Anda di halaman 1dari 9

2 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS


Sebelum kami menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah,
kami diberikan taklimat ringkas oleh pensyarah dari unit praktikum di Dewan Ibn Khaldun. Fokus utama
program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih kepada situasi dan suasana
sebenar ketika berada di sekolah. Program ini akan menjadi asas kepada kita sebelum melibatkan diri
dalam bidang pendidikan. Semasa diberikan taklimat PBS, kami diminta supaya dapat memerhati
aktiviti yang yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan mempelajari strategi
atau teknik yang digunakan oleh guru-guru semasa mengajar. Program ini diharapkan dapat memberi
peluang kepada para guru pelatih untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan di
samping memahami peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian komputer,
refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah.

Selepas taklimat diberikan, kami dapat memahami tentang konsep PBS dan objektif yang perlu
dicapai. Kami dapat mengetahui asas ataupun aspek yang perlu diambil berat dalam program ini.
Program PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada
perspektif seorang guru. Pihak unit praktikum berharap kami dapat menjaga nama baik institut, menjaga
sahsiah diri, berpakaian serta bertindak sebagai seorang guru yang professional semasa melaksanakan
PBS. Di samping itu, kami juga diharapkan dapat memahami serta menyesuaikan diri dengan budaya
sekolah, menghayati kerjaya sebagai seorang guru serta mendapat pendedahan awal tentang
pembelajaran murid.

Sebelum saya melonjak kaki ke sekolah, saya telah merancang beberapa perkara yang perlu
difokuskan semasa saya berada di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana persediaan dan perancangan
awal dapat membantu saya untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan dan tidak keliru
semasa menjalani program PBS di sekolah. Justeru itu, saya telah menyenaraikan perkara yang perlu
saya ambil perhatian serta maklumat yang perlu dikumpul. Antaranya adalah seperti berikut:

Peranan pihak sekolah mentadbir sekolah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
sempurna

i. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah


ii. Disipiln murid
iii. Peranan dan sikap guru
iv. Perbezaan individu murid-murid
v. Gaya pembelajaran murid-murid
Akhirnya, saya akan menyediakan satu senarai semak tentang aktiviti yang perlu dijalankan supaya
saya tidak akan tercicir dalam mana-mana aspek. Senarai semak ini juga boleh membantu saya
menyemak bahawa sama ada saya sudah mencapai matlamat yang ingin dicapai atau tidak. Selain itu,
saya akan menemu bual dan menyediakan borang soal selidik kepada murid agar lebih memahami
peranan pihak pentadbir dan guru sekolah dalam melahirkan murid yang seimbang dan menyeluruh
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
Selama seminggu saya berada di SJK (C) Kepong 2, saya telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang berpandukan senarai semak yang telah diberikan. Berikut adalah tindakan yang telah
saya lakukan sepanjang tempoh berada di SJK (C) Kepong 2.

Bil. Tarikh Tindakan


1. 18 Mac 2019  Melapor diri kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
(Isnin)  Sesi memperkenalkan diri sendiri.
 Menghadiri perhimpunan.
 Guru Penolong Kanan Pentadbiran membawa kami melawat
ke kawasan sekolah dan memperkenalkan kemudahan
infrastruktur sekolah dan sejarah sekolah.
 Guru Penolong Kanan Pentadbiran menanyakan ada apa-
apa permintaan dan keperluan yang saya perlukan
sepanjang PBS dijalankan.
 Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyerahkan saya
kepada guru mentor.
 Menemu bual dengan mentor.
2. 19 Mac 2019  Mendapatkan maklumat daripada pihak pengurusan sekolah
(Selasa) melalui interaksi yang dijalankan.
 Mengambil gambar-gambar yang berkaitan.
 Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan senarai
semak.
 Menemu bual dengan seorang murid.
 Menemu bual dengan guru-guru lain.

3. 20 Mac 2019  Meminta murid menjawab soal selidik.


(Rabu)  Masuk ke dalam kelas memerhatikan gaya pembelajaran
murid.
4. 21 Mac 2019  Menemu bual kakitangan sekolah.
(Khamis)  Menemu bual dengan Guru Besar.

