Anda di halaman 1dari 2

Mohd Aiman bin Mohd Yazam PISMP Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai,

59200 Kuala Lumpur. ___________________________________________________________________

Encik Amiyamin bin Haji Mohd Yusof, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur. Tuan, Perkara: SURAT TUNJUK SEBAB.

4 Disember 2011

Perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dangan borang maklumat salah laku pelajar daripada pihak Tuan yang bertarikh 4 Disember 2011, saya Muhammad Aiman bin Mohd Yazam dari kelas PISMP pendidikan Seni Visual ingin menyatakan sebab ketidakhadiran saya di taklimat peperiksaan pada 3 November 2011. 2. Saya, Muhammad Aiman bin Mohd Yazam mengaku tidak menghadiri taklimat peperiksaan pada 3 November 2011 atas sebab tidak menerima sebarang notis atau maklumat berkenaan taklimat tersebut. Hal ini mungkin kerana terlepas pandang pada sebarang notis di JHEP atau maklumat tidak pernah sampai pada kelas. 3. Saya juga ingin memberi cadangan agar pada masa depan, pihak tuan dapat menyampaikan maklumat lebih awal melalui saluran yang lebih berkesan dan cepat diterima semua pihak supaya hal ini tidak berulang lagi.

4. Saya berharap, penjelasan yang diberikan dapat menjelaskan punca ketidakhadiran saya dan sebarang kekeliruan amatlah dikesali. Saya juga ingin memohon maaf jika terkasar bahasa.

Sekian,terima kasih. Yang benar,

(MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD YAZAM) PISMP Pendidikan Seni Visual.

Anda mungkin juga menyukai