Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


KEPUJIAN(PISMP)

TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE (TESL)


(JUNE 2019 INTAKE)

SEMESTER 2 YEAR 2
NAME YOUNG TING KHONG
MATRIC NO. 2019072340040
IC.NO 001010-12-0511
GROUP/UNIT TESL SK2
COURSE CODE & COURSE MPU3071 OLAHRAGA
TASK 1 (PENGURUSAN ACARA OLAHRAGA)
NAME OF LECTURER LADIUS EMOR
DATE OF SUBMISSION 9 APRIL 2021

ACKNOWLEDGEMENT OF RECEIVING LECTURER’S FEEDBACK:


I hereby acknowledge that I have received feedback from the lecturer and I also
referred it and understood it.
____________________
(YOUNG TING KHONG)

Berdasarkan soalan tugasan kerja kursus MPU 3071 (Olahraga) ini, saya diminta untuk
menyenaraikan dan menjelaskan tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang pegawai teknikal di
dalam kejohanan balapan dan padang iaitu olahaga. Sebelum itu, saya ingin berkongsi
berkaitan ciri-ciri, tanggungjawab dan kualiti selaku seorang pegawai teknikal balapan dan
padang yang baik.

Pertama sekali, tanggungjawab asas setiap pegawai teknikal balapan dan padang
adalah untuk memberi peluang kepada para atlit untuk mencapai percubaan dan kebolehan
mereka yang terbaik dalam keadaan pertandingan yang adil, di mana tanpa sesiapa pun yang
mengalami atau mendapat sebarang kerugian atau keuntungan sepanjang proses pertandingan
dijalankan. Terdapat juga beberapa tanggungjawab pegawdijalankan dengan adil dan bukannya
semata-mata untuk mencari kesalahan peserta. Pegawai juga perlulah bertindak adil, saksama
dan tidak berat sebelah dalam memberi layanan kepada setiap atlit. Pegawai teknikal ini juga
haruslah menjaga ketenteraman dan keselesaan atlit dengan tidak bersikap bengis atau terlalu
garang terhadap mereka dan akhirnya pastikan acara berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
demi keadilan terhadap atlit dan juga penganjur program. Selaku seorang pegawai taknikal
balapan dan padang yang berkualiti, haruslah beliau sentiasa memastikan dirinya dengan
berbudi bicara dan sopan, bertindak balas dan membuat keputusan dengan cepat, ringkas dan
tepat. [ CITATION mwa15 \l 1033 ]

Sekarang, marilah kita lihat pada jenis dan senarai pegawai-pegawai teknikal di dalam
kejohanan balapan dan padang dan tugas-tugas mereka secara spesifik. Ia dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu pegawai pengurusan dan pegawai pertandingan.

Dalam bahagian pegawai pengurusan dalam kejohanan balapan dan padang,


dibahagikan lagi kepada 5 jawatan iaitu pengarah pertandingan, pengurus kejohanan, pengurus
teknik, pengurus persembahan acara dan panel juri rayuan.

PENGARAH PERTANDINGAN-

Biasanya pengarah pertandingan adalah Pengetua, Guru Besar ataupun Penolong


Kanan Kokurikulum. Pengarah pertandingan adalah bertanggungjawab dalam merancangkan
organisasi teknikal sesuatu pertandingan dengan kerjasama Pegawai-pegawai Teknikal dan
memastikan rancangan berjaya dengan menyelesaikan sebarang masalah teknikal yang timbul.
Pengarah pertandingan juga akan mengarahkan tindakan dan interaksi antara peserta di dalam
sesuatu acara. Melalui sistem komunikasi, pengarah pertandingan ini juga akan berhubung
dengan semua pegawai-pegawai kejohanan ataupun melalui pengurus kejohanan untuk
menyampaikan tugasan dan arahan.

PENGURUS KEJOHANAN-
Pengurus kejohanan boleh dipegang ketua unit Jasmani dan Kesihatan ataupun ketua dalam
kalangan pelajar di peringkat universiti. Pengurus kejohanan adalah berkuasa atas kelolaan
kejohanan dan bertanggungjawab dalam memastikan kelicinan perjalanan kejohanan olahraga.
Jadi, beliau berkuasa dalam menentukan bahawa semua pegawai telah laporkan diri dan jika
perlu cari ganti, berkuasa untuk memecat pegawai yang melanggar peraturan, dan akhirnya
bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pengawas yang dilantik dalam memastikan
hanya orang yang berkenaan sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan pertandingan.

PENGURUS TEKNIK-

Biasanya, jawatan in disadang oleh setiausaha sukan di mana dia bertugas untuk memastikan
persediaan dari segi balapan untuk acara trek dan kawasan acara balingan dan lompatan.
Beliau juga berperanan untuk menentukan ukuran kawasan pertandingan contohnya kawasan
lompatan, bulatan balingan lontar peluru, landas larian dan garisan di padang mengikut
peraturan IAAF[ CITATION IAA08 \l 1033 ]. Pengurus teknik juga bertanggungjawab untuk
memastikan semua perkakasan dan alatan disediakan mengikut spesifikasi seperti dalam
peraturan IAAF dan juga menyediakan borang-borang teknik.

