Anda di halaman 1dari 22

BIODATA

Gambar
NamA :NURUL AIN ADILA BINTI HAMZU
No. Kad pengenalan : 000828-03-0614
ALAMAT TETAP : KG KUBANG PAK AMIN,
17000, PASIR MAS,
KELANTAN.
NO. TELEFON : 013-7787925
EMel :dilahamzu@gmail.com
Major : tesl
Ambilan : JUN 2019 semester 2
Tarikh PBs :16/02/2020 – 20/02/2020
PERNYATAAN
PROFESIONAL
1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan
Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam
persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar
memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan,peranan guru di dalam bilik darjah
melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti
sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid,
pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

1.2. OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat :

(i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

(ii) menghayati kerjaya seorang guru

(iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah

(iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid

(v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran

(vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

(vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan
budaya sekolah

(viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal

(ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan

(x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru


(xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi
selepas PBS dilaksanakan

1.3 PERNYATAAN SEBELUM PBS

PBS yang dijalankan kali pertama ini merupakan satu bentuk latihan sebenar kepada
para guru pelatih IPG untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang alam
persekolahan yang sebenar di samping peranan seorang guru yang berbentuk lebih realistik.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para
guru pelatih untuk memahami tingkah laku para pelajar, cara pengurusan sekolah yang
berkesan,pengurusan bilik darjah yang terancang, prasarana dan pelaksanaan kurikulum di
sekolah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan komuniti
sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk member pendedahan awal kepada
pembelajaran pelajar di sekolah,membuat refleksi mengenai tugasan dan tanggungjawab guru
dan akhir sekali mendokumentasikan pengalaman yang telah dilalui.

Saya telah dan rakan-rakan telah diberikan tugasan untuk menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu iaitu dari 16 Februari 2020 hingga 20 Februari 20
20. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali ini merupakan pengalaman kali pertama saya
dan rakan-rakan PISMP Ambilan Jun 2019. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali
pertama ini memberi peluang kepada saya untuk memilih mana-mana sekolah rendah jenis
kebangsaan yang ingin saya hadiri. Oleh itu, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Dato’
Abdul Hamid (2), jalan pengkalan batu, 17000, Pasir Mas, Kelantan. Saya memilih sekolah ini
kerana sekolah ini berdekatan dengan kawasan kampung halaman saya sendiri yang pastinya
akan memudahkan lagi urusan ulang-alik saya dari rumah ke sekolah sepanjang tempoh PBS
nanti.

Sebelum kami menjalani PBS di sekolah-sekolah yang telah dipilih, selain taklimat
secara umum yang telah diberikan ketika Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) dahulu,
kami telah diberi taklimat khas yang disampaikan oleh pensyarah dari Unit Praktikum iaitu En.
Badrol Hisham Bin Abdul Malik beberapa hari sebelum kami menjalani PBS. Segala garis
panduan dan borang-borang yang diperlukan telah diedarkan kepada kami. Hasil daripada
taklimat yang disampaikan dengan penuh jelas dan bahan-bahan yang diberikan, sedikit
sebanyak saya telah memahami objektif PBS ini dijalankan. Selain mengenali budaya sekolah,
kami juga dikehendaki untuk melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan subjek Murid Dan
Pembelajaran kod EDU 3033.

Selain itu, saya juga telah merujuk beberapa bahan bercetak dan juga internet tentang
amalan berkaitan PBS. Saya juga berjumpa beberapa orang pelajar senior yang telah merasai
pengalaman menjalani PBS untuk meminta nasihat dan pendapat persediaan sebelum
menghadapi PBS. Saya juga berusaha mencari laman web sekolah berkenaan untuk mendapat
sedikit sebanyak gambaran tentang sekolah tersebut terutamanya dari segi aktiviti – aktiviti
harian dan budaya sekolah terbabit untuk memastikan saya telah bersedia secara mental dan
fizikal sebelum menjejakkan kaki ke sana. Di samping itu, berpandukan senarai semak tugasan
yang didapati, saya telah menyusun dan merancang secara rapi strategi pelaksanaan PBS
setiap hari agar proses mencari dan mengumpul maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih
tersusun dan terancang.

