Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Kamus Dewan mendefiniskan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan dan tabiat. Istilah akhlak
diambil daripada bahasa Arab iaitu akhlaq yang bererti tabiat, perangai, dan kebiasaan
(Marzuki, 2009). Definisi akhlak yang diberikan ulama silam iaitu Ibnu Miskawayh di dalam Siti
Norlina Muhamad & Mohd Nasir Ripin (t.t.), akhlak ialah satu keadaan yang wujud dalam jiwa
manusia dan akhlak boleh menerima perubahan sama ada perubahan tersebut cepat atau
lambat. Hal ini bermakna akhlak diterjemahkan tanpa perlu menggunakan akal fikiran kerana ia
adalah suatu yang wujud dalam jiwa dan bersifat tabiie yang merupakan kebiasaan sama ada
bersifat baik atau kurang baik. Justeru, di dalam Islam akhlak dibahagikan kepada dua iaitu
akhhlak mahmudah dan akhlak mazmumah.

Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku
akhlaknya. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman
yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji (Mohd. Kamal Hassan, 1987). Hal ini kerana
akhlak adalah salah satu dari tiga kerangka dasar dalam ajaran Islam selain akidah dan ibadat.
Hal ini bermakna, akhlak mendapat kedudukan penting dalam ajaran Islam. Bahkan, antara
tujuan utama perutusan Rasulullah s.a.w. oleh Allah s.w.t kepada manusia juga memperlihatkan
kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik(Hadis
riwayat Al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad no. 273).

Oleh itu, menurut kaca mata Islam nilai akhlak adalah sebahagian daripada agama
Islam itu sendiri. Justeru, dalam Islam manusia yang paling tinggi statusnya adalah manusia
yang paling mulia akhlaknya dan tinggi sifat taqwanya. Malah, tidak sempurna iman seorang
muslim itu sekiranya dia tidak memiliki nilai-nilai moral dan akhlak yang mulia dan terpuji.
Banyak hadis yang menunjukkan kaitan iman dengan akhlak. Misalnya, Orang mukmin yang
paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya (Imam Ahmad, Juz 3, No.7406) dan
Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri (Sahih Bukhari, Jilid 1, Bil. 10). Bagaimanapun, tidaklah bermakna
bahawa hanya dengan memiliki akhlak yang sempurna dan mulia sudah memadai untuk
dikategorikan sebagai muslim yang benar-benar beriman.
2.0 Sistem Akhlak Islam Sistem Terbaik

Sistem akhlak yang diajarkan oleh Islam bersifat menyelururh. Hal ini membawa makna bahawa
akhlak bukan hanya antara manusia sesama manusia tetapi turut ada akhlak antara manusia
dengan bukan manusia seperti haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan seumpamanya. Sifat
sistem akhlak Islam yang menyeluruh inilah yang menjadikan sisten ini merupakan sistem
akhlak yang terbaik. Oleh itu, mari kita lihat ciri-ciri yang ada dalam sistem akhlak Islam.

2.1 Bersifat mutlak dan menyeluruh

2.2 Bersifat sederhana dan seimbang

2.3 Mencakupi suruhan dan larangan

2.4

Rujukan

Siti Norlina Muhamad & Mohd Nasir Ripin. (t.t.). Pemupukan Akhlak Muslim Menurut
Pandangan Ibnu Miskawayh. Diakses daripada. http://repo.uum.edu.my/1855/1/31.pdf

Mohd. Kamal Hasan, (1987). Peranan Akhlak Dalam Pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam. 8(3).

Anda mungkin juga menyukai