Anda di halaman 1dari 12

PROSES PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH. 1.

0 Pengenalan Secara umumnya kokurikulum bermaksud kegiatan yang dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di luar bilik darjah. Jika dilihat dari segi pendidikan, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum persekolahan. Tegasnya, kokurikulum juga merupakan salah satu daripada kandungan kurikulum persekolahan yang bercorak pendidikan dan berupa pengalaman pembelajaran. Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seseorang pelajar haruslah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Jadi hal ini membuktikan bahawa kokurikulum di sekolah adalah bertujuan memupuk serta memenuhi keperluan kendiri seseorang pelajar itu kearah pendidikan yang lebih seimbang. Jadi, sebagai salah satu dari bidang pendidikan di sekolah, setiap pelajar harus melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang diwujudkan di sekolah seperti mana yang diwajibkan bagi setiap sekolah. Kokurikulum walaupun pada umumnya adalah dinyatakan sebagai gerak kerja di luar kelas namun keadaan tertentu juga memerlukan proses untuk aktiviti kokurikulum turut dilakukan dalam kelas berdasarkan kesesuaian gerak kerja yang ingin dijalankan. Di sekolah, walaupun kokurikulum dilihat sebagai suatu aktiviti untuk memenuhi keperluan proses kurikulum yang seimbang namun, pada kenyataannya aktiviti kokurikulum ini juga dapat membantu dalam mecungkil bakat seseorang pelajar dalam mengetahui arah minat serta kemampuan diri sendiri. Ini kerana semua pelajar mempunyai bakat yang boleh dimajukan sekiranya ada usaha dilakukan kearah itu. Mereka boleh dididik dan seterusnya boleh mendidik diri sendiri. Dalam hubungan ini, sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan para pelajar untuk keperluan masyarakat. Tegasnya, kokurikulum juga bertujuan untuk melatih para pelajar agar bersikap bertanggungjawab di samping memupuk semangat kerjasama. Justeru, kegiatan ini dapat melatih disiplin pelajar agar menjadi lebih berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang diceburi. Dengan kata lain, untuk melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan dengan lebih efektif, penekanan bukan sahaja ditumpukan kepada perkembangan kurikulum sahaja malah bidang kokurikulum juga harus diberi penekanan yang sama. Bagaiamanapun, sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan mempunyai program sukan yang merangkumi dua bidang iaitu sukan untuk prestasi tinggi dan ini merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peratura serta syaratsyarat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bagi menentukan pemenang. Bidang yang kedua ialah sukan untuk semua yang lebih merujuk kepada aktiviti rekreasi

fizikal dan permainan yang berlaku secara spontan dan diuruskan dengan tujuan menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dan meluas dalam kalangan pelajar. Contohnya seperti sukan bersempena dengan Hari Keluarga ataupun sukaneka sekolah.

2.0 Tujuan penubuhan kokurikulum di Sekolah Setiap perkara atau organisasi yang dirancang sudah tentu mempunyai matlamat dan objektif yang digariskan bagi menentukan keberkesanan perkara tersebut. Justeru itu, sekolah mengadakan program kokurikulum untuk mengembangkan seluruh potensi individu yang meliputi beberapa perkara berikut; a) Pengukuhan dan penggayaan perkara yang dipelajari dalam kelas dan perluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. b) Pembentukan sahsiah dan membina konsep kendiri dan peningkatan disiplin dalam kalangan para pelajar. c) Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri, kecergasan fizikal, penyemaian nilai murni dan pembentukan insane berakhlak. d) Penggunaan masa lapang yang berfaedah dan bermakna dengan

pemupukan sifat positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. e) Pemupukan interaksi dan integrasi kaum, minat dan kecenderungan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. f) Integrasi social yang bermakna dan mengeratkan hubungan dengan peningkatan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat. g) Perkembangan dan meningkatkan kemahiran-kemahiran asas sesuatu permainan dan persatuan serta unit beruniform. h) Pencegahan jenayah remaja dengan menyediakan peluang penggunaan masa lapang yang berfaedah dan memanfaatkan. i) Pencapaian kecemerlangan dalam bidang sukan ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. j) Melahirkan pemimpin dalam kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti serta pada masa depan. k) Peningkatan suasana keadaan sekolah yang lebih menarik dan

menggembirakan para pelajar.