5. 22 Mac 2019  Mendapatkan tandatangan kehadiran dan penilaian daripada


(Jumaat) Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
 Mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah
dan menyerahkan cenderamata kepada sekolah sebagai
tanda ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga.
 Bersalaman dengan murid.
 Mengambil gambar kenangan.
4. KOLABORATIF
4.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH
Tarikh : 22/3/2019
Masa : 7.30 a.m.
Nama : Encik Wee Hiau Kee

Guru besar Encik Wee Hiau Kee telah berkhidmat di SJKC Kepong 2 selama 11 tahun. Peranan
beliau adalah mengetuai semua pentadbiran dari segi kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
Setiap sekolah pastilah mempunyai hala tuju. Bagi saya, penuh dengan kasih sayang terhadap semua
murid merupakan hala tuju sekolah tersebut. Sesebuah sekolah harus seimbang dari 4 aspek, iaitu
intelek, jasmani, rohani dan emosi. Semua pelajar adalah unik. Jadi, guru perlu memahami pelajar dan
mengajar pelajar dengan cara yang sesuai.

Masalah yang sedang dihadapi adalah masalah kewangan. Hal ini kerana sekolah jenis
kebangsaan cina kurang mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, jadi sekolah tersebut
haruslah mendapatkan bantuan daripada Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru. Cara penyelesaiannya adalah mengadakan Hari Kantin, Hari Keusahawanan dan karnival untuk
mengumpulkan dana demi membangunkan bangunan seperti dewan dan membaiki kemudahan-
kemudahan sekolah seperti meja kerusi dan tandas.

Harapan beliau terhadap sekolah adalah fikiran murid haruslah selaras dengan masyarakat kini
iaitu berfikiran secara kreatif dan inovatif. Hal ini kerana masyarakat kini lebih mementingkan insan yang
dapat berfikiran secara kritis. Guru-guru haruslah mengajar murid kemahiran yang boleh
menggunakannya pada masa kelak. Bukan sahaja fikiran secara kreatif maka tingkah laku yang baik
juga merupakan elemen yang penting bagi seseorang murid. Dengan ini, beliau berharap semua murid
dapat menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, social, rohani dan intelek.
4.2 PERBINCANGAN DENGAN MENTOR
Tarikh : 18/3/2019
Masa : 11 a.m.
Nama : Puan Yap Keng Peng

Puan Yap merupakan seorang guru yang mengajar subjek Sejarah. Peranan utama beliau
adalah mengajar subjek Sejarah, menjaga disiplin murid dan sebagainya. Masalah yang sedang
dihadapi oleh beliau adalah masalah disiplin murid yang kurang teratur. Selain itu, masa persediaan
pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas adalah kurang kerana pada masa yang sama,
sebagai seorang guru juga haruslah mengurus pelbagai kertas kerja. Masalah tentang setiap murid
mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza telah menyebabkan sesetengah murid tidak dapat
mengerjakan sukatan pelajaran. Cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah mencari punca-
punca masalah disiplin murid, jumpa ibu bapa sekiranya diperlukan dan memberi perhatian kepada
murid tersebut semasa di dalam kelas.

Kemudahan di bilik darjah adalah lengkap dan sesuai bagi alam pendidikan abad ke-21 kini. Hal
ini kerana terdapat setiap kelas telah mempunyai smartboard dan bahan membantu mengajar seperti
kamus, flash card dan peta dunia. Alat-alat bantu mengajar tersebut telah banyak membantu proses
pembelajaran dan pemudahcaraan kerana dapat menjimatkan masa. Pandangan beliau terhadap murid
di sekolah adalah sesetengah murid mempunyai masalah disiplin seperti terlalu bising dan tidak dapat
mengawalkan diri sendiri semasa di dalam kelas. Ibu bapa kini terlalu sayang terhadap anaknya
menyebabkan anaknya terlalu manja dan tidak mahu mematuhi peraturan sekolah.

Beliau berharap setiap guru dan murid dapat memainkan peranan masing-masing dengan baik.
Hubungan guru dengan murid, guru dengan ibu bapa dapat dirapatkan supaya suasana sekolah
menjadi mesra.
4.3 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN
Tarikh : 18/3/2019
Masa : 9.00 a.m.
Nama : Puan Lim Yen Nee

Puan Lim merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan peranan beliau
adalah membimbing murid dengan menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok bagi murid
yang sedang menghadapi masalah. Beliau juga merupakan orang tengah antara guru dengan ibu bapa;
pihak pentadbir dengan guru; guru dengan murid; pihak pentadbir dengan ibu bapa. Peranan beliau
juga perlu mengadakan ceramah kepada murid-murid dan menggantikan kelas kosong.

Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah sesetengah cikgu tidak memahami tugas-tugas
seorang GBK. Angkapan mereka adalah GBK tidak perlu membuat kerja dan mempunyai lebih masa
lapang daripadanya. Hal ini telah menyebabkan ketidakpuasan cikgu lain terhadap GBK. Selain itu,
masalah kekurangan interaksi antara guru disebabkan kekurangan komunikasi di antara guru. Cara
penyelesaian adalah semua guru haruslah mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama dengan
yang lain. Interaksi antara guru dengan murid juga haruslah diperingkatkan dan sekiranya perlu minta
berjumpa dengan ibu bapa untuk menyelesaikan masalah murid.

Puan Lim menyatakan bahawa kemudahan-kemudahan di bilik darjah adalah lengkap dan
sesuai. Dalam setiap bilik darjah telah mempunyai smartboard dan kamus telah membantu guru
mengurangkan bebanannya. Kemudahan tersebut adalah senang digunakan. Pihak sekolah juga
menyediakan amali kepada setiap kelas untuk menyimpan barangan murid seperti buku teks, kamus,
buku latihan dan nota.

Beliau berharap sistem sekolah menjadi lebih bersistematik. Fikiran semua guru dapat
diselaraskan dan lebih memahami perbezaan pekerjaan setiap guru dan komunikasi antara guru
menjadi lebih baik dan mesra.
4.4 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH

Tarikh : 21/3/2019
Masa : 8 a.m.
Nama : Puan Siti Salizahwati binti Dahlan

Puan Salizahwati merupakan Pembantu Tadbir Kewangan. Beliau bertanggungjawab mengurus


segala perkara tentang kewangan sekolah seperti gaji, bil elektik, bil syarikat, tiket kapal terbang dan
perubatan. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah guru tidak hadir ke sekolah untuk bertugas. Selain
itu, guru membawa anak ke sekolah dan menjaga anaknya di sekolah. Cara penyelesaiannya adalah
guru datang ke sekolah untuk bertugas, dapat membantu dan bekerjasama dengan guru untuk
menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya dan suasana antara guru menjadi lebih harmoni.
Harapan beliau terhadap sekolah adalah semua kakitangan dan guru dapat datang ke sekolah,
bekerjasama menyelesaikan masalah secara bersama-sama dan guru dapat mengajar murid dengan
lebih baik.
4.5 INTERAKSI DENGAN MURID\

Tarikh : 18/3/2019
Masa : 10 a.m.
Nama : Dylan Ng

Murid tersebut Tahun 4 dan bernama Dylan Ng, dia merupakan pegawai sekolah. Sebab dia
suka datang ke sekolah adalah dia berminat belajar dan suka bermain dengan rakan sebayanya. Dia
suka menjalankan aktivit secara berkumpulan kerana aktiviti tersebut akan menjadi lebih menarik;
aktiviti berkumpulan dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan tepat. Dia menyatakan bahawa
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru akan sentiasa menggunakan teknik belajar secara
berkumpulan. Kemudahan di bilik darjah adalah lengkap dan sesuai dan dia selalu menggunakan
smartboard dan kamus untuk belajar. Murid tersebut paling suka subjek Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Jika murid tersebut mengalami kegagalan, dia tidak berputus asa dan akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh sehingga bejaya.

Anda mungkin juga menyukai