Anda di halaman 1dari 10

MPU23042: NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

TAJUK: TUGASAN BERASASKAN MASALAH

TOPIK: SIKAP HORMAT MENGHORMATI

DISEMAK OLEH: PUAN HAFIZAH

DISEDIAKAN OLEH:
OSWIN SIA KEE HONG(09DMB21F1002)
TAN YU JUN(09DKM21F1052)
SHARVIN RAAJ(09DKM21F1072)
SHARWIN(09DKM21F1801)

PENGENALAN

Hormat adalah perasaan positif yang merujuk kepada tindakan


menghormati; ia setara dengan penghormatan, penghargaan
dan pengiktirafan terhadap seseorang atau benda . Oleh itu,
kata itu berasal dari bahasa Latin respus, yang
menerjemahkan 'perhatian', 'pertimbangan', dan pada awalnya
bermaksud 'melihat kembali', oleh itu sesuatu yang patut
dilihat sekilas adalah sesuatu yang patut dihormati.

Yang berkenaan adalah salah satu daripada nilai-nilai


moral yang paling penting kepada manusia, ia adalah penting
untuk mencapai interaksi sosial yang harmoni. Salah satu
premis terpenting mengenai rasa hormat adalah bahawa untuk
dihormati adalah perlu untuk mengetahui atau belajar
menghormati, memahami yang lain, untuk menghargai minat
dan keperluan mereka. Dalam pengertian ini, rasa hormat
mestilah saling , dan lahir dari perasaan timbal balik.Sekarang
rasa hormat juga mesti dipelajari. Hormat tidak bermaksud
setuju dalam setiap hal dengan orang lain, tetapi bukan untuk
membeza-bezakan atau menyinggung perasaan orang itu atas
cara hidup dan keputusan mereka, selagi keputusan tersebut
tidak menimbulkan bahaya, mempengaruhi atau tidak
menghormati yang lain.

Dalam pengertian ini, rasa hormat juga ditoleransi dengan


mereka yang tidak berpikiran sama seperti anda, dengan
mereka yang tidak mempunyai rasa atau minat yang sama,
dengan mereka yang berbeza atau telah memutuskan untuk
membezakan diri mereka sendiri. Yang menghormati
kepelbagaian idea, pendapat dan cara-cara menjadi adalah
nilai tertinggi dalam masyarakat moden yang bercita-cita
untuk menjadi adil dan untuk memastikan kewujudan bersama
yang sihat.
PENDAHULUAN
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat
majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan
kekeluargaan dan nilai saling menghormati.
Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada
kolonialisme yang mutlak.
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak
sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk di
tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan
abad ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india
secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah
mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai
etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola
penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan
antara kekukuhan ekonomi dan kestabian politik.
OBJEKTIF

-Dapat memajukan ekonomi negara

-Memupuk dan membina masyarakat yang harmoni

-Mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi

-Dapat mengelakkan semangat assobiah


KEPENTINGAN SIKAP HORMAT MENGHORMATI
Kepentingan memupuk sikap hormat menghormati ialah
perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,
pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu
untuk menuntut kemerdekaan. Hasil hormat menghormati
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu
menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Selain itu, sikap hormat menghormati juga dapat mengelakkan


semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya
mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini
akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya,
Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain
seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar
Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang
perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan
berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial
yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.

Di samping itu, kepentingan memupuk sikap hormat


menghormati yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan
oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong
asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi
dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras
dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia.

KEBAIKAN PERPADUAN
-masyarakat hidup bersatu padu
-ekonomi negara semakin maju

-dapat mengekalkan kestabilan politik

-menjadikan imej negara semakin baik

-aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN


I.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu
*Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain
dapat diwujudkan

II.Menjaga budi bahasa dan akhlak


* kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum
agar hubungan semakin erat

III.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum


*dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum
*dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira
bangsa

IV.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka


perayaan setiap kaum
*interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat
memperkasakan hubungan antara kaum 

V.mengadakan aktiviti sukan


*semua kaum menyokong dan memberi semangat untuk
atlet-atlet negara tanpa mengira kaum.

KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU


I.Masyarakat yang berpecah-belah

II.keselamatan dan keamanan negara akan terancam 

III.tunjuk perasaaan,perhimpunan dan aktivit yang tidak


sihat akan berterusan dan berleluasa

IV.perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi

KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila


amalan perpetual kaum telah meresap ke dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum,
keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan
keamanan sesebuah negara yang telah
dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya
akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. 
 Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah
negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum,
budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan
perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada
kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa
perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak
dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan
kerjasama daripada semua kaum untuk
mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi
panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke
mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu
pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang
dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak
berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada
masalah ini, memadailah jika kita berusaha
memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar
ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara
kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah
terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan
mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh
tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita
idamkan.

Anda mungkin juga menyukai