3.0 Proses Pengurusan Kokurikulum Di sekolah, proses pengurusan bagi kokurikulum adalah berlaku secara berperingkat mengikut keutamaan yang tertentu. Urutan pengurusan adalah seperti berikut; Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Pendaftaran Kelab/ Persatuan / Unit Beruniform

Melantik Guru Penasihat

Pendaftaran Murid Kokurikulum

Penyediaan Takwim Tahunan Kokurikulum

Perlantikan Jawatankuasa Murid

Pemantauan Aktiviti Kokurikulum Sekolah

Penyediaan Buku/Fail Laporan Kegiatan Kokurikulum

Penyediaan Kertas Kerja Program dan Permohonan Lawatan

Borang Kawalan Keselamatan Pelajar

Laporan Kegiatan dan Pertandingan Kokurikulum

Sistem Fail Kokurikulum

Buku Penilaian Kokurikulum Murid @ Sijil Penilaian Kokurikulum

Sijil-sijil Diedar dan Direkod

Pengurusan Kewangan Sekolah

Post Mortem Kegiatan Kokurikulum

4.0 Prosedur Penubuhan Unit Beruniform di Sekolah Mengikut aturan pengurusan kokurikulum di sekolah, prosedur penubuhan persatuan, kelab ataupun badan beruniform hendaklah mengikut proses yang betul. Walau bagaimanapun, penubuhan unit-unit dalam ketiga-tiga bidang sama ada persatuan, sukan dan unit beruniform adalah tertakluk kepada tatacara dan prosedur yang tertentu. Sebelum penubuhan satu unit kokurikulum di sekolah, terdapat beberapa perkara yang perlu di teliti terlebih dahulu. Antara perkara tersebut termasuklah keperluan yang terdapat di sekolah tersebut, kemudahan infrastruktur, kepakaran, faedah yang diperolehi oleh murid dan juga bilangan murid dan guru yang terlibat. Perkara-perkara ini adalah penting bagi memenuhi syarat penubuhan itu sama ada segalanya lengkap dan tidak membebankan bagi pihak yang tertentu. Bagi setiap unit ini, prosedur yang digunakan adalah berbeza mengikut kategori tertentu. Dalam persatuan atau unit beruniform, kategorinya terbahagi kepada tiga iaitu unit badan beruniform di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), badan beruniform di agensi kerajaan dan unit beruniform di bawah agensi bukan kerajaan. Di sekolah, tidak semua badan beruniform ini ditawarkan bergantung pada penyertaan ataupun keperluan kepada pelajar. Bagi setiap unit yang bukan di bawah pendidikan pula dikehendaki mendaftar unit tersebut di bawah Akta Parlimen atau Akta Pendaftaran Penubuhan manakala bagi unit yang bernaung di bawah pendidikan, pengetua atau guru besar berhak membuat keputusan bagi segala urusan penubuhan atau pembubaran di sesebuah sekolah tersebut. Kemudian, prosedur penubuhan tersebut terbahagi lagi kepada dua iaitu persatuan yang tidak mempunyai induk di luar institusi pendidikan peringkat sekolah dan satu lagi pula adalah persatuan yang mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan dan masih diluluskan oleh pendaftar. Proses atau prosedur penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah menghantar surat kepada pihak tertentu.

