Anda di halaman 1dari 24

2.

1 PENYATAAN SEBELUM PBS kenal pasti fokus utama tugasan tujuan tugasan merancang strategi pelaksanaan instrumen penilaian

Fokus utama tugasan

Pengamalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Menemu bual tokoh guru

Melakukan ujian kognitif, fizikal serta sosio-emosi

Tujuan tugasan

SEBELUM PBS Sebelum saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada Pensyarah Penyelaras PBS. Taklimat ini diadakan di Dewan Kuliah IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama guru pelatih semester 1PISMP menjalani PBS. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih mengenai alam persekolahan dan memahami perspektif seorang guru. Menerusi program ini, saya dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar, bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah dan peranan semua kakitangan sekolah dalam membentuk murid cemerlang. Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih guru pelatih untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan sekolah dalam membina perkembangan kanak-kanak dalam pengurusan dan organisasi sekolah, disamping dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS membolehkan guru pelatih membina pandangan baik terhadap profesion keguruan. Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, saya dikehendaki membuat PBS selama seminggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di kampung saya dan sekolah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah, Johor. Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini walaupun ini kali pertama saya ke sekolah tersebut. Ini adalah untuk membiasakan saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman. Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami

memahami serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus Pentaksiran Perkembangan Kanak-Kanak ( EDU 3102 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( EDU 3101 ) dan tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama seminggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.

SEMASA PBS Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 3 orang lelaki dan seorang perempuan yang berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar,Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita. Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam empat aspek utama iaitu peranan pihak pengurusan, guru, dan organisasi sekolah. Kedua, prasarana sekolah. Ketiga, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dan yang terakhir ialah program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Saya juga dikehendaki menemubual seorang tokoh guru cemerlang yang terdapat di sekolah tersebut. Tugasan ini adalah untuk tugasan PBS iaitu berkenaan dengan soalan tugasan yang diberikan kepada saya. Selain itu, saya juga menjalankan ujian kognitif dan bahasa berserta ujian fizikal dan sosio-emosi. Saya menjalankan ujian ini adalah kerana perlu memenuhi kriteria soalan tugasan bagi tugasan Pentaksiran Perkembangan Kanak-Kanak ( EDU 3102 ). Tambahan lagi, saya juga perlu melaksanakan soal selidik bagi tugasan ini. Walaubagaimanapun, saya juga dibekalkan dengan satu lagi tugasan iaitu tugasan Pentaksiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugasan ini meminta saya untuk menyiapkan satu refleksi berkenaan pemerhatian saya terhadap pelaksanaan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah dalam membudayakan kerja guru sebagai satu ibadah.

SELEPAS PBS Selepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah, saya telah

mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya. Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa menemubual tokoh guru pilihan saya iaitu Encik. Sathiaseelan, seorang guru matapelajaran Sains. Banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa mencari sesuatu yang baru dalam proses P & P. Beliau juga menasihatkan saya agar ikhlas menjadi seorang guru dan janganlah terlalu mengharapkan gaji. Di samping itu, beliau menasihatkan saya supaya menjadi guru yang berinovasi dan berdedikasi. Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang kondusif dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Kemudahan yang

lengkap

juga

adalah

perlu

bagi

memastikan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, pelaksanaan unsur-unsur perkembangan kanak-kanak dalam pengurusan dan organisasi sekolah memainkan peranan penting ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Unsur-unsur ini perlu dilaksanakan bagi membudayakan kerjaya guru sebagai ibadah.

2.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dapat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan jayanya. Saya telah menjalani PBS selama seminggu iaitu bermula 5 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah, Johor. Saya berasa sungguh gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya dalam menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) walaupun ia merupakan sekolah lama saya. Sepanjang menjalani PBS di sekolah tersebut pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. Ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi itu akan dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam kehidupan saya. HARI PERTAMA (5 MAC 2012) Saya tiba di sekolah itu seawal jam 6.50 pagi. Perasaan berdebar-debar menyelubungi sanubari saya kerana bimbang tentang penerimaan pihak sekolah terhadap saya. Namun perasaan itu terus hilang apabila beberapa orang guru menjemput kami ke bilik guru dan saya mendaftarkan diri dan menunggu kedatangan guru besar sekolah itu, Tuan G. Manogaran. Pada pagi tersebut, perhimpunan sekolah dilaksanakan seperti biasa. Saya begitu terkejut apabila melihat ramai guru baru yang berkumpul di tapak perhimpunan iaitu seramai 28 orang guru pelatih. Selepas itu, Tn. Manogaran mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memilih sekolah itu untuk menjalani PBS. Selepas itu, beliau menceritakan secara ringkas latar belakang sekolah tersebut, pencapaian akademik sekolah tersebut dan beberapa anugerah yang diterima. Seterusnya, beliau meminta kami memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian, beliau memberi peluang kepada saya untuk memantau kawasan sekolah tersebut. Pada pagi itu, saya masuk ke dalam sebuah kelas yang sedang berjaaln P&P. Saya mendapat kebenaran guru subjek itu dan duduk belakang kelas itu. Pada masa itu, pelajar semua membelajar subjek Bahasa Inggeris dengan bersemangat. Selepas itu, saya telah melihat prasarana-prasarana yang terdapat

