Anda di halaman 1dari 17

Pelaporan Data Pentaksiran

• Tujuan Pelaporan
• Kaedah Pelaporan
Hasil pembelajaran
1. Menerangkan kaedah-kaedah pelaporan
yang sering dilakukan oleh KPM
2. Menjelaskan tujuan dan kepentingan
pelaporan kepada penerima (kerangka, orang
berkepentingan)
3. Menganalisis proses penambahbaikan dalam
pendidikan melalui pentaksiran
KERANGKA KONSEP
TUJUAN PELAPORAN
• Matlamat utama data pentaksiran adalah untuk
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran serta
memberi manfaat besar kepada guru, pelajar, ibu bapa,
pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan.
• Khususnya dalam pendidikan, maklumat berkaitan
pentaksiran dapat menentukan kesediaan pelajar untuk
mempelajari kemahiran yang baharu.
• Input kepada guru pula, mampu memberi maklumbalas
terhadap keberkesanan pengajaran dan pencapaian pelajar.
• Manakala pihak ibu bapa, mereka amat memerlukan
maklumat pentaksiran bagi melihat perkembangan dan
penguasaan kemahiran yang telah dicapai oleh anak mereka.
Orang Berkepentingan Untuk Data
Pentaksiran
GURU Maklumat tentang pencapaian dan penguasaan pelajar dapat
membantu dalam pengajarannya. Antara maklumat yang diperolehi
seperti pencapaian lepas, pengetahuan asas kemahiran, kemajuan
akademik dan pencapaian akhir.

Maklumat keseluruhan data pentaksiran dapat membantu guru-guru


untuk membuat perancangan, penyusunan dan keputusan berkaitan
pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta sesuai
dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Guru-guru juga dapat merancang aktiviti-aktivti pembelajaran seperti


latihan ulangkaji, latih-tubi dan praktikal yang sesuai mengikut
kawasan kelemahan dan kekuatan pelajar supaya mereka dapat
meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam proses
pembelajaran.
Orang Berkepentingan Untuk Data
Pentaksiran
PELAJAR Pelajar merupakan orang yang menerima proses pembelajaran
secara langsung. Justeru itu, maklumat dan tujuan pelaporan dapat
memberi gambaran dan motivasi terhadap tahap pencapaian ,
penguasaan dan kebolehannya dalam memajukan diri sendiri.

Mereka juga boleh memberi tumpuan untuk membuat ulangkaji


terhadap tajuk atau kemahiran yang belum dikuasai.

Oleh yang demikian, mereka dapat memilih atau mengubah gaya


pembelajaran yang bersesuaian untuk peningkatan diri.

Maka, ukuran pentaksiran digunakan untuk mengukur tahap


kejayaan atau kelemahan mereka mengikut bidang mata pelajaran
pada setiap semester pengajian.

Perbincangan dan maklumbalas yang diperolehi oleh pelajar dapat


membantu mereka memperbaiki pencapaian dan meningkatkan
motivasinya
Orang Berkepentingan Untuk Data
Pentaksiran
IBUBAPA Sokongan kuat dalam pembelajaran pelajar datangnya daripada
ibu bapa yang berperanan sebagai pendorong, motivator dan
pembimbing di luar waktu sekolah.

Ibu bapa juga dapat mengadakan pelbagai kegiatan dan aktiviti


yang dapat meningkatkan sahsiah dan perkembangan
pembelajaran anak-anak dengan adanya petunjuk prestasi yang
khusus dan tepat.

Maklumat-maklumat pentaksiran dapat memberi gambaran


tentang halangan atau pencapaian pembelajaran, pencapaian
akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

Perlakuan pembelajaran di rumah juga dapat dilakukan seperti


menghantar ke pusat tuisyen atau membimbing sendiri anak
mereka mengikut bidang kelemahan yang di alami
Orang Berkepentingan Untuk Data
Pentaksiran
Guru Maklumat-maklumat perkembangan pembelajaran dan sahsiah amat
Bimbingan diperlukan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
dan
Kaunseling Melalui maklumat pentaksiran, guru bimbingan dan kaunseling dapat
membantu pelajar menggunakan pendekatan kaunseling dengan lebih
tepat dan mudah.