5.0 Contoh Penubuhan Unit kokurikulum di sekolah (Taekwondo)

5.1 Unit Beruniform mempunyai Badan Induk Lazimnya, semua unit beruniform mempunyai badan induk yang memerlukan urusan dan pemantauan dari badan induk tersebut.Dalam kokurikulum di sekolah, Taekwondo tergolong di bawah agensi bukan kerajaan. Walau bagaimanapun, masih berada dalam pendidikan di peringkat sekolah. Bagi permohonan untuk penubuhan adalah bergantung pada kelulusan daripada pengetua ataupun guru besar. Namun, kebiasaannya bagi unit badan beruniform, ia mempunyai badan induk yang memerlukan penghantaran surat untuk berurusan dengan pusat induknya. Taekwondo di sekolah merupakan satu unit yang dikategorikan di bawah badan beruniform. Ini bermakna, guru yang berkenaan hendaklah berurusan terlebih dahulu dengan pihak di bahagian badan induk bagi Taekwondo. Hal ini bertujuan memastikan segala urusan dan aktiviti yang berkaitan selepas ini mendapat sokongan dan jaminan daripada badan induk. Selain itu, bagi unit yang ditubuhkan di bawah badan induk, ia berhak menerima perkhidmatan peralatan yang lengkap. Selain itu, segala aktiviti yang akan dijalankan juga diberitahu dan unit sekolah ini boleh mengambil bahagian secara langsung. Oleh itu, sebelum penubuhan, pihak yang ingin menubuhkan atau pihak yang bertanggungjawab harus menulis surat bagi urusan untuk institusi di luar kawasan sekolah yang memerlukan penyelarasan bukan sahaja di peringkat daerah tetapi juga negeri dan kebangsaan.

5.2 Menghantar Surat Permohanan Penubuhan dan Rundingan Walaupun kebanyakkan unit yang ditubuhkan di sekolah tidak mengambil langkah untuk berurus dengan pihak induk bagi memudahkan urusan namun lazimnya bagi satu unit badan beruniform mendaftar di bawah badan induk adalah penting.. Oleh itu, penubuhan unit beruniform misalnya seperti Taekwondo ini jika ditubuhkan di sekolah, pihak yang bertanggungjawab menubuhkannya perlu menulis surat

permohonan kepada pihak tertinggi di sekolah terlebih dahulu bagi memohon kelulusan penubuhan. Hal ini seterusnya dibawa berunding oleh pihak pengetua dengan semua pihak-pihak yang berwajib seperti penyelaras kokurikulum dan juga penasihat kepada unit yang hendak ditubuhkan itu. Jadi, bagi guru yang berkenan untuk menubuhkan satu-satu unit di sekolah, beliau hanya perlu mengambil langkah dengan membuat rundingan dengan pengetua ataupun guru besar sesebuah sekolah itu sahaja. Rundingan ini melibatkan pihak-pihak

seperti guru yang dilantik sebagai penasihat atau jurulatih yang bertanggungjawab. Antara perkara yang diambilkira dalam rundingan ini adalah berkaian dengan segala perlembagaan dan juga turut berkaitan dengan segala keperluan dan manfaat yang akan diperolehi daripada penubuhan unit tersebut. Sekiranya rundingan ini berjaya dan membawa persetujuan pihak-pihak tertentu maka, surat kelulusan penubuhan haruslah dibuat bagi bukti kelulusan diberi. Dalam rundingan ini juga, pihak sekolah tersebut harus mengisi boring yang diberikan oleh badan induk dan menyediakan beberapa maklumat yang diperlukan oleh badan induk tersebut. antara perkara yang diambilkira oleh badan induk ini adalah lazimnya berkaitan dengan jurulatih yang akan menjadi penyelaras kepada unit tersebut. Bagi Taekwondo yang di bawah badan induk, pemimpin atau jurulatih haruslah bertauliah dan boleh membawa unit tersebut dengan telus dan cekap. Bagi Unit beruniform seperti Taekwondo, pihak sekolah atau pihak yang berkaitan seperti guru yang akan menjadi penasihat, beliau harus mengemukakan siapa yang akan menjadi penasihat dan harus membuktikan bahawa ianya cukup bertauliah untuk terlibat atau memimpin. Jalan lain yang turut dibuat adalah berkaiatn dengan permohonan untuk memiliki pelatih bertauliah bagi kes unit di bawah badan induk ini. Jika di sekolah yang ingin ditubuhakan Taekwondo itu tiada seorangpun guru yang boleh dianggap cekap dalam bidang itu, pihak yang memohon boleh juga memohon tenaga daripada badan induk itu sendiri.Borang-borang permohonan semua ini dihantar kepada setiausaha atau Pesuruhjaya Daerah atau juga pegawai penjaga di daerah atau negeri untuk diproses. 5.3 Pengumuman Penubuhan Unit beruniform tersebut (Taekwondo) Sementara menunggu kelulusan daripada badan induk, guru yang bertindak mengwujudkan Kelab Taekwondo ini harus membuat pengumuman di sekolah tentang penubuhan ini dan membuka borang keahlian kepada para pelajar untuk mendaftar. Pelajar diberi peluang untuk mendaftar bagi unit beruniform yang dikehendaki. Senarai nama dan semua maklumat daripada pelajar yang mendaftar hendaklah didokumenkan bagi tujuan pendaftaran di badan induk. Setelah menerima surat kelulusan daripada badan induk, aktiviti kokurikulum ini harus dijalankan seperti yang dirancangkan bagi satu tahun tersebut. Bukti dan nombor bagi pengesahan pendaftaran akan diterima daripada badan induk dan ini membuktikan bahawa persatuan tersebut adalah sah dan boleh menjalankan segala urusan dengan lancar. Selain itu, kelab Taekwondo misalnya, ini boleh mengikuti segala pertandingan yang dianjurkan oleh badan induk sama ada di peringkat daerah, negeri ataupun kebangsaan.

