Anda di halaman 1dari 2

PENGAJARAN

Perselisihan antara kaum bukan sahaja membuka mata dan minda sesetengah pihak, bahkan
terdapat isu-isu yang dinaik taraf dan di bina selepas terjadinya peristiwa tersebut.
Pembangunan politik, ekonomi dan social antara etnik juga dipertingkatkan mutunya dan telah
dicorak barukan agar kejadian dan peristiwa 13 Mei 1969 tersebut tidak berulang semula

Jika dilihat dari sudut positif, selepas terjadinya peristiwa tersebut, hubungan antara
masyarakat juga bertambah baik dan setiap lapisan masyarakat sangat menghormati antara satu
sama lain dan menitik beratkan perpaduan antara kaum serta mengelakkan isu sensititiviti
antara kaum disentuh. Ketegangan tercetus apabila berlakunya pertikaman lidah, iaitu terdapat
pihak mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sesintiviti kaum lain.Berikutan peristiwa pahit
13 Mei 1969, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.
DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat
utama dalam pelancaran DEB, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan
penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan menghapuskan pengenalan kaum
berdasarkan sector ekonomi yang diceburi.

Objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru adalah untuk memulihkan hubungan dan tidak
keseimbangan sosioekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini
proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan
menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Pembangunan ekonomi dan social juga semakin hari
semakin pulih dan bertambah baik dek kerana setiap kaum dan masyarakat Berjaya
menghasilkan idea baru dan ideology tentang bertapa pentingnya menjaga hubungan antara
kaum telah pun disemai didalam diri masing- masing. Mereka sedar bertapa banyaknya kesan
negative yang timbul jikalau hubungan antara kaum tidak dijaga rapi. Pepatah berpijak di bumi
yang sama dan berbumbungkan langit yang biru telah menjadi sinonim didalam setiap lapisan
masyarakat.

Pada era yang serba moden ini, masyarakat haruslah dididik tentang betapa pentingnya dalam
menjaga hubungan antara kaum. Pada hari ini, kita dapat melihat Malaysia sebagai sebuah
negara majmuk yang mempunyai berbagai bilang kaum yang tinggal didalamnya. Walaupun
mempunyai status sebagai negara majmuk, Malaysia masih perlu berterusan melakukan usaha
bagi menyuburkan integrase antara kaum. Pengajaran daripada sejarah dan pandangan para
sarjana dan ilmuwan boleh dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan soal perpaduan
kaum di negra ini. Ibnu Khaldun dalam kitabnya ‘Muqaddima’ antara lain mengungkapkan
teori tentang proses jatuh bangun sesebuah peradaban. Dalam menghuraikan factor
kebangunan dan kejatuhan sesebuah peradaban, beliau mengemukakan satu konsep yang
cukup relevan dengan perbincangan ini, iaitu asabiyah(ikatan sosial atau ksetiakawanan. Ikatan
ini pada pandangan beliau memainkan peranan yang begitu besar dalam menyatupadukan
pelbagai kaum dan bangsa yang kemudiannya membentuk kekuatan untuk membina
peradabannya. Masyarakat yang mempunyai ikatan asabiyah yang kuat sudah tentu berupaya
membina kekuatan dan jati dirinya berbanding mereka yang lemah.

Banyak iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ketegangan kaum yang
berlaku di tempat lain sekiranya hal ini tidak ditangani dengan sebaiknya. Setiap kaum dan
masyarakat menginginkan kehidupan yang selesa, sempurna sertana layanan sama rata agar
setiap hierarki keperluan asas mereka dapat dipenuhi. Pengajaran daripada sejarah dan
pandangan para sarjana dan ilmuwan boleh dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan
soal perpaduan kaum di negara ini. . Masih terdapat banyak cabaran yang sedang dan akan
dihadapi dalam menangani dan menguruskan persoalan tentang perpaduan kaum. Walaupun
peristiwan ketegangan kaum 13 Mei 1969 telah lama berlalu, isu hubungan kaum masih lagi
merupakan isu sensitive yang utama dan boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmoni
sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam
kapasiti masing-masing bagi membina dan menyuburkan integrasi kaum.

Anda mungkin juga menyukai