Pendekatan perkembangan, kerjaya, peribadi dan pencegahan dapat


membantu perkembangan pelajar dalam dunia pendidikan masa kini
melalui proses mengumpul, memproses dan menganlisis data daripada
pencapaian pelajar.

Program peningkatan sahsiah dan motivasi berfokus dapat dijalankan


mengikut kumpulan sasar serta bimbingan berterusan dapat
dilaksanakan dengan lebih teratur.

Guru bimbingan dan kaunseling juga ada membuat pengujian dan


pentaksiran seperti ujian psikometrik, ujian minat kerjaya dan sebagainya
untuk membantu perkembangan kendiri serta personaliti pelajar.
Orang Berkepentingan Untuk Data
Pentaksiran
Pengurus Pengurus sekolah seperti pengetua atau guru besar amat memerlukan
sekolah maklumat pentaksiran.

Hal ini, berkaitan analisis data pentaksiran yang tepat dapat memberi
gambaran pencapaian secara keseluruhan untuk organisasi sekolah.

Maklumat pencapaian lepas, sahsiah, minat dan motivasi pelajar dapat


membantu pengurus sekolah untuk merancang dan melaksana program yang
bersesuaian dalam proses penambahbaikan pencapaian sekolah amnya.

Justeru itu, laporan prestasi dan pencapaian biasanya dibincangkan di dalam


mesyuarat kakitangan sekolah dan ada program susulan secara bersama
dilaksanakan.

Penglibatan persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG ) sentiasa mendokong


kejayaan sekolah dengan memberi bantuan kewangan, dan program bagi
membantu pelajar yang lemah. Mana kala majlis anugerah kecemerlangan
bagi mengiktiraf kejayaan pelajar.
Orang Berkepentingan Untuk Data
Pentaksiran
Pejabat Pelajaran Pengurusan sekolah terdapat diperingkat daerah, negeri dan
dan Kementerian pusat.
Pendidikan
Masing-masing mempunyai bidang tugas yang tertentu. Sudah
pasti ada mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan
menilai pencapaian sesuatu perkembangan pendidikan,
khususnya pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Maklumat-maklumat daripada ujian sumatif dan formatif


digunakan untuk membantu mereka merancang dan
melaksanakan program-program yang bermakna seperi
kunjungbantu, penyeliaan, dan bimbingan ke semua peringkat
sekolah yang memerlukan.

Dengan adanya maklumat pentaksiran, semua peringkat


pengurusan dapat memberi fokus dalam aspek
penambahbaikan berterusan termasuklah perubahan
kurikulum, jika diperlukan.
KAEDAH PELAPORAN
• Bidang pelaporan pentaksiran seperti pencapaian
lepas, pencapaian akademik, kemahiran asas,
masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan sahsiah,
serta perkembangan psikomotor perlu disampaikan
kepada orang-orang yang berkepentingan.

• Proses pelaporan pentaksiran kepada mereka


disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti peratus,
gred, lulus-gagal, senarai semak, perjumpaan ibu
bapa dan secara di atas talian.
KAEDAH PELAPORAN
Peratus Peratus memberi gambaran pencapaian pelajar dalam bentuk nombor,
iaitu per seratus bagi setiap jawapan betul yang diperolehi. Umumnya, ini
menunjukkan berapa peratus seseorang itu dapat menguasai kandungan
pengajaran tertentu. Nilai yang besar menunjukkan pencapaian yang
tinggi. Kaedah sebegini lebih mudah ditafsirkan kerana nilainya masih
dalam bentuk nombor. Kebanyakkan guru menggunakan keadah ini
sewaktu proses pentaksiran pembelajaran terhadap pelajar seperti dalam
ujian semester dan tugasan projek.