Saya juga membuat perbincangan bersama rakan-rakan dan para pensyarah tentang
perkara-perkara yang kurang difaham. Walaupun pelbagai persediaan telah saya lakukan, saya
tetap merasa agak berdebar memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya
menjalani PBS. Namun, saya juga turut teruja dan tidak sabar untuk merasai sendiri keadaan di
sekolah .

Fokus utama aktiviti :


1) Mengumpul segala data dan maklumat berkaitan sekolah tersebut selengkapnya
2) Membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
3) Membuat pemerhatian terhadap suasana dan budaya sekolah
4) Membuat pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah
5) Membuat pemerhatian, melaksanakan temubual,membuat rekod anekdot tentang dua
orang pelajar berlainan jantina untuk tujuan tugasan kerja kursus pendek.
Tujuan aktiviti :
1) Membiasakan diri dengan suasana di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas
2) Membuat pemerhatian terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik
darjah
3) Mengetahui keadaan sekolah yang kondusif dan cemerlang
4) Menyiapkan segala bahan-bahan berkaitan tugasan kerja kurusus pendek
Instrumen penilaian kendiri :
1) Rekod pemerhatian
2) Rekod temubual
3) Borang senarai semak
1.4 LAPORAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

Pelan tindakan yang telah dirancang untuk dilaksanakan sebelum saya menjalani PBS di
Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Hamid (2) selama seminggu bermula 16 Februari 2020
hingga 20 Februari 2020 adalah seperti berikut :

Bil Tarikh Tindakan

1 16 Februari 20  Melaporkan diri kepada guru besar


 Berkenalan dan berinteraksi dengan para pengurusan sekolah,
guru-guru dan staf sokongan sekolah.
 Berkenalan dan meminta maklumat umum sekolah daripada
mentor.
 Mendapatkan maklumat tentang sejarah sekolah, carta
organisasi sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah dan
melengkapkan borang maklumat umum sekolah yang telah
diedarkan.
 Membuat tinjauan awal persekitaran sekolah
2 17 Februari 20  Meninjau dan mengenalpasti kewujudan prasarana di sekolah.
 Melawat keseluruhan kawasan sekolah.
 Melihat proses PDP didalam kelas.
 Menjalankan aktiviti soal selidik bagi menyiapkan tugasan
subjek EDUP3033
3 18 Februari 20  Memerhati tingkah laku para pelajar.
 Mengenalpasti budaya cemerlang para pelajar di sekolah.
 Memerhati proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4 19 Februari 20  Menemu bual pengurusan sekolah,guru-guru dan kakitangan
sekolah.
 Melengkapkan rekod kolaborasi/ interaksi/ perbincangan yang
telah diedarkan.
 Melengkapkan rekod amalan refleksi yang telah diedarkan.
5 20 Februari 20  Menyemak dan mengumpul segala bahan-bahan yang telah
diperolehi.
 Berjumpa guru besar untuk meminta tandatangan pada rekod
kehadiran.
 Menyerahkan borang laporan perkembangan pelajar untuk
dilengkapkan oleh guru besar.
 Mengucapkan terima kasih dan menyatakan penghargaan
atas segala layanan dan kerjasama yang diberikan oleh
seluruh warga sekolah.

Hari Pertama, 16 Februari 2020

Pada jam kira-kira 7.15 pagi, saya telah berada di sekolah terbabit. Ketika saya tiba,
keadaan sekolah masih kelihatan lengang dan sunyi kerana saya dimaklumkan bahawa sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 7.45 pagi. Berbekalkan semangat yang
berkobar-kobar untuk memulakan tugas sebagai guru pelatih PBS, saya meneruskan langkah
ke pejabat pengurusan sekolah. Pada pemerhatian awal saya, infrastruktur dan lokasi setiap
kemudahan di sekolah berkenaan adalah teratur dan memudahkan saya untuk mengingati
segenap kawasan sekolah tersebut.