5.4 Perlaksanaan Aktiviti dan Keperluan asas Kelab 5.4.1 Perancangan Aktiviti Bagi setiap kokurikulum, sama ada permainan ataupun unit beruniform, setiap gerak kerja kokurikulumnya hendaklah mempunyai perancangan yang telah dirangka dengan lengkap bagi tujuan rujukan pihak tertentu. Jika kelab Taekwondo diwujudkan di sekolah, perancangan tentang segala aktiviti yang akan dijalankan hendaklah dirancang dengan teliti oleh penasihatnya. Misalnya, setiap peringkat yang dipelajari setiap kali perjumpaan diadakan hendaklah dicatat dan senarai segala kehadiran juga dicatat bagi tujuan permarkahan ataupun penilaian pada akhir tahun bagi aktiviti kokurikulum pelajar. Dalam kelab Taekwondo, perkara yang lazim dilakukan adalah belajar tentang teori-teori yang berkaitan dengan taekwondo serta segala langkah mempertahankan diri mengikut peringkat dalam taekwondo itu sendiri.

Contoh aktiviti Taekwondo di sekolah Selain itu, pertandingan taekwondo juga akan dianjurkan bagi menguji tahap penguasaan pelajar terhadap apa yang dipelajarinya. Bagi sesetengah pelajar yang agak menyerlah pula, jurulatih biasanya akan melatih mereka dengan lebih konsisten lagi bagi melatih mereka untuk menyertai pertandingan-pertandingan besar yang dianjurkan oleh badan induk. Kadang-kadang, aktiviti kelab juga akan melibatkan

penyertaan dan campur tangan dengan badan induk misalnya seperti pertandingan yang dianjurkan. Dalam senarai aktivit juga akan melibatkan aktiviti wajib sekolah seperti sukan sekolah yang melibatkan semua jenis unit kokurikulum di sekolah. Senarai-senarai aktiviti ini juga harus didokumenkan dalam fail aktiviti kelab. 5.4.2 Tempat Latihan/ Perjumpaan Antara perkara penting yang harus ditimbangkan dalam kelab atau persatuan yang melibatkan pergerakan luar yang banyak adalah berkaitan dengan tempat. Dalam kelab Taekwondo juga amat lazim jika dikatakan bahawa keperluan tempat yang selesa dan selamat adalah amat tinggi. Di sekolah, tempat yang khas untuk satu unit misalnya badan beruniform jarang ditawarkan seperti mana yang ada pada permainan. Jadi, di sini kebijaksanaan menggunakan ruang dalam kawasan sekolah amat penting bagi mana-mana kelab. Jika bagi unit beruniform seperti Taekwondo, penggunaan manamana gelanggang permainan adalah sesuai. Misalnya, gelanggang bola tampar, bola keranjang, bola jarring dan juga boleh menggunakan padang bola. Namun, bagi keadaan yang lebih baik adalah menggunakan gelanggang yang berbumbung bagi mengelakkan daripada apa-apa kemungkinan hujan yang biasanya mebantutkan satusatu aktiviti yang dirancang.

Ini merupakan contoh gelanggang yang boleh digunakan untuk aktiviti bagi kelab Taekwondo yang ditubuhkan di sekolah. Di sekolah, penggunaan mana-mana gelanggang adalah bebas dan tidak memerlukan surat kebenaran dari mana-mana pihak kerana kemudahan tersebut adalah leperluan bersama. Lagi, setiap aktiviti kokurikulum iaitu kelab mata pelajaran, permainan

dan unit beruniform dibuat pada hari yang berlainan. Jadi, penggunaan kemudahan ini adalah terbuka.

5.4.3 Faktor-faktor Keselamatan Dalam setiap kelab mesti ada satu garis sempadan yang dibuat khas untuk tujuan keselamatan dan merupakan antara perkara penting bagi setiap pertubuhan. Bagi kelab Taekwondo yang ditubuhkan guru penasihat pertama sekali hendaklah membuat senarai langkah-langkah keselamatan yang perlu ketika aktiviti dijalankan. Seterusnya, guru penasihat harus membuat penerangan tentang hal-hal keselamatan ini kepada ahli kelab bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini kelak. Selain membuat penerangan, guru penasihat juga boleh membuat beberapa salinan dan edarkan kepada setiap ahli bagi peringatan. Untuk lebih ideal, senarai ini boleh juga dimasukkan ke dalam buku log kelab tersebut. contoh-contoh keselamatan yang harus diambil tahu dalam kelab taekwondo adalah berkaitan dengan pergerakan yang membahayakan serta berkaitan dengan cara penampilan yang melibatkan pakaian, alat kemas seperti cincin yang boleh membahayakan individu tertentu. Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keselamatan ini juga boleh dipaparkan pada dinding tempat latihan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa hal yang berkaitan dengan keselamatan ini yang tidak dapat dielakkan misalnya seperti kecederaan ketika berlatih. Hal seperti ini pula adalah melibatkan bagaimana tindakan seseorang guru penasihat tersebut secara penuh. Bagi sebarang kecederaan ketika berlatih terutamanya bagi pergerakan dalam mempertahankan diri, tindakan yang lebih intensif lebih ideal. Misalnya,jika seseorang pelajar tersebut jatuh ketika melakukan langkah menendang dan tidak boleh menggerakkan kakinya, langkah yang paling sesuai adalah menguji tahap kesakitan tersebut dahulu bagi memastikan sama ada kecederaan tersebut setakat terseliuh atau melibatkan tulang yang secara jelas tidak boleh dirawat dengan sendiri. Jika hal serius terjadi, lebih baik kalau dihantar terus ke hospital atau klinik berhampiran. 5.4.4 Guru Penasihat dan peranan Dalam setiap pertubuhan kokurikulum di sekolah, guru penasihat adalah sangat penting bagi menentukan hala tuju dan kekuatan kelab tersebut di sesebuah sekolah. Bagi kelab Taekwondo, selain memerlukan guru penasihat, kelab ini juga memerlukan jurulatih untuk tujuan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Namun, di sekolah bagi satu unit

beruniform lazimnya ada 3 orang guru penasihat atau guru pembimbing. Guru penasihat tersebut sendiri juga boleh jadi jurulatih.

contoh; (Guru Penasihat Taekwondo SMK Kidurong) Antara peranan guru penasihat ialah bertindak untuk memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada jawatankuasa dalam pentadbiran dan melaksanakan aktiviti. Selain itu, guru penasihat ini juga bertindak melaksana dan menentukan polisi KPM, Pejabat Pendidikan Negeri & Daerah, dan sekolah agar dijalankan dengan berkesan. Guru penasihat juga bertindak sebagai orang tengah antara pihak sekolah dengan pelajar dan harus mengikuti setiap penjumpaan agung serta mesyuarat jawatankuasa yang diadakan. Perkara paling penting adalah bertindak untuk berperanan aktif dalam memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli kelabnya. Dalam kelab taekwondo, peranan untuk melatih ini biasanya dilakukan oleh jurulatih.

5.4.5 Ahli Jawatankuasa Kelab Taekwondo Perlantikan biasanya dibuat pada perjumpaan pertama kelab. Senarai jawatankuasa adalah seperti berikut; a) Pengerusi b) Naib pengerusi c) Setiausaha d) Bendahari e) AJK kecil

5.4.6 Peruntukan Kewangan Kelab Taekwondo

Di sekolah, peruntukan kewangan bagi sesuatu pertubuhan adalah ditentukan oleh pihak KPM. Segala peruntukan adalah diperuntukkan mengikut aktiviti yang dijalankan bagi setiap tahun. Peruntukan ini juga boleh dimohon pada pihak sekolah bagi aktiviti-aktiviti yang memerlukan peruntukkan lebih. Walau bagamanapun, terdapat juga wang kelab yang dikutip daripada yuran ahli yang biasanya digunakan untuk aktiviti kelab secara bersama. Bagi keperluan seperti baju T-shirt kelab pula dibiaya sendiri oleh pelajar. Manakala baju kelab bagi unit beruniform pula disediakan oleh pihak kementerian. Contoh draf peruntukan kewangan kelab; Bil 1. Butir-butir/ Item-item Baju T Sekolah; a./Pertandingan Taekwondo antara Bahagian b./ Pertandingan Taekwondo antara Sekolah 2. Makanan & minuman untuk keperluan Atlit Taekwondo. a./ Pertandingan Taekwondo antara sekolah b./Pertandingan Taekwondo peringkat Kebangsaan 3. Yuran Keahlian & Bayaran RM10 & RM5 Insuran: RM816 Bagi 68 orang ahli kelab RM 500 Pelajar yang terlibat sahaja. Harga(Seunit) Amaun RM25.00 RM500 Catatan Bagi pelajar yang

terlibat sahaja

Contoh draf kewangan kelab Taekwondo di sekolah

5.4.7 Penglibatan dan Kehadiran Bagi setiap pelajar yang mendaftar menjadi ahli Kelab Taekwondo, penyertaan dalam aktiviti yang dijalankan adalah wajib dan segala kehadiran akan direkodkan mengikut jumlah kehadiran. Ini bertujuan untuk memenuhi syarat wajib penglibatan pelajar dalam sekurang-kurangnya 3 jenis kokurikulum di sekolah. Bagi setiap perjumpaan kelab, setiap kelab harus sekurang-kurangnya ada 12 kali perjumpaan bagi memenuhi syarat penglibatan secara aktif dalam kokurikulum.

Kehadiran juga akan menentukan prestasi seseorang pelajar tersebut pada penghujung penilaian dimana ujian fizikal biasanya dijalankan bagi menentukan tahap seseorang pelajar itu. Ini juga bertujuan untuk menentukan pelajar yang layak menerima sijil bagi penglibatan yang aktif dalam kelab.

contoh sijil Taekwondo

6.0 Penutup Penubuhan Kelab Taekwondo di sekolah penting terutamanya bagi sekolah yang tidak menubuhkan salah satu antara kelab yang melibatkan pertahanan diri yang seperti mana kita sedia maklum adalah sangat penting pada masa sekarang. Oleh itu, penubuhan Kelab Taekwondo di sekolah saya rasa sangat wajar sangat dan banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah agar mendalami dan menghayati betapa pentingnya aspek pertahanan diri ini. Walau bagaimanapun, penubuhan Kelab Taekwondo di sekolah hendaklah mengikut terma dan syarat yang tertentu bagi mengelakkan segala masalah dan kesulitan pada masa akan dating. Perkara yang paling penting dalam hal penubuhan ini adalah pendaftaran hendaklah dilakukan dengan betul agar kelab yang ditubuhkan sah dan tidak haram dalam menjalankan aktiviti di sekolah

Anda mungkin juga menyukai