Abjad Abjad menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan kadar peratus


pencapaian yang dikuasai oleh calon. Sebagai contoh, markah 90%-100%
akan diberi gred "A" dan seterusnya. Biasanya terdapat lima kategori yang
menjelaskan maksudnya, A, cemerlang, B baik, C, sederhana, D rendah dan F
untuk gred gagal. Kebanyakkan institusi pendidikan menggunakan sistem
gred ini dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir tahun dan peperiksaan
UPSR, dan SPM. Kesimpulannya, markah asal yang diperolehi calon telah
ditukarkan kepada gred abjad.
KAEDAH PELAPORAN
Lulus-gagal Kaedah ini membahagikan pencapaian pelajar kepada dua kategori
sebagai alat ukuran pentaksiran. Kategori tersebut ialah sama ada
lulus atau gagal, memuaskan atau tidak memuaskan, menguasai atau
tidak mengusai dan sebagainya. Skor mentah atau nilai pencapaian
pelajar ditetapkan oleh guru sebagai penentu pencapaian yang harus
dikuasai oleh pelajar. Sebagai contoh, markah lulus ditetapkan
melepasi 50% dan keatas, jika dibawah 49% dianggap gagal. Terdapat
juga keadah pelaporan gred A, B, C, dan D diubah kepada gred lulus,
dan gagal dikelompokkan dalam gred F. Kaedah ini biasanya
digunakan untuk menilai tahap penguasaan pelajar yang melibatkan
kemahiran seperti ujian kecergasan, kemahiran membaca, amali dan
ujikaji.
KAEDAH PELAPORAN
Senarai semak Senarai semak menunjukkan pencapaian yang sepatutnya dicapai
oleh pelajar mengikut kriteria-kriteria, hasil pembelajaran,
kemahiran dan sebagainya yang telah ditetapkan sebagai standard
pencapaian.

Kaedah ini banyak digunakan di dalam ujian rujukan kriteria (URK )


seperti ujian diagnosis, kemahiran membaca, dan yang meliputi
domain kognitif, psikomotor serta afektif.

Semua kriteria dan standard pembelajaran telah ditentukan lebih


awal dan diuji mengikut urutan penguasaan pelajar.

Hal ini memudahkan guru mentafsir penguasaan pelajar secara


terperinci dan boleh merancang dan melaksanakan program yang
bersesuaian mengikut tahap penguasaan pelajar. Laporan kepada
ibubapa dan pelajar menjadi lebih khusus kepada tahap
penguasaan dan kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian.
KAEDAH PELAPORAN
Pertemuan Setelah laopran pentaksiran disediakan, ibu bapa memerlukan
ibu bapa - maklumat lanjut dan maklimbalas daripada guru.
guru
Majlis atau program pertemuan dengan ibu bapa biasanya diaturkan
oleh pihak sekolah, di mana satu hari ditetapkan dengan lain-lain
program berkaitan termasuklah laporan disiplin.

Pada hari tersebut, ibu bapa dapat melihat dan berbincang lebih lanjut
tentang laporan lain seperti disiplin, contoh hasil kerja pelajar, contoh
rangsangan jawapan dan ujian profail.

Laporan pentaksiran ini banyak memberi ruang kepada ibu bapa untuk
berbincang dengan guru tentang masalah yang dihadapi dan
pencapaian anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa banyak
memberi impak positif dalam perkembangan pembelajaran pelajar.

Terdapat juga pihak institusi pendidikan sekarang telah menggunakan


keadah di atas talian (Online ) untuk menyampaikan makluman
pencapaian kemajuan pelajar.
Renungan:

• Bagaimana pelaporan pentaksiran


dapat membantu guru merancang
aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dengan
Rujukan

berkesan.
Rujukan

• Azizi Ahmad, Mohd Isa Awang, ( 2008). Pengukuran dan penilaian


dalam pendidikan: Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

• Mehrenss, W.A & Lehmann, I.J (1991). Measurement and evaluation in


education and psychology ( 4th ed.) Chicago : Holt, Rinehart and
Winston.

• Modul Pentaksiran,(2015) . Putrajaya; Institut Pendidikan Guru Malaysia

• Ragbir Kaur Joginder Singh, (2007). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan


untuk kursus perguruan lepasan ijazah. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai