionalisme seperti


bidang kedoktoran, perakaunan, perguaman dan sebagainya asih rendah iaitu sebanyak
29% tetapi bergantung kepada bidang pekerjaan didalam sektor kerajaan sebanyak 68.2%.

Malah, bilangan isi rumah miskin di Malaysia telah berkurangan dengan banyak daripada
791800 isi rumah menurun kepada 666100 pada tahun 1980 dan seterusnya menurun
kepada 619400 isi rumah pada tahun 1990. Tambahan pula, pemilikan modal saham
bumiputera dalam syarikat-syarikat turut bertambah daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada
19.4% pada tahun 1988 dan seterusnya meningkat kepada 20.3% pada tahun 1990.
Walaupun begitu, sasaran untuk menguasai pemilikan saham dikalangan bumiputera masih
gagal mencapai 30%. Begitu juga dengan bukan bumiputera iaitu dikalangan kaum Cina dan
kaum India dimana pemilikkan saham sebanyak 34.3% pada tahun 1970 tetapi bertambah
kepada 46.2% pada tahun 1990 dan melebihi sasaran 40% penguasaan saham bukan
bumiputera sebanyak 6.2% Malah kepada pelabur asing sebanyak 63.3% pemilikkan saham
pada tahun 1970 menurun kepada 25.1% iaitu sebanyak 38.2%. Carta dimuka baru
menunjukkan gambaran lebih jelas:
Kadar peratusan pemilikkan saham di kalangan bumiputera, bukan bumiputera dan
pelabur asing

70%

60%

50%

40% sasaranpemilikkan saham 1990


pemilikkan saham 1970
30% pencapaian pemilikkan saham
1990

20%

10%

0%
bumiputera bukan bumiputera pelabur asing

Pada pandangan saya, konsep Equality dan Equity cukup berpengaruh sekali didalam DEB.
Hal ini kerana pada saya dari segi strategi untuk mencapai matlamatnya, jelas bersandarkan
dengan konsep Equality dan Equity dan tidak wujud sebenarnya diskriminasi antara kaum.
Walaupun sebenarnya DEB lebih membantu kepada orang Melayu sekurang-sekurang
mencapai 30% didalam pemilikkan saham, tetapi masih belum mencapai sepenuhnya. Hal
ini mungkin disebabkan oleh perlaksanaan strategi yang gagal kerana atas sebab-sebab
tertentu baik dari segi didalam komuniti kaum Melayu sendiri dengan diskriminasi politik.
Salah satunya adalah agensi MARA, walaupun matlamat MARA baik kepada orang Melayu
namun perlaksanaannya gagal kerana memberikan didikan serta tunjuk ajar kepada orang
Melayu yang ingin menjadi usahawan tetapi hakikat sebenarnya ramai pegawai-pegawai
MARA dan tenaga pengajar MARA yang memberi didikan dan tunjuk ajar tidak
berpengalaman lagi didalam perniagaan. Malah, tenaga pengajar kebanyakkannya adalah
terdiri daripada pakar motivasi. Maka, samalah seperti peribahasa iaitu ‘mengajar anak
ketam berjalan dengan betul’. Disamping itu, sukatan pelajaran khusus juga lebih kepada
asas perniagaan dan membudayakan keusahawan sedangkan usahawan-usahawan Melayu
sebelum mempelajari khusus sudahpun berniaga tetapi memerlukan khusus perniagaan
yang lebih kehadapan. Tambahan pula, lokasi-lokasi permis perniagaan MARA pula tidak
diurus dengan baik kerana masalah sesetengah sikap pengarah-pengarah MARA bahagian
negeri lebih mementingkan keindahan pejabat daripada menyediakan program-program
promosi yang lazim yang dibuat oleh premis-premis perniagaan swasta.
Tambahan pula, saya bersetuju dengan pendapat Tenku Razaleigh Hamzah ketika ditemu
bual,kegagalan pencapaian DEB juga disebabkan oleh kerajaan sendiri semasa
perlaksanaannya.

‘Orang Melayu boleh muncul dengan DEB, tetapi kita tidak mahu dasar itu diselewengkan
kerana kita mahu jalankan dasar itu kepada orang Melayu yang ramai bukannya kepada
satu atau dua orang Melayu atau satu kelompok semata-mata kerana kita tumpu segala
perhatian dan galakan kepada satu kumpulan sahaja kerana itu akan disebut sebagai
kronisme, kita tidak mahu satu kelompkk sahaja, sedangkan ramai lagi yang
mengemis.Sebab saya rasa semua orang Melayu harus diberikan galakan dan latihan
supaya mereka ini tampil ke hadapan untuk menyahut cabaran global ini jika orang Melayu
tidak memiliki kemahiran dalam bidang perniagaan dan sebagainya saya bimbang jika orang
Melayu tidak akan kemana-mana, walau macam mana sekalipun kita ajak dengan dasar
yang baik.’

Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli parlimen Gua Musang ketika ditemubual 22 Februari 2012

Hal ini kerana, jurang penguasaan ekonomi dari segi peratusan pemilikkan saham ekonomi
masih sama. Sedangkan strategi perlaksanaan DEB lebih bekerja keras untuk orang
Melayu, namun adalah dijangka kerana salahlaku amanah oleh pucuk pimpinan kerajaan.
Malah jurang perbezaan kekayaan antara kaum masih sama kerana kaum bukan
bumiputera iaitu kaum Cina terutamnya dan kaum India maka kerana itulah semakin kaya
dan akibatnya jurang perbezaan kekayaan antara kaum semakin merenggang melainkan
sekelompok kaum Melayu itu adanya hubungkait yang kuat dengan kerajaan dan berjaya
didalam projek perniagaan dan keusahawanan. Malah, dari segi hierarki masyarakat juga
semakin bertindih di antara jurang ekonomi antaranya golongan kelas bawahan terus
ktinggalan jauh ditinggalkan oleh kelompok taukeh-taukeh korporat dan bekas-bekas
pegawai kerajaan yang bergelar dato’ dan tan sri. Malah, golongan kelas bawahan yang
terdiri dari kerani, pembantu am rendah, penyapu sampah, jururawat, pemandu lori,
pemandu teksi dan sebagainya pastinya terasa jurang perbezaan antara sosial masyarakat.
Kesimpulan

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenal oleh kerajaan Malaysia iaitu Tun Abdul Razak sebagai
Perdana Menteri adalah bertujuan membasmikan kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat dengan pemilikkan saham antara 30:40:30 dikalangan kaum. Ini sejajar dengan
konsep Equality dan Equity iaitu melalui DEB kerajaan patut memberikan bantuan lebih
kepada orang Melayu.

Walaubagaimanapun, dari segi strateginya adalah baik, namun dari segi perlaksanaan
kurang memberangsangkan dan menyebabkan sasaran DEB tidak tercapai serta konsep
Equality dan Equity juga tidak tercapai sepenuhnya. Sekiranya tidak, konsep Equality dan
Equity dapat direalisasikan. Malahan juga, dari segi pendapatan daripada golongan
akdemik, tokoh politikal dan sebagai terhadap DEB dapatlah memperkasakan lagi matlamat
namun diolahkan dengan dasar baru iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) oleh Tun Dr.
Mahathir pada tahun 1990 selepas tempoh DEB berakhir.
Bibliografi

Rujukan buku

Ahmad Ali Seman Phd dan Warti binti Kimi, 2014, Hubungan Etnik Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd

Ahmad Idris. 1988. Dasar Ekonomi Baru, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd.

Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan, 1988. Ekonomi Malaysia EdisiKedua,


Selangor : Longman.

Murugesu Pathmanathan, 1986, Bacaan Ekonomi Malaysia, Selangor : Anthonian Publishing


Sdn. Bhd

Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin (Penyunting), 2004. Dasar Ekonomi BaruIntipati,


Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Zulkifli Osman “Masalah Semasa Dasar Ekonomi Baru” dalam buku Nik HashimMustapha
dan Zulkifly Osman, 1989. Dasar Ekonomi Malaysia, Bangi : Penerbit UKM.

Rujukan Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/dasar-ekonomi-baru

http://www.slideshare.net/cikguislam/pencapaian-deb-presentation?from_search=1

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Economics/files/DATA_SERIES/2011/pdf/
21Perangkaan_Penduduk.pdf

Anda mungkin juga menyukai