di sekolah tersebut seperti makmal komputer, makmal sains, sudut bacaan, padang, padang permainan, dewan, dewan besar yang sedang dibina, bilik seni, kelas tadika dan banyak lagi. Saya juga sempat mengambil gambar-gambar prasarana tersebut. Kemudahan-kemudahan yang disediakan lengkap dan dalam keadaan baik. Selain itu, iklim dan persekitaran sekolah ini juga sangat ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran murid-murid. Keadaan ini akan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selepas sarapan pagi, saya ke pejabat untuk bertanya dan berbincang mengenai maklumat sekolah dengan guru Hal Ehwal Murid, Encik. S. Saravanan sekolah tersebut. Beliau memberi maklumat secara terperinci dan beliau sangat berbesar hati untuk menolong kami dalam menyiapkan tugasan yang perlu dilaksanakan ini. Seterusnya, kami berjumpa dengan GPK Kokurikulum iaitu Encik. Govindasamy untuk membincang tentang kegiatan kokurikulum di sekolah. Beliau memberi kerjasama yang baik walaupun beliau sibuk dengan menyediakan jadual waktu untuk peperiksaan yang akan berlangsung pada hari Selasa. Beliau memberikan bahan-bahan yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan permainan, unit beruniform serta kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah tersebut. Seterusnya, saya terus ke bilik guru dan di sana ada guru yang minta bantuan daripada untuk menasingkan kertas peperiksaan mengikut kelas. Pada masa itulah saya dapat tahu pelajar akan menduduki peperiksaan untuk dua hari berterusan. Saya berasa sangat gembira untuk membantu guru-guru di sana. HARI KEDUA (6 MAC 2012) Hari ini saya tiba di sekolah tepat jam 7.00 pagi. Sambil berjalan-jalan menuju ke bilik guru, kami sempat melihat pelbagai gelagat murid-murid walaupun mereka akan menduduki untuk peperiksaan pada pagi itu. Selepas loceng sekolah berbunyi pada pukul 7.20m padi semua murid masuk ke dalam kelas dan menyediakan dirinya. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat

peluang untuk menjaga sebuah kelas dan mereka juga sangat ramah dan menghormati orang. Mereka memberi salam serta senyum kepada saya. Saya berasa sungguh gembira kerana warga sekolah tersebut dapat menerima kami seadanya. Selepas peperiksaan tamat saya pergi ke kantin. Di sana, saya juga melihat terdapat murid-murid ke kantin untuk menjamu selera dan berasa sangat kagum. Selepas itu, saja ke prasekolah untuk membuat pemantauan dan pemerhatian. Guru prasekolah dan pembantunya sangat baik dan memberi kerjasama yang memuaskan dalam memberikan kami bahan yang berkaitan prasekolah. Di sana terdapat dua prasekolah iaitu prasekolah Kambar dan Prasekolah Valluvar. Kanak-kanak prasekolah tersebut juga sangat baik dan peramah. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Saya membuat pemerhatian terhadap mereka semasa mereka menjalankan aktiviti permainan di dalam kelas bersama gurunya. Saya melihat kanak-kanak tersebut begitu seronok bermain dan melalui permainan ini mereka dapat menunjukkan bakat dan potensi mereka. Pada hari tersebut, saya juga membuat pemerhatian di kelas pemulihan dan memerhati ciri-ciri murid di kelas pemulihan dan cara seorang guru mengajar mereka. Seterusnya, pada pukul 11.00 pagi, saya pergi ke pejabat untuk berjumpa dan berbincang dengan GPK kurikulum kokurikulum di sekolah ini. mengenai pelaksanaan kurikulum dan Saya sempat bertanya mengenai tugas-tugas

sebagai GPK Kurikulum dan juga turut bertanya mengenai aktiviti-aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah ini. Saya juga telah mendapatkan tandatangan beliau untuk mengisi borang kolaborasi sebagai pengesahan iaitu tugasan PBS.

HARI KETIGA ( 7 MAC 2012) Hari ketiga saya tiba pada pukul 7.10 pagi. yang bakal dilakukan pada hari ini. Saya ke pejabat untuk

menandatangani kedatangan saya pada hari tersebut dan melihat apa aktiviti Selepas saya duduk di bilik guru dan membuat tugasan yang perlu disiap kerana saya tidak melakukan apa-apa aktiviti oleh sebab semua murid menduduki peperiksaan dan saya tidak boleh menganggu mereka. Kira-kira pukul 10.30 pagi, saya telah pergi bangunan lain di sekolah dan mengambil gambar untuk mengisi masa saya. Selepas itu, saya pergi ke bilik pemulihan untuk berjumpa guru pemulihan di sana. Saya menemu bual dengan beliau dan membantu untuk buat kerja di bilik tersebut. Beliau juga meminta bantuan untuk hadir ke sekolah pada waktu petang untuk Program Pameran Sains. Pada waktu petang, saya ke sekolah bagi menjalankan tugas yang diamanahkan. Di sana, semua guru pelatih menjadi pencatat dan penjaga masa. Saya menjadi juru gambar dan ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi juru gambar. Saya berasa sungguh seronok menjalankan tugas yang diberikan. Di sini saya dapat melihat kerjasama yang diberikan oleh setiap guru pelatih dan warga sekolah tersebut.

HARI KEEMPAT (8 MAC 2012) Pada hari ini, saya tiba di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Saya ke Selepas itu, kami ke kelas 4 Valluvar untuk menyelesaikan tugasan PKK. Kami berasa sungguh seronok berada bersama mereka. Murid-murid kelas ini sungguh baik dan peramah. Saya mendapatkan kebenaran guru kelas mereka iaitu Cik. Santhiya tersebut dan saya membawa dua murid dari kelas tersebut ke bilik guru. Sebelum membawa mereka ke bilik guru, saya duduk di dalam kelas dan sempat memerhatikan murid-murid yang dipilih bagi menyelesaikan tugasan PKK. Semasa sesi menemubual saya bertanya beberapa soalan kepada kedua-

dua murid tersebut dan memerhati segala reaksi mereka semasa menjawab. Selepas itu saya menghantar kedua-dua murid tersebut ke kelas mereka dan mengucapkan terima kasih kepada guru kelas mereka. HARI KELIMA (9 MAC 2012) Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di sekolah ini. Pada pagi itu, sekolah tersebut mengadakan penghayatan morak kepada semua murid mengiukut agama masing-masing. Saya berasa sangat gembira dan teruja apabila saya melihat sekolah saya masih lagi menggunakan amalan ini. Selepas itu, saya ke bilik Pemulihan dan Pendidikan Khas untuk mengucapkan kepada guru-guru lama saya yang memberi kerjasama kepada saya selama seminggu di sana. Selepas itu, guru di sekolah ini telah meminta bantuan daripada saya dan rakan-rakan untuk menghias papan kenyataan sekolah tersebut. Selesai aktiviti menghias papan kenyataan, saya ke kantin untuk bersarapan pagi. Selepas itu, saya ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada guru besar sekolah tersebut. Kemudian, saya ke bilik guru untuk bersalaman dengan mereka serta mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya berada di sini.

2.3 PENILAIAN DAN LAPORAN Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, PBS yang telah saya jalani di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah, Johor, banyak memberi pengalaman dan input yang sangat berguna kepada saya. Apabila menjalani PBS ini, saya dapat merasai sendiri suasana persekolahan berbanding dengan teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas. Dalam persekitaran sekolah, saya juga dapat lihat pelbagai ragam manusia dari segi ibu bapa, pelajar bahkan para gelagat para guru dan individu yang memainkan peranan di dalam sekolah tersebut. Namun apa yang penting ialah saya perlu menanam di dalam hati untuk menjadi seorang guru yang baik dan berdedikasi kelak. Melalui PBS ini, saya mula didedahkan dengan kaedah kontektual serta interaksi, komunikasi serta perhubungan kita dengan semua warga sekolah. Malah saya juga perlu mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi di sekolah pada suatu hari nanti. Saya sebagai seorang bakal pendidik perlulah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita. Dalam aktiviti pemerolehan dan analisis data, pentadbir, para guru, kakitangan sekolah serta murid-murid telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Melalui objektif kajian yang ingin dicapai, saya dapat memahami hampir keseluruhan isi objektif kerana memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya serta masa yang singkat iaitu seminggu untuk menjalani PBS ini. Objektif utama ialah persediaan saya dengan suasana dan situasi sekolah serta melatih interaksi dan pemupukan sikap positif dalam diri. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak membantu saya dalam mencapai objektif tersebut.

