Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya

terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman

sentosa. Di negara kita hubungan kaum dapat dilihat dari segihubungan-hubungan yang

berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia

banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969.Merujuk kepada hubungan persaingan

pula, hal ini dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang

pekerjaan dan kebudayaan.

Sementara itu hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan

dalam bidang politik. Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah

membawa kepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang di

dasari oleh adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek

pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang

kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu

mewujudkan kompromi demi untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya

melibatkan kompromi politik dan ekonomi.Justeru, tahap perpaduan berlaku apabila kaum-

kaum di Malaysia yang hidup berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai

kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi,

budaya dan politik. Namun begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat

luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan

kekitaan dan hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa

tanggungjawab bersama dalam mengekalkan perpaduan negara demi menjamin keamanan

dan ketenteraman yang abadi.


2.0 Pembangunan ekonomi dalam hubungan etnik

Perpaduan hubungan etnik amat penting dan amat dititikberatkan kerana perkara ini

membawa keutuhan ekonomi pelbagai bangsa. Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai

etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik

untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Pembangunan ekonomi

sesebuah negara tidak seharusnya disamakan dengan peningkatan pendapatan per kapita,

pengeluaran atau jumlah eksport sahaja, tetapi ia perlu dikaitkan dengan kualiti hidup

masyarakat, kemampuan penyelesaian masalah kemiskinan, keperluan asasi manusia,

keupayaan mendapat tempat perlindungan, keupayaan memperoleh peluang pekerjaan,

keupayaan menghantar anak ke sekolah, keadaan alam sekitar yang bersih serta lain-lain

petunjuk sosial bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna dan layak

dinikmati oleh manusia (Nor Aini et.al, 1996)

Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti

berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah

rakyat negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya

perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum

yang boleh menggugat ekonomi negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu

ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan

usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era

kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang

kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk

memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi
negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk

memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan

orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan

orang-orang Cina menguasai ekonomi negara kita (Rahman, H. A., Daud, M., Ahmad, N., &

Atoma, P. 2009). Hal ini juga dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari

pelbagai bidang. Hal ini kerana perpaduan dapat memberi manfaat kepada negara dalam

perkembangan ekonomi negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan

besar negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.

3.0 Permaufakatan politik dalam konteks hubungan etnik

Perkembangan politik di Malaysia pula merupakan satu fenomena yang sangat

menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan

tentang perkembangan kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan

Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British dalam

usaha untuk mencapai kemerdekaan. Pada peringkat awal lagi, kedatangan British untuk

menguasai dan menjajah negara ini telah dihalang oleh gerakan anti-penjajahan di setiap

negeri (Ku Hasnan Ku Halim, 2013) Jelasnya, walaupun kedatangan British dengan pelbagai

tipu muslihat, namun ia sedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan politik untuk menentang

mereka. Di sinilah muncul wira-wira dalam politik tanah air seperti Dato' Dol Said, Dato'

Maharaja Lela, Dato' Sagor, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok

Janggut, Mat Salleh, Rentap, Rosli Dhoby, Dato' Kelana dan Dato' Abd. Rahman Andak.

Sesungguhnya perjuangan tokoh-tokoh terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan

negara ini bukan diperolehi dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa,

darah, keringat dan air mata. (Buyong Adil, 1980). Itu adalah perkembangan politik Tanah

Melayu disemarakkan dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum yang

didorong oleh dasar 'pecah dan perintah' British sendiri pada sewaktu ketika dahulu.
Pada masa kini, kemunculan parti-parti politik seperti DAP, PAS, KEADILAN dan

parti-parti kecil di Sabah dan Sarawak merupakan bukti Malaysia menjalankan sistem politik

demokrasi berparlimen, kebebasan berpolitik dan bersuara melalui saluran yang betul iaitu

Parlimen. Rakyat memilih pemimpin yang difikirkan layak melalui pilihan raya dan wakil-wakil

rakyat yang dipilih itu akan menyampaikan kehendak rakyat untuk dibincangkan di Parlimen

bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum.

Namun, perkembangan politik di Malaysia jika dilihat dari sudut hubungan etnik

memperlihatkan usaha setiap kaum bagi mencapai perpaduan walaupun menghadapi

pelbagai onak dan ranjau dalam mencapai persefahaman dan toleransi antara kaum.

Penubuhan setiap parti politik tetap jelas memperlihatkan isu-isu yang melibatkan

kepentingan kaum masing-masing. Namun begitu, pengalaman sejarah menunjukkan isu

perkauman tidak boleh diperjudikan semata-mata untuk kepentingan parti dan kaum. Dalam

pada itu, pihak kerajaan perlu melaksanakan sistem pentadbiran dan pemerintahan dengan

adil, bijaksana dan berkesan serta berdasarkan prinsip dan semangat perlembagaan

Malaysia yang dikongsi bersama agar seluruh rakyat menikmati hasil kemerdekaan. Dalam

pada itu, seharusnya setiap parti politik bukan sahaja melihat kepada perjuangan dan

kepentingan parti masing-masing yang bersifat etnisiti, tetapi mesti mengubahsuai mengikut

keperluan nasional. Justeru perpaduan dalam hubungan etnik amat ditekankan dalam

menjamin kestabilan politik.


4.0 Kepelbagaian agama

Melalui Rentetan Tragedi 13 Mei 1969 berjaya membentuk masyarakat majmuk yang

harmonis melalui aspek budaya. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang

tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan

hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek

budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara. Seperti yang kita ketahui,

negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini

mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Malah hal ini akan dapat mengeratkan lagi

hubungan sesama etnik di negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat

mantap ini, hal ini akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan

seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan

harmoni.

Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan

kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan

budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai

contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan

memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam

kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat

Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada

perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali,

kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang

budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap

masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di

Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat negara ini. Dengan itu, kita

semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat

mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.


5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup

yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian

berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini

sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara

bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia

muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak

keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus

memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta

mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-kata

yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan

kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosial

yang perlu kita pertahankan bersama dalamsebuah masyarakat majmuk di Malaysia.


Rujukan

Nor.Aini. (1996). Nor Aini Haji Idris Madeline Derma F aridah Shahadan. Wanita Malaysia
Dalam Era Pembangunan Industri, Jilid 1(Pembangunan ekonomi), 1–11.

Rahman, H. A., Daud, M., Ahmad, N., & Atoma, P. (2009). Pembangunan ekonomi dalam
hubungan Etnik. Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik. 12th
International Symposium on Malay/Indonesian., 185–198. Retrieved from
https://scholar.google.com/scholar?start=40&q=DASAR+EKONOMI+BARU&hl=en&a
s_sdt=1,5#8

Ku Hasnan Ku Halim, . (2013). Dinamisme Politik Dan Pembangunan : Antara Mempusakai


Tradisi Vs Melestarikan Perubahan ; Pengalaman Umno Dalam Teras Upaya-Bina
Negara Bangsa Idaman. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke 4,
853–875.

Anda mungkin juga menyukai