Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG


KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PETANQUE TERTUTUP PERINGKAT IPGKBL 2017
(ANTARA RUMAH SUKAN)

DIKELOLAKAN OLEH:

BIRO SUKAN DAN REKREASI


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2017/2018
IPG KAMPUS BATU LINTANG
DENGAN KERJASAMA
UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS BATU LINTANG

URUSAN PENTADBIRAN Dan PENGURUSAN

EN. JAMU ANAK GALEH


Disemak Oleh:
Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Batu Lintang.
(Tandatangan)

EN. JAMIRAN BIN SALAM


DILULUSKAN / TIDAK
Pengarah
DILULUSKAN* IPG Kampus Batu Lintang
Kuching, Sarawak.
(Tandatangan Pengarah)

1
ULASAN DARIPADA KETUA JABATAN / PENSYARAH PEMBIMBING

BIL JABATAN / UNIT DI IPGKBL ULASAN

1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

2. Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3. Unit Kokurikulum

2
1.0 Pendahuluan

Petanque merupakan sukan yang unik dan seronok di main secara


berkumpulan. Ianya juga merupakan medium sukan yang mampu mengeratkan
perpaduan komuniti. Dengan itu, pihak Biro Sukan dan Rekreasi JPP IPGKBL telah
bersetuju mengadakan Pertandingan Petanque Tertutup Peringkat IPGKBL 2017
(Antara Rumah Sukan). Aktiviti sukan seperti ini sememangnya dititik berat untuk
mendidik dan memandu arah para bakal pendidik sebagai bakal penentu dan peneraju
pada masa akan datang. Sementara itu, pertandingan petanque ini adalah amat
penting bagi mencungkil bakat di samping dapat melahirkan bakal pendidik yang
seimbang dari aspek JERIS. Melalui aktiviti ini juga, setiap guru pelatih dan dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan staf IPGKBL antara satu sama lain.
Pertandingan Petanque Tertutup Peringkat IPGKBL (Antara Rumah Sukan) di
mainkan secara Single, Double, Triple atau Mix team (Pasukan campuran lelaki dan
perempuan). Pertandingan Petanque Tertutup Peringkat IPGKBL (Antara Rumah
Sukan) juga telah dibahagikan kepada empat pasukan rumah sukan iaitu Batang
Balleh (Kuning), Batang Igan (Biru), Batang Lupar (Merah) dan Batang Padungan
(Hijau).

2.0 Matlamat

2.1 Memberi peluang kepada warga IPG Kampus Batu Lintang untuk menyertai
pertandingan petanque.

2.2 Mencungkil bakat para pendidik dan staf IPG Kampus Batu Lintang.

2.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para bakal pendidik dan staf
IPG Kampus Batu Lintang.

2.4 Melahirkan warga IPG Kampus Batu Lintang yang sihat dan cergas.

3
3.0 CADANGAN HADIAH
Pengumpulan mata mengikut rumah sukan masing-masing dan hamper akan
dihadiahkan kepada setiap rumah sukan mengikut mata terkumpul pada hujung
semester.

4.0 JADUAL PELAKSANAAN


Tarikh : 8-10 November (Khamis sehingga Jumaat)

Masa : 1400-1800

5.0 TEMPAT
Padang Petanque IPGKBL

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru pelatih dan staf (lelaki dan perempuan) IPG Kampus Batu
Lintang.

7.0 KOD PAKAIAN


Pakaian sukan yang lengkap, kemas serta warna baju mengikut pasukan
rumah sukan seperti berikut:

RUMAH SUKAN WARNA PAKAIAN


Batang Balleh Kuning
Batang Igan Biru
Batang Lupar Merah
Batang Padungan Hijau

4
8.0 JADUAL PERTANDINGAN

Tarikh/Hari Perlawanan

8 November 2017 1. Padungan Vs Igan


(Rabu)
2. Balleh Vs Lupar

9 November 2017 3. Padungan Vs Balleh


(Khamis)
4. Igan Vs Lupar

10 November 2017 5. Lupar Vs Padungan


(Jumaat)
6. Balleh Vs Igan

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung 1 : Encik Jamiran bin Salam


(Pengarah IPG Kampus Batu Lintang)
Penaung 2 : Puan Anis Alisya binti Abdullah
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang)
Ketua Jabatan / Penasihat : Encik Tuan Haji Thadzul Azali bin Jumaat.
Penasihat Teknikal : Encik Amer Mustykim Bin Adenan

Ahli Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Wong Leh King


Naib Pengerusi : Yoong Ying Qi
Setiausaha : Wong Leh King
AJK Pengadil : Mohammad Firdaus Bin Salin
Mohd Izyan Bin Borhan

5
AJK Jurugambar : Ahmad Ashmirul Bin Sebi

10.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

(Rujuk Peraturan Khas Pertandingan)

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 Hadiah (Kategori Lelaki Dan Perempuan)

Kedudukan Jenis Hadiah Jumlah Kos Catatan


Peserta
Pertama Trofi/Medal 9 RM15x9 × 2 =RM135 Mohon dari IPG

Kedua Trofi/Medal 9 RM15x9=RM135 Mohon dari IPG

JUMLAH KESELURUHAN RM270

12.0 Penutup

Pertandingan Petanque Tertutup Peringkat IPGKBL 2017 (Antara Rumah


Sukan) ini diharapkan akan memenuhi objektif yang telah dicatatkan. Di samping itu,
guru pelatih dan staf (lelaki & perempuan) juga berpeluang melakukan aktiviti yang
seronok, sebagai ‘escapade’ dari kesibukan tugas harian. Diharap dengan
penganjuran pertandingan badminton ini, objektif dan matlamat yang telah digariskan
akan dapat dicapai seterusnya memastikan kualiti sukan di IPG Kampus Batu Lintang
ini semakin maju dan mantap.

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD FIRDAUS BIN SALIN)


Pengerusi,
Kelab Petanque IPGKBL,
Sesi 2017/2018,
IPG Kampus Batu Lintang.

Anda mungkin juga menyukai