Walaupun mempunyai tugasan yang banyak, pihak pentadbir dan para guru tidak jemu untuk memberi kerjasama kepada saya bagi memperoleh segala maklumat dan layanan mereka terhadap saya juga sangat baik. Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses memperoleh maklumat. Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini, merupakan individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada saya. Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan dan seterusnya dapat mendidik anak bangsa.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 3.1 PEMERHATIAN Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap pentadbiran sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan guru. Aspek lain yang telah saya lakukan pemerhatian ialah kesan persekitaran sekolah yang baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial murid-murid tersebut. Selain itu, kesan kemudahan sekolah yang lengkap terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah saya turut membuat pemerhatian terhadap prasarana yang terdapat di sekolah tersebut seperti kantin, makmal komputer, pusat sumber, padang, dan sebagainya. Gambar diambil sebagai bukti saya menjalankan pemerhatian di sekolah. Melalui pemerhatian juga , saya dapat memperolehi jawapan untuk beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugasan saya. Antaranya seperti : o Apakah aktiviti yang sedang berlaku di sekolah tersebut? o Menyatakan apakah kekuatan yang ada, kelemahan serta cadangan penambahbaikkan yang ada. o Perkembangan tahap pembelajaran dan kaitkan dengan tahap perkembangan murid-murid. o Pelaksanaan kurikulum dijalankan berjalan lancar atau tidak? o Apakah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah ? o Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas? Adakah mereka aktif atau kurang berminat ?

o Bagaimana guru menguruskan golongan pelajar yang lemah dengan pandai ? o Apakah cara yang digunakan oleh guru untuk membahagikan murid dalam kumpulan? o Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat murid-murid tersebut? o Bagaimana bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah ? o Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid ? o Apakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran seorang guru untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam proses p&p? o Adakah pelaksanaan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan?

3.2 SENARAI SEMAK Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan oleh pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik. Saya memberi tumpuan pada senarai semak penyediaan portfolio untuk menyemak maklumat yang sudah dicari dengan tajuk yang hendak dicari sepanjang PBS. Senarai semak menjadi satu panduan kepada saya untuk memulakan portfolio. Bagi senarai semak prasarana, gambar yang diambil adalah mengikut apa yang telah disenaraikan dan juga ada gambar tambahan. Pembahagian tajuk juga dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan. Senarai semak amat berguna kerana ia merupakan skop kajian yang hendak dibuat serta dapat merancang apa yang hendak dibuat dan dapat membahagikan kerja mengikut kriteria. Turut bertindak sebagai lampiran untuk tugas semakan.

3.3 TEMU BUAL Temubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar, Penolong Kanan 1, dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersamasama dengan para guru dan pihak sekolah yang lain bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga mengadakan sesi temu bual dengan murid-murid yang saya kaji bagi melaksanakan tugasan Perkembangan Kanak-kanak. Sesi temubual ini perlu dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat mengenai kanak-kanak tersebut . . Berikut adalah perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak dijalankan. Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penyelaras Kokurikulum Kakitangan Sekolah Murid-murid

3.4 SOAL SELIDIK Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru-guru yang terdapat dalam senarai temubual diatas. Malah saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas kerana ia boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan: Latar belakang orang yang ditemubual Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan juga penglibatan murid-murid. Pengalaman Sumbangan Cabaran Harapan/nasihat/pedoman tatacara untuk menemubual

Soal selidik penting kerana terdapat Siapa yang ditanya? Kerana apa?

seseorang. Oleh itu, seseorang itu perlulah mengetahui ;

Bagaimana untuk melakukan temuduga? Bilakah waktu yang sesuai?

Mengapa orang berkenaan yang dipilh Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih. Tempat temuduga yang hendak dijalankan adalah bersesuaian.

ILMU/ PENGETAHUAN BARU 5.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian saya, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah, Johor merupakan sebuah sekolah yang indah dan bersih. Guru-gurunya sangat menitikberatkan unsur penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar melalui budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru mahupun individu yang melawat sekolah mereka. Mereka juga turut diterapkan dengan unsur kerohanian dengan mengadakan pengayatan moral pada setiap hari Jumaat. Tambahan lagi, murid-murid di sekolah ini bijak dalam menguruskan soal kebersihan. Saya juga dapat lihat guru sangat bijak mengawal pelajar di dalam kelas walaupun mengajar kelas paling tercorot. Selain itu, mereka sangat kreatif dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), ini membuatkan pelajar sangat berminat untuk belajar malah lembaran kerja yang diberikan mengikut tahap kemampuan pelajar agar tidak menjadi bebanan kepada mereka. Disamping itu, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan papan kenyataan di belakang kelas sangat penting kerana pelajar akan mencari maklumat berkaitan topik yang diajar. Malah penggunaan papan kenyataan ini adalah bersifat tetap dan boleh digunakan secara berulang kali. Maklumat yang ditampal dapat ditanggalkan dan diganti dengan maklumat yang terkini agar para pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk

mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari.Murid-murid hanya perlu pergi ke kawasan belakang kelas untuk membuat rujukan terus tanpa perlu membuang masa di tempat lain. Guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan emosi pelajar. Guru di sekolah ini sangat bijak menceriakan kelas lebih-lebih lagi guru kelas prasekolah, kerana pada tahap ini pelajar tahun satu sangat gemarkan sesuatu yang berwarna-warni. Oleh itu, guru telah mengambil inisiatif dengan menampal bahan-bahan ilmiah dengan kertas yang berwarna, mereka jadual waktu, jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya. Malah papan kenyataan dipastikan mempunyai bahan-bahan ilmiah. Selain itu, para guru turut menampal perkataan-perkataan ilmiah di dinding sekitar laluan pelajar, contohnya perkataan dalam Bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, melalui langkah ini, pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka dalam Bahasa Arab. Disamping itu, guru-guru di sekolah ini sangat menepati masa, pelajar tidak sempat untuk bermain atau membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Malah disini saya dapat lihat sahsiah guru di sekolah ini sangat tinggi. 5.2 SENARAI SEMAK Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan.Senarai semak ini menyenaraikan segala perkara atau aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan sepanjang berada di sekolah. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan senarai semak semasa melakukan sesuatu perkara.Senarai semak mengelakkan saya daripada tertinggal atau terlupa mengenai perkara penting yang harus saya laksanakan semasa berada di sekolah. Tertinggal sesuatu perkara akan menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu di hantar selepas PBS dilaksanakan. Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa hadapan kelak tambahan pula bakal guru pada suatu hari nanti. Malah penggunaan senarai

semak dan fail boleh diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah yang telah diberikan dapat dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun. Antara tujuan penyediaan senarai semak: Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan Membuat perancangan yang rapi Memudahkan untuk melakukan rujukan Lebih sistematik Selamat dan tersusun

5.3 TEMUBUAL Semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah saya telah mempelajari pelbagai teknik pertanyaan yang baik dan berkesan. Saya juga telah mengetahui mengenai kesan sesebuah teknik pertanyaan terhadap hasil yang diperolehi.Teknik pertanyaan yang tidak baik akan membuahkan hasil yang tidak baik manakala teknik yang baik dan berkesan akan memberikan hasil yang memuaskan hati kedua belah pihak. Semasa menjalani PBS, saya telah menemubual Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Kokurikulum, para guru, staf sokongan dan murid-murid. Melalui temubual saya dengan tokoh guru yang dipilih, saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman manis dan pahit sepanjang beliau bergelar seorang pendidik. Beliau juga banyak menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan ini. Selain itu, beliau banyak memberi nasihat kepada saya agar menjadi guru yang berinovasi dan berdedikasi apabila bergelar seorang guru kelak.

LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam Negara. PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1 Sains . PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Saya telah menjalani PBS di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah, Johor. Sekolah ini dipilih kerana berdekatan dengan rumah saya.. Tujuan utama saya untuk ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut dan mendapatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman. Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya mendapati diri saya banyak berlaku perubahan dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang baik dan berdedikasi. Antaranya ialah dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid serta kakitangan sekolah. Melalui PBS juga, saya mendapati diri saya banyak berubah ke arah

pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita. Selain itu, saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya selepas menjalani PBS ini. PBS ini mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalm pergaulan. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima. Di samping itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab seorang bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi. Selain itu, suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran adalah sangat penting melahirkan murid yang harmonis dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah mestilah berada dalam keadaan selesa dan aman damai. Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak memberi input yang berguna kepada semua guru pelatih. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani PBS ini walaupun ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya berasa sungguh sedih untuk meninggalkan sekolah ini kerana warga sekolah tersebut sangat baik dan

memberi kerjasama yang baik. Pengalaman yang diperolehi akan diingati serta akan diaplikasikan apabila saya bergelar seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai