Anda di halaman 1dari 4

3.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL

3.1 SEBELUM PBS

Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan, kami pelajar


PISMP Ambilan Jun 2021 telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada
En. Joshua Oniyeye Anak Graman selaku ketua unit praktikum. Taklimat PBS
tersebut dijalankan pada 5 Oktober 2022 di Dewan Auditorium TAZA. Pengalaman
Berasaskan Sekolah sesi 2 ini merupakan PBS yang kedua kali bagi kami sebagai
guru pelatih di semester 4. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman
kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Jadi,
taklimat sebelum PBS ini amat membantu guru pelatih untuk memahami dan
mengetahui apa yang perlu dibuat sewaktu menjalankan PBS di sekolah nanti.

Secara konseptualnya, fokus utama PBS adalah untuk memberi kefahaman


dan pengalaman awal kepada bakal guru tentang sistem pengurusan sekolah,
tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Semua
ini bakal diperoleh melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual, penelitian dokumen,
refleksi murid dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Secara tidak
langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan
sekolah dapat dicapai.

Selain itu, PBS ini juga berfokus untuk membantu guru pelatih memahami
dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, menghayati kerjaya sebagai
seorang guru, membina kemahiran interaksi, inkuiri penemuan, kreatif dan analitik
serta membina sikap yang positif terhadap profesion. Guru pelatih juga mampu
memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mengasah
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah sepanjang
tempoh PBS tersebut.

Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan


tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki
membuat PBS selama seminggu bermula dari 10 sehingga 13 Oktober 2022. Seperti
sebelum ini, pada PBS kali ini juga kami diberi peluang untuk menjalankan PBS
mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di
kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di sekolah
rendah saya dahulu iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Bali. Saya amat berharap agar
dapat menjalankan PBS kelai kedua ini dengan sebaik mungkin dan melengkapkan
tugasan yang diminta dengan cemerlang.

3.1.2 SEMASA PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah


melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4
orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar,
Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum yang mana dipegang oleh seorang guru lelaki dan tiga orang guru
wanita.

Semasa menjalani PBS, saya juga telah melakukan beberapa pemerhatian


terhadap pengajaran guru dalam subjek Pendidikan Islam. Melalui pemerhatian
tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan
tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemu bual
seorang guru Pendidikan Islam serta guru-guru lain bagi menjawab soalan yang
terdapat dalam tugasan tersebut. Selain itu, semasa PBS ini juga saya turut
dikehendaki untuk merekod data terhadap keberhasilan kit pengajaran multimedia
Pendidikan Islam yang telah dihasilkan dalam kursus EDUP3053, Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Dengan kerjasama daripada pihak sekolah, saya
telah diberi peluang untuk menguji kit multimedia tersebut kepada murid-murid
Tahun 4 Maju. Melalui penilaian daripada murid kelas tersebut, saya dapat
mengumpul data berkaitan sejauh mana keberhasilkan kit tersebut dalam membantu
PdP murid dan dapat menyelesaikan tugasan berkaitan penilaian tersebut dengan
baik dan sempurna.

3.1.3 SELEPAS PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul


dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut memperoleh banyak ilmu
pengetahuan yang berguna dan dapat saya gunakan pada suatu hari nanti. Saya
juga telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang
boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-
mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi
maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik
bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita
menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat
penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar. Banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi
seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal
menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar
sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, guru merupakan barisan
hadapan dalam dunia pendidikan. Justeru itu, tugas gurulah yang akan membentuk
peribadi anak watan untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama
serta negara. Tambahnya lagi, seorang guru perlu ingat bahawa jasanya bukan
sahaja disumbangkan kepada negara bahkan yang terpenting ialah ummah.
Tegasnya, beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun
pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai
satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah
serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina
perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi
mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik
dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan
merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar.
Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang
tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Tambahan lagi, ruang pembelajaran
yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan
murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan
tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa
tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa
mengawasi murid-murid yang ramai.

Sebagi penyimpul bicara, PBS ini mampu membuka mata saya untuk menilai
dan melihat dengan jelas mengenai sekolah dan alam belajar murid-murid. Saya
beryukur kerana melalui PBS yang dijalankan ini saya dapat mengetahui dengan
lebih jelas mengenai pengurusan, budaya, gaya pembelajaran dan lain-lain lagi
berkaitan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai