Anda di halaman 1dari 19

2.

0 BIODATA
2.0 BIODATA

NAMA IPGK : IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM


GAMBAR :

NAMA PELAJAR : NURIL NADHRAH BINTI ISMAIL


NO KAD PENGENALAN : 980627-56-5168
ALAMAT TETAP : LOT 2021, BAYU UTAMA 2, DESA SERI BAYU, 32600
BOTA, PERAK
NO. TEL/ E-MEL : 019-4096171/ nurilnadhrah98@gmail.com
AMBILAN/PENGKHUSUSAN: JUN 2018/ PENDIDIKAN ISLAM (PI)
TAHUN/ SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 3
TARIKH PBS : 5 OGOS 2019 HINGGA 9 OGOS 2019
3.0 PERNYATAAN
PROFESIONAL
3.1 Pernyataan Sebelum PBS

Sebuah taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilakukan sebelum saya
menjalankan tugasan PBS di Manjung, Perak. Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh
Puan Nor Annisa binti Kadri selaku Ketua Unit Praktikum yang bertempat di Dewan Idris al-
Marbawi IPG Kampus Pendidikan Islam. PBS pada semester ini merupakan PBS fasa dua
yang akan kami lalui selepas saya menjalani PBS fasa satu di Kelantan. Program ini
dijalankan bertujuan untuk memberi lebih kefahaman dan gambaran kepada guru pelatih
tentang tugas sebagai seorang guru yang sebenar. Sebelum menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, saya telah meneliti dan
merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menjalani PBS seperti penelitian
dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah. Hal
ini supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan cemerlang.

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya menjalankan program PBS selama seminggu
di SK Seri Bayu bersama beberapa rakan saya yang lain. Skop tugasan yang saya perlu
selesaikan adalah saya perlu menghadirkan diri ke sekolah selama lima hari untuk melihat
persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah. Hal ini supaya guru pelatih dapat didedahkan
dengan sistem organisasi sesebuah sekolah, pemahaman akan budaya sekolah dan dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah. Penggunaan kaedah
pemerhatian dan temu bual adalah amat penting untuk mendapatkan sebanyak mungkin
data dan maklumat berkenaan persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah serta fasiliti yang
disediakan oleh SK Seri Bayu. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mewujudkan
interaksi dan hubungan baik antara guru-guru di sana dan saya. Untuk mencapai objektif
PBS, saya akan bekerjasama dengan guru, staf serta murid-murid SK Seri Bayu selama
lima hari saya berada di sana.

Tujuan tugasan ini perlu dilaksanakan adalah untuk mendapat maklumat tentang
profil sekolah, persekitarannya serta iklim bilik darjah yang disediakan kepada murid-murid.
Selain itu, saya diminta untuk melaksanakan temu bual dan pemerhatian guru-guru
Pendidikan Islam di sana untuk mengetahui kaedah dan teknik pengajaran mereka di bilik
darjah. Oleh itu, saya memohon kebenaran daripada Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri
Bayu iaitu Encik Akashah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran mereka bagi
melakukan pemerhatian terhadap susunan bilik darjah, kawalan bilik darjah, iklim bilik
darjah, penggunaan bahan bantu mengajar, penglibatan pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilakukan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan bilik darjah.
3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Sebelum saya menjalankan PBS 2 di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, saya telah
merancang beberapa tindakan yang akan dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan PBS ini dengan lancar dan
berkesan. Pelan tindakan yang telah pun saya rancang sebelum saya menjalani PBS
di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu bermula 5 Ogos 2019 sehingga 9 Ogos 2019
adalah seperti berikut:

BIL TARIKH TINDAKAN

1 5 Ogos 2019  Melaporkan diri kepada Penolong Kanan


Kokurikulum

 Menghadiri perhimpunan mingguan di tapak


perhimpunan

 Meninjau kawasan sekolah dan iklim bilik darjah

2 6 Ogos 2019  Mendapatkan maklumat umum berkenaan dengan


sekolah

 Meninjau kawasan sekolah

 Berjumpa dengan guru-guru Pendidikan Islam

3 7 Ogos 2019  Mengumpul maklumat-maklumat umum mengenai


sekolah

 Sesi kolaboratif dengan staf sekolah

 Mendapatkan maklumat pengurusan dan organisasi


sekolah seperti logo sekolah dan carta organisasi

4 8 Ogos 2019  Memastikan kewujudan prasarana sekolah seperti


kemudahan sekolah, mural sekolah, kata-kata
motivasi, paparan nilai-nilai murni dan bilik darjah

 Sesi kolaboratif dengan murid

5 9 Ogos 2019  Menyertai Sambutan Kemerdekaan Peringkat


Sekolah

 Mendapatkan maklumat umum sekolah daripada


Penolong Kanan Pentadbiran
 Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan
maklumat-maklumat yang diperolehi

 Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-


guru dan staf sokongan

 Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian


daripada Penolong Kanan Pentadbiran

 Memulangkan bahan-bahan yang dipinjam.


4.0 INSTRUMEN
PENGUMPULAN
DATA
BERHUBUNG
TUGASAN

4.1 Temu Bual


Terdapat pelbagai cara yang diguna bagi mendapatkan maklumat umum sekolah dan murid.
Maklumat yang diperoleh perlulah sahih dan tepat supaya hasil pemerhatian dapat dikaji
dengan benar tanpa ada keraguan. Disebabkan itu, kaedah pertama yang diguna untuk
mendapatkan data adalah dengan menggunakan kaedah temu bual bagi memperoleh
informasi dan data yang lebih terperinci. Saya telah menjalankan temu bual bersama guru
penolong kanan, guru Pendidikan Islam, staf sokongan dan beberapa orang murid.

4.2 Pemerhatian

Selain itu, kaedah pemerhatian secara umum juga telah dilakukan. Pemerhatian ini telah
dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan juga di luar sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pemerhatian di luar sesi pengajaran dan pembelajaran merangkumi
sikap dan peribadi mereka semasa di kantin, padang, pusat sumber dan sebagainya.
Pemerhatian yang dilakukan adalah untuk mengetahui personaliti murid secara umum
sahaja. Selain itu, pemerhatian juga telah dilakukan untuk melihat aktiviti yang sedang
berjalan di sana serta kemudahan dan fasiliti yang disediakan di sekolah tersebut.
5.0 KOLABORATIF

5.0 Kolaborasi
Kolaborasi yang telah dijalankan selama lima hari PBS telah saya catatkan seperti yang
dikehendaki oleh soalan tugasan. Semua isi perbincangan dengan beberapa pihak telah
saya catatkan dalam lampiran tersebut. Antara kolaborasi yang dibuat adalah:

5.1 Perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah

5.2 Perbincangan dengan guru

5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah

5.4 Perbincangan dengan murid


6.0 ILMU/
PENGETAHUAN
BARU

6.1 Pemerhatian
Instrumen pemerhatian merupakan salah satu alternative terbaik dalam mengumpul
maklumat dan data selain daripada kaedah soal selidik atau temuduga. Berdasarkan
pemerhatian yang saya lakukan, sekolah ini telah menyediakan fasiliti dan kemudahan yang
lengkap untuk murid-murid dan kakitangan sekolah. Selain itu, saya juga telah melakukan
pemerhatian terhadap kelakukan dan sikap mereka ketika berada di kantin, tapak
perhimpunan dan kelas. Saya dapat mengetahui perbezaan tingkah laku, pemikiran dan
gaya pembelajaran sama ada dari dekat mahupun dari jauh. Daripada pemerhatian yang
dilakukan, maka saya dapat menghasilkan satu pemahaman secara umum. Misalnya,
apabila saya melakukan pemerhatian terhadap murid-murid yang memiliki pelbagai jenis
tingkah laku dan gaya pembelajaran serta dapat melakukan perbandingan terhadap kognitif
dan sosioemosi dalam kalangan murid. Aspek latar belakang, genetik dan persekitaran
menjadi faktor utama yang membuktikan semua murid tidak sama dan mempunyai
perwatakan yang berbeza.

6.2 Senarai semak

Suatu tugasan yang menggunakan instrumen senarai semak adalah lebih mudah untuk
mendapatkan maklumat yang tepat. Borang senarai semak ini boleh dicetak dalam jumlah
yang banyak. Senarai semak ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehanan murid di sekolah tersebut. Oleh
itu, dengan penggunaan senarai semak ini, guru boleh merekod banyak maklumat dan
dijadikan rujukan pada masa akan datang.

6.3 Temu bual

Temu bual merupakan satu instrumen yang membolehkan seseorang untuk mendapatkan
jawapan terhadap satu tugasan dengan lebih tepat dan pantas. Instrumen ini menggunakan
konsep interaksi secara dua hala dengan bersemuka antara satu sama lain. Komunikasi dua
hala yang berlaku mampu mewujudkan suasana interaksi yang positif dan dapat
mengelakkan konflik daripada berlaku. Sebagai contoh, temu bual antara guru dan murid
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Kaedah ini membolehkan guru untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih sahih kerana mendengar jawapan tersebut daripada
murid itu sendiri. Selain itu, dengan cara ini dapat memupuk perasaan kasih sayang dan
mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid.
7.0 REFLEKSI
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan

 Pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan: Guru menggunakan kaedah Pembelajaran Abad Ke-21.

Guru menggunakan strategi berpusatkan murid dengan mengadakan aktiviti


secara berkumpulan. Pengajaran beliau merangkumi tiga aspek gaya
pembelajaran iaitu dengan memasang audio, menunjukkan gambar serta
melakukan pergerakan ketika nyanyian.

2.2 Kelemahan: Murid tidak dapat mendengar audio dengan jelas.

Murid tidak dapat mendengar audio dengan jelas disebabkan saiz kelas yang
besar dan bilangan murid yang agak ramai.

3. Cadangan Penambahbaikan

 Guru menyediakan pembesar suara yang jelas.

 Murid perlu peka terhadap video dan audio yang dipasang


AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan

 Pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Arab

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan: Guru memasang lagu berkenaan tajuk yang dipelajari.

2.2 Kelemahan: Murid yang tidak mahir membaca tulisan Arab meskipun sudah
Tahun 6.

Murid tidak memberi sepenuh perhatian terhadap pembelajaran


kerana tidak faham akan topik yang dipelajarinya.

3. Cadangan Penambahbaikan

 Guru memberi lebih perhatian kepada murid yang lemah dalam membaca
tulisan Arab
.
 Guru memberi tugasan tambahan kepada murid.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokuskan

 Pengajaran dan pembelajaran subjek Sains

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan: Guru menggunakan soalan dalam buku latihan.

Murid berusaha untuk menjawab soalan yang dinyatakan.

2.1 Kelemahan: Murid tidak membawa buku latihan yang digunakan.

Guru menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.

3. Cadangan Penambahbaikan

 Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran.

 Guru memberi teguran dan nasihat kepada murid yang tidak membawa
buku
latihan.
7.0 LAPORAN
AKHIR
7.0 Laporan Akhir

Selepas menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa dua selama
seminggu di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, saya telah mengumpulkan semula semua data
yang saya peroleh dan menyimpannya dalam satu fail khas untuk proses penyerahan. Untuk
mengelakkan berlakunya kecuaian, saya terlebih dahulu telah mengemaskini data dan
menyediakan satu senarai semak bagi perkara-perkara yang perlu saya selesaikan.
Sepanjang saya menjalani PBS fasa dua, saya telah memperoleh pelbagai ilmu baharu
daripada segenap aspek sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang pendidik.
Hal ini berdasarkan pengalaman yang diperoleh dapat dijadikan pengajaran dan tauladan
kepada saya dalam mendepani cabaran mendatang.

Sepanjang keberadaan saya di sana, saya dapat mengasah kemahiran komunikasi


dan menerapkan nilai kesantunan semasa berinteraksi dengan orang sekeliling. Hal ini
kerana sebagai seorang guru, kita perlu berhadapan dengan komuniti masyarakat dan
bersosial sama ada dengan rakan sekerja, staf sokongan, murid-murid dan ibu bapa. Oleh
itu, kita perlulah menjaga tatasusila dan menggunakan laras bahasa yang sesuai ketika
berkomunikasi dengan orang yang lebih tua daripada kita. Semasa saya berada SK Seri
Bayu, saya sempat berbual-bual dengan guru-guru di sana dan mendengar sedikit nasihat
dan amanah kepada saya sebagai bakal pendidik pada masa hadapan. Mereka
mengatakan bahawa karier sebagai seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, namun
ia merupakan satu saham buat kita di Akhirat kelak.

Selepas seminggu saya melakukan PBS di sana, saya dapati bahawa objektif yang
ditetapkan telah tercapai dengan jayanya. Matlamat PBS ini dijalankan adalah untuk
memberi pendedahan awal kepada bakal guru tentang sistem organisasi sekolah yang
digunakan bagi mewujudkan sekolah yang seimbang. Selain itu juga, tujuan PBS ini
diadakan adalah untuk membiasakan guru pelatih dengan suasana dan budaya sekolah
serta pengawalan bilik darjah yang betul. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi
pengetahuan baharu kepada saya tentang perubahan-perubahan yang dilakukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap sistem persekolahan masa kini. Perubahan ini
bertujuan untuk memperkasakan lagi sistem dan prestasi pendidikan di Malaysia. Ini adalah
antara objektif PBS yang telah tercapai. Namun ada juga beberapa kekuatan dan
kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang berlangsungnya PBS. Segala kekuatan akan
dikekalkan manakala segala kelemahan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

1.0 MAKLUMAT
PENEMPATAN

Anda mungkin juga menyukai