Sebaik tiba di pejabat pengurusan sekolah yang berada di dalam satu bangunan dengan
bilik guru, saya terserempak dengan beberapa orang guru, saya senyum, bertegur sapa dan
menjelaskan tujuan keberadaan saya di sekolah terbabit. Saya berasa amat teruja kerana guru-
guru di Sekolah Kebangsaan Dato’ Abdul Hamid (2) sangat peramah. Saya terus menuju ke bilik
Guru Besar dan mennyerahkan surat penempatan saya kepada guru besar sekolah tersebut
iaitu Encik Mohd Zuki Bin Awang Seman. Beliau juga mengingatkan saya agar menandatangani
buku kehadiran setiap hari sepanjang saya menjalani PBS. Saya menjelaskan tujuan saya di
sekolah tersebut dan beliau menerima kehadiran saya dengan baik. Beliau memperkenalkan
saya dengan guru pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang 5 hari keberadaan saya
di sana. Guru tersebut ialah ketua panitia bahasa inggeris iaitu Puan Nor Anita Binti Ab
Rahman.

Tepat jam 7.45 pagi, saya dijemput oleh guru besar untuk bersama-sama hadir ke
perhimpunan pagi sekolah. Secara keseluruhannya, majlis perhimpunan mingguan sekolah ini
melibatkan para pelajar 80%. Pelajar yang berjawatan pengawas ditugaskan untuk menjadi
pengacara majlis, manakala pelajar lelaki tahun 6 memimpin bacaan doa dan yang paling
menarik ialah bacaan ikrar pelajar diketuai oleh pelajar prasekolah. Keheningan pagi
dipecahkan dengan laungan suara para murid menyanyikan lagu negaraku, selamat sultan dan
lagu sekolah. Guru besar juga memperkenalkan saya dan rakan-rakan saya yang turut
melaksanakan Pengalaman Berasakan Sekolah di sekolah ini kepada para murid dan guru-guru
yang ada.

Setelah selesai perhimpunan pagi, saya terus menuju ke bilik guru. Saya menjelaskan
kepada guru pembimbing saya bahawa saya perlu berhubung dengan dengan beliau iaitu Puan
Nor Anita Binti Ab Rahman untuk tujuan mendapatkan segala maklumat tentang sekolah dan
lain-lain bahan yang diperlukan sepanjang PBS. Beliau juga menerangkan serba-sedikit tentang
sekolah tersebut seperti waktu sesi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti harian para
pelajar pada waktu petang dan malam.

Setelah itu, saya diberikan salah satu tempat duduk di bilik guru. Menurut salah seorang
guru, tempat duduk dan meja tersebut disediakan untuk para guru pelatih yang menjalankan
PBS dan praktikum di sekolah terbabit. Selepas itu, saya menyapa semua guru yang berada di
bilik guru.

Pada waktu rehat iaitu pada jam 10.00 pagi, saya mengikuti guru-guru yang lain ke
kantin sekolah. Saya begitu teruja melihat para pelajar yang beratur panjang untuk mengambil
makanan. Saya dimaklumkan oleh kakitangan yang bekerja di kantin bahawa kira-kira 130
pelajar di sekolah tersebut terlibat dalam Program Rancangan Makanan Tambahan. Perkara
yang paling mengujakan saya ialah para pelajar yang beratur dahulu tidak menjamah makanan
setelah mengambil makanan tetapi menunggu semua rakan mereka telah selesai beratur
mengambil makanan barulah mereka membaca doa makan dan makan bersama-sama.

Pada waktu tengah hari, saya berpeluang mengikuti Pn. Anita Bt Ab. Rahman melawat
kawasan sekolah. Saya dibawa melawat ke bilik kemahiran hidup, ketika itu sedang
berlangsungnya sesi PDP subjek bahasa melayu yang dikelola oleh En. Norhisham Bin Nordin.
Setelah tu, saya dibawa menuju ke bilik kesihatan dan bilik pemulihan. Disana terdapat 8 orang
pelajar yang diberikan kelas pemulihan dan masing-masing adalah berumur 8-10 tahun. Saya
juga dibawa melawat bilik PAK iaitu pembelajaran akses kendiri. Ianya diwuudkan pada tahun
2008. Tujuan bilik ini diwujudkan adalah supaya mewujudkan budaya pembelajaran kendiri
dalam kalangan murid.