PENGURUS PERSEMBAHAN ACARA-


Pengurus persembahan acara ini akan membuat perancangan bersama Pengarah
Pertandingan tentang penyusunan acara persembahan atau gimik untuk sesuatu kejohanan
dengan kerjasama Wakil Teknik dan Wakil Organisasi, di mana perlu. Beliau akan memastikan
rancangan dilaksanakan, menyelesaikan sebarang masalah bersama dengan Pengarah
Pertandingan dan Wakil berkaitan agar masa diguna pakai untuk persembahan tidak berlanggar
dengan mana-mana latihan atlit jika ada dan topik persembahan tidak menimbulkan apa-apa
isu sensitif yang menyinggungkan mana-mana pihak atau kumpulan.

PANEL JURI RAYUAN-

Juri rayuan ini terdiri daripada 3 atau 5 orang berpengalaman tinggi dalam hal-hal olahraga di
mana mereka bertugas untuk menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dibuat secara
rasmi.

Sekarang, kita lihat pada pegawai pertandingan dalam kejohanan olahraga. Pegawai
pertandingan adalah lebih banyak berbanding dengan pegawai pengurusan kerana mereka
adalah barisan pelaksana dan pengendalian sesuatu pertandingan dan acara dalam olahraga.
Berikat adalah senarai pegawai pertandingan olahraga bersama bidang tugas mereka:
REFERI-

Referi boleh terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman ataupun pegawai undangan luar
selagi individu tersebut terdapat kelulusan ataupun cara pengendalian yang sah dan tepat.
Apakah tugas-tugas referi ini? Tugas referi adalah untuk memastikan peraturan pertandingan
dipatuhi serta membuat keputusan jika timbul sesuatu masalah sekiranya terdapat masalah
tidak jelas mengenai peraturan. Keputusan pada borang keputusan juga akan disemak dan
disahkan oleh referi. Jika terdapat sebarang bantahan mengenai pengendalian kepada sesuatu
pertandingan, barisan referi ini juga akan membuat keputusan yang sewajarnya terhadapnya.
Seandainya terdapat peserta yang berkelakuan tidak senonoh dan melanggar peraturan
pertandingan, referi adalah berkuasa untuk memberi arahan atau menyingkirkan peserta
tersebut daripada pertandingan berdasarkan kesalahan peserta.

Kad kuning akan diberikan sebagai amaran manakala kad merah akan diberikan sebagai
arahan penyingkiran.
Justeru, referi adalah berkuasa untuk membatalkan sesuatu acara pertandingan dan
menjadualkannya semula sekiranya terdapat sebab yang munasabah. Jika keadaan tidak
mengizinkan seperti cuaca hujan dan sebagainya, mereka adalah berhak untuk menukarkan
tempat pertandingan bagi acara padang. Namun demikian, penukaran hanya boleh dilakukan
setelah satu pusingat tamat dijalankan. Setelah selesai sesuatu acara, barisan refer akan
melengkapkan kad keputusan dan mengesahkannya melalui tandatangan lalu serahkannya
kepada Pengerusi Pertandingan ataupun Pencatat Keputusan Kejohanan Olahraga.

KETUA HAKIM-

Tugas ketua hakim adalah mengagihkan dan menyelaraskan tugas kepada para hakim. Ketua
hakim juga akan mengesahkan keputusan setelah sesuatu acara atau pertandingan selesai,
jadi ketua hakim ini akan menandatangani dan serahkan kad keputusan kepada referi berkaitan
untuk tindakan yang selanjutnya.

HAKIM BALAPAN-

Hakim balapan ini bertanggungjawab ke atas semua acara trek dengan menentukan kedudukan
setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Selaku seorang hakim balapan,
dia akan mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk
tindakan ketua hakim. Hakim balapan juga akan memerhati dan membuat catatan tentang
kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh.

HAKIM PADANG-

Hakim padang akan menghakim pertandingan acara padang mengikuti peraturan sedia ada dan
bertanggungjawab dalam mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh setiap peserta.
Hakim padang akan mengangkat bendera putih untuk menunjukkan isyarat sah manakala
hakim padang akan mengangkat bendera merah sebagai isyarat tidak sah. Jika rekod berjaya
dicipta, tiga orang hakim padang akan membuat ukuran.

PENGADIL BALAPAN-

Pengadil balapan akan bertugas di bawah seorang ketua pengadil dan tugas mereka adalah
memerhati dan mengawasi setiap peserta yang bertanding dalam sesuatu acara agar tidak
melanggar peraturan ketika berlumba.

Contohnya, pengadil balapan akan memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing.

Pengadil balapan juga akan memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam
acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan.
Sama seperti hakim padang, pengadil balapan juga akan mengangkat bendera putih sebagai
isyarat tidak berlaku apa-apa perlanggaran peraturan manakala bendera merah jika berlaku
yang sebaliknya. Selepas itu, pengadil balapan akan melaporkan kepada referi semasa
peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi
membuat keputusan iaitu ‘kes-kes foul’ dan ‘perlanggaran peraturan’.

KETUA PENJAGA MASA

Ketua penjaga masa akan mengagih tugas kepada semua penjaga masa dan memastikan
mereka melaksanakan tugas mereka yang diberi dengan sempurna. Kemudian, ketua penjaga
masa akan mendapatkan semua keputusan dan membuat kesimpulan setelah selesai setiap
acara. Seterusnya, keputusan rasmi iaitu “Laporan Ketua Penjaga Masa” akan diisi dan
dihantar kepada Referi Balapan atau Ketua Hakim. Berikut adalah contoh laporan ketua
penjaga masa:

No acara : ______________ Saringan/ Akhir ( )

Acara : _______________________ ( L / W )

Rekod : _______________________

Tempat Jam 1 Jam 2 Jam 3 Masa rasmi


1
2
3
4
5
6

Catatan:

_____________________________

(Tandatangan Ketua Penjaga Masa)

Bagaimanakah pula dengan kaedah penjaga masa membuat keputusan? Jika tiga jam
mencatatkan masa sesuatu tempat, contoh tempat kedua dan ketiga-tiga penjaga masa
mencatatkan masa yang berlainan, maka masa pertengahan dipilih sebagai masa rasmi. Jika 2
jam mencatatkan masa yang berlainan, maka masa yang lambat akan dipilih sebagai masa
rasmi. Seandainya masa tempat ketiga lebih baik daripada tempat kedua, masa tempat ketiga
akan dibatalkan.

PENJAGA MASA

Penjaga masa akan betugas untuk merekod masa peserta dalam setiap acara balapan
mengikut jam sendiri. Masa peserta akan disimpan dan diisi dalam borang penjaga masa untuk
diserahkan kepada Ketua Penjaga Masa. Perbincangan dan perbandingan antara penjaga
masa adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau ralat. Berikut
adalah contoh laporan penjaga masa:

No. acara : __________________ Saringan / Akhir ( )

Acara : __________________ ( L / W )

Tempat
Lorong
No. peserta
Jam 1 / 2 / 3

_____________________________

(Tandatangan Ketua Penjaga Masa)

Tarikh : ______________________
PELEPAS

Pelepas ini bertanggungjawab untuk memulakan semua acara trek dan memperoleh kawalan
sepenuhnya pada para peserta daripada peringkat awal sehingga dilepaskan. Pelepas boleh
membuat keputusan untuk memberi amaran dan pembatalan permulaan dilakukan. Sebaiknya,
pelepas haruslah berada di tempat di mana boleh dilihat oleh semua penjaga masa dan hakim
di garisan penamat.
PELEPAS PANGGIL BALIK

Berperanan dalam memerhati setiap peserta yang diawasinya dengan jelas. Pelepas panggil
balik akan memanggil balik peserta jika berlaku ‘false start’ dan akan melaporkan sebarang
perlanggaran peraturan kepada pelepas.

PENOLONG PELEPAS

Penolong pelepas ini akan bertugas untuk memeriksa dan memastikan penyertaan peserta
contohnya lorong dan nombor peserta. Penolong pelepas juga akan memaklumkan kepada
pelepas jika berlaku ‘false start’ dan memberi isyarat sedia jika semua peserta telah bersedia.
Baton juga akan disediakan oleh penolong pelepas kepada pelari pertama bagi acara larian
berganti-ganti.

JURUHEBAH

Juruhebah akan mengumumkan butiran peserta-peserta yang akan mengambil bahagian


contohnya nombor acara, acara, kumpulan atau kelas, nombor lorong, nama peserta, pasukan
dan pencapaian contohnya masa, jarak atau tinggi dicapai.

HAKIM BILIK PANGGILAN

Tugas hakim bilik panggilan adalah menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang
akan bertanding dalam sesuatu acara, mencatat maklumat jika ada dalam borang penyeliaan
peserta contohnya terdapat peserta yang Tarik diri untuk tujuan makluman kepada penolong
pelepas. Hakim bilik panggilan juga menjalankan tugas mengumpulkan pemenang-pemenang
hadiah untuk upacara penyampaian hadiah.

[ CITATION Wee98 \l 1033 ]

[ CITATION Wee02 \l 1033 ]

References

Hoe, W. E. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan . Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hoe, W. E. (2002). Panduan pengajaran olahraga kepegawaian dan. Kuala Lumpur : Karisma
Publications Sdn.Bhd.

IAAF Track and Field Facilities Manual Board. (2008). IAAF Track and Field Facilities Manual.
Monaco: Editions EGC ISBN 2-911469-37-2.

mwawkh. (2015, November 20). PEGAWAI2 TEKNIKAL OLAHRAGA. Retrieved from CUPDF:
https://cupdf.com/document/pegawai2-teknikal-olahraga.html

Anda mungkin juga menyukai