Hari Kedua, 17 Februari 2020


Pada hari kedua, setelah menurunkan tandatangan pada buku kehadiran di hadapan
pejabat kerani, saya terus mengikuti seorang guru kelas tahun empat, Puan Nor Anita Binti Ab
Rahman ke kelas tahun 4 Sejahtera. Saya menerangkan kepada beliau tentang bahan-bahan
yang perlu saya dapatkan untuk tugasan subjek Murid dan Pembelajaran kod EDU 3033. Kami
sempat menjalankan sesi kolaborasi sebelum saya membantu beliau mengemas kelas. Selain
itu, saya juga sempat bertanyakan pengalaman beliau dalam memegang jawatan sebagai guru
kelas. Menurut beliau, menjadi guru kelas pelajar bukanlah satu amanah yang ringan
memandangkan mereka belum mampu menguruskan bilik darjah dengan baik dan memerlukan
bantuan guru untuk menghias kelas serta memastikan kelas sentiasa dalam keadaan ceria agar
dapat memberikan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar.

Pada kira-kira jam 11 pagi selepas waktu rehat, saya diberi peluang untuk melihat sendiri
sesi pembelajaran yang berlangsung di kelas 4 Sejahtera iaitu kelas terakhir. Guru yang
mengajar pada ketika itu ialah guru pembimbing saya sendiri dan beliau mengajarkan subjek
Bahasa Inggeris. Saya dapat memerhatikan bagaimana susun atur kelas yang menepati
pembelajaran abad ke 21 dimana susunan meja dan kerusi mengikut kehendak pembelajaran
abad ke 21. Selain itu, di papan hitam tertera tarikh, hari, masa, objektif pembelajaran, subjek
dan kehadiran pelajar pada hari tersebut. Ciri-ciri ini sememangnya menepati kehendak
pembelajaran abad ke 21.

Sepanjang sesi pembelajaran berlangsung, saya dapat perhatikan bahawa sesetengah


murid tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan di mana mereka tidak fokus di dalam kelas.
Terdapat juga murid yang tidak membawa buku dan apabila saya melihat buku latigan mereka
ternyata banyak latihan yang tidak ditanda oleh guru kerana mereka tidak menghantar buku
tersebut kepada guru. Erdapat juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Kesemua
pemerhatian ini dapat saya manfaatkan untuk kegunaan tugasa kerja kursus saya untuk subjek
EDUP 3033.

Hari Ketiga, 18 Februari 2020


Pada hari ketiga, saya memerhati jadual waktu kelas setiap kelas di papan kenyataan
bilik guru. Saya cuba mengenal pasti guru-guru yang mengajar dari jam 9.00 pagi hingga 10.00
pagi. Sekali lagi, saya telah mengikuti beberapa orang guru ke kelas dan melihat bagaimana
mereka mengawal kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai ragam dan aksi
para pelajar yang boleh saya perhatikan sepanjang pemerhatian saya. Kebijaksanaan para guru
mengawal para pelajar mengagumkan saya.

Saya juga terus membuat pemerhatian dan melengkapkan instrumen – instrumen untuk kerja
kursus pendek Murid dan Pembelajaran kod EDU 3033. Saya meminta kebenaran dari guru
untuk menemu bual seorang murid dan memberikan murid tersebut beberapa soalan berkaitan
perbezaan individual bagi tujuan tugasan kerja kursus. Saya memberikan soalan inventori
kecerdasan pelbagai (IkeP) bagi menguji tahap kecerdasan pelbagai pelajar. Kesemua data-
data daripada sesi temuramah dan pemerhatian tersebut saya manfaatkan dengan sebaiknya.
Saya juga meminta kebenaran daripada guru kelas murid tersebut untuk melihat sendiri fail
peribadi murid tersebut bagi mendapatkan lebih banyak data untuk menguatkan lagi tugasan
kerja kursus saya.

Hari Keempat, 19 Februari 2020


Pada hari keempat, saya memulakan tugasan melengkapkan rekod kolabrasi bersama
pengurusan sekolah,guru-guru dan kakitangan sekolah. Alhamdulillah semua pihak memberikan
kerjasama yang terbaik meskipun masing-masing sibuk. Pelbagai topik diketengahkan dan
disambut dengan perbincangan yang membina daripada mereka. Saya juga sempat berbual-
bual bersama guru bahasa Inggeris yang ada di situ memandangkan pengalaman yang dikongsi
semestinya amat berguna buat saya yang juga bakal guru bahasa Inggeris.
Pendapat,pandangan dan idea yang dikongsikan sangat membina dan layanan yang mereka
berikan juga membuatkan saya selesa berkongsi pandangan.

Selain itu, saya juga menghabiskan masa saya pada hari tersebut dengan
melengkapkan rekod amalan refleksi dan mendapatkan maklumat-maklumat yang tertinggal
daripada kakitangan sekolah. Saya juga sempat melawat ke tempat-tempat yang belum sempat
dilawati. Akhir sekali, saya melawat kelas ke kelas untuk memerhati gelagat pelajar dan
mengambil pengalaman para guru mengawal kelas dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan efektif.

Hari Kelima, 20 Februari 2020

Pada hari kelima, saya berjumpa dengan guru besar sekolah untuk menyerahkan borang
kehadiran untuk pengesahan dan borang penilaian sepanjang saya melaksanakan PBS di
sekolah tersebut. Beliau sempat memberi nasihat dan motivasi kepada saya agar terus
berusaha mengasah bakat untuk menjadi guru yang berwibawa pada masa akan datang. Sebaik
sahaja menyelesaikan segala urusan yang berkaitan di pejabat guru besar, beliau mengajak
saya, para guru dan seluruh kakitangan sekolah ke kantin untuk sedikit jamuan.

Usai majlis, saya sempat bermaaf-maafan dengan warga Sekolah Kebangsaan Dato’
Abdul Hamid (2) yang ada dan berterima kasih atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang
saya berada di situ. Saya juga sempat berjumpa dengan guru pembimbing saya, Puan Nor Anita
sebelum meninggalkan sekolah untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan telah
dilengkapkan sepenuhnya. Sekitar jam 1.30 tengah hari, saya berangkat meninggalkan SKDAH
(2) brsama dengan tugasan yang perlu diprkemaskan.

1.5 PERNYATAAN SELEPAS PBS

Alhamdulillah, tempoh lima hari saya brada di sekolah ini tamat pada 1.30 tengah hari.
Khamis, 20 Februari 2020 saya berasa sangat sayang untuk meninggalkan sekolah kerana
keramahan serta layanan para guru dan para murid di sekolah ini. Disamping itu, sekolah ini
banyak memeberikan pengalaman dan pngetahuan yang berguna buat diri saya.

Seterusnya, saya memanfaatkan cuti yang ada untuk menganalisis data yang saya
peroleh. Saya membaca data-data yang diberikan oleh pihak sekolah. Data yang diperolehi juga
kbankannya bertepatan dengan tugasan yang perlu saya cari iaitu mmbuat analisis terhadap
prbzaan individu dua orang murid dari sgi fizikal, latar belakang dan kecerdasan mengikut teori
kecerdasan pelbagai howard gardner.
Dari segi penglibatan para murid, guru dan pihak pengurusan sekolah amat memberikan
komitmen dan kerjasama yang padu kepada saya sepanjang kajian ini dilakukan. Apabila saya
meminta untuk menemu bual, mereka sudi meluangkan masa dan turut memebrikan nasihat
yang berguna kepada kami sebagai plapis guru pada masa akan hadapan. Murid-murid juga
kelihatan senang hati apabila kami mengajukan soalan kepada mereka.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, saya dapat melihat penerapan nilai-
nilai yang baik. merreka juga tidak membuat bising semasa pembelajaran. Mereka memeberi
tumpuan sepenuhnya kepada guru yang mengajar. Di samping itu, guru juga menggunakan
bahan bantu mengajar yang menarik untuk memastikan pelajar tidak bosan dan mengikuti
pengaajaran dengan baik. Mereka mempunyai sebuah bilik yang khususu dimana para pelajar
boleh memanfaatkannya untuk sesi pembelajaran kendiri atau perbincangan berkumpulan iaitu
bili Pembelajaran Akses Kendiri(PAK). Pada masa yang sama, blik tersebut mempunyai bahan
bantu mengajar yang cukup disamping perseitaran yang menarik dan selesa

Justeru, melalaui PBS ini juga, saya telah mempelajari banyak perkara. Saya belajar
berinteraksi dengan pihak sekolah dan murid-murid saya dapat mengetahui cara-cara untuk
membina perhubungan antara guru dan murid-murid. Tambahan tu, saya juga dapat merasai
suasana sekolah yang bakal saya tempoh kelak. Dapatlah saya katakan pbs ini banyak
memberi faedah kepada saya. Sebagai bakal guru, saya harus mengetahui perkara-perkara
mengenai sekolah. Lantaran itu, saya amat mengharapkan agar saya dapat meningkatkan
prestasi saya ketika PBS seterusnya kelak.

Akhir sekali, selepas PBS,saya menyemak semula bahan-bahan yang perlu dimasukkan
dalam laporan PBS ini. Oleh tu, saya telah mengatur segala maklumat yang didapati supaya
perjalanan laporan PBS ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan terancang. Setelah itu, saya
mula membuat laporan ini.
INSTRUMEN
PENGUMPULAN
DATA BERHUBUNG
TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Sepanjang melakukan PBS di SK DAH (2), saya telah melakukan pemerhatian ke atas para
pelajar Darjah Empat secara amnya dan dua orang pelajar berlainan jantina dan kelas secara
khususnya untuk kerja kursus pendek Murid dan Pembelajaran kod EDUP3033. Segala
pemerhatian yang dilakukan telah dicatatkan di dalam borang pemerhatian dan rekod anekdot.

3.2 Temu bual

Saya telah melaksanakan temu bual bersama guru kelas kedua-dua pelajar yang saya
pilih dalam menjayakan kerja kursus pendek Murid dan Pembelajaran kod EDUP3033.

3.3 Soal Selidik

Saya telah menyediakan beberapa borang kaji selidik untuk mengukuhkan lagi kajian
saya untuk kerja kursus bagi subjek Murid dan Pembelajaran kod DUP3033. Akhirnya, segala
data yang terdapat di dalam senarai semak tersebut telah saya kumpulkan dan analisisnya telah
dilakukan supaya hasil dapatannya mencapai objektif yang dikehendaki. Borang senarai semak
tersebut turut saya lampirkan sebagai bukti sokongan.
KOLABORASI
ILMU
/PENGETAHUAN
BAHARU

PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan,saya mendapat pengalaman tentang
perkembangan kanak-kanak berumur 10 tahun dari segi kemahiran motor kasar dan halus,
sosial dan emosi berdasarkan teori-teori perkembangan yang ada.

Manakala dari aspek budaya (disiplin), secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati
dengan disiplin dalam kalangan pelajar SK DAH (2). Murid-murid mengamalkan sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain terutamanya dengan guru di mana sering memberi salam
dan bersalam setiap kali bertemu guru. Ini merupakan salah satu budaya yang perlu diteruskan
bagi menjamin sikap positif agar berterusan dalam diri murid bagi membantu usaha guru dalam
membina modal insan murid dari aspek keseimbangan sahsiah. Selain itu, saya melihat
kawasan sekolah tersebut, terdapat banyak papan kenyataan yang tertera mengenai visi, misi
dan moto sekolah namun kekurangan papan kenyataan tersebut ialah papan kenyataan
tersebut tidak diperbaharui kerana seorang guru memaklumkan kepada saya bahawa visi,misi
serta moto sekolah yang tertera adlah dari tahun 2015 yang lalu. Visi, misi dan moto sekolah
yang tertera seharusnya diperbaharui. Melihat bilik guru, saya mendapati bahawa guru-guru di
sana sangat mengamalkan budaya kreatif kerana setiap meja guru dihias dengan cantik dan
tersusun dengan kemas.

Melalui aspek P&P pula, tahap kretiviti para guru semakin terselah di bilik darjah. Sebagai bukti
saya dapat melihat pelbagai kaedah kreatif digunakan untuk kedatangan murid di bilik darjah
seperti murid menggantung gambar mereka pada nama mereka menandakan bahawa mereka
hadir pada hari tersebut. Kaedah ini dilihat dapat menarik minat pelajar untuk sentiasa hadir ke
sekolah. Saya memerhatikan keadaan kelas dalam suasana yang ceria. Namun, kemudahan-
kemudahan yang canggih seperti LCD tidak terdapat di dalam kelas disebabkan hal-hal yang
lain, namun murid-murid kelihatan sangat ceria ketika proses PdP.

TEMU BUAL
Semasa proses temu bual bersama beberapa orang guru sekolah, saya mendapat
pelbagai ilmu yang baharu. Contohnya, pada hari yang ketiga saya telah menemu bual
beberapa orang guru dan berbincang mengenai isu kerjaya seorang guru. Mereka memberikan
pendapat berdasarkan pengalaman mereka selama di sekolah. Rata-rata guru telah mengajar
dalam tempoh yang lama. Mereka mengatakan bahawa kerjaya seorang guru merupakan satu
kerjaya yang begitu banyak cabaran namun di sebalik cabaran itu, kerjaya inilah yang memberi
pengalaman yang mendewasakan kita. Oleh sebab itu, mereka menasihati saya agar menjadi
manusia yang sentiasa sabar dan bijak dalam menghadapi situasi yang kritikal dalam hidup.
Mereka juga menasihati saya untuk terus kekal bersifat optimis dalam menyahut setiap cabaran
dalam kerjaya seorang guru.

REFLEKSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan
pengalaman berasaskan sekolah selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Dato; Abdul Hamid
(2). Pengalaman pertama ini membuatkan saya merasakan bahwa saya tidak silap langkah
dalam memilih profesion ini malah menambah rasa semangat dalam diri untuk menjadi pendidik
yang berjaya.

Pengalaman pertama ini telah memberi kesan yang besar dalam diri apabila melihat
suasana sebenar sesi persekolahan. Nampak senang tapi tidak mudah sebenarnya untuk
mengawal sesebuah kelas. Namun saya percaya dengan teknik dan kaedah yang akan
dipelajari seterusnya akan membantu guru dalam mengkreatifkan pemikiran untuk mengawal
sesebuah kelas.

Selain daripada itu, saya menyedari bahawa pembinaan komunikasi antara guru, murid,
dan kakitangan sekolah sangat perlu kerana melalui komunikasi ini kita dapat membina
hubungan baik dengan semua orang. Perkara ini memudahkan kita untuk bekerjasama antara
satu sama lain.

Apa yang saya perolehi juga ialah tugasan guru bukan setakat mengajar tetapi lebih
daripada itu. Guru itu segalanya. Guru itu doktor, guru itu jurutera dan guru itu juga peguam.
Bukan mudah untuk menjadi guru yang berjiwa pendidik. Pelbagai cabaran yang terpaksa
dihadapi. Itu lah perkara yang saya perolehi mengikut perkongsiaan pengalaman bersama guru-
guru di sana.

Apa yang saya perolehi juga ialah kekreatifan seorang guru itu sangat penting dimana
guru perlu menarik minat murid-muridnya untuk belajar. Guru itu perlu membuatkan murid
sentiasa seronok dan merangsang untuk belajar. Apabila guru bijak menarik minat murid maka
dapatlah isi pembelajaran diterima dengan baik. Minat tercetus dan matlamat pembelajaran
dapat dicapai.

Saya turut mendapat satu pengajaran ketika melakukan tugasan seminggu di sekolah
iaitu berkenaan dengan kawalan bilik darjah. Kepentingan untuk menguasai satu kaedah yang
membolehkan kita menguasai murid-murid dan menarik minat mereka sentiasa untuk
mendengar apa yang ingin kita sampaikan sangat penting

Kesediaan mental dan fizikal juga perlu kukuh dalam diri seorang guru bagi menghadapi
kehidupan seharian di sekolah dengan berbagai ragam daripada murid-murid. Sifat yang mulia
harus dituai dalam diri.
Akhir kata pengalaman pertama saya ke sekolah ini sangat menerujakan dan
membuatkan saya sangat bersemangat untuk melaksanakan tugasan sebagai guru. Saya
dapat merasakan nikmatnya apabila dapat menyampaikan ilmu sambil dikelilingi oleh murid-
murid. Saya berharap semoga pengalaman sepanjang berada di sekolah ini dapat memberi
saya peluang untuk menimba seberapa banyak ilmu sebelum bergelar pendidik yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai